meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)
Showing posts with label GO GREEN. Show all posts
Showing posts with label GO GREEN. Show all posts

10 August, 2012

GO GREEN!! TIPS 18

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Kali ni update tuk idea dari bulb/ mentol2 lama yang dah tak digunakan lagi. Pasti nak raya ni banyak la aktiviti tukar2 mentol dan tukar perlbagai barangan lain. Tak kurang juga nak cari bahan2 hiasan tuk hias rumah jadi tempat yang menarik dan selesa di kunjungi. 

Ni sedikit idea go green yang boleh kita buat sendiri hasil dari bahan2 terbuang. Selamat cuci mata ye, kot2 ada yang tersangkut dan menjadi pilhan hati nak dicuba. Terutama sekali gambar paling akhir.

Tak sangka pelbagi idea hiasan boleh kita buat dari mentol2 lama ni. Antaranya : 

Dijadikan perhiasan rumah

Dijadikan lampu

boleh dijadikan ole2/ wedding gift dan sebagainya

eh...tempat bercucuk tanam??

ni plak boleh jadi hiasan meja / centerpiece meja2 masa wedding ceremony / majlis2 lain2...sweet je nampak kan?

semua gambar dari blog orang lain...inspirasi idea DIY..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lastly idea tuk pelita raya korang.....he3
Amacam menarik kan?

03 August, 2012

GO GREEN!! TIPS 17

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

HAHAHA............tips sengal kali ni......
teringat zaman kat asrama dulu bila shower rose tak da..ada paip ni je...sakit wooo badan....

27 July, 2012

GO GREEN!! TIPS 16

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE


Sekejap je masa berlalu kan...kini bertemu lagi tuk tips go green seterusnya. Sapa2 yang rasa dah bosan nak letakkan gambar2 penuh memori dalam frame gambar boleh cuba idea baru ni. Gunakan balang2 kaca perlbagai saiz tuk letakkan gambar. 


info dari rikkihibbert



Bahan2:
  • balang2
  • gambar
  • pensil
  • pembaris
  • pisau/gunting
  • (dalam gambar ada spray 'DOOM' ini untuk hilangkan letak2 gam dari stiker labelkat botol)


Cara2:








  • bersihkan botol dari sebarang letak2 gam label dan sebagainya.
  • ukur ketinggian balang botol 
  • potong gambar ikut ukuran botol
  • pamirkan!! di rak2 anda....

GARENTI WALAHHHHHHHHH!!! MENARIK NI

SELAMAT MENCUBA

20 July, 2012

GO GREEN!! TIPS 15

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE


Haritu ada review buat sarung bantal dari t-shirt kan, kali ni buat beg plak. Mana2 baju2 sendat ke longgar ke yang ada tersimpan tu, boleh la kite praktikkan idea ni k.

Mari kita mulakan buat begpack dari t-shirt !!!



idea dari familyfun.go

Bahan
  • T-shirt
  • gunting
  • jarum & benang
  • safety pin besar
  • Clothesline cord atau tali - ukuran 6 kali lebar t-shirt
  • 7/16-inch eyelet 
Cara2:





terbalikkan t-shirt & potong t-shirt (di bahagian ketiak tu)


Jahit dalam setengah inci bahagian atas t-shirt (akan bahagian bawah beg)

bahagian bawah baju t-shirt kan selalu memang dah ada lipatan kan. 
Buat lubang sikit bahagian tengah (rujuk gambar atas sekali nampak tak tali putih tu kedudkan keluar dari beg kat mana? haaaaa kita buat macam tu k.
Pastu masukkan tali (gunakan safety pin yang di pin di tali dan masukkan dalam lipatan, macam pasang langsir tu) 


Buat eyelet di bahagian bawah beg (kiri dan kanan)


ikatkan hujung tali tadi kedua2 eyelet ni.

Dah boleh digayakan dah...

Nak buat 1 la..boleh wat isi air & dompet masa jalan2 sambil joging kat bukit cerakah.

SELAMAT MENCUBA.........

13 July, 2012

GO GREEN!! TIPS 14

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Bertemu kembali.

Mari kita teruskan dengan misi menhijaukan bumi.

Barangan kitar semula adalah botol plastik. Untuk kita buat tempat letak surat khabar.

Caranya tentu dah boleh diagak dari gambar ni kan?.. kerat bahagian atas botol. Susun dan lekatkan dengan skru pada rod panel besi/plastik tu. Barulah letak kat pada dinding. 



Lebih kemas dan lebih green!!

Selamat mencuba

06 July, 2012

GO GREEN!! TIPS 13

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Salam Jumaat, seperti biasa pada yang dah mengikuti blog ni mesti tahu every week memang blog ni akan update tips go green setiap Jumaat kan??

Kenapa Jumaat, sebab weekend korang boleh la mencuba2 buat idea2 ni. 

Seperti post lepas, idea ni dari Facebook yang aku tak dapat nak kesan linknya sebab terlupa copy link masa save gambar ni. 

