meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)
Showing posts with label CHINESE FOOD. Show all posts
Showing posts with label CHINESE FOOD. Show all posts

27 March, 2014

RESTAURANT VENICIA, BUKIT IDAMAN, SELAYANG


Hye semua... Kali ni nak kongsi dengan kalian tempat makan rare sikit.

Minggu yang lalu ada sesi makan di tempat berdekatan dengan site. Untunglah kami langkah kanan. Tumpang seperut. Setibanya di sana menu dah ditempah rasanya. Kami ada dihidangkan salad mempelam. Sedap sungguh! Lain dari lain rasanya.

Tempat ni terkenal di kalangan warga selayang katanya. Terutama masa untuk makan 'besar'. Menu disajikan, memang sedap dan besar belaka bahannya. Udang besar, ikan fresh. Senang kata sendiri datang sendiri cuba. Cara masakan chinese style.

Antara menu kami order ialah daging rusa, ayam claypot, ikan kerapu stim, udang, sayur daun keledek. Kongsi gambar sikit kat sini.


Restoran terletak di kawasan perumahan kondo, ini alamatnya :
Restoran Venicia (Selayang)
1st Floor, Casa Venicia Club House
Jalan Bukit Idaman 1/3
Bukit Idaman
68100 Batu Caves
Selangor
Tel: +603-6136 2010
Business hour:
Mon - Thu 12:00p.m - 2:30p.m & 6:00p.m - 10:00p.m
Fri - Sun 12:00p.m - 2:30p.m & 5:30p.m - 10:00p.m
Cawangan ni pork free.

Adalah lebih baik, buat tempahan. Sebab ruang kecil je jadi limited. Dengarnya kebanyakan orang  suka tempat ni makan ramai-ramai. Maka makin terhad la kan.
Diingatkan juga poket kasi tebal ketika datang, sebab harga agak kencang sebab besar-besar bahannya.

Satu lagi cawangan di Bangsar Puteri Condominium. Yang ini ada hidangkan pork.

Selamat mencuba

20 December, 2013

SUGAR MELON, SKY PARK ONE CITY, USJ

sumber: facebook sugarmelon
tapi sekumpulan yang kiri tu macam diri sendiri je...ye tak?
Ginger beef kueyteow

Hainanese chicken chop
Meehoon cantonese

Cheese cake

Meehoon sup

Blackpaper chicken chop
Hye..berpanjangan update kedai makan kat kawasan office kami je kan? Nasib la...ye. Kasi review sampai habis kedai.hahahaha
Kali ni kami beramai ramai mencuba di kedai SUGAR MELON. Juga terletak di level 1A. Kami pesan pelbagai jenis makanan. Sebelum ni saya ada juga cuba lain2 menu tapi tak sempat nak ambil gambar dulu. Yang ni pun kawan yang ambil dan minta share je la gambar. Tq shikin!
Saya pernah mencuba grill salmon, yang gemar makan salmon memang berbaloi melabur di sini. Harga RM23 kalau tak silap dapat dah salmon besar, puas! Maaflah tak ada gambar. Chicken chop rasanya baru RM 15.
Saya dan kawan seoffice suka makan di sini, sebab harga berpatutan. Contohnya untuk meehoon sup, cantonese meehoon tu dalam RM9, Ginger beef kueyteow RM 13.50, cake RM8+. Maaflah kalau tersilap ye.
Di sini memang terdapat pelbagai menu,  sedap & portion besar. Tentunya memberi nilai untuk wang anda.!
SELAMAT MENCUBA

22 February, 2013

1977 IPOH CHICKEN RICE, USJ 9 SUBANG JAYA

Kami selalu singgah depan restoren ni sebab nak pergi bank Cimb depan tu. Selama ni pandang2 je, baru hari ni dapat juga mencuba. Ingatkan kedai nasi ayam cina tapi bila nampak logo halal tu terus serang.

