meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)
Showing posts with label SHAH ALAM. Show all posts
Showing posts with label SHAH ALAM. Show all posts

17 April, 2013

FISH MANHATTAN - groupon

Haaaaa.....selalu godeh2 PC tengok Groupon.
Semalam beli set Fish Manhattan ni........sebab murah dari Rm111+ dapat RM 49 je, murah kan...

Kami lepas kerja terpikir nak makan kat area Taipan tapi gagal nak mencari tempat yang menarik nak dicuba. Akhirnya kami ke Setia City Mall gadaikan kupon kami yang baru dibeli lunch tadi.

Sampai kat sana tengok ramai orang, kami masuk2 je terus waiters kata nak guna Groupon ye sebab nampak kami pegang kertas. Angguk2, senyum2, duduk dan tunggu je makanan sampai. Kami dapat 1 salad, 2 air - cala, 1 mussle garlic bread & 1 platter gala.

Selesai makan je....cabut....! :-)






P/s:-
Antara FM & Fish & Co. Kami prefer Fish & Co. lebih value dan lebih kena dengan selera kami. Tapi FM pun sedap juga.

29 March, 2013

VAN SARAPAN, SEKSYEN 28 SHAH ALAM



Bila pagi tentunya serabut pikir nak beli sarapan kat mana. Tapi kalau awal kami suka singgah Van jual sarapan berdekatan rumah kami ni. Macam2 menu sarapan ada. Nasi lemak, nasi berlauk, laksam, roti jala, nasi kerabu, kuih muih dan macam2 lagi. 

Kalau nak merasa laksam memang sini la tempatnya, almaklum laksam ni susah di jumpai. Harga berpatutan.

Kalau nak jimat boleh la borong tuk lunch sekali....he3

lunch yang meriah!!!.....................kan?


ha....ambil ..peta buatan sendiri..........(harap2  membantu)

Macam2 menu sarapan ada...dan tentunya pantai timurnya menu....

Selamat mencuba



27 March, 2013

RESTORAN D'ONE STEAK, SHAH ALAM



Setelah sekian lama tak melepak makan2 bersama kawan2, maka kami ke Shah Alam untuk mencuba tempat makan baru bersama geng2.

Kami ke restoran D'One steak di 24, Jalan Kristal J 7/J, Seksyen 7,. 40000 Shah Alam.
Ada juga di bangi (Jalan 6/7B, Seksyen 6 (Persiaran Pusat Bandar 1), Bandar Baru Bangi,)

Dah namanya Steak...tentulah hidangan utama nya steak.

sumber

Suasana kedai....




 Antara yang kami order, tapi kami tak order steak. Kami mencuba yang lain.

mushroom sup

hotdog special

chicken chop - blackpaper

chicken chop

morocco chicken rice

spagetti bolognese
Selamat mencuba


11 March, 2013

BBQ LAND & STEAMBOAT BUFFET, SEKSYEN 28 SHAH ALAM

Minggu ni birthday Cik yan, maka sesi belanja makan akan berleluasa. Kali ni kami mencuba steamboat & bbq di satu tempat yang dah lama kami tinjau2 tapi tak berkesempatan nak mencuba, walaupun dekat dengan rumah dan akhirnya kami singgah mencuba. 

BBQ land ini bertempat di Bazar Rakyat Seksyan 28, Shah Alam berdekatan dengan pertronas. Kami yakin ramai yang kurang tahu dengan tempat ni sebab lokasinya agak kedalam sedikit.

Kami berkunjung kira2 jam 740malam dan hanya kami berdua je yang ada, mungkin hari bekerja. Kami pernah lihat kalau weekend agak ramai yang makan2 di sini.

Anda boleh singgah ke BBQ LAND untuk maklumat lanjut. Cawangan utama mereka di Sungai Buloh.

