meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)
Showing posts with label NASI AYAM. Show all posts
Showing posts with label NASI AYAM. Show all posts

14 March, 2014

MAIDAH CUISINE, PUTRA HEIGHTS, SUBANG JAYA


 
 
Hye semua...

Kali ni nak update tempat makan baru. Dah lama tersimpan tapi tak berkesempatan nak kongsi sama kalian.

Bertempat di Putra Heights, Subang Jaya. Sebaris dengan Bank Islam, pastinya mudah untuk dicari. Kami sebenarnya tidak pernah mencuba tempat ni. Kebetulan haritu mencari kelainan, bosan menu dan rasa yang sama. Maka terjumpa tempat ni. Awalnya melihatkan dekorasi kedai ni nampak agak mewah dan lokasi pun di Putra Heights, pasti harganya melambung. Tetapi bila kami semak menu yang dipaparkan di depan kedai. Ok boleh masuk, kelihatan berpatutan.

Kami order seperti dalam gambar. Portion memang besar. Itulah kunci kegembiraan kami.
Harga memang berpatutan dan masakan sedap. Mana tak nya kedai ni ada joint venture dengan chef sabri. Kadang tu ada kelas lagi.
 

Sekitar café
 
Nasi goreng
 
Mojito...jangan salah faham, tentunya halal
 
Nasi ayam! Terbaik
 
Sesiapa ingin mencuba boleh ke :
Maidah Cuisine
28-G, Jalan Putra Mahkota 7/7A,
Putra Heights, Selangor
Tel: +60 3-5191 1716
Dibuka dari 11am – 10 pm
 
Boleh layari website mereka di http://maidah-cuisine.com. Disini boleh semak menu ditawarkan. Juga boleh search di facebook - maidahcuisine untuk lebih maklumat.
 
 
SELAMAT MENCUBA

22 February, 2013

1977 IPOH CHICKEN RICE, USJ 9 SUBANG JAYA

Kami selalu singgah depan restoren ni sebab nak pergi bank Cimb depan tu. Selama ni pandang2 je, baru hari ni dapat juga mencuba. Ingatkan kedai nasi ayam cina tapi bila nampak logo halal tu terus serang.

No.32, Jalan USJ 9/5N, 47620 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, 
(depan CIMB BANK)
Tel : +603 - 8023 0725


Suasana restoren



Antara menu2 yang ada...semangat snap tuk korang tengok..
tapi ada sesetengah menu ikut masa, ada lunch je ada malam tak da. 
(maaf la gambar kelabu asap sikit)







Ni buku menu lagi 1...
banyak nya menu rambang mata nak pilih

ada set woooooooooo
KETAM!!!






Yang kami order...simple je
 RM5.50
RM2.50
tambahan RM2.60 (besar2 ball ni)
Rm7.90
Kalau datang ramai2 boleh cuba menu2 set yang ada ikan & macam2 lagi tu...
Makan besar la katakan. malam tu ramai yang makan besar, almaklum dah gaji hahaha

Selamat Mencuba....



23 January, 2013

RESEPI NASI AYAM

Salam maulidur Rasul buat semua

Harini nak kongsi resepi pula la yer. Nasi ayam terbaik punyer!

BAHAN2:
1)NASI & AYAM
ayam 500g
beras 3 cawan
halia (2 ketul - sebesar ibu jari)
bawang putih (10ulas)
bawang besar kuning (1biji)
kicap pekat (3sudu besar)
minyak bijan (setengah sudu besar)
sos tiram  (3sudu besar)
madu  (1sudu besar)
minyak 
air
serbuk perasa & garam


