meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)
Showing posts with label PETALING JAYA. Show all posts
Showing posts with label PETALING JAYA. Show all posts

25 April, 2014

FATTY CRAB, TAMAN MEGAH PETALING JAYA




Hye... Ingat tak pasal nak cerita tentang ketam gemok.

Ni dia...sihat walafiat ketam nyer


Oleh kerana dah bertahun rasanya tak datang sini, kali ni tora datang lagi.

Kami berempat berjanji nak makan ketam sesama, walaupun petang tu kiteorg berdua dah join berkaraoke dengan geng yang lain dulu sebelum sesi berketam.
 
 
No 2, Jln SS 24/13 , Taman Megah, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
 
Kalau datang pukul 7petang memang selalu full, masa dinner kan. Kami sampai pukul 8 malam. Beratur panjang juga, sementara tu ada yang ambil order dah awal lagi. kemudian dalam 20-45minit dapatlah tempat duduk. Masa menunggu bergantung pada kekosongan tempat.
 
Ketam kira sekati rm 39 masa ni. Dulu pun rasanya lebih kurang sama beberapa tahun yang lepas. Masa tu kami makan 4 orang 6 kati. Jadi ianya jadi kayu pengukur la berapa kati nak target masa ni. Awal order 4 je. Dan 1 pinggan nasi goreng dan 7 kepak ayam. Tapi akhirnya kami tambah lagi 1kati, tapi diberitahu boleh tambah 1setengah kami ok je lah.
 
peralatan menukang kulit ketam
 
 
sumber gambar : Supermeng Malaya
 
Lain-lain menu boleh pantau di sini
 
Selesai makan dan bergosip, kami pun beransur pulang dengan perasaan kepuasan dan bahagia.
 
Merasa juga duit PETRONAS sambil berjalan tepuk perut. TQ mek :-)
 

P/s :
Kedai ni, no pork & no lard. Terpulang masing-masing. Kalau was was jangan pikir panjang k.

15 April, 2012

TONY ROMA'S SUNWAY PYRAMID

Hari ni kami manjakan diri kami dengan makanan western, gara2 cik Yan teringin sangat nak makan steak2 bagai. Dengan tak bersarapannya kami menjelajah ke Sunway Pyramid. Lepas parking terus kami menuju ke tempat dicari. Sempat gak menyinggah ke Gelato Fruity, merasa Manggo & Oreo. Manggo tu sangat sedap...hehehe. 

Kami pun tiba di Tony Roma's. (LG1, bahagian ice skating tu). Jam 1tengahari ni memang waktu lunch, tapi belum ramai lagi yang ada dalam tu. Tapi tak lama tu tengok ramai yang masuk. Kami jadi pelaris kot! ha3. Almaklum duduk bahagian tepi dinding kaca hadap ke shopping mall. Yang lalu lalang nampak 2 orang makan gelojoh. Apa lagi serang la kot??..haihhh perasan saja. Merapu aihhh...

Kami order Starter - onion loaf & kicking shrimp, Main course - steakhouse burger & Beef rib (combo with shrimp + 2side dish). Kami order air mineral & teh o panas saja. Elakkan yang manis2 & milky2, takut muak nanti tak dapat makan banyak. 

Dalam 10minit tiba la makanan starter ni. Tapi sebelum tu mereka ada hidangkan roti seketul dengan butter. Sedap tu!! rasa bukan macam roti2 biasa & butter dia pun ada campur daun2 apa ntah, jadi rasa lain sikit.
Tempt your taste buds with tender shrimp fried to a crispy golden brown and tossed in a spicy, cream sauce exploding with flavor.
(rm22.90)
Giant hand-cut Spanish onions, breaded, deep fried and served with our Original BBQ sauce. 
Half (RM12.90) 
Tiba je menu starter, kami pun tangkap2 gambar untuk tatapan kamu2 sekalian. Maka kami teruskan merasa. Dalam 10minit lepas tu Tiba la main course. Kagum mereka cepat je menyediakan makanan.

