meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)
Showing posts with label MEDAN-DANAUTOBA TRIP. Show all posts
Showing posts with label MEDAN-DANAUTOBA TRIP. Show all posts

14 December, 2012

MEDAN-DANAUTOBA TRIP 2012 - day 3 (part 4)

Trip medan 2hb – 6hb mac 2012
TUKTUK(SAMOSIR ISLAND) - KAMPUNG TOMOK - KAMPUNG AMBRITA

Ahad 4hb Mac 2012

Ok kita sambung cerita hari ke3 kami di Medan, hari ni memang banyak aktiviti. Selesai di Kampung Ambrita, kami bergerak mencari kedai makan. Seperti di maklumkan kat sini agak susah nak mencari tempat makan yang halal. Syukur supir kami muslim dan sudah biasa membawa pelancong muslim. Jadi dia dah ada port2 nak mengisi perut. Kami singgah di satu kedai makan yang agak jauh juga ye berpusing di pulau tu. Sempat kami jumpa port cantik untuk diambil gambar. Supir berhentikan kami untuk aksi melompat2. Ha3



Selesai bergambar kami meneruskan perjalanan untuk mencari tempat makan di maksudkan. 




Kami makan tak silap namanaya 'risol'. Risol ni macam popia la. Almaklum lapar, letak je habis, letak je habis. Tengok tu pinggan dan kosong, termenung la pe lagi sementara menunggu makanan sampai.

Dan akhirnya order kami pun sampai. Seperti biasa harga nya memang mengagumkan!! tanjat boboi!! Rp 400k lebih kurang Rm 140 untuk 7 orang yang makan tahap sederhana banyak. Tapi apapun memang mahal. Bersiap sedialah kalian ye kalau ke sana.
Antara yang diorder

Setelah aktiviti makan dalam jam 2 kami pun balik ke homestay. Supir ada menawarkan sekiranya nak berbasikal di waktu petang nanti. Kami pun memang semangat nak ronda kampung. Kadar sewaan Rp 8k per basikal. Ternayata bila petang angin sangat nyaman. Cuacanya cerah...setelah melepak2 di depan tasik kami menruskan aktiviti berbasikal. Selepas hampir 14tahun tak naik basikal tambah plak basikal bergear. Aku lah yang paling tak reti handle. Nak tergolek2 naik. Akhirnya berjaya. Sumpah penat giler berbasikal. Bukannya jalan rata semata, tapi berbukit2. 





Dan yang pastinya setelah berbasikal sempat singgah ke kedai runcit beli pisang untuk buat cenkodok pisang dan juga beli air untuk legakan tekak yang haus dan kepenatan. Selesai berbasikal kami makan2 cenkodok di depan rumah sambil menikmati panorama pemandangan terindah Tasik ni.





Malam nya kami tak ada kemana pun hanya melepak dirumah, masak2 dan rehatkan diri. Tak lupa kemas2 barang sebab esok nak bertolak dah ke Medan semula. Dan yang paling menarik malam ni aktiviti mandikan birthday girl air tepung. Yes!!! lakonan adik yan menjadi dan akhirnya.............happy hari tua geng!

buttercup powerpufgirl kegemaran dia!!
Sambung lagi citer hari ke 4 nanti k

p/s : bercuti panjang dikampung adalah terbaik!!

12 December, 2012

MEDAN-DANAUTOBA TRIP 2012 - day 3 (part 3)

Trip medan 2hb – 6hb mac 2012
TUKTUK(SAMOSIR ISLAND) - KAMPUNG TOMOK - KAMPUNG AMBRITA

Ahad 4hb Mac 2012

Selesai sesi menambah ilmu dan mengosongkan dompet di Kampung Tomok, kami meneruskan perjalanan ke tempat tarian gale2. Dekat je kiranya turun dari tempat shopping2 tu akan jumpa tempat ni. Tarian ini tentang si anak yang tewas dalam peperangan dan bapanya jatuh sakit akibat rindukan anaknya. Maka dukun penasihat usulkan dibuatkan patung serupa anaknya dan lama kelamaan bapanya kembali sihat. Ikuti serba sedikit kisah selanjutnya di sini. Masa kami tiba persembahan dah habis, dah mula tarian suka2 je sambil diiringi lagu Si Gale2. Sesiapa ingin mencuba boleh lah turut serta.

rumah batak....ada yang dah beratus tahun...
ada orang tinggal tau dalam ni
ini la si gale2...boneka ni boleh bergerak2 tau...
tapi kena ada yang mainkan/gerakkan dia la

sakan tu mencuba...