No.32, Jalan USJ 9/5N, 47620 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, 
(depan CIMB BANK)
Tel : +603 - 8023 0725


Suasana restoren



Antara menu2 yang ada...semangat snap tuk korang tengok..
tapi ada sesetengah menu ikut masa, ada lunch je ada malam tak da. 
(maaf la gambar kelabu asap sikit)







Ni buku menu lagi 1...
banyak nya menu rambang mata nak pilih

ada set woooooooooo
KETAM!!!






Yang kami order...simple je
 RM5.50
RM2.50
tambahan RM2.60 (besar2 ball ni)
Rm7.90
Kalau datang ramai2 boleh cuba menu2 set yang ada ikan & macam2 lagi tu...
Makan besar la katakan. malam tu ramai yang makan besar, almaklum dah gaji hahaha

Selamat Mencuba....



08 February, 2013

SHANGHAI NIGHT - ANNUAL DINNER COMPANY 2013

HAPPY CHINESE NEW YEAR EVERYONE!!!

Sabtu lepas company kami adakan Annual Dinner di Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur. Tema Shanghai night, kami ni comel2 tak da nak pakai cheongsam. Maka cari kain yang biasa orang buat cheongsam tu pastu buat skirt sendiri, kasi ada tema shanghai sikit. Lain2 biasa2 je.

Majlis macam biasa la, makan2 ada persembahan dan cabutan bertuah. Dan paling best cabutan bertuah RM ribu2 tu...tapi setakat 4 tahun kerja disini, belum ada pernah bertuah lagi dapat RM$$ (bunyi kaching3....). Kalau tak boleh buat berjoli travel2.

Jom la layan gambar sikit, tak banyak sangat snap gambar...









ada 10 trip tukar hidangan tapi sempat tangkap 1 gambar je..
malam tu semua hidangan chinese food
(pada kami hidangan so - so je....tak berapa best)


Jam 1230tengah malam majlis habis dengan cabutan bertuah tertinggi Rm12+k. 
Kami gagal !!!..sob2
Tapi ada rakan kami dapat RM6k...

Apa lagi tentu2lah minta dibelanjakan.....yahooo!!



04 January, 2013

GOLD CHILI, USJ 21 SUBANG JAYA

Diperkenalkan salah satu restoren makanan cina di USJ 21. Lokasinya berhampiran dengan office kami. Jalan kaki pun sampai. Depan office kami ni banyak dereten kedai2 makanan cina dan yang ini salah 1 yang glamour dan ada cawangan lain lagi SS15.

Lokasi di No.15, Jalan USJ 21/8, UEP Subang Jaya, 47630 Subang Jaya dan di No. 5,Jalan SS15/8B,47500 Subang Jaya

Antara menu yang ada cawangan USJ ialah Claypot Steamboat Porridge,Tom Yam And Herbs Soup,"Portuguese Style" Seafood Grill udang, ketam, ikan juga Dim Sum. Cara masakan juga pelbagai ada thai style, malay style Chinese style dan lain2
sumber: google image
suasana kedai jam 8malam
pak choy & udang pedas
ikan siakap stim - kuah pedas (lupa dah nama masakan ni)
masa untuk membayar
Kami order nasi 2, air 2, lauk seperti diatas. Dimaklumkan masa tu harga ikan RM4.50/100gram. Tapi masa bayar kami kena dalam RM 60. Ikan sahaja di beritahu sudah RM45 (macam mahal plak rasa tak sampai sekilo pun, tak tahu la dikira sekali dengan kuah?). Tapi puas hati masakan memang sedap. Cuma rasa sayur tu mahal tahap susah nak terima sikit. Sikit je mereka kira RM10.

Kesimpulan masakan memang sedap, 5 bintang boleh diberikan! harga je agak mengancam poket. Waktu gaji boleh lah belanja makan lebih sikit. Kalau tak menitis air mata dibuatnya.

P/s ; dengar citer Butter Chicken mereka sedap sangat, belum berkesempatan nak mencuba.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...