Hye semua....lama dah tak kongsi cerita dengan kalian.
Sunyi seketika. Oklah, cerita sikit apa berlaku dalam minggu yang baru ni.
Alkisah bermula jumaat minggu yang lepasnya lagi. Dengan tiba-tiba, badan menjadi seram sejuk teramat sangat petang tu. Mengigil rasanya. Maka sabtu tu Mc. Doktor kata tekak infected teruk, mungkin jerebu. Tapi dah makan ubat pun, asal malam je demam. Badan panas sangat tanpa ada rasa pening. Ini sudah pelik. Memang aku jarang demam dan bila dah demam selalunya memang terlepak terus. Berhari terlantar. Tapi ni tak pening tak muntah, memang pelik. Dan tambah pelik, waktu siang aku tak demam tapi semua sendi kat badan ni rasa nak tercabut. Bisa dan sengal. Dalam sengal ni sempat menjelajah ke Mph subang parade sebab nak cari buku. Almaklum dapat baucer buku, harus gunakan sebaik mungkin.
Demam berterusan di kala malam dan awal pagi. Isnin aku pergi kerja, tapi memang berpeluh teruk tak tentu hala. Diri ni dah mula rasa takut, risau denggi. Sebabnya kat badan ada beberapa spot yang berair tapi adalah dalam 2-3 biji je. Selasa pagi bangun tidur, rasa badan panas sangat dan plan nk Mc lagi. Dan tetiba tengok badan berbintik merah. Terus ke klinik, doktor kata ruam hama! Atau suspek salah antibiotik. Aku sengaja tanya bukan denggi, campak ke chicken pox. Dia sahkan bukan sebab bentuk bulatan berlainan. Balik rumah aku tukar cadar, sembur dettol semua. Almaklum, hama! Tapi macam mustahil, namun tetap aku buat pembasmian. Aku teruskan makan ubat demam sampai 4 kali sehari, sebab panas badan sangat teruk. Keesokkannya, aku tak puas hati sebab nampak air gelembung dalam bintik. Makin seram muka dah penuh bintik. Aku ke klinik yang up sikit. Klinik Medivron di Giant, putra height. Orang tegur suruh beli barang, aku wat dek je terus menuju ke klinik. Nak drive pun tak larat, maka bestfriend lah tolong hantar masa waktu lunch. Selebet dan selekeh sungguh rasa diri ini. Selepas tunjuk je bintik kat doktor, doktor teruskan kata... Awak kena chicken pox ni. Glup! Memang sah dah tua gini baru ko nak muncul kan bintik. Hishhhh! Kerja tinggal aku tak kisah sangat, sebab bukan waktu puncak buat payment subkontraktor. Tapi kelas yang berpanjangan aku tinggal. Memang mengerikan.
Ohye bab ubat pula, doktor syorkan ambil antiviral sebab bintik baru je sehari dua ni keluar. Maka sempat kawal dengan antiviral. Kos dia rm210!!!! Pucat aku dengar. Habis stock medical claim aku macam ni. Kalau lambat ambil, baik tak payah terus sebab memang efektif waktu baru kena sahaja. Lastly, ambil je lah. Makan sehari 5kali selama seminggu. Walaupun waktu siang aku tak rasa demam, tapi bila check suhu sangat tinggi. Maka makanlah ubat demam 4 kali sehari. Masuk hari ke 3 lepas bintik keluar rancak tu. Demam dah reda. Kat lidah dan tekak pun ada tumbuh. Seksanya nak makan minum terkulat tergeliat lidah. Selera memang kelaut. Perut rasa lapar, tapi tak ingin langsung nak makan. Tengok tv channel afc, orang makan burger besar daging banyak. Aku rasa nak muntah! Kalau tak rasa menitis air liur.
Isu mandi tak mandi, air kelapa semua aku tanya doktor. Dia bagitahu tak kisah, mandi je la dan minum je la. Bukan apa pernah dengar, nak kuar semua minum air kelapa. Aku minum sekali waktu hari pertama confirm chicken pox. Tapi bila ada terbaca yang kalau minum nanti kuar banyak, sedangkan antiviral untuk elakkan virus duplicate. Maka aku stop, sehari je minum air kelapa. Selebihnya memang antiviral semata. Lagipun ada orang kata air kelapa ni musnahkan fungsi ubat, aku pun tak tahu apakah betul ke tidak. Sebabnya doktor kata tak kisah pun. Tapi dek was was, dan dek antiviral mahal. Kang tak berkesan rugi plak. Maka seali tu jela aku minum. Mandi pula aku berselang hari. Mandi dengan air daun semambu. Terima kasih la sahabat yang carikan kat kuil kat site tu. Mujurla masa ronda site haritu, macam terperasan pokok tu. Maka senang sikit nak mendapatkannya. Rebus dan airnya buat mandi. Air memang pahit sangat, tapi memang membantu mengeringkan bintik. Ubat sapu dah 4 tube aku pakai, nasib badan la. Satu tiub rm 15, terbang melayang lagi duit. Ada juga aku buat tradisional masker. Daun semambu, beras direndam dan ibu kunyit. Di blender saja dan tepek kat bintik. Setakat ni pakai kat muka je sekali, sebab bersepah2 benda tu. Nanti rajin pakai lagi.
Isnin lepas Mc dah habis, dan pergi jumpa doktor lagi untuk check kualiti bintik. Maka doktor kata masih banyak tapi progress sangat bagus. Sambung lagi Mc seminggu. Harini aku masih lagi Mc. Minggu depan baru kerja InsyaAllah. Hari ni dah mula kering dengan kadar cemerlang, tapi bekas memang setimbun. Bersabar je. Ingat nak balik kampung, tapi banyak benda nak uruskan dalam minggu ni. Maka cancel balik kampung, minggu akan datang je la balik. Tak nak bagi yang kat kampung plak jangkit. Bab makan, memang pantang. Masakan semua takda yang goreng atau bertumis. Ada tu kata tak boleh memasak langsung dalam umah. Sebab tak boleh menumis tu, nanti gelembung meletop macam masakan tu. Hmmm... No komen. Pantang larang orang lama. Aku masak je kat umah tapi memang takda goreng atau tumis, sebab kena kurangkan makanan berminyak. Tapi selamba haritu aku masak tomyam ikan merah dan sayur tu aku tumis sikit pakai butter. Nasib laaa.... Hahaha. Paling banyak memasak, cik yan la si bestfriend. Lagi masa demam teruk. Dia la yang jaga. Terima kasih ye....Engkau la sahabat sejati.
Oklah, tu je cerita bintik minggu ini. Harap cepatla sembuh, jemu dah makan makanan pantang dan tanggung kegatalan ni. Harap juga cepatlah bekas hilang, buruk rasa diri ini...huahuahua....
Sampai berjumpa lagi.
ReplyDeleteشركة تنظيف خزانات بالدمام
شركة عزل اسطح بالخفجى