Selesai di Kampung Tomok, kami bergerak ke Kampung Ambrita. Tak jauh pun dalam 10 ke 15 minit je jarak perjalanan. Diberitahu disini ada beberapa kampung dan dahulunya antara kampung2 ini selalu berperang, dalam kata lainnya setiap warga kampung mempunyai wilayah masing2. Tak boleh suka2 masuk kampung yang lain. Namun kini semuanya telah berubah. Semua dah mesra2 belaka.

Dikampung ni kami pun mengambil pencerita (upah sekitar Rp 20k) untuk mengetahui cerita sejarah kampung ni. Di kampung ni ada rumah2 batak, kami ingatkan ianya hanya pameran. Rupanya semua ada penghuni kecuali 1 rumah ni yang memang di sediakan kosong supaya kita boleh tengok2 bahagian dalam rumah.

pintu masuk kampung
(ada sumber bacaan mengatakan pintu ini hanya selebar badan lembu/ kerbau) *kurang pasti
rumah batak yang boleh dimasukki untuk melihat susun atur dalam rumah
depan rumah pun ada 4 butir :-P
bahagian dalam rumah
Rumah ni bertangga dan berpintu rendah (direka supaya setiap yang masuk rumah akan menundukkan kepala sebagai tanda hormat kepada tuan rumah), bahagian dapur di tengah rumah, ampaian kain di tepi rumah. Dan didalam rumah yang berbumbung tinggi ini di bahagian atas untuk ruang simpanan barang2. Tidur di lantai saja.

Seterusnya kami didedahkan dengan cerita cara2 hukuman pesalah dijatuhkan. Dan biasanya akan dibincangkan segala masalah dan dijatuhkan hukuman di tempat ini. Di kawasan kerusi batu inilah mereka akan bersidang. Kerusi ni ada pelbagai saiz dan yang paling kecik adalah tempat pesalah.




Selesai perbincangan dan hukuman telah diputuskan, pesalah akan di bawa ke bahagian hukuman dilaksanakan. Selalunya memang hukuman bunuh. Di maklumkan juga yang kaum batak ini terkenal dengan ilmu hitam yang kuat  demi menjaga kekebalan mereka. Oleh itu segala bomoh2 handal akan dipanggil untuk menghilangkan kekuasaan ilmu pesalah dengan mantera dan alatan2 kepercayaan mereka. Sesudah hilangnya kekebalan pesalah maka hukuman pun dijatuhkan dimulakan dengan mengelar2 badan pesalah. Ritual ini untuk memastikan yang pesalah betul2 telah hilang kekebalannya bila pesalah lut dimakan senjata. Setelah itu barulah hukuman yang sebenar dijalankan.




Yang ketawa sakan tu bila kami tergelak besar bila si anak pencerita menjerit ' arghhhhhhhhhh arghhh '  sebab aksi kelar dan dipukul. Pandai betul berlakon ye kau...dah hari2 training jadi pelakon kan :-)


selesai penerangan kami bergambar bersama di tempat hukuman

tak silap ini adalah kubur
nampak tak cicak dan payudara itu...payudara 4 :-P
  
selesai je penerangan dan bergambar kami dijemput ke kedai souvenier...macam2 ada kat situ
banyak kedai dan barangan kraf
ada 1 tu rumah batak harga Rp 30.tawar2 last2 tak beli..
menyesal sungguh!!
besar tau kraf rumah tu dalam 15cm tinggi..
sapa ada pergi sana? nak kirim pleaseeee
Sambung lagi nanti ye...

