meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)
Showing posts with label CAMERON HIGHLAND. Show all posts
Showing posts with label CAMERON HIGHLAND. Show all posts

25 October, 2012

TRIP CAMERON HIGHLAND - IPOH (day 2)


DAY 2 
Cameron Highland - Ipoh - Subang Jaya

Harini paling semangat sebab nak melawat pokok2 teh yang gemuk2 kat Sg. Palas Boh Plantation. Cuaca suram la pulak. Kami bangun pagi, bersiap dan sempat sarapan maggi cup & milo panas. Style habis!!.. Bersiap gitu gini kul 9 pagi kami check out. Terus menuju ke Sg. Palas, berbekalkan map yang kawan Liza beri (rujuk entry ini tuk map) memang mudah nak cari sebab masa naik memang tak perasan kehadiran SPBP ni. Rupanya terlindung sikit ke atas bukit.

Masa nak mulakan perjalanan mentari mula tunjukan diri. Nikmat terindah!!hati pun senang. OK bagi tunjuk arah sikit. Kalau korang dari Brinchang tu, lepas selekoh S, lepas Equatorial terus lagi. Dan selepas nampak butterfly farm belah kanan tu sila la slow down ok. Tak lama nanti nampak signboad terlindung belah kiri tuk ke SPBP tu. Bermula la episod drift slow kat dalam tu, jalan memang sempit dan macam ular dikompang2kan. Sila hon kenderaan anda bila nak lalu selekoh tajam dan ingat pandu dengan perlahan. Nanti nampak signboard menuju ke tempat ada café tu. (yang pasti korang kena ke kanan nanti kalau ke kiri korang akan ke gunung brincang pulak ). Sampai je kena parking bawah ye. Dengan menggagahkan badan montel kami naik atas tu. Maka sampai pun.
Ada laluan lain kat bawah tu yang mana korang akan lalu ladang the tu dulu baru jumpa café. Tapi rasa better lalu atas, minum2 dulu baru turun. Sebab laluan bawah tu nak naik agak hazab. Sebab tinggi2 tangganya.

Kami bershoping2 teh dan sempat menjengah ke kilang proses the. Ilmu2 …
Mesin ni ada yang dah bertahun2 digunakan...kagum2


Selesai sesi belajar kita pergi minum2 dan melepak2 dulu. Cuaca agak suram pulak kala ni. Berharap jangan hujan. Selesai sarapan 2nd round tu, kami pun mula menuruni tangga2 tinggi tu ke ladang teh, tentunya posing lagi.

Pastu kami pun bergerak nak balik. Masa ni dalam jam 12tengahari orang dah mula ramai yang masuk ke SPBP ni.  Ohh...ye sempat kami berhenti 1 port haram tuk bergambar. Yang ni nampak teh lebih banyak lagi. Permandangan yang berbeza dengan ladang teh di Sabah, pada kami di sini lebih menghijau dah luas...sangat2 luas. ( berangan ada rumah tengah2 ladang tu..pagi2 bangun tidur dapat udara segar & tengok pemandangan yang sangat cantik sambil minum teh makan jemput2) ...
thanks GOD bagi pinjam mata dan pemandangan cantik tuk tatapan kami.


Keluar dari SPBP kami ke Tringkap semula sebab nak beli jem strawberry,sikit sourvenier & teh. Selepas itu kami terus bergerak turun dari CH. Plan awal nak ke Blue valley di simpang 3 bawah tu (Simpang Pulai-Gua musang-CH). Sekali hujan mula lebat, kami batalkan rancangan kami. Terus je turun.

Kami sempat behenti sekejap membeli petai di gerai2 orang asli kat situ. Ada dalam 14tangkai (Rm10). Bolehla….agak murah. Boleh masak sambal udang petai.(nanti kiteorang upload post roti telur sardin sambal petai = lauk recycle)

Sampai di bawah sebab masih awal kami ke Ipoh mencari tempat makan. Hujan juga renyai2 dan akhirnya setelah survey2 tempat kami mula nak pekena nasi ayam kat Pasar Bulat tu, sekali tutup pulak. Banyak juga kedai2 yang tutup weekend ni. Akhirnya kami ke 1 lagi kedai di Jalan Yang Kalsom, Kedai Yong Suan. Ni memang dah lama dah bertapa kat sini. Ada branch dia kat Greentown katanya.

