Pages

10 December, 2012

MEDAN-DANAUTOBA TRIP 2012 - day 3 (part 2)

Trip medan 2hb – 6hb mac 2012
TUKTUK(SAMOSIR ISLAND) - KAMPUNG TOMOK - KAMPUNG AMBRITA

Ahad 4hb Mac 2012

Selesai bersarapan pagi ni, kami mulakan perjalan untuk menjelajah kawasan pulau Samosir ni. Tempat pertama yang kami pergi adalah ke Kampung Tomok, Di Kampung ada sejarah tersendiri yang cukup menarik.

Permulaan pintu masuk kampung
jual ikan kering pun ada
keychain rumah batak (harga average Rp8k-12k untuk sepuluh biji) pandai2 la menawar ye
Pelbagai barangan ole2 yang menarik
Selesai memerhati sekitar kedai2 yang ada disepanjang jalan. Tiba masa nak masuk ke tempat permakaman. Pengunjung akan diminta memakai selimpang ini sebagi tanda menghormati adat mereka. (terasa macam miss universe gitu..ha3)


Kami disarankan oleh supir supaya mengambil pencerita ini. Bayaran tak silap hanya Rp 20k. Mereka akan bercerita kisah Kampung ini. Dan tentu yang paling menarik adalah kisah Raja mereka Raja yang ke II bernama Raja Ujung Barita Naibatu Sidabutar dan tunang Anting Malela Boru Sinaga yang bertunang selama 10 tahun tapi gagal disatukan serta sejarah pemerintahannya. Boleh baca tentang cerita ini di sini & sini.

Kenapa ada 4?
Disana simbol seperti diatas ni akan kerap korang nampak. Ini adalah simbol payudara - melambangkan kesuburan orang perempuan. Masa tu perempuan pilihan adalah yang berbadan gemuk (subur katanya) dan anak2 mereka pun sangat ramai boleh jadi sepasukan bola sepak. :-) Cicak yang mengadap ke arah payudara tu adalah mengingatkan anak2 yang pergi merantau ke manapun mestilah mengingati ibu mereka.

tukang cerita
ini la patung Anting Malela (tunang raja)
makam2 yang lain
makam Raja (dikatakan rambut panjangnya sakti, sapa nak dapatkan jodoh boleh pegang  rambutnya ye)
Patung Anting Malela di belakang
Patung Tengku Moh. Said di bawah (panglima Raja)

Selesai sesi mendengar cerita kami mengambil gambar kenangan2 dan terus turun ke bahagian seterusnya. Terlalu banyak deretan kedai perlu dilawati. He3. Time to shopping!!



Sambung lagi nanti k..

No comments:

Post a Comment