meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)
Showing posts with label BENTONG PAHANG. Show all posts
Showing posts with label BENTONG PAHANG. Show all posts

14 December, 2011

ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG ~ DAY 2

Entry day 1 dah berzaman dah publish, tapi penghujung cerita sampai kini tak habis2. Maka harini dikeluarkan apa yang dah berkurun terperap kat draf. Paksa diri merajinkan tangan mengodeh2 hard disk cari gambar nak tepek kat blog ni. Maka muncul lah entry ni.....

1 may , cuti hari bekerja!! yahoo.. Tak payah yahoo sangat la sebab ketika ni kene bangun awal yer..ingat anda berada di KEM!!…bersiap & sarapan …lepas ni nak main sukaneka…kami dibahagikan 4 kumpulan..
Pancing pisang, lari dalam guni, tiup tepung..dan hadiahnya..buah buahan?…mesra alam sungguh…

Group  no.1...opsss juara tak da gambar plak..bukan niat nak sabotaj hokeyyy

Tempat kedua group Cik Yan...
Tempat ketiga group Cik Liza
 Tempat ke 4...dapat petai woooooooo
Hadiah kite korbankan time tu jugak...wat lawas perut..hahaha



Pastu kumpul2 layan rafting pasni…kul 10 gitu… haaaa..sebelum tu ada yang sempat naik jambatan gantung.

Penempatan bertingkat2
Masa perjalanan ke tasik ( tasik ke?)... ni  ha...hambik turun naik bukit..belum2 dah kejang kaki. Tiba kolam…ada taklimat sikit dan sesi pembahagian kumpulan.


Bukan rafting yg boya angin tu…ambik!!…gula buluh n tong n tali…kene wat sendiri plak tu… baru la namanya aktiviti berkumpulan.kami dibahagikan 4 kumpulan
Mula ambik2 barang.. masa diberi 10 minit jer ok..


Punye la hempas pulas buat…bila masa habis…(rasa tak sampai pun 10 minit) hmmm memang tak terapung la tengok gaya rakit. Tetiba instructor suruh tukar rakit dengan orang sebelah..masa ni sapa yang dah buat cantik2 tu menyirap la…hahaha…( nasib kumpulan aku memang tak cun langsung buat).

Bila dapat rakit orang lain, instructor bagi masa 10 minit untuk baiki rakit ‘baru’ kami tu.



Last2 preeeeeeetttt… masa habis terus kena paksa berhenti.
Ok 1st group cik yan lawan group 1 lagi… rule nya kayuh sampai tengah u-turn sangkut jaket n balik. Cik yan kalah…hahaha
Tiba group 2nd cik liza lawan group 1 lagi..rulenya sama jerk…Cuma kene ambik jaket tu…yeahhh…menang!!
Tergelak2…ada yang pelampung timbul keluar la…tp cun rakit tak pecah…masing2 badan boleh tahan…
Ha siap suruh adjust!!…hahaha…







Last sekali kami 4 group akan berlawan. Yang syiok nyer…KAYUH GUNA TANGAN!…Ha macam2 ragam



Haaaa...ambik sampai meniarap!!!


Dah habis…aksi lompat bintang plak..masing2 terjun dalam 'tasik' tu.

Kami bergambar2…tetiba pantang ada kamera canggih..tq kepada yang ambik gambar kami…



Balik je dari aktiviti ni. Tentunyer masuk kolam lagi..masa n ramai dah surrender balik bilik..kami yang konno2 nak melepak2 sambil borak2 terus ke kolam..siap ada yang past makanan ringan lagi..duduk tepi kolam sambil gosip2..hahaha

Dalam kul 12 siap2 mandi kemas2..makan tengahari. Dan berkumpul tuk check out..
Mula dah badan sakit2.
Ada kumpul2 wat post mortem apa dapat sepanjang aktiviti.
Tentunya bekerja sama..lagi2 tang wat rakit tu memang nampak kerja sama.
Terpikir kenapa ditukar rakit tu..maksudnya kene rela hati baiki kerja rakan yang kurang baik atau tak siap..tolong menolong..
Ha lupa instructor tu tipu kami..rupanya kami baru wat rakit tu 14minit jerk.( patut la rasa cepat masa berlalu, ditipu rupanyer).. group kami la yang paling cepat wat rakit dalam sejarah dari resort dibuka dan rakit kami tak pecah…Bukti hasil kerjasama..cewah!!
Dalam perjalanan balik semua dah pakat2 nak pekene durian kat bentong. 


Apa lagi…bukan main lagi layan durian..tambah plak bos yang bayar..lebih nikmat..


 Baeeekkk punye layan.......

Dalam jam 5 sampai la kami kat USJ. Agih2 apa yang patut terus balik umah…pengsan…rasa macam nak tido jerk 2 hari…
Nasib baik la esok nyer cuti ganti hari buruh…kalau tak aku mc la…hahaha.

Syiok aktiviti kali ni…sesiapa yang incharge program tuk office ke apa maybe boleh mencuba nasib pergi ke sini...hehehe...


k jumpa lagi next entry...

05 July, 2011

ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG ~ DAY 1

Salam julai 2011. Sedar tak sedar sekejap jer rasanyer kite dah pun meninggalkan suku kedua tahun 2011 ni kan? Azam dah ada yang terlaksana ker? Buat kami setakat ni ada beberapa azam telah menjadi kenyataan, selebihnya masih perlu perbaiki prestasi diri tuk mencapai apa yang masing2 antara kami inginkan.


