meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)
Showing posts with label SEMBANG-SEMBANG. Show all posts
Showing posts with label SEMBANG-SEMBANG. Show all posts

11 October, 2012

IMPIAN BERKAMERA CANGGIH SIKIT TERLAKSANA

AKHIRNYA......
ni je la jantung hati yang dapat diusahakan..nak berdslr, tak berapa reti nak pakai...
ini pun ok lah kot...boleh snap2 picture cantek sikit tuk tatapan kalian...
tapi memang senang guna...nak zoom2 blur2 belakang pun senang...
belum khatam pun godeh2 tekan2 dia...

16 September, 2012

PENANGAN UJIBAKAT 1MILLION MONEY DROP

Lama dah tak update blog, banyak benda nak cerita tapi sumpah aku tak da masa nak taip. Ok lah rajinkan diri taip something tuk bacaan korang dikala hari2 cuti ni.

Ni kisah kami ke ujibakat Money Drop kat the Garden Hotel, Midvalley. Kami naik transport awam je dari Komuter Subang Jaya. Nak save duit parking sebab sure mesti kene parking lama. Tapi tak sangka la selama ni..Nak tahu berapa lama..Nanti dipenghujung cerita cuba kira berapa lama kami tunggu. Jam 630pagi kami dah gerak dengan Komuter. Dalam 715 kami dah pun tiba kat Hotel setelah ronda2 jalan kaki cari kat mana hotel tu nyer lobi. Masa tu ingatkan kami terawal. Sekali tengok punya lah ramai orang yang dah tunggu. Ada kot 200 orang. Tapi semua masih berkumpul2 berlegar kat lobi. Dalam jam 730 kami diarahkan keluar dari pihak hotel untuk beratur kat luar. Berebut2 la beratur, akhirnya jauh ke belakang la kami.

Maka silalah beratur lama2 kat luar ye.. 

beratur panjang....

Rasanya 930pagi baru perasan ada kamera pihak 1MMD lalu, sakan la peserta2 ni melambai2 termasuk kami. JAKUN!!.. la la la..:-P



ni dah 10pagi...terang dah...boleh posing2 dengan selesa

Teruskan menunggu disamping dapat lihat lebih ramai orang yang datang nak ambik bahagian. Bayangkan kira2 jam 11 kami pun berjalan2 tengok keadaan kat barisan depan dan ke tandas. Nampak ada 1barisan lagi kat depan lagi dari pintu masuk. Ingatkan ada buka 2 kaunter rupanya...EKOR BARISAN KAMI...!! keliling hotel garden??? bayangkan ketabahan mereka. Kami pun dah hampir2 giveup. Lagikan mereka, dengan panasnya.
1230tengahari baru dapat no giliran....(mungkin mereka start dari 7000 kot)
lagi 100m ke pintu masuk

No. giliran ni diberi secara berkala, bukan la sekali diberi dapat semua dari 0-bla bla bla. Tak silap 50/trip je. Sebelum dapat no. giliran kami dah seram2 gak takut tak sempat register. Sebab register tutup jam 2petang. Gerak pun macam siput, Seksanya la nak dapat 1 Mil kan??? kite ingat semudah2 jawap soalan2 kat rancangan TV je masa siri2 lepas tu kan. Padahal saingan nak masuk rancangan ni bermula bila anda ambil keputusan nak beratur. Ini serius kalau tak tabah tu balik je lah!. 

Yang kat depan2 tu banyak yang nak potong Q, masing2 yang beratur lama mengamuk la. Korang yang lain pun biar la bersivik sikit, kot ye kemaruk nak dapat 1Mil tu kan.... Berpada2. Orang ada datang 5pagi lagi, Ko datang 10pagi nak potong Q. Mujur tak kena bunuh. Ha3.

Jam 115 tengahari, akhirnya kami pun dapat masuk ke lobi dan dibawa ke tingkat 29. 1 group ada 50 couple je. Kat atas ingatkan dah terus boleh jawab soalan, rupanya kenalah menunggu lagi untuk taklimat. Duduk je la tepi2 bilik seminar ni. 

Tak lama lepas tu kami dipanggil ikut no. giliran untuk taklimat. Ada kira2 25 couple tuk 1 room. Selesai taklimat kami di bawa masuk ke bilik exam pula. Duduk asing2 dengan partner, jawab la 20 soalan objektif superb susah. Aku yakin yang confirm betul dalam 7-10 je, lain2 hentam je. Dan yang bertambah menarik kedua2 partner kene pass 13 soalan, salah 1 gagal maka gagal lah. Selesai exam kami di bawa ke 1 lagi bilik untuk tahu result. Maka kat sini ada la postmortem soalan2 tadi. Kira2 15minit muncul la seorang coordinator bawa keputusan. Dimaklumkan hanya 1 je berjaya dari 25 couple tu. Mereka tak bagitahu siapa yang gagal. Hanya yang berjaya sahaja. Tu pun berjaya untuk kepeingkat kedua, yang mana diperingkat ni mereka akan diuji dengan format game sebenar & ada kamera. Agaknya nak tengok korang mesra camera ke tak kot, serta tengok keserasian korang.