2) SOS
lada merah (10biji)
gula
air
serbuk perasa & garam

3) SUP SAYUR
lobak merah
kentang
daun sup
tomato
air
serbuk perasa & garam

4) HIASAN
timun
daun salad
tomato

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CARA2:
1) NASI & AYAM
- rebuskan ayam bersama beberapa ulas bawang putih(7ulas) dan hirisan halia (sebesar ibujari). Lebihkan air rebusan *gambar 1
- setelah ayam empuk toskan ayam dan asingkan air rebusan ( jangan dibuang )
- basuh beras dan toskan *gambar 2
- tumiskan bawang putih (anggaran 3ulas untuk 3cawan beras), halia dihiris nipis dan bawang besar kuning yang telah dipotong dadu *gambar 3
- masukkan bahan tumisan kedalam periuk nasi bersama beras dan air rebusan ( ikut sukatan biasa memasak nasi). Masak nasi sehingga masak.
- ayam yang telah ditoskan tadi perlulah diperap selama kira2 30minit (lagi lama lagi elok). Bahan perapan adalah bawang putih dan halia semasa proses merebus ayam tadi boleh digunakan semula, kicap pekat, madu, sos tiram, minyak bijan, serbuk perasa & garam.
- gorengkan ayam yang telah diperap tadi (tidak perlu lama, ayam telah pun masak semasa proses merebus tadi)

2) SOS
- kesemua bahan2 untuk sos dikisar dengan air yang sederhana dan masaksehingga menjadi agak pekat. Kira2 5- 10minit

3)SUP
- tuangkan lebihan air rebusan ke dalam periuk dan masukkan lobak, tomato & kentang serta bahan perasa & garam.
- taburkan daup sup semasa hidangkannya

SELESAI..
Boleh hidangkan bersama ulaman hiasan
Sekiranya rajin boleh la buat begedil.
JEMPUT MAKAN.... 


P/S: resepi begedil nanti kita kongsi kemudian ye.

16 January, 2012

SUP UTARA POWER, SEKSYEN 18 SHAH ALAM

Sesiapa teringin nak melayan sup2 dan  nasi ayam boleh ke seksyen 18, Shah  Alam.
SUP UTARA POWER!!


kedua2 gambar sumbangan : google image

Ada perlbagai menu sup2 dan juga nasi ayam. Kami order sup special (ada tulang,daging,perut &paru) tapi masa makan ada gak terjumpa ekor seketul. RM10 semangkuk memang banyak sesuai tuk 2 orang makan. Minta nasi putih dapat set biasa la makan sup kan...telur masin +timun+sambal belacan. Nasi ayam pun ada.

Kami sediakan map tuk permudahkan pengembaraan anda mencari kedai ni.



SELAMAT SINGGAH YEA...

29 March, 2011

NASI AYAM PANGGANG, ESSO PUTRA HEIGHT, SUBANG JAYA

Putra height = kurang tempat makan best2.

Itu la yang kami boleh simpulkan ( cerita tak lagi terus2 keluar kesimpulan..he3).

Tempat kerja dengan umah kami tak jauh 10-15minit jerk. Hari jumaat yang lepas kami ada hal nak balik rumah sekejap, on the way balik tu terpikir2 nk beli makanan kat mana la..nak order kat mamak depan umah tu boring. Lastnyer sebelum balik umah tu singgah ke ESSO seksyen 9 putrheight ni, berdepan dengan Apartment Sri Mutiara. Mula2 cik yan kata “beli karipap jerk la”. Sekali lama la menunggu dalam kete kuar2 dari ESSO dia kata “beli nasi ayam..hehehe..” tiba umah makan eh sedap la..ayam roasted lagi!! Harga dia RM 5.50/set dan kat situ ada macam2 lagi set2 nyer.

Karipap, burger, nasi lemak, hotdog, sandwich dan macam2 lagi la. Yang ingat karipap dia rm1.10 seketul..besar tau..inti ok la..beli 2 ketul free 1. So rm 2.20 tuk 3 ketul..ok la kan...

.....

dan hari isnin minggu seterusnyer..semalam la..dengan hati yang gembira pergi ke ESSO tu tuk makan nasi ayam ni..semata2..tanpa niat balik rumah ada hal..

senyum lebar cik yan bile dapat makanan ( tak sempat2 dah ngap2 dulu)...

cik lieza layan chicken rice + blackpaper rosted chicken

cik yan order chicken rice + honey rosted chicken ( tak nampak dah rupanyer sebab dah kene ngap2 sebelum sempat snap)


kat sini ada wifi gak + toilet dia bersih dan besar..hehehe

info ke tempat ni:-

esso putra height, seksyen 9, putra height, 47650 subang jaya

map klik sini

kat link ni cakap belum beroperasi..maybe link lama kot..sekarang dah beroperasi dah stesen minyak ni..

selamat mencuba yer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...