Nasi Vanggey/nasi kandar ayam merah/nasi GANJA??

Memang beratur dan penuh la kedai tu (cemburu tengok mereka berbusiness makanan..he3..bila boleh buka kedai makan ni). Terpaksa berpecah nak cari tempat dan beratur. Akhirnya dapat betul2 tepi kedai tu port tuk 3 orang. Nasi pun sampai dan sesungguhnya memang ber’ganja’ lah. Cuba sekali nak lagi gitu. Ayam goreng dan kuah kari sedap!. Nasi pun lembut macam dikukus. Kukus ke? Sapa tahu cara mereka masak, kami lupa nak interview..

Rm 15.30 tuk tiga set, air lain ye. Kedai ni air cina watkan, makanan mamak watkan.

Jam 330 kami selesai makan dan bergerak balik ke KL. Lebih kurang jam 7 tiba dah setelah ronda ke Shah Alam beli tiket bas nak hantar adik Yan tu balik JB.

On the way balik nak kuar Simpang Pulai ternampak signboard Kelly Castle. Tapi dah terlajak ke tol. Kalau tak boleh menyinggah sekejap. Takpa maybe next time la pulak. Nak tengok merana eh..menara condong teluk intan & KC juga. Banyak gak tempat menarik kat Ipoh ni. Dulu dah pernah pergi travel KL-Ipoh-KualaKangsar-KL. Dengan bas ko!!…rasanya tahun 2008 kot , beli 6 labu sayung hangkut naik bas tingtong ke Kuala Kangsar…betul2 terkenang2 saat2 tu.

Antara barang2 kami beli, petai tu paling menangkap jiwa.
Sampai sekarang Mr. Benih (gambar 1st tu) tak tumbuh2 rambut..kenapa yek? kata 7-9 hari tumbuh dah.. :-(
  
P/S: gambar g singapore dah dapat, nanti la update story lapuk g singapore tu k.

22 October, 2012

TRIP CAMERON HIGHLAND - IPOH (day 1 part 2)

DAY 1 - PART 2 

Pasar Malam, Brinchang, CH

Selepas bersiap, jam 8 kami pun bergerak. Jalan memang jem depan tu dan dah jadi sehala je. Petang tadi pun masa nak check in jalan pun dah mula jem. Weekend memang sesak rupanya tak ku sangka2.  Pasar ni tengokkan jam 4 petang lagi dah mula. Jalan kaki je dari hotel kami, memang dekat & sila berhati2. Jangan sibuk nak jalan berdua berganding2 memang kena hon je la!

Berjalan2 beli kaktus, topi, sayur2 dan tak lupa makanan. Jagung bakar dia wat aku sentap Rm4/batang. Fuh!! Mahal!!..sayur memang murah. Dapat 2 biji brokoli besar Rm 5 je. Kobis dan pelbagai lagi murah2 belaka. Kaktus ada 7 Rm10 ada juga dapat 8. Nasib korang la terkena kat mana. T-shirt pun ada, selalu rajin belikan orang t-shirt2 tapi kali ni beli tuk diri sendiri je. Rm 21 dia bagi Rm17 sebelum sempat ditawar, ini sudah bagus!!
Topi special yang buat kami budget2 kiut tu dapat Rm15. Beli tuk anak buah Yan & juga makcik anak buah tu.

Kami beli juga jambu epal ni Rm 10/3biji , kalau nak 2biji Rm8.(masa kat RnR Tapah nampak jugak Rm10/2biji) tentulah kat atas tu murah lagi kan. Jagung ada jual Rm10/12batang. Ni jagung mentah (terus aku kira keuntungan si penjual jagung bakar)….Kayo den kalu jual jagung bakar kat CH ni.
Makanan goreng2 kat sini macam pelik sikit, banyak jenis sayur digoreng dengan tepung. Ada kimcam, brokoli, cendawan, bayam (sayurair) macam2 lagi. Haaa....... makanan laut pun ada dan aku rasakan agak murah juga makanan laut celup tepung ni dijual kat sini. Ye la kat puncak ni mesti macam susah sikit dapat bekalan tapi macam murah pulak dijual. Ada udang kecik2, ada udang besar, ketam & sotong. Kami beli sotong(Rm10)  dan Brokoli(Rm5). Ada jual nasi ayam, mee  goreng dan macam2 lagi la.

