Pages

26 July, 2012

RESTORAN KAK MAH TOMYAM, KAMPUNG BARU, KL

Berbuka puasa hari ke 4, kami hanya buka ringan2 makan kuih je. Sebab malam tu kami dah plan nak sambung berbuka merangkap sahur kat restoran Kak Mah Tomyam, Kampung Baru.

Kami dah selalu juga layan bubur kat sini. Berkali2 dah. Ni siaran ulang tayang.

sumber : blog orang lain
posing sikit.....sementara menunggu

sumber : blog orang lain

Aku lebih suka serang dapur dia ni pilih makanan apa nak makan & boleh juga order dari meja. Ada pelbagai menu - wajib try tomyam2 nya. Semalam kami try tomyam poktek tapi tak sempat nak snap gambar.
TERBAIKKK!!! RM5 je semangkuk
Suasana kedai


lauk pauk sudah mai!
bubur tuk 3 orang makan sudah sampai
(selalu mintak tuk 2 orang, pastu nnt tambah lagi. Kali ni order siap2 je)
sayur goreng









ni Obor2
telur masin
Ada lagi tambahan tomyam poktek ( tomyam ni jernih dan pedas, selalu macam seingat2 tomyam poktek ni bersusu..entah version lain kot). Maaf tak sempat snap gambar sebab tomyam tu tiba lewat sikit. Kami dah sakan makan terlupa plak nak snap.

Total malam tadi macam murah plak. RM37 je termasuk 2 gelas teh o panas. Kat sini memang mahal sikit tapi memang berkesan la makanan dia. terngidam2. Sanggup aku datang dari Subang Jaya ke Kampung Baru ni.

heeh ...dah ada orang pasang lampu ketupat!!! raya3
Ok sebelum berakhir post ni, ni tunjuk gak gambar sebelum ni kami pernah ambik gambar lauk2 tapi tak sempat citer kat blog. ke dah pernah cerita. Lupa...
Nampak tak macam lebih jurang sama je menu pilihan kiteorang..





Dah sakan makan bubur ni, mana peduli orang ambik gambar kita kan.?? tak menyabo2. masa ni kami kena mahal sikit RM48 (mungkin jumlah pengambilan lauk2 tu aku agak tamak masa tu)


Ok kedai ni terletak depan Universiti Kuala Lumpur. Kedai dibuka setiap hari bermula jam 9pagi -3 petang. Tutup dan dibuka semula jam 6petang hingga 1 pagi hari biasa .Hujung minggu sampai 2 pagi.

Ni map tuk rujukan korang
klik unntuk tumbesaran


Semalam aku bertapa makan dari jam12malam-1.15pagi. 
Sebab layan baik punya bubur sementara tunggu kawan sampai dari Penang. 

Selamat mencuba

2 comments:

  1. As salam semua.

    Peminat bubur nasi boleh cuba pula signature kami di 'The Midtowners' di midtown jalan semarak KL(berdepan bangunan jupem). Bermula pkl 8 mlm - 2pg, setiap hari kecuali Isnin.

    Cari kami di instagram. #midtownsbuburnasi #themidtowners

    Insyaallah, tidak akan mengecewakan.:)

    ReplyDelete