Kali ni idea gantung2 kerusi kat dinding, jadi tempat letak baju2 dan kain2.  Tengok gambar kat bawah tu rupa macammana mereka buat deco ni. nampaknya ia lebih kepada modern konsep Interior design. Menarik woo...lebih2 lagi tuk mamat2 bujang kan...nampak stylo.

Sapa nak buka butik yang sempoi dan ada konsep berlainan pun rasanya idea ni sesuai.

UNIKKKKK...woooooo


tq pada empunya gambar la yer...

Selamat mencuba..

nota mesin masa:

Masa ni mungkin aku tengah on the way balik kampung, tak pun masih terpacak depan kedai bunga nak pickup bunga untuk deco hantaran. 
Wish me luck!! semoga selamat tiba dan deco hantaran menjadi dengan cunya serta semua berjalan lancar.

29 June, 2012

GO GREEN!! TIPS 12

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Salam jumaat ...bertemu kembali menghijaukan bumi.....

Kali ni terjumpa idea dari beberapa gambar menarik dan kreatif di facebook group/seseorang (maaf tak dapat nak bagi credit link sebab terlupa nak copy link, masa save gambar ni)

Idea kali ni tuk sangkut anting2 or rantai2. Anda cuma perlukan frame gambar lama2 (boleh cat balik bagi cantik) dan beberapa renda yang kiut miut. 

Tapi kalau tak nak guna frame lama2 boleh guna frame cantik2 kat kedai ..tapi gagal la misi hijaukan bumi macam ni...:-(

Frame menarik macam ni rasanya boleh dapatkan kat IKEA or SSF kot.  Tak pasti ye, anda boleh survey2. Rasanya yang kayu lebih mudah. Cuma perlu lekatkan renda2 tu kat kayu tu . Mungkin perlukan stapler besar tuk mengukuhkan letakan renda tu. Dah boleh sangkut2 dah...

Lebih teratur, kemas dan menarik kan :-) comellaaaaaa


selamat mencuba

Minggu depan ada lagi tips & idea menarik...nantikan k

22 June, 2012

GO GREEN!! TIPS 11

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Salam jumaat..........jumpa lagi minggu ni dengan tips2 go green.  
Terjumpa tips ni masa tengok2 facebook rakan2 ada yang share benda ni.
Sapa ada botol2 tu boleh cuba buatpenyapu untuk kegunaan luar rumah, macam sapu2 daun ke rumput2 kering ke.

Cara2 boleh rujuk gambar ni.



Selamat mencuba dan selamatkan bumi kita...:)
Lain2 tips boleh klik sini.




15 June, 2012

GO GREEN!! TIPS 10

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Sedaya upaya untuk teruskan mengupdate info untuk go green. Kali ni nak share benda menarik & super osemmm. Sapa ada anak2 tu kalau buat benda ni letak kat bilik tidur diaorang mesti menaik. Sapa takda anak lagi boleh cuba letakkan kat meja ruang tamu/ bilik tidur. Sambil layan2 mata nak tidur tu boleh tengok keindahan buatan tangan sendiri ni bila matikan lampu kan.

sapa banyak balang2 kaca kat rumah boleh la mencuba ye...

JAR GLOW IN THE DARK!


Cantik kan???

bahan2: 
  • balang
  • stick glow in the dark ( boleh cari kan kedai2 party)
  • gunting
  • gloves getah (elakkan tangan dari terkena bahan berwarna2)
  • cermin mata keselamatan (cecair glow in the dark tu mungkin merbahaya (ada kaca katanya) . Kami pun tak pasti. Yang penting elakkan kena mata yeee) 


cara2:  boleh rujuk dari sini : blog orang lain






SELAMAT MENCUBA

08 June, 2012

GO GREEN!! TIPS 9

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Salam jumaat..........kali ni tak nak qada' post dah. Ada kelapangan sikit masa ni jadi nak share dengan korang 1 lagi tips 3R ni.

Terjumpa idea ni masa survey2 cara nak DIY beg. Tapi yang ini memang gilerrr senang.

Cara tak payah cerita panjang la....tengok kat gambar tu ok.

Ni sapa ada scarf2 tudung2 ala2 corak kat gambar bawah ni mesti cantik wat beg ni.

Selamat mencuba k.

nota kaki bengkak jalan kaki keliling bukit cerakah :
Aku pun nak buat (weekend ni nak bongkar kotak2 lama).
Tambah plak aku semangat membeli mesin jahit (mood cari idea buat beg & baju dari kain2/tudung2 terpakai berkotak2 kat umah tu)

06 June, 2012

GO GREEN!! TIPS 8

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Bertemu kembali, oh ye jumaat lepas kami tak sempat nak update idea untuk go green.  Jadi kami qada' post ni. hehehe...