Dengarnya tahun ni dinaik kan markah lulus ke 13 berbanding last year cuma 11, dan soalan disusahkan. Maka yang lepas stage 1 tu betul2 genius la gitu!.

Kami harap je serasi baju sama, tapi gagal. Belum cukup genius dan berpengetahuan luas.

Apapun aku puas hati sebab dapat pengalaman macam ne rupa orang beratur berejam2 nak ujibakat + lega sangat2 sebab ada 1 couple tu agak menyerlah berbanding yang lain, dengan dress-up nya dan overnya. Study dari beratur sampai la ke dewan taklimat. tu aku relex lagi. Lagi panas hati boleh plak datang kul 10pg. Tup2 tanya2 orang kat depan2 aku tu pasal2 borang la apa lah...terus je potong Q. Terubat duka bila tengok dia pun gagal...hahahaha...sapa suruh potong Q. Kot2 kalau tak potong, mungkin ada rezeki anda berjaya... cewah!!

Jam 230petang, kami turun dari Lift nak keluar, tengok kat loby ramai sangat orang mengamuk2 dengan pihak 1MMD sebab mereka dah beratur lama tapi tak dapat no. giliran. Mereka nak no harini untuk datang semula esok. Tapi dengarnya tak dapat, sebab tak adil untuk mereka yan gmemang plan nak datang keesokkan harinya. Bertekak2, aku yang kecewa dan lapar ni terus membawa diri ke GardenMall. Tak tahu la kesudahannya macam mana. Mungkin pihak 1MMD pun perlu ambil langkah2 lebih efektif dalam mengendalikan ujibakat besar macam ni, exam hanya 10minit je, tapi masa menunggu makan masa yang terlalu lama.

Kami ubati kekecewaan dengan makan di Tony Romas, sebab foodcourt ramai gila orang dan hati melonjak2 nak makan Kicking shrimp tu dari hariu lagi..mengidam orang tak mengandung ni lagi payah nak dilayan!. Selain tu, kami order half onion loaf, soup of the day dan Shrimp & salmon Piccata. Liza gilerkan ikan2 & seafood berbanding ayam2 / daging2. Yan memang sukakan daging2 &  ayam2.  Gitu gini jam 430 kami tiba di rumah, malam tu kami sambung beraya ke Bangi, gosip2 pulak. :-)

sumber: google

Tahun depan panjang umur, kot2 ada lagi insyaAllah boleh cuba lagi, kot2 berjaya boleh la kami buka kedai makan :-)

emmmm...ada rasa teringin nak makan burger bakar kawkaw la pulak. Kot2 nanti jup lagi leh pergi mencuba , boleh bawa adik Yan sementara dia datang rumah ni. Ni tengah lapar ni..

Dapat kira tak berapa jam kami menunggu???????


01 September, 2012

ini kucing betul ke tipu ni???????????

Cuba tengok pic ni...agak2 real ke tipu?
sumber : google 

v




v




v




v


jawapannya adalah!!!!!

venus - the amazing cat
unik dan comel sungguh!!

31 August, 2012

SALAM KEMERDEKAAN KE 55


PELIHARALAH KEMERDEKAAN INI BUAT GENERASI AKAN DATANG SEPERTI GENERASI TERDAHULU PELIHARA UNTUK KITA DIMASA KINI

Jajan gula2 bendera
sumber : google image 

15 August, 2012

09 August, 2012

BERBUKA DI RESTOREN MALAY VILLAGE & APABILA RAYA DAH DEKAT.

Hye...lama dah tak dapat nak update blog. busy sakan kononnya. Ni curi masa sikit sementara lepaskan lelah packing kerepek2 sambil layan citer kat TLC buat kek besar2 tu. Osemmm sungguh!! Weekend lepas kami cuti sakan kat kampung, merehatkan minda gitu & berbuka puasa bersama family.

Persiapan raya korang amacam, settle dah semua. Kiteorang so far hampir siap. Baju raya pun dah siap sepasang (yang ni tempah sebab nak sama dengan family) . Lagi 2 pasang tersambar kat Angsana,Jb masa meronda2 selepas berbuka puasa dengan family Cik yan kat Jb hari sabtu lepas.

