Hye semua….
Lama rasa tak update cerita aktiviti selain makan kan?. Ok
harini kongsi sikit game baru yang kami join baru ni.
Hasil usahasama sport club office, maka berjayalah diri ni
merasa macam mana game laser tag ni. Paling penting lagi free u olls….company
bayar…hahaha
Oleh kerana sekarang rasa masa makin singkat, hari ke hari
terasa sekejap je. Maka dipendekkan cerita, office kami buat tournament di Sunway
Pyramid.
Seramai lebih kurang 80-85 orang yang turut serta dibahagikan
dalam 8 kumpulan. Kumpulan aku dapat tempat ketiga. Dapatlah medal & trofi.
Oh ye juga hamper. Kumpulan Yan berjaya tempat ke-6 je. Kalah menang tak
penting yang penting bergembira….nyanyi sikit..Bergumbira tepuk tangan sama-sama…kita .. sila sambung
sendiri
Hari sabtu tu kami semua kerja separuh hari. Maka jam 230pm
semua berkumpul dan lebih kurang jam 315pm kami mula game selepas makan
tengahari. Makan minum termasuk dalam pakej, senang ! tak payah uruskan
susah-susah. Siap ada karaoke sekali, tak ke seronok tu. Sementara tunggu turn boleh la lontarkan suara dulu. Juga termasuk dalam pakej. berganda-ganda enjoy kan!
Jom layan gambar….
Sesi briefing oleh pihak Galactic Laser.
Antara hadiah yang tersedia untuk dimenangi.
Boleh tengok aksi rakan-rakan kat dalam tu, aku menyorok susah sikit. Almaklum paksi x terlebih inci....hahaha
Boleh tengok score juga...pantau la markah kumpulan.
Lontaran suara...
Sesi penyampaian hadiah, ada pelbagai ragam
Galactic Laser (Sunway) Sdn. Bhd.
LG3.06, Sunway Pyramid,
No.3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
Tel:03-56388833 Fax:03-56388811
SELAMAT MENCUBA....