Pages

23 January, 2014

LA GOURMET, TAMAN PELANGI, JOHOR BAHRU

Hye..
Permulaan cerita bagi korang cuci mata dulu. Tengok puas-puas ice mountain ni...yummy!!
 
google image
 
Oklah. cukup dulu & bagi peluang la cerita sikit ok. (aku dah perap lama dalam draft..hahaha)
 
Update cerita balik kampung pula la. Kami bercuti panjang masa birthday sultan Selangor haritu. Kegembiraan dimulakan dengan singgah kampung dulu hantar kucing, makan tengahari dengan banyaknya kat rumah dan potong dahan rambutan. Pakai skirt je ko potong dahan, ko hada? punyalah pemalas nak tukar baju. Dapat sebakul hantar ke Johor Bahru, buah tangan konon.
Seterusnya lawatan ke Johor Premium Outlet. Bukan apa nak cari kasut sport, kasut dah bercakap (tapak tanggal).  Dapatlah jenama so-so, asal selesa dan murah sudah!  Sapa tak pernah pergi, bolehlah buat lawatan kalau ke Johor Bahru.
Selepas itu terus ke rumah family Yan, melepak dan malamnya kami dah pakat2 nak ke La Gourmet Dessert. Kat sini menjual pelbagai dessert dan specialiy nya dessert mango mountain (tinggi menggunung) dan dessert ice yang ada buah-buahan ni. Kami beramai-ramai dengan anak-anak sedara Yan sekali diangkut ke sini.
siapa berkenan nak jadi menantu boleh book sekarang ...
Jam 8 kami dah sampai, beratur la sekejap dan order masa beratur lagi. Sebabnya 2 item disebut kat atas ni lama nak buatnya dalam 30minit. Maka tentulah order tambahan untuk suapan masa menunggu. Kami order yang di cadangkan oleh adik Yan ni.
Sementara menunggu enjoy gelagat excited meja sebelah bila mango mountain mereka tiba. Manggo mountain macam artis!...snap. klik klik!.. Tabiat kita juga tu, benda unik harus dikongsi pada semua.
Ok jom tengok gambar lah...
 
Credit : sillycat (yang ada watermark semua blogger ni punye gambar)
No.11, Jalan Kuning 2, Taman Pelangi, Johor Bahru
 
Dibuka : 12pm-1am
Boleh search mereka di facebook juga...

 
ramai kan beratur...nasib kami awal sikit
 
 
 
 
 
ni sedap....pulut hitam..bla bla..
 
ini memang tinggi ( tengok orang belakang sibuk ambil gambar)
 
 
 
 
 Lain-lain menu yang ada, pinjam gambar sillycat
 
 
 

 
Kesemuanya sedap & refreshing belaka. Paling suka yang ada pulut hitam ni. Benda ni sebenarnya macam ABC la. Beza ada perasa & buahan sebenar & tak da la sirap warna warni tu. Isi plak dalam ais buahan tu ada kacang sikit dan susu cair rasanya. Pastu kita boleh topup susu cair & pekat, bubble dan lain-lain.

Kisah bercuti yang seterusnya sambung kemudian ye (kalau rajin).

Selamat mencuba.
 
Info : memang tak da tanda halal, cuma no alcohol, no pork & no lard.

No comments:

Post a Comment