Kami berbuka di restoran Malay Village, harga RM 32/ person. (boleh juga check page ni) Makanan masa tu ada nasi putih/beryani, pelbagai laukpauk, bubur nasi, bubur pulut hitam, laksa johor, kuih muih, sate, dan macam2 lagi la. dan katanya setiap hari menunya bertukar. Aku rasa time puasa ni ramai orang makan luar, Full!!! (kalau datang tanpa reserve tempat tu, alamatnya melopong je la)

Aku sukakan suasana tempat makan kat sini. unik!! macam kat kampung gitu. Dan makanan pun sedap2, cuma lambat sikit mereka refill. Tapi apapun tetap puas hati.


tepek sikit gambar kami 

Selepas berbuka kami sempat ke Angsana, Jb. Tempat ni memang syurga shoping segala keperluan raya dari baju bajan, kuih muih macam2 ada la. Macam nak pecah angsana ni punya la ramai orang, parking pun jauh. Tapi memang ada pelbagai pilihan ada yang murah (mutu pun ala kadar), ada juga murah tapi mutu tiptop (bertuah juga jumpa kedai ni), yang mahal (mutu suam2 kuku atau pun yang tiptop) memang banyak. Apapun tepuk dada tanya selera.

Balik ni kami disamping berbuka bersama keluarga, kami banyak angkut kerepek, almaklum kami kan setiap kali muncul bualan puasa berbisnes ala kadar kerepek2. Kali ni order agak menurun sikit, tapi apa pun Alhamdulillah dengan rezeki apa yang ada. Isnin lepas bermula episod jelajah kedai2 kerepek mencari bekalan. Harga mencanak2 diluar jangkaan sebab tang pisang2 tu je semua sold out jadi nak kautem harga payah sebab memang permintaan tinggi . Mula2 malas dah nak ambik tapi sebab dah janji pada customer, wajarlah ditunaikan, walaupun keuntungan amatlah tipis. Sendat juga kereta. Nampak sangat absober nak kena tukar dah ni. Ko sangat berjasa la Oyen oi!!


Lastly.. 1 benda aku belum sempat buat. Langsir!!!!
tertiba ternampak rakan Fb share ganbar ni, 

Bertuah la kalau KikiLala reti macam ni..hahaha....By the way, rumah rasa sunyi plak sebab selalu balik rumah je ada yang meaw3..ni senyap je. Budak 2 tu aku dah boarding awal2 kat kampung. Almaklum 2 minggu terakhir Ramadha kiteorang akan superbbbb busy packing kerepek & baking cookies. Kesian plak nanti mereka berdua takda yang layan main2 & belai2.

K la see you next entry, lelah packing kerepek dah reda sikit makan nak masuk sarang dulu. Nanti nak bangun sahur plak.  Esok  sebelum buka sambung lagi packing.
Selamat berpuasa dan selamat berbuka

P/s: Pada yang order kerepek, nanti boleh la kita arrange masa bila nak pickup yer.

25 July, 2012

TOP 10 RUDE MALAYSIAN HABITS

Sekejap je dah puasa yang ke-5 kan? Aku rasa masa sekarang semakin pantas berlalu. Kebiasaannya hari rabu aku tepek gambar je, tapi hari ni nak update sikit info hot!!

Pagi tadi dengar radio, tetiba terdengar pasal Kuala Lumpur dapat hampir2 nombor tercorot untuk kesopanan . Bayangkan kedudukan 34 dari 36 buah bandar. Hish3.. kalau kita dapat tempat macam tu dalam kelas, mahu tak senang duduk mak kita kat rumah. Silap2 dapat hadiah berbilai je kat badan tu. 
Nama je kita punye rukun negara ada kesopanan dan kesusilaan. wat malu je tau!!

Tapi bila baca antara punca2 top 10 tu, ternyata memang selalu berlaku. Aku yakin mesti korang pernah hadapi situasi macam tu. Kalau tak kena batang hidung sendiri, mesti pernah tengok situasi macam ni kat mana2 kan?

"Reader's Digest ranked Kuala Lumpur almost at the bottom of a list of least courteous cities, placing it at 34th place out of 36 major cities in the world." 
boleh baca lebih lanjut kat sini


Aku pernah kena no .3 tu kat IKEA, punya la tunggu lama. Tup2 dengan kencangnya kereta lain masuk. Rasa macam nak bertumbuk je kat situ. Tapi dah rupa samseng plak kalau aku buat macam tu kan?. No.1 tu selalu la aku rasa bagi driver2 kat Malaysia. Bukan kereta je wat hal, motosikal pun tak kurang hebatnya. Ada tu tetiba je motorsikal keluar simpang tak tengok (orang jawa kata menerojol je). Hish, tersirau darah. Tergesel sikit dah kita yang kena. Selalunya macam ni warga2 tua. Jadi bila drive kawasan kampung2 sikit tu. Mana ada simpang tu kenala drive perlahan2.

