Minggu lepas kami balik ke kampung, maka malam tu dah pakat nak layan chicken chop RM5 yang dikatakan glamour tu. Sampai je rumah Cik Yan lepak2 sekejap dan terus bawa adik, mak & ayah Cik Yan ke tempat nak dituju. Kami menuju ke cawangan ke 2 HUTAN BANDAR BISTRO ni, terletak di Jalan Yahya Awal (berdekatan TNB JB). Cawangan utamanya di Hutan Bandar.
 |
maaf la yer..gambar macam kelabu asap (seiring hati aku yang berasap masa tu kot) |
Datang malam dan kawasan ramai orang, malas nak ambil gambar...2 gambar ni dari google. Masa kami datang ramai sangat bebudak remaja lepak kat luar tu, jadi kami sekeluarga decide nak makan kat dalam je. Cuaca agak panas & dilihat meja & kerusi agak bersepah2. Meja tak berlap..ok harap ini bukan la petanda buruk.
Menu kami order 4 chicken chop grill (RM7.50) & 1 chicken chop biasa yang glamour (RM5). Tapi yang tak bestnya order 5 air, setengah jam kemudian 2 je yang sampai. tu pun dah mula makan dah. Bila minta check semula order sampai ke sudahnya tak dapat. Kalau makanan lambat aku leh terima tapi air lambat! maaf susah nak terima. Lagi2 nampak air dah beratur tersedia tapi tak da orang yang hantar.
Lastnya kami blah je tanpa tunggu air, bayar yang mana kami makan&minum sahaja. Bagi kami layanan sangat mengecewakan dan tidak menghormati warga tua.
Ha...kan ..tak semua yang kami cuba tu ok. Kalau tak ok memang kami akan komen (kot2 kalau owner terbaca boleh la perbaiki).
Makanan keseluruhannya sedap dan berpuas hati. Kecuali yang otak2 dan pepes yang diletak2 kat meja tu. Kenapa rasa macam dah banyak kali bakar?? isi dah tak merah? lebam je aku tengok!.. Dalam lebam2 tu habis juga sebab agak lama tunggu makanan apatah lagi minuman.
Pesanan pada owner kedai, sila la perbaiki mutu layanan anda, waktu menunggu & kebersihan kedai. Berikan layanan yang menarik seiring dengan rasa makanan anda. Makanan dah boleh market tu, sayang kalau faktor layanan tu buat kami dan pelanggan2 lain taubat tak datang lagi....Murah bukan segalanya......