Bertemu kembali setelah sekian lama menyepi.
Seperti janji yang lepas untuk selalu update blog ni, minta maaf banyak2 tak berjaya nak kotakan janji tersebut dek pelbagai kekangan. Apa yang boleh dikatakan, mampu update apa termampu sahaja. Walhal aku ada banyak entri jalan-jalan dan juga makan-makan yang tersimpan dalam harddisk mahupun tab ni.
Pertemuan ini aku nak mulakan dengan berita sedih dahulu. 14/8/13 yang lepas seekor kucing kesayangan telah tamat riwayatnya akibat penyakit tak boleh kencing. Penyakit di kesan kira2 10 hari sebelum tu. sudah bawa ke vet swasta dan juga kerajaan di kampung. Almaklum kan raya, aku bawa balik ke kampung. Sepanjang tu makan pun dia tak berapa mahu, macam2 aku usaha kan akhirnya aku redha kalau dia pergi bila tengok badannya makin kurus. Kesian sangat.
Dan masa rehat aku dan cik yan berhempas pulas mengebumikan dia berdekatan apartment kami. Terima kasih atas batuan abang guard tolong cangkul.
Kini tinggal seekor je, LALA. Muka sedih je kira2 seminggu lepas KIKI tak ada. Sekarang nampaknya dia semakin ok dan sangat manja. Cuma bosan la agaknya tak ada teman bermain.
Update terbaru sepanjang penyepian di blog, kami dah sampai ke mantanani island di Sabah, trip yang dirancang sekelip mata. Dan terbaru sekali kami ke Sarawak untuk family trip. Sementara cik yan dan parents balik ke kampung, aku sekeluarga ikut berjalan2.
Oklah jumpa di lain post lagi....
I miss u kiki.........