Hye semua….
Update sikit cerita makan minggu
ni.
Dalam 3-4 hari ni makan makanan
berkhasiat dan kurang karbohidrat sikit. Sikit je, sempat jugak curi-curi makan
fries. Hahaha… Awal pagi buat smooties, ala campak je buah-buahan yang dah di bekukan
dan campurkan yogurt kosong. Blend je pastu teguk. Sedap! Sebabnya tak tahu dah
nak makan sarapan apa kat office ni. Buntu pemikiran. ok nanti share resepi
smooties sesukahati tu. Tapi apapun esok nak pergi Penang weeding officemate,
tentulah makan besar. Yeah!
Apa yang penting harini nak
update cerita makanan korea. Bukan merancang sangat nak mencuba makanan korea
pun. Tapi sebenarnya dah janji lama nak jumpa kawan yang rupa korea ni. Last jumpa
bulan puasa yang lepas. Rumah dia kat KL je pun, macam jauh sangat kan. Disebabkan
kesibukan masing-masing tu yang kadang sahabat yang berada dekat dengan kita pun
kita tak sempat jumpa kan. Maka set tarikh awal-awal, baru boleh jumpa.
Selepas pickup kawan kat stesen
komuter. Terus menuju ke SS15, ke K STREET CAFÉ. Hasil sepakat perbincangan
kami mencuba makanan Korea. Lunaskan hajat mak buyung (padahal katanya takda
teringin apa-apa pun, saja je). Kat kawasan ni waktu 730malam memang pack, nak
parking punyalah susah. Turunkan mereka berdua dulu dan cari parking, akhirnya
berjaya di depan Asia Café berhadapan Taylor College. Menapaklah aku ke café tu.
Café ni dua tingkat. Kami ambil
tempat di tingkat bawah. Bila kami ke tandas Nampak tingkat atas lebih menarik.
Berhajat nak pindah tempat tapi dek kerana makanan dah tiba, batalkan saja
hajat tu.
Ok jom layan gambar….
![]() |
tingkat bawah |
![]() |
Tingkat atas, boleh duduk bawah. Menarik kan? |
![]() |
Juga di tingkat atas |
![]() |
tak tahu apa nama..yang pasti dapat free masa tunggu menu lain sampai |
![]() |
choc bubble & air tembikai |
![]() |
kimchi rumyun (macam maggi lah rupanya, rasa je lain) |
![]() |
sup kimchi |
![]() |
bibimbap set |
![]() |
Bulgogi ( beef ) |
Mari kongsikan harga di café ni. Kimchi
Rumyun RM12.90, Bulgogi Deopbab RM16.90, Kimchi Soup + Set Bibimbab RM22.90, Choc
Bubble RM6.90, Watermelon Juice RM7.90, semuanya + 10% tax. Ada royalty card. Setiap
RM30 dapat 1 tebuk lubang. Setiap lubang kedua dapat percuma makanan atau minuman,
bergantung pada gambar kat kad tu. Sah untuk 3 bulan sahaja. Menu lain boleh semak sini, pilih-pilih dulu sebelum order.
Subang Jaya Outlet :
The Street Cafe Ss15 - Halal Korean Food
No 28, Jalan SS15/8, Subang Jaya
47500 Petaling Selangor .
03-56329822
Sunway
Pyramid Outlet :
The Street Cafe Pyramid
Lot 197, Asian Avenue,
First Floor, Sunway Pyramid Shopping
Centre
03-5632 9822
Sumber gambar, tq ye
july-shinyenyayahana