meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

28 February, 2014

K STREET CAFE, SS15 SUBANG JAYA



Hye semua….

Update sikit cerita makan minggu ni.

Dalam 3-4 hari ni makan makanan berkhasiat dan kurang karbohidrat sikit. Sikit je, sempat jugak curi-curi makan fries. Hahaha… Awal pagi buat smooties, ala campak je buah-buahan yang dah di bekukan dan campurkan yogurt kosong. Blend je pastu teguk. Sedap! Sebabnya tak tahu dah nak makan sarapan apa kat office ni. Buntu pemikiran. ok nanti share resepi smooties sesukahati tu. Tapi apapun esok nak pergi Penang weeding officemate, tentulah makan besar. Yeah!

Apa yang penting harini nak update cerita makanan korea. Bukan merancang sangat nak mencuba makanan korea pun. Tapi sebenarnya dah janji lama nak jumpa kawan yang rupa korea ni. Last jumpa bulan puasa yang lepas. Rumah dia kat KL je pun, macam jauh sangat kan. Disebabkan kesibukan masing-masing tu yang kadang sahabat yang berada dekat dengan kita pun kita tak sempat jumpa kan. Maka set tarikh awal-awal, baru boleh jumpa.

Selepas pickup kawan kat stesen komuter. Terus menuju ke SS15, ke K STREET CAFÉ. Hasil sepakat perbincangan kami mencuba makanan Korea. Lunaskan hajat mak buyung (padahal katanya takda teringin apa-apa pun, saja je). Kat kawasan ni waktu 730malam memang pack, nak parking punyalah susah. Turunkan mereka berdua dulu dan cari parking, akhirnya berjaya di depan Asia Café berhadapan Taylor College. Menapaklah aku ke café tu.
 
Café ni dua tingkat. Kami ambil tempat di tingkat bawah. Bila kami ke tandas Nampak tingkat atas lebih menarik. Berhajat nak pindah tempat tapi dek kerana makanan dah tiba, batalkan saja hajat tu.

Ok jom layan gambar….
tingkat bawah
 
Tingkat atas, boleh duduk bawah. Menarik kan?
Juga di tingkat atas
tak tahu apa nama..yang pasti dapat free masa tunggu menu lain sampai
choc bubble & air tembikai

kimchi rumyun (macam maggi lah rupanya, rasa je lain)
sup kimchi
bibimbap set
Bulgogi ( beef )


Mari kongsikan harga di café ni. Kimchi Rumyun RM12.90, Bulgogi Deopbab RM16.90, Kimchi Soup + Set Bibimbab RM22.90, Choc Bubble RM6.90, Watermelon Juice RM7.90, semuanya + 10% tax. Ada royalty card. Setiap RM30 dapat 1 tebuk lubang. Setiap lubang kedua dapat percuma makanan atau minuman, bergantung pada gambar kat kad tu. Sah untuk 3 bulan sahaja.  Menu lain boleh semak sini, pilih-pilih dulu sebelum order.
 Keseluruhannya makanan sedap dan harga berpatutan. Kami dah plan nak pergi lagi. Sesiapa yang minat sangat dengan fenomena korea ni bolehlah mencuba makanan di sini. Sentiasa dihidangkan dengan MTV Korea. Halal dan ada JJCMnyer tag (tag ke orang panggil benda tu, hentam je lah)


Subang Jaya Outlet :
     The Street Cafe Ss15 - Halal Korean Food
     No 28, Jalan SS15/8, Subang Jaya
     47500 Petaling Selangor .
     03-56329822

Sunway Pyramid Outlet :
     The Street Cafe Pyramid
      Lot 197, Asian Avenue,
      First Floor, Sunway Pyramid Shopping Centre
      03-5632 9822
SELAMAT MENCUBA……
 
Sumber gambar, tq ye
july-shinyen
yayahana


 

LASER TAG TOURNAMENT, SUNWAY PYRAMID


Hye semua….

Lama rasa tak update cerita aktiviti selain makan kan?. Ok harini kongsi sikit game baru yang kami join baru ni.

Hasil usahasama sport club office, maka berjayalah diri ni merasa macam mana game laser tag ni. Paling penting lagi free u olls….company bayar…hahaha

Oleh kerana sekarang rasa masa makin singkat, hari ke hari terasa sekejap je. Maka dipendekkan cerita, office kami buat tournament di Sunway Pyramid.
 

Seramai lebih kurang 80-85 orang yang turut serta dibahagikan dalam 8 kumpulan. Kumpulan aku dapat tempat ketiga. Dapatlah medal & trofi. Oh ye juga hamper. Kumpulan Yan berjaya tempat ke-6 je. Kalah menang tak penting yang penting bergembira….nyanyi sikit..Bergumbira tepuk tangan sama-sama…kita .. sila sambung sendiri
 
 
 
Hari sabtu tu kami semua kerja separuh hari. Maka jam 230pm semua berkumpul dan lebih kurang jam 315pm kami mula game selepas makan tengahari. Makan minum termasuk dalam pakej, senang ! tak payah uruskan susah-susah. Siap ada karaoke sekali, tak ke seronok tu. Sementara tunggu turn boleh la lontarkan suara dulu. Juga termasuk dalam pakej. berganda-ganda enjoy kan!