Harga amat berpatutan dengan bahan2 steamboat yang disediakan iaitu dewasa Rm22/person, warga emas ada diskaun tak silap Rm16 sahaja, kanak2 Rm10 kanak2 (maaf kalau silap) dan bawah 5tahun percuma.

Ada nasi putih dan air sirap & sarsi percuma. Air2 jus boleh order dengan harga RM2.50. ada aiskrim juga ye...

Yang kami rasa terbaik adalah perapan daging2& ayam tu...macam makan satay...sedap! 

bukan main lagi layan tomyam
Gambar2 berikut dari Fb Selangor food fiesta
antara bahan2 steamboat yang ada...



Selamat mencuba......

13 February, 2013

TONY ROMA'S SETIA CITY MALL



Bulan ni dijangka adalah bulan makan besar. Dengan majlis dinner company ditambah pula kenaikan pangkat manager kami dan rakan2 kerja di site. Dan tak kurang juga dengan kelebihan jumlah RM $ dalam akaun rakan2 kerja kami yang lain. Maka dapatlah kami merasa makanan yang dibelanja oleh rakan2 kerja ni. Terima kasih la bos bagi bonus yang elok2 belaka kat rakan2 kami, dapat juga kami ni tumpang merasa.

Kami ke Tony Roma's Setia City Mall. Sebenarnya ada juga TGIF di sana. Tapi pada kami di sini lebih berbaloi dan makanannya lebih pelbagai (walaupun orang belanja, tetap kena bijak memilih.he3)

Dan menurut rekod2 kami yang lalu sudah beberapa kali kami pergi ke TR ni tapi di tempat yang berbeza lah. Boleh baca di sini dan sini

Ada pelbagai menu. Antara yang kami order adalah:-

STEAK & WILD MUSHROOM FLATBREAD
(menu starter kami)
BEEF SHORT RIB
(Pilihan Yan si penggemar daging)
Pilihan liza tetap seafood lagilah kalau ada salmon
(gambar website TR, entah kenapa kami tak snap gambar menu ni)
BEEF RIB SAMPLER
(Bak kata rakan kami, kenalah merasa daging kat tempat macam ni, apa barang ikan2)
KICKING SHRIMP
(pilihan kami semenjak azali....ianya memang sangat2 sedap)
CEASAR SALAD + SALMON GRILLED
(ada pilihan nak ayam atau ikan, Liza tentu pilih ikan)
keseluruhan rating 4.5/5
sebab minum ais ksong je.
(pandai2lah korang pilih air ye)
Jumlah rasanya dalam Rm250 kebawah..sebab kami tak tengok bil. Pada kami amat berbaloi dengan jumlah menu yang kami order dan kualitinya.

Kicking shrimp & salad kami bawa balik lebihannya. Tak larat nak makan semua. Tiba rumah sehari kemudian licin...
TQ pada yang belanja & anda semua selamat mencuba

30 January, 2013

ANI SUP UTARA, PLAZA ALAM SENTRAL, SHAH ALAM


Isnin lepas cari kain untuk buat skirt, dek kerana skirt yang dibuat dan direndam dan turun warna...sob2. Bersengakang mata la nak jahit skirt ni...aduhai.

Dalam mencari kain di Plaza Alam Sentral(PAS), Shah Alam tu maka sempat kami singgah tempat makan yang dianggap meriah masa zaman belajar dulu. hahahaha....

Eh ada menu baru ( jangan2 dah lama ada tapi kami yang tak pernah mencuba lagi)..Ayam penyet. kami order juga sup perut dan Nasi ayam. Sambal kicapnya mencengkam lidah...pedas wooo.... 

Ada pelbagai menu sup2 yang menarik disini. Nak tahu cawangan Ani Sup utara dimana boleh la klik sini.

Nasi ayam penyet dihidang bersama sup
(RM9)
Nasi ayam dihidang bersama sup
(RM4.50)
Selamat mencuba...

misi : nak jahit skirt masih tertunggak, nak guna weekend ni...oh tidak!!!!!

