Hye..kali ni kami mencuba cafe baru. Minggu ni teringin sangat nak melayan coffee. Dimulakan dengan hari sabtu lepas semangat pagi buta pergi Mcd Taipan semata-matanak minum coffee breakfast set. Tapi itu tempat biasa jadi tak perlulah nak dikongsikan kan? Kite kongsi yang rare sikit.
Survey punya survey, sampai habis quota internet akhirnya ke usj 9 sahaja. Cafe ni terperasan haritu. Ingatkan cafe meletop-letop mahal mengunung. Bila tengok instagram mereka harga standard cafe dipusat USJ la. Jadi hujung2 bulan gini boleh la kalau nak cuba sehirup dua coffee nya.
Kami gerak agak lewat, berharap buka lagi la. Kalau tutup plan nak pergi layan nasi lemak sambal opah je la. Nasib kami baik, sampai je cafe tak tutup lagi. Terus park, rezeki juga la sebab ada parking. Almaklum lokasi berhadapan dengan usj murni discovery yang pelanggan tak pernah surut tu. Maka park pun jadi rebutan la kan.
Masuk je kedai suka sangat dengan decoration lantern yang banyak dalam tu. Selesa je, orang pun tak berapa ramai mungkin sebab dah lewat sikit. Kami order coffee, pavlova dan set allday breakfast bacon, mushroom dan toast.
Mari layan gambar la ye..sesiapa nak follow instagram mereka, boleh rujuk gambar instagram tu. Ada alamat mereka sekali.
Rating makanan dan minuman yang dicuba. Pavlova 3/5 je la sebab ada terasa sikit hanyir telur, lagipun bukan suka sangat pavlova. Jadi tak dapat nak komen banyak. Tapi set toast tu sedap! Air pula 4/5 sebab coffee macam kurang kuat, tapi tetap buat mata ni bulat sampai boleh update blog memalam buta.
Cubalah kira berapa banyak lantern ada dalam tu..
Kiri : latte rm10 / kanan : ice americano rm7
Set all day breakfast - bacon, mushroom & toast rm15
Pavlova rm12
Next time nak cuba burger atau pasta pula.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment