sumber: facebook sugarmelon tapi sekumpulan yang kiri tu macam diri sendiri je...ye tak? |
Hainanese chicken chop
Meehoon cantonese
Cheese cake
Meehoon sup
Blackpaper chicken chop
Hye..berpanjangan update kedai makan kat kawasan office kami je kan? Nasib la...ye. Kasi review sampai habis kedai.hahahaha
Kali ni kami beramai ramai mencuba di kedai SUGAR MELON. Juga terletak di level 1A. Kami pesan pelbagai jenis makanan. Sebelum ni saya ada juga cuba lain2 menu tapi tak sempat nak ambil gambar dulu. Yang ni pun kawan yang ambil dan minta share je la gambar. Tq shikin!
Saya pernah mencuba grill salmon, yang gemar makan salmon memang berbaloi melabur di sini. Harga RM23 kalau tak silap dapat dah salmon besar, puas! Maaflah tak ada gambar. Chicken chop rasanya baru RM 15.
Saya dan kawan seoffice suka makan di sini, sebab harga berpatutan. Contohnya untuk meehoon sup, cantonese meehoon tu dalam RM9, Ginger beef kueyteow RM 13.50, cake RM8+. Maaflah kalau tersilap ye.
Di sini memang terdapat pelbagai menu, sedap & portion besar. Tentunya memberi nilai untuk wang anda.!
SELAMAT MENCUBA
sedap nyer!
ReplyDelete