Pages

25 April, 2014

FATTY CRAB, TAMAN MEGAH PETALING JAYA




Hye... Ingat tak pasal nak cerita tentang ketam gemok.

Ni dia...sihat walafiat ketam nyer


Oleh kerana dah bertahun rasanya tak datang sini, kali ni tora datang lagi.

Kami berempat berjanji nak makan ketam sesama, walaupun petang tu kiteorg berdua dah join berkaraoke dengan geng yang lain dulu sebelum sesi berketam.
 
 
No 2, Jln SS 24/13 , Taman Megah, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
 
Kalau datang pukul 7petang memang selalu full, masa dinner kan. Kami sampai pukul 8 malam. Beratur panjang juga, sementara tu ada yang ambil order dah awal lagi. kemudian dalam 20-45minit dapatlah tempat duduk. Masa menunggu bergantung pada kekosongan tempat.
 
Ketam kira sekati rm 39 masa ni. Dulu pun rasanya lebih kurang sama beberapa tahun yang lepas. Masa tu kami makan 4 orang 6 kati. Jadi ianya jadi kayu pengukur la berapa kati nak target masa ni. Awal order 4 je. Dan 1 pinggan nasi goreng dan 7 kepak ayam. Tapi akhirnya kami tambah lagi 1kati, tapi diberitahu boleh tambah 1setengah kami ok je lah.
 
peralatan menukang kulit ketam
 
 
sumber gambar : Supermeng Malaya
 
Lain-lain menu boleh pantau di sini
 
Selesai makan dan bergosip, kami pun beransur pulang dengan perasaan kepuasan dan bahagia.
 
Merasa juga duit PETRONAS sambil berjalan tepuk perut. TQ mek :-)
 

P/s :
Kedai ni, no pork & no lard. Terpulang masing-masing. Kalau was was jangan pikir panjang k.

22 April, 2014

TORTILA WRAP PIZZA

 
 
Hye bertemu kembali...lama dah menyepi dek pura pura busy..hahaha

Minggu lepas bergembira sakan bersama sahabat handai akibat banyaknya masa lapang di malam hari.
 
Hujung minggu lepas ahad tu duduk rumah saja, awalnya nak ke gym ikut berexersice, dek kerana hujan bertapa je kat rumah tengok tv. 

Sempat juga buat simple breakfast. Dah simple tentulah menu western kan..... 
 
nak juga present atas papan pemotong...ala-ala Jamie Oliver
tak sedar papan pemotong tak cun!


Ok terusla kongsi bahan yang digunakan. Apa ada dalam peti ais kite bubuh je dalam wrap tu.

Bahan2:
  1. 2 keping Tortila wrap beli kat Giant
  2. Tomato cerry
  3. Salad
  4. Kepingan ayam ( guna yang ayam garlic, jadi dah siap perasa)
  5. Telur dadar
  6. Kewpie mayonis
  7. Sos peri nandos

Cara2:
  1. Grill kan sikit kepingan ayam dan tortila wrap (ni sebab tortila tu dah keras, simpan lama kot)
  2. Sediakan telur dadar - sebiji dah cukup, buat sinipis yang boleh
  3. Sapu kan sos nandos disebelah salah satu tortila dan satu lagi tortila dengan mayonis
  4. Letakkan salad, kepingan ayam, telur, tomato cerry diantara dua tortila
  5. Potong kepada beberapa bahagian untuk senang nak makan

Tips: gunakan minyak zaiton ye, bak kata rachel ray EVOO (extra virgin olive oil)

Last sekali boleh buat teh o panas....
Boleh plak menu western layan dengan teh o panas.

Hantam sajalah... Enjoy!

Nanti update cerita ketam gemok plak