Kalau kereta pula tak usah dikata, memang ikut suka dia je la. Kesana kesini, cilok2. Kadang2 ada juga rasa saja je mereka nak gesel2 so boleh bertekak mintak tukar baru tempat yang sebelum selepas gesel tak da beza.



Yang no.6 tu jarang aku alami. Tapi benda lain plak, kalau dalam cinema tu. Dah la masuk lewat, siap guna spotlight kat hp ke hapa ntah suluh tempat duduk. Berpinar mata warga wayang yang lain2 tu. Potong stim je orang lain nak layan citer. Pastu dah duduk berdua tu mula la wat wayang sendiri. 1seat kongsi 2orang plak tu. Murahan sungguh. Tak tahu mata aku ni kadang2 tengok depan kadang2 tengok tepi. Ha3. Pergi la beli 'couple seat' sana. Menyibuk je. Nasib baik bukan bangsa aku. Kalau tak ada juga yang basah kat wayang tu.


Pastu No. 10 tu selalu aku hadapi, almaklum ada buat business kecik2 ni selalu la kena jumpa orang  sana, jumpa orang sini. Ada sekali tu janji dah la 11 malam, aku dah terpacak kat sana. Dia kata on the way, lagi 15minit tiba (tu pun lepas kita yang sms dia, tanya). Sejam berlalu tak muncul2 jugak. Sudahnya hanpir kul 1 pagi baru bayang dia muncul. Katanya sesat. Hish3 padahal dah selalu jumpa tempat sama dan tempat tu la yang dia pilih nak jumpa. Sabo jela, nasib baik ko bayar fee aku mahal. Kalau tak dah lama aku balik tidur. Banyak la kes2 lain, cerita 1 cukup la.


Boleh tak kalau rasa2 korang akan lewat tu inform dalam sejam awal. Jadi 1 pihak lagi boleh la uruskan benda lain dulu. Tak pun sentiasa update dengan pihak 1 lagi tu korang kat ne, bincang2 kot2 nak tukar tempat jumpa ke. Ni tak senyap je. Tup2 lewat sejam. Hampeh keduak la.


Kalau lambat datang kerja tu, tak payah nak cakap la. Boleh kata selalu la diperkatakan. Itu salah 1 benda yang tak wajar. Kita ni dibayar gaji, jadi silalah awalkan atau tepatkan masa kedatangan anda ke pejabat tu. Sekali sekali terlewat tak mengapalah sebab kadang2 ada sebab2 tak dapat nak elak. Rumah tetiba tak da air la, bangun terlewat la, kereta meragam la. Ni kalau alasan rumah jauh atau jalan jem (yang memang kawasan jem). Kalau sekali sekala jem tu boleh terima, macam selalu tak jem laluan tu tapi jadi jem sebab ada kemalangan dan sebagainya. Kita pun redha la kan. Ini sebab 2 alasan kat atas tadi tu memang tak leh pakai. Dah tahu rumah jauh dan kawasan jem sila lah keluar awal hokey!! Macam tu baik aku duduk Johor kerja Subang Jaya. Kul 8 pagi bertolak kul 1130pagi  baru masuk opis. Agak2 kalau hari2 macam tu, dan guna alasan duduk jauh. Bos ok je kot! Mimpi je la...Tak kira la kita diperingkat mana, asalkan selagi gaji ko tu orang lain yang bayar. Maka bolehla kiranya berlagak seperti pekerja, bukan seperti bos. Sekali sekala berlagak bos takpe, jangan selalu sangat. Over tu namanya, sila sedar diri. 


Last sekali, ni gambar kat apartment aku haritu. Menyirap je, buang pampers dari tingkap atas, tersangkut kat pokok. Ada pernah baik punya bertepek kat kereta aku. Nasib baik bergumpal. Kalau terpampang tak ke 1 kerja plak aku usung kehulu kehilir benda alah tu nak cari carwash. Ni golongan kesedaran sivic rendah, jangan2 tak da langsung sivic. Bila mengadu kat maintenance department, mereka mencari2. Orang tu boleh plak salah kan orang asing. Mana la ada orang asing beranak2. Kemungkinan tu ada tapi sangat2la jarang kan? Lastly mereka dah dapat spot dah rumah mana. Semenjak tu aku tengok bersih dah pokok tu. Tak tahu kalau lepas ni menjadi lagi. Kalau buang sampah kat corner2 tangga atau depan rumah dekat tangga tu pun 1 lagi masalah. Sampai dah berulat bertambah hangin depan rumah aku la. Pelbagai inisiatif la pihak maintenance ni buat letak sofa la, selalu berkawal la nak tangkap siapa kan. Akhirnya berkesan sejak kebelakangan ni dah tak da. Tak tahu la kalau nanti penyakit sivic rendah mereka tu datang balik. Buang la sampah kat tempat yang disediakan. Sama2 la kita menjaga alam sekitar.




