Soto
Lama sangat rasanya tak berupdate blog ni. Terkini dah pindah office baru. Office kat shopping mall memang panjang langkah la nak menjamu mata dan selera di kedai makan yang tersedia. Tambah pula untuk 3 bulan ni pihak management bagi kupon makan tuk semua staff. Apa lagi, jangan salahkan penimbang kalau berat mwningkat akibat manfaat kupon. Memang digunakan sebaik mungkin. Sapa rasa tak guna sangat kupon tu meh pass kat saya.
Ok lah taknak bebel panjang, kali ni review kedai yang satu ni dulu. Kedai ENAKBITE ni terletak di tingkat mazenine level 1A. Ada dihidang pelbagai menu. Antara uang kami dah cuba adalah soto ni. Harga rm 7.90/plate. Kalau ambil set dengan air tambah rm1 je. Sedap! Cuma bagi diri yg gemarkan sedikit pedas rasanya kurang umph. Ada manis sikit. Apa pun selera masing2 kan. Kalaulah ada sambal kicap pedas, sure power habis.
Sebelum ni mencuba tahu brontak rm 4 je satu set. Ini sedap jilat jari. Sambal kicap sesedap rasa di cecah dengan tahu ni. Ia boleh dikira snack lah. Macam cucur tapi disumbat dalam tahu. Recommended! Tapi sory tak da gambar plak. Tak sempat snap dah hilang dari bekas. Takpe nanti ada kesempatan, upload special tuk kamu orang k.
selamat mencuba
P/s lepas makan soto tapau plak tahu brontak..makan sambil tengok drawing..hahaha
No comments:
Post a Comment