meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)
Showing posts with label RESEPI SPAGETTI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI SPAGETTI. Show all posts

22 December, 2013

SPAGETI BOLOGNESE FULL HERBS

Hye.. Selamat hari minggu.
Masak simple je harini sebelum hantar kucing pergi vaksin.
Apapun teruskan kongsi resepi je la ye.

Bahan-bahan:
1. Spageti 1pack
2. Bawang besar 3 biji didadu
3. Bawang putih 4 biji dicincang
4. Herba pasley, thyme, rosemary, basil,blackpaper (atau pakai je mix herbs)
5. Daging cincang 500g
6. Sos spageti kimball (peras bawang putih dan selasih)
7. Tomato puri
8. Bebola daging
9. Minyak dan perasa

Cara-cara:
1. Didihkan air dan tuangkan sedikit minyak dan tambahkan sedikit garam. Apabila mendidih masukkan spageti. Setelah madak, toskan.
2. Tuangkan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar dan 2 minit kemudian masukkan bawang putih.
3. Masukkan daging, bebola daging dan sesudu kecil setiap herba (kalau pakai mix herb letakkan dalam 2 tablespoon)
4. Masukkan sos spageti dan 3 tablespoon tomatopuri. Tambahkan sedikit air.
5. Masak sehingga sebati dan tambah perasa.
6. Boleh hidangkan

SELAMAT MENCUBA......

17 June, 2013

SPAGETTI OLIO


salam isnin....
sudah lama tak update blog rasanya. Masih lagi alasan lama. laptop tak ok dan dah 2 minggu ni agak sibuk. Ni cuba update dari tab je. Harap gambar tu nampak oklah...sebab pernah try gambar jadi tak clear..ntah kenapa.

Oklah kali ni kongsi resepi mudah..ada lain sikit dr sebelum ni. Rasa pernah kongsi resepi olio juga sebelum ni. Ni disebabkan ada rerakan nak melepak markas(rumah kami) maka masak lah apa yang dipesan. Lama dah tak jumpa masing2 sibuk.

ok bahan2nya...
1.bawang putih 10ulas dicincang halus
2.500g udang dibuang kulit dan dibuang tali hitamnya(belah bahagian belakang udang dan buang 1helai macam rerambut hitam dibelakng tu)
3.sikit daun parsley dicincang halus
4.1ulas bawang besar kuning dicincang halus
5.lada kering 10batang digunting halus
6.cendawan tin di cincang halus
7.500g spagetti direbus dengan air, sedikit garam dan minyak.( minyak elakkan spagetti melekat antara 1sama lain)
8.minyak dan bahan perasa
kalau ada kupang, sotong lebih meriah...boleh masukkan sekali masa masukkan udang

cara2nya..
1.rebus kulit udang tadi dengan air dalam 500ml. ambil air rebusannya.
2.tumiskan bawang besar dalam olive oil. Api sedarhana sebab olive oi ni tak tahan panas.
3.masukkan pula bawang putih dan gaul sebati.
4.masukkan pula lada kering udang dan cendawan.
5.masukkan spagetti yang telah dimasak bersama air rebusan udang tadi.
6.masukkan perasa dan daun parsley
7.dah boleh hidangkan


Tunggu rerakan sampai sangat lewat ,tukang masak dah bedal 2 piring.

sampai jumpa lagi dilain update..


29 December, 2012

RESEPI SPAGETI MUSHROOM CARBONARA


bahan2:

  • Sos spageti carbonara (tak kira la jenama apa..kami guna prego)
  • sumber : google image
  • cendawan dalam tin  dihiris( kalau nak fresh guna cendawan tiram)
  • lada benggala dihiris
  • bawang besar kuning dadu
  • bawang putih dicincang
  • bahan perasa
  • minyak
  • serbuk basil atau herba-herba western (thyme,oregano etc) + lada hitam sedikit
  • spageti
  • keju parmesan
 cara2:
  • rebus spageti bersama sedikit minyak untuk elakkan melekat. sesudah masak gsegera toskan.
  • tumiskan bawang besar sehingga layu ( penggunaan minyak sedikit sahaja digalakkan gunakan olive oil ye)
  • gaul sebati dan masukkan bawang putih (diimasukkan lewat kerana bawang putih lebih cepat hangus berbanding bawang besar) - ( kalau nak tambah isi ayam boleh masukkan masa ni)
  • masukkan sos spageti, cendawan & lada benggala 
  • tambahkan bahan perasa dan serbuk basil/herba western dan lada hitam. gaul sebati...
  • Siap untuk dihidangkan dengan meletakkan spageti dan siramkan kuah carbonara. Dan taburkan keju..
SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERHUJUNG MINGGU....

22 November, 2012

RESEPI SPAGETI PRAWN OLIO


bahan2:

  1. udang dibuang kulit
  2. lada kering
  3. bawang besar kuning dadu
  4. bawang putih dicincang
  5. bahan perasa
  6. minyak
  7. serbuk basil atau herba-herba western (thyme,oregano etc)
 cara2:

  1. rebus spageti bersama sedikit minyak untuk elakkan melekat
  2. tumiskan bawang besar sehingga layu ( penggunaan minyak agak banyak untuk spegeti ini, digalakkan:gunakan olive oil ye)
  3. masukan udang dan lada kering
  4. gaul sebati dan masukkan bawang putih (bawang putih dimasukkan lewat kerana bawang putih lebih cepat hangus berbanding bawang besar)
  5. tambahkan bahan perasa dan serbuk basil/herba western. gaul sebati...
  6. dan sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENCUBA YE SEMUA......

30 May, 2012

CHINESE STYLE SPAGETTI

Malam ni dinner spagetti....jemput tengok...hehehe


Cakap panjang pun tak guna, mari share resepi...mana tahu hujung minggu ni boleh mencuba.

Bahan2:-

  • spagetti (direbus dalam air letak garam & minyak sikit supaya tak melekat dan ditoskan)
  • udang (agak2 jela siap kupas kulit)
  • isi ayam dipotong dadu
  • kobis
  • sawi jepun/pakchoy
  • cili boh
  • sos tiram
  • paprika
  • lada hitam
  • mix herb
  • bahan perasa
  • minyak


Cara2:-

  • tumiskan cili boh, bila agak garing masukkan sos tiram, lada hitam, mix herb,paprika & bahan perasa.
  • masukkan isi ayam dah agak masak, baru masukkan isi udang dan sayur.
  • masukkan spagetti 
  • tutup api dan hidangkan.


jemput makan ye semua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...