Qoute hari ini ' life is short , make it simple' yer rakan2.

Dalam hidup ni banyak ranjau likunya, ada yang mudah kita lalui ada yang terlalu payah kita nak tempuhi. Sedangkan orang lain punyalah mudah melepasi bara api, kita sibuk cari kasut kalis api, silap2 terpakai kasut tumit tinggi , makin rumit jadinya.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, sayangilah apa yang kita miliki. Apa yang mudah kita makin permudahkan, mana yang susah tu kita sama2 la cuba permudahkan.
Cewah..muhasabah diri jam 3pagi.

Ok lah setelah terbiar lama tak update blog ni..sementara masih bake kek tuk majlis tunang seorang kenalan. Maka rajenkan diri update blog yang bahan dan gambar lama dah terbiar dalam draf tapi tak terpublish2 sebab tak sempat nak final edit ayat2 nak membebel.

Jadi kali ni nak update cerita hampir 2bulan yang lepas kami join aktiviti sport club anjuran opis kami.1stly diumumkan mana sport kelab kami ialah “kijat birieh” apa tuh?….ha kene cari org bidayuh jadi translator..
30 april hingga 1 mei (cuti hari pekerja) ..tapi kami dikerjakan…team building di

DUSUN ECO RESORT, BENTONG, PAHANG.


Ok terus la cerita yer..jadual kami bertolak jam 7pagi..tapi terlewat sebab ada yang terlewat tiba tempat berkumpul


Ok ketibaan peserta2 dengan baju kelab

(tentu la snap picture kteorang jerk..ramai lagi geng2 tepitu..sory yer tak termasuk plak dlm pic ni)

Kami bertolak seramai 26 orang 7 kereta kira2 jam 815pagi dan akibat masing2 lapar singgah la ni genting sempah. Almaklum hari cuti ramai sungguh orang nak makan kat food court penuh. Jadi bergegas ke MCD. Tunggu order lama sebab order untuk segroup dan memang ramai juga orang kat situ.




Selesai makan kami sambung perjalanan. Dah tak jauh dah.dalam 25minit jerk tiba dah.
Ketibaan ahli2 sukan negara…. HE3

Apa nak jadi pun jadi la kami nak jugak posing2




peace yooo ( pengaruh maharaja lawak)


map kawasan sekeliling kem..opss resort


Pastu ada briefing tentang tatasusila kat resort ni. Termasuk ambil cadar dan sarung bantal sendiri, pasang sendiri nanti nak balik bukak dan letak tempat ambil juga wat sendiri.


Masuk bilik. Set2 katil ..rehat2…makan time..
yang syiok air dari bukit ke gunung belakang tu, sumpah sejuk giler, mandi time tengahari sangat la heaven. Mandi pagi....hazabbbbb!!

Dewan makan? Haa…ini baru la nama kem!!


Sekarang waktu makan tengahari, makan berhidang yer. Ini mengajar kita sama2 berbagi apa yang kita ada. Konsep ala2 asrama, tak cukup lauk jangan malu2 tuk ke dapur mintak dengan tukang masak. Meja telah ditetapkan untuk kami, ikut kumpulan pengungjung2. Pinggan pun kena basuh sendiri, lap dan letak tempat asal di meja kita. Sebab tuk sesi makan seterusnya kita akan gunakan pinggan yang kita guna tadi. So kemmmm...:-)

Lepas makan, rehat, solat zuhur berkumpul untuk aktiviti seterusnya.

(patutnya dijadualkan petang ni rafting, tapi kene tukar dengan aktiviti rentas halangan sebab clash dengan ramai pengunjung2 resort ni)
Taklimat diberikan dan mulakan aktiviti dalam jam 2.30petang…

macam2 ragam dan halangan, penat tapi happy wooo

Ada jugak yang memang hobi suka menyakat orang


Habis aktiviti dalam sejam kemudian..masa untuk berendam plak…mandi2 dan main bola tampar air…takda tiang gol? Tanda jerk port gol tu sendiri…seronok woooo…




Tengah syok2 main bola nampak ada sekumpulan pengunjung buat flying fox...terjerit2...best woooo.
Bos next time nak wat aktiviti ni plak kan


Selepas penat main bola&air. Kami berehat2, mandi, solat asar dan minum petang.


yang depan baju hitam ni mmg suka posing kat mana2 pun


Lepas minum petang, kami mulakan aktiviti membuat banner kat luar. Berharap lagi meriah dapat menikmati udara segar.


Akhirnya buat dalam dewan sebab hujan gerimis tetiba turun



Aktiviti banner berakhir. Siap sudah, kami bergembira dan bekerjasama buat banner...teamwork!!!

ada juga makhluk lain yang nak bekerjsama


"ulat gonggok hutan"...besar woooooooo

Lepas je marghib,semua kumpul2 malam ni ada BBQ dinner. Kita snap gambar dulu k.


Dengan petai pun nak bergambar :-)


Menu2 ada macam2 nasi, mee ,ikan, sosej, nugget, bebola dan macam2 lagi, termasuk petai yang bergambar tadi..hahaha



Makan time dah berlalu, masa untuk karok & berhibur


Ada gak yang main pingpong

Haaa..hambik ko kepenatan2 pun layan gak sampai jam berapa ntah mereka karok dan lawan pingpong. Kul 11 kteorang dah surrender, balik bilik rehat2 kemas2 tido…

jumpa lagi esok yer ~DAY2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...