31 October, 2012

RESTORAN MAKANAN CINA MUSLIM MOHD CHAN ABDULLAH, SHAH ALAM

Seperti biasa aktiviti kumpulan kerja kami ni bila tiba birthday ahli group mesti pergi makan2. Dipendekkan cerita kali ni kami keluar sikit dari  kebiasaan kami di USJ, Subang Jaya. Kali ni kami berpakat nak mencuba makanan cina muslim di Seksyen 15, Shah Alam.

Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah (MCA- macam nama singkatan parti politik pula ye) ni ada beberapa cawangan selain di Shah Alam ni. Oh ye boleh rujuk peta ni jika nak kesana ye. Petunjuknya adalah kalau dari federal highway(FH) korang menghala ke Shah Alam akan naik exit yang kalau ke kanan akan ke Tesco. Sila ambil ke kiri selepas susur keluar FH ni. Bulatan pertama ambil jam 3. Tiba simpang kiri pertama selepas keluar bulatan ni, terus dah boleh nampak Restoran ni belah kiri korang.
 Antara menu yang ada.(boleh juga rujuk website yang kami dah link kan di atas tu)







Suasana kedai (agak luas dan besar kedai ni)

Selesai order2 makanan pun tiba. Sebelum tu sempat kami bergambar2 dan potong kek dulu.

Makanan sudah mai... kami order rojak, itik panggang, tahu jepun, yam basket(yang bersarang2 tu), lala blackpaper, pulut ayam (yang gambar bawah ni, pulut dia gelap dan rasa lemak sangat2, macam makan kiub ayam,.hahaha), sayur bendi & kacang botol. Ada order sampingan juga nasi goreng seafood ( ini terbaik!!), nasi daging blackpaper, kewtew goreng & nasi goreng daging. Air kedondong asam dia sedap giler!.sila cuba


 Jumlah terkumpul tak silap nya RM 186 ni makan 9 orang.  Berbaloi2..almaklum itik kan mahal kan? kan? (itik dalam pinggan tu RM 48)...

SELAMAT MENCUBA YE...
Sangat2 digalakkan untuk mencuba...:-)
Kami pasti pergi lagi mencuba menu lain pula.

23 July, 2012

PAINTBALL BATTLEFIELD GAME 2012 - BUKIT CERAKAH SHAH ALAM

Ramadhan telah tiba. Selamat berpuasa semua.............jangan puasa yang yuk, pagi2 buka periuk k..

Update  sikit aktiviti hujung minggu yang lepas..

Tanggal 15.7.2012, hujung minggu yang lepas kami berkesempatan pergi bermain paintball. Memang seronok weh!! tambah seronok pula bila ianya free. Bawak badan je, lain2 company bayar. Dipendekkan cerita, sepatutnya game mula jam 930pagi dan lebih kurang 50peserta. Akhirnya dek itu ini maka muncul 36peserta dan game mula lebih kurang 11pagi. 

Kami naik bas dari bawah (pondok bas dalam taman bukit cerakah ni menuju ke tempat paintball). Kami masih ingat masa kami berjalan2 kaki bulan lepas di Bukit Cerakah ni (boleh klik sini, kalau nak tahu cerita jalan2 tu). Agak jauh gak la kalau nak berjalan kaki rasa2 ambil masa dalam 40minit ke 1 jam dari bawah nak sampai ke tempat ni.Almaklum berbukit Jadi naik bas je la...hehehe..nanti habis tenaga. Alasan!!

