Pages

19 November, 2011

ALRAWSHA RESTAURANT, I-CITY SHAH ALAM

Beberapa minggu yang lalu kami ada ke I-City untuk buat lawatan kunjungan ke TRAVEL NIGHT FAIR. Ini macam MATTAfair,  tapi hanya untuk dalam Malaysia sahaja. Yang ni nanti kami update post akan datang yang mana kami beli pakej kat program ni untuk ke LAKETOWN BUKIT MERAH RESORT PERAK. Kami pergi bersama 2 lagi rakan seopis, berkemungkinan awal December nanti.

Oh ye masa ke I-City masa tu kami ternampak kedai ni. Jadi disebabkan kami dah ternampak maka baru beberapa hari yang lepas kami pergi mencuba makan nasi arab di situ. 

Pertaman kali mengenali makanan arab ni  masa sahabat kami masa diopis lama ajak kami makan di AL RAWSHA di Ampang. Kami dibelanja kerana dah nak berhenti kerja tempat tu, boleh dianggap farewell la lebih kurang. Mentang2 portion banyak kami dicabar, order berapa banyak nak order, akan dibelanja…tapi kalau tak habis kena bayar semua. Nasib kami tak tamak, order sekadar muat perut dan oleh yang demikian kami berjaya dibelanja. 

Semenjak itu kami jatuh hati hidangan pak2 arab ni. Portion hidangan yang banyak dan tak memuakkan tu yang buatkan kami tercari2 kembali hidangan ni. 
Banyak tempat juga kami dah cuba, kali ni nak review tentang AL RAWSHA yang kini ada cawangan di I-City, Shah Alam.

Info lanjut : http://alrawshakl.com/ 

Restoren bersebelah KFC dalam I-City.Depan taman yang ada kereta jalan2 kat udara tu.









Menu.....

Map & info (Klik tuk tumbesaran)

Menu & harga (Klik tuk tumbesaran)


Kami order chicken Mandy, Chicken Kebsa & Teapot tea mint

Sementara menunggu makanan tiba 


Persekitaran restoren




Side2 pelengkapnya dah tiba, diberi pinggan extra. Boleh ceduk sikit2 tak habis boleh bawa balik
Yang tomato cili tengah tu memang terbaik...

 Chicken Mandy

 Chicken Kebsa

 Teh yang ada mint & cengkeh

Licin!!!....................lapar sungguh haritu

Total pemakanan malam tu : RM 40 TEPAT!!
Rasa kalau yang perut2 kecil tu boleh makan 3-4orang la kot...kan portion dia banyak.
Kalau yang datang berfamily boleh cuba yang dalam dulang punya, lebih meriah.

3 comments:

  1. So far my fav spot utk arab's food would be sa'ba..
    Ada dkt cyberjaya n foodcourt depan maya condo setiawangsa. My fav= hanith chicken/ lamb.. Mmg memorable. Dh try??

    ReplyDelete
  2. hye anonymous :-)
    kami pun dah beberapa kali try kat sa'ba yg kat cyberjaya, entry jerk tak buat2 lagi..hahaha
    ye sana memang best...
    lagi 1 adalah memang betul hanith dia lebih sedap berbanding tempat yg kami dah cuba setakat ni...
    yang kat setiawangsa kami tak cuba lagi...hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam.
    Thanks for writing about the Al Rawsha restaurant It looks great and I think I'd like to go with some friends there, but I don't see any mention or a sign certified HALAL. Did you notice halal signs when you went there?
    Mike (Hamzah) Allan. Lecturer, UiTM.

    ReplyDelete