Jom layan gambar….

 
 






 

 
 

Sesi briefing oleh pihak Galactic Laser.

 
Antara hadiah yang tersedia untuk dimenangi.
 

 
 
 
 
Boleh tengok aksi rakan-rakan kat dalam tu, aku menyorok susah sikit. Almaklum paksi x terlebih inci....hahaha
 
 
Boleh tengok score juga...pantau la markah kumpulan.
 
 
Lontaran suara...


Sesi penyampaian hadiah, ada pelbagai ragam
 








 Kalau berminat, boleh hubungi :
 
Galactic Laser (Sunway) Sdn. Bhd.
LG3.06, Sunway Pyramid,
No.3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
Tel:03-56388833 Fax:03-56388811
 
SELAMAT MENCUBA....

13 February, 2014

NASI LEMAK WAK KENTUT,KULAI, JOHOR



Hye semua…

Meh update kisah nasi lemak nama pelik ni. Nasi Lemak Wak Kentut…..prot prot hehehe. Ok takda bunyi. Mana dapat nama pun tak pasti.
 

Minggu lepas balik je dari kerja kul 6petang terus bergegas berlari ke lift dan terus marathon ke kereta dan tekan minyak kuat2. Bukan apa nak kejar tempat makan sebelum tutup. Almaklum lokasi nak terjah punyalah jauh, Kulai Johor.
Tempat ni dah lama survey sebab ada kenalan review. Tambah tertarik dek nama yang pelik tu. Tambah lagi bila Wak Doyok promote kat Instagram dia.

Tekan minyak punya pasal jam 10 malam gitu kami dah bersiar2 di tepi jalan di Daerah kulai belek google map. Akhirnya sampai dan TUTUP!...hishhhhhhhhh. Dan masa on the way ternampak lagi satu tempat (cawangan) yang buka. Maka tak dapatlah tengok havoc main branch. Maka u-turn semula ke 2nd branch terletak berdekatan stesen keretapi Kulai. Kebetulan sampai tu orang tak ramai sangat dan keretapi dari mana ntah baru je sampai stesen. Pon pon…teringat zaman dulu..kenangan sungguh, merasa juga naik masa zaman sekolah teknik dulu. 13tahun lepas. Dari johor bharu ke Kluang. Untung ada kawan rajin layan impian rare ni. Tq Yana.
 

 
 
Order nasi dua, ayam dua, telur rebus dua (sebab telur goring dah habis) & air dua. Tak ingat pula berapa semua tapi dalam rm13-15 la mcam tu. Dah hujung2 je..semua banyak habis, nasi lemak bogel je dapat. Tapi nasi memang bersantan. Kalau makan pagi mahu lelap sampai ke petang.


 
Ok ni alamat cawangan utama.
Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, Kulai, Johor
Cawangan ke dua di stesen keretapi Kulai

 
SELAMAT MENCUBA
 
 

10 February, 2014

KEDAI MAKAN SELERA MURNI ( ASAM PEDAS MAK LIMAH ), BATU PAHAT


Hye..bertemu kembali....
 
Minggu ni balik kampung, masa raya cina kami perap diri je kat Subang Jaya. Tapi jejak juga ke
Rembau ke majlis pertunangan sahabat. Baru minggu ni balik sebab tak nak jem. Taktik yang berjaya!
 
Sebelum balik kampung haritu dah survey port makan asam pedas yang best kat daerah sendiri. Maka semalam sempat singgah di kedai makan selera murni. Ni antara kedai asam pedas terkenal di batu pahat.
 
 
Terletak di lorong sebelah KFC Jalan Rogayah. Berdekatan dengan bus stand Batu Pahat. Kedai ni di lorong sebelah dalam. Mungkin kalau pusing2 jalan luar memang tak perasan.
 
Sampai jam 12 diberitahu dah habis isi ikan, tinggal kepala sahaja. Rezeki la mungkin, sebab memang nak makan kepala. Orang dah habis belajar, tak pe makan kepala. Hahahaha
 
Maka kami order nasi 5 ( termasuk nasi tambah ), ikan satu dan beberapa lauk serta air. Kat sini ada dalam 8-10 jenis lauk dari pemerhatian mata ni. Ada ayam rendang, kacang panjang goreng, kobis goreng, bendi goreng, telur masin, ikan masin, tempe goreng dan lain2.
 
Masa makan memang ramai sangat orang, penuh! Mujur satu meja kosong. Melayu cina semua ada. Diperhatikan ramai juga yang bungkus.
 
Rasa sedap dan ok. Tak berbelacan sangat, pekat juga dan masam kuat sikit. Macam masam limau bukan asam jawa seluruhnya. Tapi memang ringan, tak terlampau pedas dan lazat. Segar gitu masam2.
 
 
 
Oklah sampai jumpa lagi di lain cerita.
 
Harini masih bercuti, nak g pasar cari pokok ciku la, tanam belakang rumah. Mana tahu panjang umur 5 tahun lagi dapat makan ciku sampai kembung. Tapi kena standby mercun banyak2 buat tembak monyet. Hahahaha
 
Bye..selamat mencuba.
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...