Dikala hujung minggu dan malas nak masak beriya2. Maka menu simple macam ni sangat2 membantu.
Bahan2 :
- tuna dalam tin (*jenama TC boy)
- salad
- sos cili
- mayonis
- bahan perasa (Kami guankan ajishio - serbuk lada putih)
- wrap ( jenama Mission ni ada pelbagai jenis wrap. Ada onion chives, potato, origina, wheat & macam2 lagi. Kami beli di Giant Putra Height bahagian roti2 tu, harga RM 7 kot, lupa dalam tu ada berapa tapi rasa 8-10 la kot)
| source : google image |
Cara2:
- panaskan wrap di non stick pan tanpa minyak, agak2 garing sikit je. jangan terlebih sangat nanti keras nak gulung tak boleh dah.
- sapukan mayo, soscili di wrap.
- letakkan salad, tuna dan bahan perasa
- gulungkan wrap dan letakkan semula dalam pan dan golek2 kan sampai garing ( ikut tahap kesukaan kegaringan yang anda suka)
- Dah garing boleh la dihidangkan dan makan :-)
Boleh juga kalau tak mau tuna, semalam kami gantikan dengan telur digoreng plain atas non stick pan. Kalau dapat daging / ayam ditambah hirisan bawang dan tomato lagi mantap ni!
Selamat Mencuba!!
*jenama TC boy ni antara tuna yang 0 crab (sesiapa amalkan diet atkin, ni pilihan yang baik untuk kalian)