Beef ribs, shrimp, coleslow & mash potato 
(rm49.90)







A grilled pure-beef burger topped with Cabernet demi-glace, creamy Havarti cheese and rosemary bacon.
(rm27.90)
Jumlah pemakanan hari ini :- RM 128.80 ( termasuk 10% servise charge + gov tax + 10% discount guna cimb visa creditcard)

Selamat mencuba!!! 

p/s:
Kami tak habis makan onion loaf & burger langsung tak berusik. Ingat portion biasa, tapi silap ye. Besar2 belaka. Kekenyangan!! Jadi kami bungkus bawa balik tuk dinner.

Kalau pergi 2 orang kami cadangkan order 1 starter 1 main dish cukup.
Macam kat atas ni boleh 4 orang makan.
Berbaloi la kan kalau nak makan western mantap punyer.
Baru dalam RM 33 seorang kalau order macam kami order ni.

Jangan terperanjat kalau website mereka menu ada sediakan pork & sewaktu dengannya. Tapi francise di Malaysia memang tak da hidangkan pork. Macam TGI & sebagainya.

27 March, 2011

FATTY CRAB, TAMAN MEGAH, PJ


Entry kali ni tentang wishlist kami tahun 2011..makan ketam gemuk2 a.k.a ketam nipah.

Hasrat kami ni dah lama kami citer2 kat geng2 uitm yang 2 org ni. Diperkenalkan fa'e dan mek jimah. Kebetulan fa'e pernah mencuba tempat ni dan recommend pada kami. Apa lagi tiba masa yang ditetapkan kami pun pergi dari subang jaya ke pj ni. Pergi berasingan nasib la tak sesat jauh. Terpusing2 jugak la kat area tu. Last2 jumpa pun. Kawasan ni berhampiran William kedai makan tak cantek tapi best gak tu..tp bukan area tu..depan lagi sikit kalau dari subang jaya..

1st impression.."Alamak ramainyer org terkeluar2 dah dari tempat ni...ada ke tempat tuk kteorg ni?"Ramai cina makan kat sini, eh tentulah namapun chinese cuisine kan?

Tepon2 fa'e tengah cari parking.rezeki menyebelahi kami tup2 depan kedai tu ada kosong, apa lagi zass....memang ramai sangat orang almaklum tiba 745mlm time chinese dinner.

Kami bertiga pun menunngu la giliran untuk dilayan..siyesss ramai sungguh org wei..

Hujan pulak tu..nasib la ada extension roof jadi terselamat dari kebasahan..Akhirnyer kami dilayan..tapi dioffernyer tempat duduk depan kedai a.k.a kaki lina gitu. Nak tolak kang bile plak turn kiteorang kan..so hanguk2 jerk la..

Hambek ko depan tak hengat!!..(dalam hati nasib korang2 yang tunggu la yer tengok kteorang makan ..kalau nampak macam melahap sangat2 buat korang terliur2..maafkan jerk la kami..kami lapar..ditambah plak hujan masa tu)

mulakan mengorder.. ayat fa'e "selalu kan kalau 4 orang berapa kati yer makan?"(pakai kati yer kawan2...harga?? ikut harga pasaran yer)..kami ber2 terkebil2...hmmm memandangkan tangki masing2 saiz tangki air 40liter..fa'e jerk kteorang bagi 30liter..kecik2 tp bab makan memang layan. Dengan selamba cik yan mengorder " bagi 4kati yer"..ha ambik la lebih sekati..(1kati kalau tak silap lebih kurang 600gram..maaf yer kalu silap, buat post ni tanpa check buku..tapi 85% konfident betul..hahaha..kalau silap mati aku :-))

Tambah nasi goreng 1 pinggan + chicken wing + air chinese tea

.......................

Tak lama pastu air sampai & ketam!!!...yeahhh..efficient sungguh!!

Ingatkan betul2 bercili yang merah tapi tak yer ..ini sweet sour nyer.. so tak la pedas bebeno (hampa sedikit...tapi nasib baik sedap ..)