Salam Ramadan buat semua, aku nak pergi isi borang cuti raya. Yeah!!

27 June, 2012

MUTIARA KATA 2

Short entry again in wednesday...



                           ayat terakhir yang paling berkesan!!

20 June, 2012

MUTIARA KATA

Harini  malas nak update panjang2
Sebab pagi2 ada ceramah sikit tadi...
diterima dengan hati yang tenang 

dan

absolutely true......
renung2 kan dan selamat beramal....

26 May, 2012

BERSIAP SEDIALAH DALAM APA JUA KEADAAN - MAKLUMAT PENTING DIRI


gambar apa kabur2 ni??????? hish3

ok ni nak share tips sikit tentang info kepentingan letak maklumat diri di dalam dompet anda. Kalau in case ada apa2 berlaku mudah pihak tertentu menghubungi seseorang. Dan juga maklumat perubatan termasuk nama2 dan jenis2 ubat yang ada ambik. Kalau setakat multi vitamin ke apa tak perlulah kan.

tips:-
  • letakkan info perubatan (penyakit & ubatan yang anda ambil)
  • elergi pada ubatan/ apa2 sahaja
  • untuk maklumat no telefon untuk di hubungi ketika kecemasan, bagi la 2-3 no. letakkan nama & hubungan.

cadangan :
1) pasangan/ teman rapat/housemate
2) adik beradik / sedara mara berdekatan tempat anda tinggal sekarang ( kalau tinggal KL letakkan no sesiapa yang tinggal di KL)
3) parent/adik beradik/ sedara mara  di kampung halaman.

Sebab kadang2 kalau berlaku apa2 nak cari kat telefon tu payah. Kadang2 handphone tu entah hilang ke mana, berpasswood la, habis beteri la dan sebagaiya.

Kena pulak yang letak nama kat handphone tu mcam2 nama, hubby la, abang la, mummy la, mak la kan. Kalau kawan baik pulak mesti ada nama2 pelik yang di namakan, kueh pipi la ( sebab pipi dia macam kueh pau), elephant la (tak perlulah kan nak bagi tahu kenapa dinamakan macam tu kan? hehehe), tembikai la, besti la dan sebagainya.

Terpulang kat korang nak letak kat bahagian mana  kat dompet tu. Kalau aku lebih utamakan di kad pengenalan bahagian belakang. Taip kecik2, print, potong, tampal kat 1 keping 'maskintape' (sebab tape ni senang tanggal2 kan incase nak potostat , nak update info or apa2), pastu tutupkan sekali lagi dengan 'selotape' yang jernih tu.

K harap info ni berguna...
PESANAN TERAKHIR : HARAP2 SEGALA MAKLUMAT KAT BELAKANG TU TAK DA KENE MENGENA DENGAN INFO PASSWORD BANK2 DAN MAKLUMAT PERIBADI LAIN. KALAU TERHILANG DOMPET NAYA JE KAN. BAGI2 FREE JE PASSWORD KAT PENCURI.




k bye, nak pergi pasar borong cari lauk nak masak2 minggu depan. merayap jauh sikit harini pasar borong selangor kat seri kembangan.
chow.........

12 April, 2012

THE UNSOLVED MYSTERY...........

Tengah2 aku malas nak wat kerja, tapi kerja aku tengah berlambak2 ni. 

Tetiba terbukak ( ayat cover line tu ..'ter' ) Fb. ada rakan share something buat aku gelak sorang2.


Aku kalau time watak paus (kiut miut macam aku ni :-)..) kuar pun aku blur kenapa dia jadi anak ketam. Tang mana baka ketam pun aku tak tahu. Bulu mata je kot (ke ketam tu bukan bulu mata ? tapi jambul? )...


Hahaha...

Entah la..anak angkat kot..

Tetiba baca komen tu ada yang kata ketam + sponge bob???? hahaha...gay wehhhh!!!


Ada gak benda wat aku tergelak di time badut a.k.a cik Yan MC ni.

k chow dulu

02 March, 2012

PADAH CUBA2 BERKAWAN DENGAN ROBOT!!

NI LA PADAH BILA KAWAN DAH TIDO..TAPI KO TERKEBIL2 SORANG....!!