10 December, 2012

MEDAN-DANAUTOBA TRIP 2012 - day 3 (part 2)

Trip medan 2hb – 6hb mac 2012
TUKTUK(SAMOSIR ISLAND) - KAMPUNG TOMOK - KAMPUNG AMBRITA

Ahad 4hb Mac 2012

Selesai bersarapan pagi ni, kami mulakan perjalan untuk menjelajah kawasan pulau Samosir ni. Tempat pertama yang kami pergi adalah ke Kampung Tomok, Di Kampung ada sejarah tersendiri yang cukup menarik.

Permulaan pintu masuk kampung
jual ikan kering pun ada
keychain rumah batak (harga average Rp8k-12k untuk sepuluh biji) pandai2 la menawar ye
Pelbagai barangan ole2 yang menarik
Selesai memerhati sekitar kedai2 yang ada disepanjang jalan. Tiba masa nak masuk ke tempat permakaman. Pengunjung akan diminta memakai selimpang ini sebagi tanda menghormati adat mereka. (terasa macam miss universe gitu..ha3)


Kami disarankan oleh supir supaya mengambil pencerita ini. Bayaran tak silap hanya Rp 20k. Mereka akan bercerita kisah Kampung ini. Dan tentu yang paling menarik adalah kisah Raja mereka Raja yang ke II bernama Raja Ujung Barita Naibatu Sidabutar dan tunang Anting Malela Boru Sinaga yang bertunang selama 10 tahun tapi gagal disatukan serta sejarah pemerintahannya. Boleh baca tentang cerita ini di sini & sini.

Kenapa ada 4?
Disana simbol seperti diatas ni akan kerap korang nampak. Ini adalah simbol payudara - melambangkan kesuburan orang perempuan. Masa tu perempuan pilihan adalah yang berbadan gemuk (subur katanya) dan anak2 mereka pun sangat ramai boleh jadi sepasukan bola sepak. :-) Cicak yang mengadap ke arah payudara tu adalah mengingatkan anak2 yang pergi merantau ke manapun mestilah mengingati ibu mereka.

tukang cerita
ini la patung Anting Malela (tunang raja)
makam2 yang lain
makam Raja (dikatakan rambut panjangnya sakti, sapa nak dapatkan jodoh boleh pegang  rambutnya ye)
Patung Anting Malela di belakang
Patung Tengku Moh. Said di bawah (panglima Raja)

Selesai sesi mendengar cerita kami mengambil gambar kenangan2 dan terus turun ke bahagian seterusnya. Terlalu banyak deretan kedai perlu dilawati. He3. Time to shopping!!



Sambung lagi nanti k..

03 December, 2012

MEDAN-DANAUTOBA TRIP 2012 - day 3 (part 1)


Trip medan 2hb – 6hb mac 2012
TUKTUK(SAMOSIR ISLAND) - KAMPUNG TOMOK - KAMPUNG AMBRITA

Ahad 4hb Mac 2012

Diam tak diam sudah separuh perjalanan trip ni. Pagi ni kami bangun dengan gaya mengigil kesejukan. Selesai mandi kami terus menerjah ke ruangan laman rumah melihat tasik dan meminta kobis yang di tanam pemilik homestay. Kobis gemuk itu membuatkan kami teruja. Pagi ni kami sarapan maggi tambah kobis.

Nampak pemilik homestay dan pembantunya baru balik dari menangkap ikan. Sungguh la best..depan rumah ada tasik terus2 boleh tangkap ikan. Diberitahu kalau hasil lebih mereka akan masukkan dalam kolam mereka. Mereka ada bela arnab juga. Comel2 semuanya. Pemilik ni pasangan suami isteri, si suami orang putih isterinya orang indonesia. Pemilik memang sangat2 baik dan senang nak deal apa2 pun. Ada juga sampan/boat kalau korang jenis memancing tu boleh la bincang dengan pemilik. Rasanya percuma juga.

Mari tengok kawasan homestay ni.


