Pages

Tentang Kami





Hi everyone :-)


SALAM PERKENALAN
untuk pembaca dan pemantau blog
kamikakijalan2makan2.blogspot.com
*maksud kami :
Bukan hanya kami berdua, lebih kepada sekeliling kami. 
Merangkumi keluarga, rakan, haters dan juga kalian.

Dulu dah pernah tulis tentang blog ni, kini update la sikit cuba nampak matang sikit..kononnya.

Kami boleh dikatakan rakan seperjuangan dari saiz kami kecil sampai dan besar camgini. Bukan kembar atau adik beradik, hanya rakan sekerja (kebetulan masih sama office sampai sekarang) & business partner. Tapi hubungan keluarga tu memang dah macam adik-beradik. Kalau ada dikalangan kalian ada bestfriend, mungkin lebih faham. Hampir semua dikongsi bersama, hampir je bukan semua J

Kami kenal masa belajar kat UITM dulu 2002 hingga la sekarang dan harap sampai bila-bila. Anganan kami nak beli rumah dekat-dekat, nanti dah tua boleh ngeteh sesama kelek cucu J.

Kami nampak serupa tapi kami sebenarnyer banyak juga bezanya namun kami sekepala.

Oleh sebab selalu berjalan & mencuba makanan, maka selalu  mendapat pertanyaan dari rakan-rakan mana tempat best nak wat aktiviti sama ada makan-makan ke bercuti ke. Maka adalah lebih baik kongsikan pengalaman sesi jalan-jalan, makan-makan, segala aktiviti yang dirasakan menarik & menolak di dalam blog ni. Zaman moden la katakan.


“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.”
Tak dapat banyak, sikit pun jadilah……..


Hah! tak lupa gak kami suka main masak-masak Sekarang ni jarang sikit memasak sibuk katanya J. Kalau bernasib baik tu ada juga lah diselitkan sikit resepi untuk dicuba. 

Hope U all enjoy reading this blog dan kalau sudi boleh la follow
 DAN selamat mencuba resepi2 yang di kongsi ye.

Juga kami mungkin akan share segala yang berkaitan dengan kami...
semuanya ada walaupun blog ni nama jalan2makan2.. 



p/s : comment le post2 tu yer ;) ada cadangan email kami ye


No comments:

Post a Comment