Ada juga strawberry la kan, macam2 jenis packaging. Masa beli tu dapat Rm 15 tuk 5 pek kecil. Rasa berbaloi juga mungkin sebab kami pergi dah agak lewat.

Balik hotel tangan penuh bawa barang2. Terus campak kat kereta dulu mana yang patut. Sampai bilik terus membedal. Haaa…kedai steambot kat bawah dah bukak punya ramai orang macam nak pecah kedai makan. (tengok ekspresi muka Yan kat gambar tu).

Lepas makan2 tengok2 tv terus zzzzzzzz..sempat layan citer transformers tu. Bersiap sedia.. esok nak ke ladang teh...ini yang aku nanti2kan selama ini!!!

P/s pasar malam ni memang hari hujung minggu sahaja (sabtu confirm, ahad tak pasti plak). Kalau pasar kat hotel Equatorial tu ada waktu saing setiap hari rasanya. Malam tak pasti sebab kami tak merayap malam tu.

17 October, 2012

TRIP CAMERON HIGHLAND - IPOH (day 1 part 1)

DAY 1 - PART 1 
Subang Jaya - Cameron Highland 

Setelah sekian lama mengidamkan pemandangan menghijau di ladang teh akhirnya 6 oct 2012 kami mulakan ekspidisi ke sana. Jam 845 kami mula panaskan enjin kuda kami dah bergegas bertolak dari PutraHeight. Rancangan awal bertolak jam 730pagi, biasa la gitu gini bersiap itu ini sudahnya terlewat. Kami melalui NKVE dan sempat singgah di Dunkin’ Donut, ala yang kat stesen minyak selepas exit subang jaya. Sempat sarapan croissant yang ada telur & cheese tu..sedap tu peberet!!.. Semalaman berpikir2 nak lalu 1 lagi laluan dari Bentong, tapi akhirnya kami ambil keputusan lalu Simpang Pulai je. Lalu tapah? Entah la tak pernah drive lalu sana jadi banyak orang nasihatkan baik lalu Simpang Pulai kurang selekoh dan jalan lebih selesa. Terpulang pada kalian lalu mana, sebelum tu ada research beberapa laluan KL-Tapah- CH (210km), KL- Simpang Pulai-CH (270km), KL-Bentong-Raub-CH (250km). Dan laluan Raub tu paling sikit tol.

Kira2 jam 1115 kami tiba di exit Simpang Pulai . Sebelum tu kami dah isi minyak full tank di Tapah. Kami pun meneruskan pendakian dan lebih kurang jam 12.30 kami sampai di Tringkap. Dalam perjalanan kami sempat contact dengan Leysa (kawan sekolah Liza) yang berhoneymoon kat CH ni dari hari Rabu lagi. Kami ingatkan mereka dah balik KL awal. Rupanya hari Sabtu baru nak balik, maka rezeki kami jumpa lagi lepas kami pergi wedding mereka beberapa minggu lepas.

Share sikit gambar kahwin rakan kami...


Kami bergambar2 dan berborak dengan orang yang dah habis tawaf CH ni. Kat KL punyalah payah nak jumpa, kat CH ni la jumpa. 

Selesai berborak kami pergi ke flower farm (Rose Valley) kat Tringkap ni je. Bayaran masuk RM4. Sebenarnya kat sini banyak sangat tempat bunga/ladang strawberry/kaktus. Ha aa…taman rama-rama & lebah pun ada.

Kami pun berposing2 sekejap. Macam2 bunga & sesungguhnya sangat2 la cantik2. Dalam ni ada juga kaktus & merak.