Bilik ada 2 
 satu di tingkat bawah (bertutup) gambar 5
 satu lagi di tingkat atas (terbuka) gambar 8

ada library kecil buku2 novel - gambar 1
ruang bilik tingkat atas - gambar 3
sayur kobis sebesar sinki - gambar 9 

laman bersayur (boleh ambik termasuk pakej..tapi jangan la tapau bawak balik malaysia pulak) & kolam ikan
arnab2 dan kebun bunga
itu homestay sebelah. Memang serupa rumah batak. Harga memang murah, katanya banyak pelancong omputeh tinggal situ. Sebab biasanya mereka tinggal lama sampai berbulan2. - gambar 5
apartment di belakang rumah besar- gambar 9
_______________________________________

Kawasan rumah ni ada 1 rumah besar dan aparment di bahagian belakangnya. Kami dah deal awal dengan owner bulan November 2011 lagi walaupun nak pergi Mac 2012. Seperti ketahui kami booking untuk 12 orang namun yang jadi pergi hanya 7. Pemilik homestay beri kami apartment belakang itu percuma sebab kami dah sewa rumah besar. Harga ikut berapa orang rasanya, Kami dapat Rp 1.25 Juta semalam, masa tu untuk 12orang berbaloi!!...Kini disebabkan cuma 7 orang kami ambil rumah besar je. Ternyata pemilik baik hati masa proses membayar siap bagi diskaun lagi sebab cuma 7 orang dia bagi Rp. 1 juta je untuk semalam...lebih kurang Rm 350 dapat sewa sebiji rumah depan ada tasik!!

Ini website HORAS FAMILY HOME. Korang boleh mula deal awal dengan pemilik tempat ni. Mereka boleh cadangkan route trip tuk korang. Macam kami dia la cadangkan perjalanan dari Medan - Samosir trip - Medan kami. Semua diuruskan.

aksi melepak lepas Samosir trip pagi tadi
Ada internet cafe la..situ banyak omputeh lepak2

Ok ni kitaorang sertakan plan dan kos trip kami yang diuruskan pemilik homestay. Ni tahun 2012 ye.. Biasanya banyak yang datang dari arah Permantang Siantar - Parapat. Sebab tu diberitahu banyak pelancong menginap di Parapat dan masuk ke Samosir Island tu sehari je untuk berjalan2 dan balik semula ke Parapat. Kami pula memang plan untuk tidur di pulau. Kat sini agak sukar nak cari makanan halal, tapi ada kedai runcit yang boleh la kami beli2 barang keperluan tambahan (kebanyakkan kami dah beli di Medan).

Transportation with KIA PREGIO 

Day 1. Medan - Berastagi - Si Piso Piso - Tiga Ras - Simanindo - Tuk Tuk. 
One KIA PREGIO at Rp 900.000,
plus cost car ferry Tiga Ras - Simanindo Rp 150.000,
total of Rp 1.050.000,--

Bergerak dari Medan seawal 8pagi untuk sampai ke Samosir dalam jam 6petang


Day 2. Samosir Trip. With the same KIA PREGIO at Rp 700.000,--


Day 3. Tuk Tuk - Tomok - Parapat - Siantar - Medan. Plus time permitting short Medan City Tour (ronda Medan sampai jam 8malam).
One KIA PREGIO at Rp 800.000,
plus cost car ferry Tomok to Parapat Rp 150.000,
total of Rp 950.000,-- 
Bergerak awal dari Horas dalam 630pagi sebab nak sampai tempat ferry kat Tomok jam 7pagi

Total Transportation  Rp 2.700.000


Nanti Samosir Trip kita cerita post akan datang k

P/s : bila la dapat pergi lagi ...Lagi2 kalau dapat tinggal tempat seaman itu....Korang pergi la baru korang tahu macam mana rasanya.

27 November, 2012

MEDAN-DANAUTOBA TRIP 2012 - day 2 (part 2)

Trip medan 2hb – 6hb mac 2012
MEDAN-BRASTAGI-SIMARJARUNJUNG-TIGA RAS-TUKTUK(SAMOSIR ISLAND)

Sabtu 3hb Mac 2012

Kita sambung cerita hari ke2 ye. Kami nak ke Sipiso-piso waterfall. Dalam jam 130 tiba kami tiba dan kami mula bergambar2 dan beli baju. Kat sini boleh tengok air terjun yang turun dari tepian tinggi tu. Memang tinggi betul!.. tanya kenapa Sipiso Piso. Supir kata sebab tajam macam pisau. Cuaca dah mula hujan renyai. Kami sempat ke tandas yang diluar nampak seram tapi dalam dia ok la tak la teruk sangat. Boleh lepaskan hajat2 yang ada.