KURANG HASAMMMM PUNYE CLEVERBOT..
menyakitkan hati boleh jadi giler layan ko!!

24 December, 2011

5 PERMAINAN TRADISIONAL YANG MENGIMBAU KENANGAN SILAM

Ahhhha haritu update pasal gadget2 zaman dulu2. Kali ni nak update yang bukan gadget plak. Sure korang tahu game2 ni tapi sekarang dah jarang yang dimainkan lagi.

Aku update start dari yang paling digemari masa zaman2 sekolah rendah dulu dengan kawan2 aku dulu.
Disebabkan kawan2 aku lebih banyak lelaki berbanding perempuan masa tu jadi kebanyakkan permainan ala2 unisex yang lebih selalu kitaorang mainkan...

antara top 5!!

1. PENUTUP BOTOL 

Aku panggil 'ceper'...jangan tanya aku kenapa? sebab aku pun tak tahu jawapannya.


Permainan ni perlukan 5 penutup botol, bekalan tak susah sebab kedai runcit mak aku tu ada jual 'air oren bodoh' ni. .Tak tahu la kenapa kat tempat aku panggil air tu macam tu, semenjak ke bandar ni baru tahu orang panggil 'LongChan'. Yang ni masa hari raya antara minuman wajib untuk tetamu aku sehingga kini.


Cara mainnya mula2 sebar, ambik 1 penutup dan selebihnya yang 4 tu perlu di jentik 1penutup ke 1penutup yang lain, maksudnya dapat la 2 kali jentik. Macam2 gaya boleh praktikkan sampai tertonggeng2 kadang semata2 tak mahu kalah. Pastu boleh timbang tuk kira markah. Timbang masa dalam gambar bawah ni bukan guna penimbang.1ceper 2 markah.


Kalau gagal mana2 part , masa jentik ke masa timbang ke kena la bagi orang lain plak main, sampai la turn ko tiba baru boleh sambung semula.
(tips masa tu, ketuk sikit bahagian kembung ceper ni..jadi masa timbang tu lebih senang. Dah tentu la boleh dapat markah banyak..hehehe).

Kadang2 masa sebar tu dapat bertenggek 2 masa tu takpayah susah2 jentik 2 kali, tarik 1 ceper je pastu terus jentik yang baki lagi 2 tak bertindih tu settle!...
Kadang rezeki mewah bertenggek 3..masa ni memang berkobar2. kiteorang kata dapat 'jamban'. sebab nantis susun yang 3 tu bertingkat dan 2 lagi tu terpulang nak jentik melambung atau leret.

(punye aku excited aku siap buat gambarajah kat paint...ho3)


Kalau jentik melambung macam dalam gambar bawah ni dapat markah 100, kalau leret tepi dapat 50. 


Ada juga bertenggek 4, selalu sebar ala kadar ni sebab nak buat sampai dapatkan 'jamban' (markah lebihhhh maaa.....) tapi padah menimpa. Ini memang merana, sebab kena susun macam keretaapi berderet.....(lagi sekali punye aku excited, aku siap buat gambarajah kat paint...)



Memang payah la..jarak tu pulak lawan kita yang tentukan..kalau memang dasar pendengki..memang rapat bebeno la disusun macam gambar atas ni ....sampaikan lebih baik tak payah main dari main...cet...
Kalau bertenggek 5..baling semula la yer...semangat sikit sebar k...ni macam tak makan jek...

Ok kita masuk pada permainan seterusnya...

2. TENG TENG


Ni lagi complikated nak cerita..

Cara mainnya melompat dengan sebelah kaki kat dalam petak-petak yang kita lukis tu. Ada peraturannya yang kita perlu berhenti, teruskan lompat atau pusing. aku ada sampai baling 'haji' ..last sekali kalau dapat baling kat kawasan separa bulat tu, nanti ko kene pusing belakang dan raba2 'gundu' tu dapat je..pusing balik ke tempat permulaan. masa ni memang heavenn!!! dapat beli rumah.. pusing belakang dan baling ke kotak tu. kalau masuk tu dikira rumah la..orang lain tak boleh pijak, ko sorang jer berhak.

Ko bayang kan kalau dah 3 kotak yang bawah tu rumah orang lain bukan rumah ko...tak ke koyak kaki nak lompat ke petak 4&5 tu...hahaha..

Permainan seterusnya.....

3. LOMPAT GETAH

Getah gelang tu disambung2 jadi macam ni...


