meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)
Showing posts with label KUALA LUMPUR. Show all posts
Showing posts with label KUALA LUMPUR. Show all posts

16 January, 2013

PAVILION KUALA LUMPUR

Sambung cerita yang lepas, setelah kami memjelajah zoo di waktu pagi kami sambung ke Pavilion KL pula. Waktu Krismas memang Pavilion ni meriah. Bukan saja Pavilion ni malah hampir ke semua mall di area Bukit Bintang bermandikan cahaya meriah. Dan dalam orang dewasa yang suka, tentulah kegembiraan tu dijuari oleh kanak2.

Buktinya tengok je la gambar2 mereka ni, sakan menari tengah khalayak ramai. Sibuk nak ambik gambar pegang bling2. Tu belum lagi naik mini train yang kiut tu.

K la jom layan gambar..............
menari pusing2 sampai pening
pandai ko bergambar ippah oi!
tunggu turn...



finally yang tua pun sibuk nak naik...Rm5/person

meriah kan?
lantak pi orang nak kata apa..tak kira..nak juga snap pic
punya ramai kat center court ni...
baik punye posing ala2 photoshoot magazine
gambar 1st ..tu dia dh tak tahu nak posing gaya apa lagi dah..
di jalanan .bergambar di tempat orang sibuk melintas jalan
p/s:
memang best suasana kat Bukit Bintang ni kalau dekat2 time perayaan...meriah. Paling suka dekoration masa krismas...meriah lain macam.

26 July, 2012

RESTORAN KAK MAH TOMYAM, KAMPUNG BARU, KL

Berbuka puasa hari ke 4, kami hanya buka ringan2 makan kuih je. Sebab malam tu kami dah plan nak sambung berbuka merangkap sahur kat restoran Kak Mah Tomyam, Kampung Baru.

Kami dah selalu juga layan bubur kat sini. Berkali2 dah. Ni siaran ulang tayang.

sumber : blog orang lain
posing sikit.....sementara menunggu

sumber : blog orang lain

Aku lebih suka serang dapur dia ni pilih makanan apa nak makan & boleh juga order dari meja. Ada pelbagai menu - wajib try tomyam2 nya. Semalam kami try tomyam poktek tapi tak sempat nak snap gambar.
TERBAIKKK!!! RM5 je semangkuk
Suasana kedai


lauk pauk sudah mai!
bubur tuk 3 orang makan sudah sampai
(selalu mintak tuk 2 orang, pastu nnt tambah lagi. Kali ni order siap2 je)
sayur goreng









ni Obor2
telur masin
Ada lagi tambahan tomyam poktek ( tomyam ni jernih dan pedas, selalu macam seingat2 tomyam poktek ni bersusu..entah version lain kot). Maaf tak sempat snap gambar sebab tomyam tu tiba lewat sikit. Kami dah sakan makan terlupa plak nak snap.

Total malam tadi macam murah plak. RM37 je termasuk 2 gelas teh o panas. Kat sini memang mahal sikit tapi memang berkesan la makanan dia. terngidam2. Sanggup aku datang dari Subang Jaya ke Kampung Baru ni.

heeh ...dah ada orang pasang lampu ketupat!!! raya3
Ok sebelum berakhir post ni, ni tunjuk gak gambar sebelum ni kami pernah ambik gambar lauk2 tapi tak sempat citer kat blog. ke dah pernah cerita. Lupa...
Nampak tak macam lebih jurang sama je menu pilihan kiteorang..





Dah sakan makan bubur ni, mana peduli orang ambik gambar kita kan.?? tak menyabo2. masa ni kami kena mahal sikit RM48 (mungkin jumlah pengambilan lauk2 tu aku agak tamak masa tu)


Ok kedai ni terletak depan Universiti Kuala Lumpur. Kedai dibuka setiap hari bermula jam 9pagi -3 petang. Tutup dan dibuka semula jam 6petang hingga 1 pagi hari biasa .Hujung minggu sampai 2 pagi.

Ni map tuk rujukan korang
klik unntuk tumbesaran


Semalam aku bertapa makan dari jam12malam-1.15pagi. 
Sebab layan baik punya bubur sementara tunggu kawan sampai dari Penang. 

Selamat mencuba

15 February, 2012

Doli Kuey Teow Goreng TTDI, KL

Minggu lepas kami menjelajah jalan2 cari makan, mencari char kueyteow. Kami pun merempit menuju tempat yang dikhabar2kan terbaik ni. Lebih2 lagi owner ni senior kami masa kat Uitm dulu. Maka ramailah rakan2 kami review tempat ni. Khabar dan info yang kami dapat kedai ni glamour di Taiping. Kini takperlu ke sana dah, kat TTDI pun ada dah.

Kira2 jam 5lebih kami pun tiba.


source:google image :-)  kredit pada tukang ambik gambar..ossemm pic & colour
suasana kedai...(adik tu bukan main lagi tenung)
Sempat intai kat customer sebelah tu. Nampak kering je kueyteow nye. Sekali masa order barulah perasan ia bukan char kueyteow, ianya kueyteow goreng. Patut la kering2 je.
Kira2 15minit makanan pun muncul. Lapar dah ni serang dulu yer...
Oh ya sini menu utama kueyteow gorang ada biasa (RM6) dan special (RM10), nasi ayam, mee rebus dan beberapa lagi menu lain. Kami order yang biasa sahaja.

Dalam pada makan2 sempat tinjau sekeliling, tak lama tu tengok orang dah mula ramai. Masing2 semangat nak makan kueyteow. Selamat aku datang awal sikit. 

Selesai makan kami nak bayar. Sekali cashier sempat tanya kawan tokey ke? Nak mengaku segan..hahaha sebab risau dia tak cam kami, kami je kenal dia. Dan2 cashier tu kata bos kata kalu meja awak ni bayar panggil dia. (kebetulan masa sebelum bayar kami dah nampak bos dia kuar).

Menyesal bayar lambat kalau tak kot2 dapat makan free...hahaha (sah2 la pasni tokey2 yang kenal buat2 tak kenal kami). hahaha 

Selamat mencuba yer semua...dan buat tokey selamat maju jaya yer...! 

Doli Kuey Teow Goreng 
No. 16, Jalan Wan Kadir 4 
Taman Tun Dr Ismail 
Kuala Lumpur 
Tel: 03-77225351 
(Halal. Dibuka 12pm-12am . Tutup jumaat)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...