Ha ketam dah tiba..nampak tak tuala tu...di beri sekali yer.. & dicharge yer? tuala pun charge?..ala 40sen ke 60sen jerk harga sekeping...dari bagi tisu. Koyak rabak kang tisu tu...Agak2 sayang kan tuala tu..mintak bawak balik :-) ..kenangan wo....

Chicken wing pun dah sampai, mek tak sampai2 lagi...kteorang dah membedal..(nasib ko la mek..kalau habis sebelum ko sampai..ha3)

Mek pun tiba dan kami b4 makan bagai nak rak..(gambar ni khas buat fa'e yang bangga sungguh berjaya kopek ketam tu dengan jayanyer, Sampaikan lengan ketam tu nampak duri2 nyer..(lengan ke sepit?...mana2 lah tapi korang faham kan bahagian mana?)

mekjimah ( kiri) & fa'e (kanan)


Cik lieza dengan bersungguh2 mengunakan alatan (tak tahu nak panggil apa alatan tu?..aku blur ni).Boleh guna nak pecahkan sepit yang keras..Ketam ni keras tau..bukan macam ketam bunga tu ..aku pecahkan pakai gigi gigit2 jerk boleh.

Selamat melayan gambar yer..



Tengok kat belakang tu berapa punyer ramai orang menunggu.. masa ni dah kul 8 lebih dah..dah ramai melayu datang makan..time makan chinese tak berlalu. Tapi ternyata ketam tak cukup...tengok2 dah licin tuh...Lalu kami TERPAKSA tambah lagi..demi melayan nafsu habisan2 menikmati ketam ni. Bincang2 tambah lagi 2 kati..!!

Dahsyat2..hampa la mereka yang tunggu ataupun dah aim meja kami tu..maaf yer tunggu sebentar :-p ......tengok3..ramai tak yang menunggu?

Meja bersepah?...sian kat orang lain nanti alas meja kotor..Huh tak pe jangan risau..korang kuar jerk kedai..diaorang akan tukarkan cadar baru...Cadar? ok sorry...alas meja k

Muka puas tak hengat...ko senyum lebar yer!!


Main tukang2?Ohhh bukan yer...tukul tu dibagi sekali tuk ketuk2 ketam yang keras tu..(Harta kedai tu yer..bukan di bayar..jadi tak boleh bawa balik k...hahaha)


Last sekali gambar cik yan sedang senyum lebar kekenyangan..Sebab dia la paling lapar sekali masa ni..makan laju2 dan menyerah kalah kekeyangan awal

Kami masih terus menikmati dengan tekun

Hasilnyer..kulit jerk tinggal?..Yela isinyer dah kat dalam perut kan

Kami kehausan..tambah lagi teh dan air coke..Dan fa'e nak cuba roti bakar..cecah kuah..Tapi kami rasa roti bakar tu tak berapa menarik..mungkin bukan taste kami makan roti tu cecah kuah ketam..cecah teh o suam lagi sedap..hahaha

Mesti tertanya2.."berapa la korang berhabis duit makan ni?"

OK masa tu total masa dapat bil berdebar2 jugak..takut2 sampai tahap kena cuci pinggan kat belakang kedai..Tapi ternyata berbaloi!!!RM 240+ untuk 6kati ketam , 1pinggan nasi goreng, chicken wing 1 pinggan(lupa dikire berapa ketul order), air chinese tea 2pot la jadinyer & air coke..tak lupa roti bakarjadi RM 60 la sorang...berbaloi kan!!


Info:

Fatty Crab Restaurant No 2, Jln SS 24/13 , Taman Megah, Petaling Jaya2 Jalan SS 24/13 Taman Megah, 47301 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia

03-7804-5758

dibuka setiap hari dari kul 5.00pm - 11.00pm (hari isnin tutup ye)


map ( sumber : google) sile klik tuk tumbesaran yang sihat yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...