Pastu lompat2.. ada tahap dari kaki sampai la ke kepala..lebih kepala pun ada.. yang kalau tak boleh lompat tu..boleh lompat bintang pusing macam ni....
Atau pun 'berenang'...yang ni susah nak tunjuk dan explain..tapi pergi kat getah tu buat selamba je pusing2 buat gaya depa tangan pastu pusing2 getah tu gaya berenang pastu tarik getah yang depan tu letak ke belakang kepala, pastu pusing2 balik lepaskan diri dari getah tu..sedar2 korang dah kat depan lepas getah tu (nasib korang la kalau tak paham...boleh jumpa aku nanti aku tunjuk)
Ini hanya diguna pakai pada tahap2 tertinggi macam paras bahu, telinga, kepala..macam main tipu pun ye jugak..ha3

Pastu ada tahap getah tu dipusing2.ko lompat2 kat tengah ...ada lagu dia...aku dah lupa...
ada juga paras pinggang dan lutut yang kene belit2 kaki dengan getah tu sambil lompat2 dan ada kiraan..tu pun aku dah lupa tahap mana.

Pokok cerita main getah ni rumit juga.

seterusnya..

4. BALING TIN

Aku panggil ' tuju selipar' sebab main pakai selipar tuk baling2 tu. Kalau kene yang jenama "TatSeng" tu tebal tu hambik...sakitnya!! Ada juga yang pakai bola kot.

Cara main biasa 2 kumpulan kalau ramai la, 1 baling 1 kejar...kalau tak ramai sorang je akan jaga tin. Susun tin pastu baling dengan selipar kat tin tu. Bila dah berderai apa lagi lariiii....nanti group 1/orang jaga tin tu akan kejar dengan selipar sambil yang group 1 baling tin tadi tu susun semula tin tu jadi macam bentuk asal....

Memang letih main ni...tp bestttt gilerrr!!...

Cuba tengok gambar bawah ni....kalau la aku ada gambar macam ni masa dengan geng2 dulu kan nostalgia tuh!!



permainan terakhir tuk harini ...

5. GULI
Yang ni peveret juga...dulu masing2 berbalang stok guli.
Di mainkan oleh beberapa pemain dan mulakan dengan membuat bulatan tuk rumah guli masukkan beberapa guli dalam tu jadi taruhan. Pastu leret/baling guli kite ikut turn ke dalam umah guli tu, kalau kene guli dalam rumah tu dan terkeluar..guli tu jadi hak kita...hahaha aku kaya GULI!!




Budak2 sekarang mana ada nak main benda macam ni...mesti korang tak faham bertapa seronok dan bahagianya tatkala main benda2 ni semua..................

Aku percaya lain tempat mesti ada sedikit sebanyak perbezaan cara main tuk setiap permainan ni kan?....
korang punyer cara macam mana?

note kaki main 'ceper' : wokeh...permainan yang lain aku update kat entry lain k....

23 December, 2011

GADGET GAME ZAMAN KANAK2 DULU2? SEKARANG JUMPA? NON HADO!!

Entah macam mana tetiba jer aku teringatkan permainan zaman dolu2 yang rasanya sekarang dah hampir pupus. Budak2 moden sekarang rasanya dah tak main kot permainan macam ni. Aku kalau balik kampung pun tak nampak dah budak2 kecil main permainan2 tradisional ni. Semua duduk memerap kat rumah, pergi tusyen, tak pun hadap dan kelek laptop ke hulu kehilir layan facebook, ym dan sebagainya. Kalau lagi advance main PS3, tak main dah game2 kotak macam dulu. Dulu kalau rumah ko ada permainan ni kira ko la paling mantap sekali di kalangan rakan2 yang lain.

Aku tak tahu apa nama game tu yang sambung kat tv tu (kawan aku kata micro genius game), tapi macam ni rupanya....

Masa tu memang panggil geng2 main benda ni...game yang hot masa tu...super mario & street fighter.
Ni masa umur 8-12tahun ( tahun 1992-1996). Tak lama  tu kuar yang ada pistol plak..boleh main tembak2 itik..kalau ko tak cukup itik yang mati dalam 1level tu nanti ada anjing gelakkan ko....ha ingat tak? ingat tak?


Dalam zaman kegemilangan tu muncul lagi 1 game guna bateri..BRICK GAME!!!...yeah..ni mahu siang malam pagi petang nak main, mula bergaduh sebab berebut dengan adik beradik.


Ha agaknya ini la perintis ke pada game boy....

Pasni aku nak update pasal permainan tradisional plak!! semangat!! kot2 kat mana ada sukanneka game2 lama ni best jugak join...lagi2 tang main lompat getah!!...kot2 kene paras pinggang pun kalau lepas minah oi!!...

nota kaki: kalau la angry bird ada dalam bentuk macam ni syok jugak..tak da la habis bateri hp...lalala

11 November, 2011

BUKU MASAKAN ATAU BUKU JALAN2

Ada orang suggest kat cik yan suruh buat buku. Sebab cik yan kan mulut pokpek2 bercerita kalah calon2 pilihan raya bagi talk masa kempen...
Jadi kalau betul menjadi nak buat buku diharapkan menarik lah...

mana 1 pilihan hati?.....