Siapa2 kat rumah ada balang kaca cantik2 macam ni boleh la buat koleksi 'memory jar 'kan... 

cara2 buat boleh klik kat websibe link bawah ni. (tapi rasanya tengok pun faham dah caranya) ..letak je la apa2 yang memberi kenangan indah  dan letak aksesori sikit kat balang tu.

COMEL KAN!!??????




Lagi 1 website....


selamat mencuba!!

25 May, 2012

GO GREEN!! TIPS 7

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Salam jumaat....

Tengah2 cari cara nak buat ring pillow terjumpa idea ni, jadi nak share la dengan korang k.

Kali ni nak update pasal DIY project ( do it yourself )  buat bantal menggunakn t-shirt terpakai. Senang, comel dan jimat kan....

Cara2 nya sila tonton video ni k...



senang bebeno...
kalau nak ketat ikat simpul 2 kali, tapi nnt time nak basuh leceh sikit la ...nak bukak setiap 1 ikat...kalau ada budget lebih dan pandai menjahit..boleh la jahit line putih belah dalam tu letak zip ke butang ke, baru masukkan bantal...

kiut gak bantal macam ni ...tak terpikir kan...

Selamat mencuba k

18 May, 2012

GO GREEN!! TIPS 6

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Salam jumaat....

Haaaaaa!!! yang ni sure korang boleh buat punyer kan?
Balik ni sila bongkar2 laci2, box2 bawah katil ke hapa ke?kot jumpa disket ni.


Pastu kita boleh buat benda ni sama2 k.
Kalau susun banyak2 boleh la kita bina macam almari letakkan mengiring. Usaha tangga kejayaan.

Senang je yang diperlukan disket, gunting dan ties ni.

Cantum2 kan disket dengan ties ni dan gunting lebihan ties. jadi dah...

Yang lebih OOOOSEEEEMMMM... macam2 boleh buat dengan disket ni!!!
beg kerja!!
boleh wat tanam kaktus???letak water proof sheet ke dalam tu
note book
sumber : http://www.etsy.com

Menarik kan????

Jumpa lagi minggu depan k. Tuk idea2 menarik macam ni.

11 May, 2012

GO GREEN!! TIPS 5

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE
Salam jumaat....

Seperti jumaat2 yang lalu..untuk projek weekend ni. Sila cari bathup cast iron.

Ianya sangat la cantik. 

Memang aku percaya ianya agak sukar nak direalisasikan, tapi mana tahu ada dikalangan pembaca ni memiliki bahan2 ni. Boleh la cuba.

SANGAT2 CANTIK KAN??


sumber dari ; -http://bhousedesain.com/
Update jumpa lagi minggu depan,

p/s ; yang minggu depan ni besar kemungkinan anda boleh buat punya.(aku tahu sebab aku dah siap2 update dah)

04 May, 2012

GO GREEN!! TIPS 4

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE
Salam jumaat.......

Ini memang aku impress!!!!!....bahagian bawah botol dijadikan tirai, pagar & sebagainya.
Potong bahagian bawah botol & sambung2kan. Boleh jadi tirai cantik dah...

CANTIK KAN?????? KREATIF KAN????






Jumpa jumaat depan untuk tips lain2 yer.

27 April, 2012

GO GREEN!! TIPS 3

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Salam jumaat.......

Ahhhhaaa..... kali ni idea tuk bakal2 pengantin ataupun Pengurus2 katering.
Mari buat centerpiece tuk meja tetamu dengan menggunakan bahan terbuang.

Bahan recycle kali ni adalah tin2 susu. Bahan sampingan adalah kertas pembalut , gunting, pembaris dan gam. Lain2 bahan sampingan cari la apa2 yang berkenan dihati. Nak tambah bling2 ke manik2 ke. 

Ha...cara buat. Tengok gambar tahu dah kan..he3 (malas nak huraikan punya pasal). Sapa rasa confius tu boleh la email aku k. Ada kelapangan aku leh membantu.

TADAAAA...........CANTIK TAK? CANTIK TAK? (ala2 eric leong)


Kalau tak pun boleh buat tempat letak pencil letak kat opis!! cute kan?

Mari mencuba!!

25 April, 2012

POKOKNYA...SUBUR

Akibat dari tips2 go green yang kami share mingu2 terdahulu. Maka weekend tu aku bersungguh nak buat la. Dalam arti kata lain buat pembiakkan pokok2 sedia ada

Yang bawah 3 pasu besar tu memang dah lama aku gemokkan. Yang atas 4 pasu tu je aku tambah baru. Digabungkan dari pokok2 yang selama ni ada kat pasu2 kecik kat rak tepi tingkap tu & di tambah dari lebihan jalaran pokok2 gemok di pasu besar.

Hasilnya!!!

lokasi : yard rumah sendiri
ok....huduhhhh.... yang botol tu..sebab aku silap potong.. patutnya potong melintang, aku potong menegak. Haiya...boleh je la. Takpe nanti ada botol lebih aku buat lagi.

Ni pembiakkan di meja opis.

Ok daaaa....chow!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...