Hye..
Nak kongsi resepi chicken wing la pulak. Baru je bua minggu ni. Selalu teringin je beli kat pasar malam. Tapi kalau teringin banyak masak sendiri lagi bagus. Jimat dan lebih nilai. Beli ni rm8 dapat dalam 15 ketul. Lepas tu cari jela bahan perapan apa ada kat dapur tu untuk digunakan.
Bahan-bahan:
- Kepak ayam
- Kicap manis (jenama ABC terbaik)
- Sos tiram
- Sos perasa (jenama maggi)
- Parsley &mix herb ( lebih buat spageti)
- Bahan perasa
Cara-caranya:
- Perapkan ayam dengan semua bahan. Adalah lebih elok semalam di dalam peti ais, jika tidak sekurangnya 1jam
- Bakar dengan suhu 170 selama 25 minit dan diakhirnya suhu 200 selama 5 minit
Tips:
pakai zipper bag lebih bagus dalam memerap sebab lebih rata walaupun bahan perapan sedikit, berbanding di dalam mangkuk dan sebagainya
No comments:
Post a Comment