Kadar bayaran RM 80/200pellet, RM100/500pellet. (ni harga masa aku dan geng survey masa jalan2 kaki haritu) Bila ramai dapat la diskaunkan. Dan boleh juga ambil pakej ada makan tengahari sekali. Harga tak pasti, sebab AJK sport club uruskan, kitaorang datang tembak je.keh3

Sampai je, kami diberi penerangan cara bermain, kiraan markah dan bahagikan kumpulan. Kami dapat 1 kumpulan. Yaribba!! (memang dah awal2 dibahagi kumpulan cuma diolah2 sikit2 sebab ada yang tak hadir)

Ok ni alatan game paintball ni (gambar dah bersepah sebab dah round keberapa baru tangkap gambar). Ada facemask (wajib pakai bila dalam kawasan netting, banyak kali brother kat situ ingatkan). Kita pulak rimas dengan benda bau hasem ni. Almaklum bertukar pakai & bau peluh. Ha3. Pakai je la, Kang mata tertembak mana nak cari sparepart kan? Yang senapang tu namanya marker (sebab tu hanya guna nak tandakan bukan bunuh orang). pastu perlu la ada pellet (peluru) dan juga guard untuk lapik dada dan belakang badan (kang tertembak dada naya...jatuh saham...hahaha)




Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan dijadualkan bermain 4game dan kira markah untuk tentukan siapa pemenang. Kami bermain dalam kawasan hutan dan agak luas. Setiap 1 round ada 3 perlawanan.

Apa pun kita posing2 dulu sebelum game bermula.




Over posing orang kat bawah ni....



Game pertama kami kalah. Tetiba dengan debaran sakan (1st time main memang menakutkan) cik Liza dapat tembak 10 peluru je kot. Pastu stuck tak leh tembak. Wajib la sorok je. Takkan nak serah diri bagi kena tembak kan. Cik yan berjaya ada peluru sampai ke hujung game, tapi tetap kumpulan kami kalah sebab bendera lawan dah bawa sampai ke tempat kami (kira kena tawan la macam tu). Game ke-2 kami menang. (rasanya tempat game tu juga mempengaruhi) sebab siapa di belah 1 lagi tu mesti menang. Andaian aku je kot.

Aksi2 masa game dan selepas game...Cerita kena lebat...:-)




Kira2 jam 1 tengahari kami telah pun habiskan 2 round. Kami menjamu selera terlebih dahulu. Lauk sedap tapi tak dapat tambah..sob3 (ayam kicap blackpaper tu sedap wo..tambah plak ada ulam & sambal belacan..perghhhh)

Lepas itu kami sambung round 3 dan 4 dengan perut yang kenyang di padang baru. Agak kecil dan lebih banyak tempat menyorok. Diakhir game kami main tembak2 suka2 .. 36orang dibahagi 2 kumpulan dan dilepaskan dalam 1 kawasan hutan yang lebih rapat pokok2 nya. Siap tergolek dok cik Liza dalam tu. Dan kene tembak 2 kali. Dalam game betul 4 game tu tak kene tembak plak. Tapi dalam ni tak selamat sebab kaki krem sebab jatuh tu ciss!!. Tapi tetap gak tu nak main jugak.

Habis peluru baru keluar. Dan lastly dalam kul 4 petang kami pun adakan aktiviti posing dan bagi hadiah. Pastu masing2 tunggu bas kat depan tempat paintball ni. Naik bas harum je…hu3. Nasib la yang sama2 naik tu.

Majlis penyampaian hadiah! 

2nd winner
tak sabo2
the champion!!!
semua berposing sakan
group gegirl...sorang je boboy (bagi can sebab dia dapat medal best injured)
Lastly..........poyo nak tunjuk hadiah
 


Lepas tu kami terus balik. Ingat petang tu nak pergi berenang plak. Tapi kaki krem lagi sebelah masa dalam perjalanan balik dan lebih teruk dari jatuh dalam hutan tu. Maka cancel berenang.

P/s: kalau nak main game ni pakai la baju tebal sikit dan lengan panjang untuk elakkan kecederaan agak parah kalau kena sharp & kawasan tak berlapik tu. 


Kalau berlapik, ada lebam juga sikit macam kena lovebite gitu kata orang...(kami tak tahu apa itu lovebite..he3)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...