Sakan berposing.....
 Bunga-bungaan yag sangat2 cantik.
Aiskrim tu korang kene cuba...sedap..Rm1 sebatang. Banyak kedai2 survineir & macam2 lagi kat Tringkap ni.

Selesai bergambar2, kami pun rancang untuk check in hotel lepas tu baru kami nak pergi lunch. Kami dah booking bilik di Silverstar hotel kat Brincang. Beli dari Agoda.com macam biasa la kan. Pemilik hotel ni ada buka Steamboat restaurant kat bawah tu. Tapi chinese food la kan. Kami cuci mata je la kat situ. Masa check in tak ramai orang pun makan2 kat situ sebab yela steamboat ni biasa makan masa dinner kan?. Rate bilik ni rm 155 tuk double dan rm197 tuk triple. Kami ambil tuk Triple dan bila dah tambah tax bagai cecah juga la RM 230+. Ni promotion rate la yang agoda tawarkan. Kami ambil triple sebab plan awal pergi 3 dewasa 1 kanak2. Tapi akhirnya anak buah Yan tak dapat nak join. Dah plan nak belikan tutup telinga kiut kat dia ..hmmm hampa. Yang ini tanpa breakfast ye. Rakan kami tinggal di RosePasadena, rupanya berdekatan je dengan hotel kami tinggal. Bila mereka jengah bilik kami, mereka kata agak cantik bilik ni kalau banding dengan bilik mereka, tapi bilik kami kecil sikit. Rate hotel mereka lebih rendah sedikit rasanya, mungkin kalian boleh check di Agoda sendiri yer.
Selesai check in kami pergi makan 1 kedai berdekatan hotel yang telah diwar2kan sedap oleh kawan Liza tadi, Almaklum selama beberapa hari disitu mereka memang ‘pekena’ kat situ sebab makanan2 sedap2 belaka. Kami dengan yakin singgah dalam jam 230petang. 
pinjam gambar dari ultramancis
Untuk memudahkan anda, sempat juga kami snap gambar peta ni (tq to Leysa yang bagi kami terus map ni)
Petunjuk : Bulatan Purple tu hotel kami & yang biru tu kedai makan Nik Ikan Bakar..dekat je, jalan kaki je sampai.

Order pun diambil dan tak lama makanan pun sampai apa tunggu lagi..ngap2.
Kat sini sekejap2 hujan lebat dalam 10mint je berhenti. Pastu nanti hujan lagi. Ikut nasib la. Yang dah bertapa dari hari Rabu tu kata setiap hari hujan panjang tak berhenti waktu petang jam 4 – 7. Kalau tenghari tu lebat berhenti lebat berhenti. OH ye...Harga standard kat Subang Jaya je. Set lala tu rm 10 (tahu harga sebab masa order dah tanya harga dulu). Ikan bakar tak pasti, sebab yang bayar bukan kami. Tapi serius memang sedap, tekak kawan Liza tak menipu. Sangat2 direcommend gitu…

Selesai makan kami pun bersalaman2, pasangan laki bini ni dah nak balik dah. Maka kami pun teruskan perjalanan ke Strawberry farm. Kami pergi ke Kok Lim Strawberry farm. Harga masuk tuk 3 orang Rm40 = 700gram strawbery. Kalau Rm50 =1kg. Boleh petik2 sendiri. Harga amat mengancam, tapi demi pengalaman kami turutkan.

Ni map tuk korang wat rujukan kalau sudi :-)


Terimakasih pada pekerja ladang tu yang pandai ambikkan gambar kami ada strawberry besar tu...nampak tak?..(rasanya Strawberry di sini agak manis berbanding yang di pasar malam..nasib baik je kot)
Tak puas posing..posing lagi dan lagi...ikutkan kalau letak semua gambar, muak plak korang tengok nanti.

Sekejap je pun kami dalam tu tak sampai sejam kuar dah, sebab bakul dah penuh. Kami pun terus balik ke hotel, sebab dah mula hujan yang agak lama tak berhenti2. Dah mula jem teruk juga ye petang2 macam ni. Sampai bilik rehat2 berdebum membadak. Plan malam ni nak ke pasar malam berdekatan hotel jalan kaki je.

Cerita pasar sambung nanti yer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...