Hye... Ingat tak pasal nak cerita tentang ketam gemok.
Ni dia...sihat walafiat ketam nyer
Oleh kerana dah bertahun rasanya tak datang sini, kali ni tora datang lagi.
Kami berempat berjanji nak makan ketam sesama, walaupun petang tu kiteorg berdua dah join berkaraoke dengan geng yang lain dulu sebelum sesi berketam.
No 2, Jln SS 24/13 , Taman Megah, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Kalau datang pukul 7petang memang selalu full, masa dinner kan. Kami sampai pukul 8 malam. Beratur panjang juga, sementara tu ada yang ambil order dah awal lagi. kemudian dalam 20-45minit dapatlah tempat duduk. Masa menunggu bergantung pada kekosongan tempat.
Ketam kira sekati rm 39 masa ni. Dulu pun rasanya lebih kurang sama beberapa tahun yang lepas. Masa tu kami makan 4 orang 6 kati. Jadi ianya jadi kayu pengukur la berapa kati nak target masa ni. Awal order 4 je. Dan 1 pinggan nasi goreng dan 7 kepak ayam. Tapi akhirnya kami tambah lagi 1kati, tapi diberitahu boleh tambah 1setengah kami ok je lah.
peralatan menukang kulit ketam
sumber gambar : Supermeng Malaya
Lain-lain menu boleh pantau di sini
Selesai makan dan bergosip, kami pun beransur pulang dengan perasaan kepuasan dan bahagia.
Merasa juga duit PETRONAS sambil berjalan tepuk perut. TQ mek :-)
P/s :
Kedai ni, no pork & no lard. Terpulang masing-masing. Kalau was was jangan pikir panjang k.