tandas seram di luar ok di dalam
luas macam bilik air kat kampung2
nampak tak deretan kedai tu....ha situ ada jual baju2 tuk ole2
permandangan luas....
air terjun si piso-piso
ha.... gambar ni jelas sikit air terjun tu
nampak ada gunung tu.....sejuk kat sini...
Jam 2 dan teruskan gerak ke Tiga Ras tuk naik feri. Hujan renyai2 dah turun masa tu, kami merancang jam 3petang nak naik feri dah. Tapi dari Sipiso-Piso tu mau2 1jam. Makanya tak sempat, jadi kami akan naik feri jam 6. Sementara tu kami dibawke Simarjarunjung. Tak hujan kat situ, tempat ni ada sediakan teh halia & goreng pisang. Kami pun berposing2 kat luar tu...macam kat oberseaaa...verangan lebih


menunjukkan di kawasan itu adalah sejuk

Tetiba hujan renyai kami pun ke dalam dan makan. Berborak2 lama lagi plak masa nak gerak. Siap tambah lagi nasi goreng & pisang goreng. Harga boleh tahan!!..pengsan!!!!

Semangat tunjuk peace depan tu,almaklum misi isi perut la katakan
 

sampai sorang satu pisang goreng...sekelip mata licin
tapi teh halia semua buat muka kelat2
haaaaaaa hambik Rp137k lebih kurang rm48!! glup!!

Kuar dari situ kami sempat buat keychain nama sebagai kenangan (padahal kat malaysia belambak). 
Rp 15k seketul.

Jam 5 kiteorang gerak nak ke tempat feri. Dalam perjalanan kami sempat singgah 1 tempat ni (lupa dah namanya) sebab ternampak monumen kuda. Kami sempat bergambar dan driver bagi tahu depan tu pulau Samosir & ada tanjung unta (bentuk macam unta duduk). 


Jam 6 kami naik feri. Dalam 50 minit kami tiba Simanindo (kawasan turun feri). Kami bergambar2 dan bersidai kat luar feri tu. 




tambang feri
Dari Simanindo kami bergerak ke Tuktuk dimana terletaknya homestay kami, dekat jam 7 gak tiba. Dalam 20km gak dari Simanindo tu. Kat sini jam 7 dah gelap gak. Macam jam 8malam kat Malaysia. Kami tiba je homestay jumpa owner, terus masuk rumah tak payah check-in dah. Owner kata esok2 saja, rehat dulu.

Kami pun mulakan samak peralatan memasak. Risau ada bekas2 apa2. Pastu kami masak nasi, tomyam sayur (ada beli tomato, kobis bunga & carrot kat Brastagi. Rp15k ke semuanya…murah!!), telur dadar & sardin.

Selesai makan rehat2 dan tengok tv dan tido. Tuktuk ni memang kawasan tanjung jadi banyak chalet2 dan memang banyak orang putih je. Sebab mereka kata jarang orang pelancong Malaysia nak menginap kat pulau sebab mahal sikit & susah cari makanan halal. Mereka hampir semua Kristian. Nasib driver kami muslim jadi mudah la dapat info dari dia. Kebetulan memang kami masak sendiri jadi tak da masalah. Tentang mahal plak. Rasanya bersesuaian sebab masa booking kami booking untuk 12 dewasa 3 kanak2. dapat 1 rumah besar tu Rp 1.25juta/ hari. Mereka offer kami kalau rumah besar tak muat kami dapat rumah kat belakang tu FREE!!..

Tapi kami tak sempat nak bagi tahu owner kami Cuma 7orang ke yang pergi. Jadi kami kata nak stay dalam 1 rumah je senang. Tempat ni ada kebun sayur sendiri, ada arnab ada laluan terus ke tasik tu , boleh lepak2, dan ada anjing ( kami awal2 dah inform dengan owner minta mereka jauhkan sikit dari kami)

K sambung nanti....gambar rumah pun nanti upload sebab ni kan sampai malam...dah gelap. (macam update entry on the spot konon, padahl dah berbulan). saja nak berahsia dengan korang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...