1. buku masakan?
tapi apa menu nak bubuh dalam tu. Kalau sama jerk macam orang lain atau yang mostly orang tahu buat baik macam tak payah jerk..lalala.
macam ada buku aku pernah beli jarga memang murah rm7, tipis jer la tapinya. Dalam dia ok la mudah difahami tapi macam tak variety sangat. Buku ni pasal kerabu, semua kerabu2 lah..
ada dalam 15-20 jenis kot. Baca sekali suka, beli....bila dah belek2 kat umah. aku rasa macam sama je beberapa resepi tu cuma adjust sikit je. Adakah kerana nak cukupkan muka surat??
contoh kerabu mangga, pastu muncul pulak kerabu mangga mentimun. Bahan semua sama tambah timun jek ko....contoh je la..tak ingat la judul resepi tu sebenar. gambar pun sama adjust ada timun2 sikit getu...kelas ko chefff!!
cadangan review pasal makanan femes2 kat malaysia ni 1 negeri review dalam 3-5 makanan asasi orang negeri tu?
tapi macam dah banyak jerk ada..

2. buku travel?
Aku jarang jumpa yang ada sepenuhnya bagi cara macam mana nak pergi tempat tu, apa menarik kat situ dan budget berapa. Yang tak berapa banyak info pun aku rasa tak banyak di pasaran. Terutamanya tentang Malaysia (ke banyak tapi aku yang tak terpandang). Ada tak yang bagi info ala2 rancangan destinasi budget tu...yang pengacara dia mamat Q yang kegemaran dia nescafe ais tu...bf yuna tu...Rancangan ni aku suka. Infonya tak da la detail sangat tapi padat dgn isi2 penting dan budget!!
Kebelakangan ni selalu baca blog2 orang travel & tengok2 majalah LIBUR...rasanya hari2 berangan nak holiday sebab mood kerja kadang ada kadang ke laut..
cadangan review tentang malaysia ni 1 negeri review 3-5 tempat yang biasa kita lawati dan 1 tempat bonus yang jarang kita lawati tapi menarik?

nota kaki: korang pernah terjumpa ke buku2 macam tu ? suggest kat aku yer...

10 November, 2011

RUNGUTAN DAN GANJARAN

Selamat petang... dikala merayau2 di 'yahoo' aku tertangkap dengan artikel2 kecil yang selalu muncul bila kita sibuk2 nak check2 email tu. Tajuk yang 'catchy' tu memang betul2 memerangkap aku tuk share benda ni kat blog.Ini kisah omputeh yang kadang2 aku rasa mereka lebih sweet & romantik dari orang2 kita. Mesti ramai yang melenting, tapi selama2 pemerhatian aku memang begitu. Pengalaman ke GoldCoast, Oz pun tetap memberi tanggapan yang sama. Mereka lebih prihatin & gentleman berbanding orang kita. Nanti lah aku cerita lebih lanjut perangai2 mereka berbanding orang kita bila ada masa nak buat entry pasal beza attitude mereka & kita.

Berkaitan dengan artikel kat bawah ni ... mesti korang pernah terlibat ataupun terdengar situasi dimana pasangan kita hanya tahu komplen..bla bla bla bla bla ....mengungkit.....suruh itu suruh ini ...ada je yang tak kena even tuk kebaikan kepada yang dikomplen atau pun kepuasan hati yang tukang komplen itu sendiri. Ada saja yang tak kena, suruh ubah tapi....nama nak bagi semangat punya payah....apatah lagi imbuhan tuk pasangan atas perubahan yang bakal atau telah mereka lakukan.

Tak mahu membebel panjang2 la...Apapun selamat membaca rencana ringan2 kala2 petang ni sambil2 minum nescafe tarik k.

sumber : yahoo link

"When Fulton, New York resident Jay Wornick set out to lose some weight at the urging of his wife, he didn't have high hopes. Weighing in at more than 360 pounds this past January, Wornick thought, at best, he'd lose 20 or 30 pounds and then put it back on. But that wasn't the case. Not by a long shot.
Now, a little more than 10 months later, Wornick has lost close to 200 pounds. He weighs just 168 pounds and is still adjusting to his new life as a slender man. According to a buzzy blog from Syracuse.com, Wornick still can't help but examine booths in restaurants to see if he'll be able to fit in them, even though he now can easily shift into the open space with room to spare. He's also surprised when somebody accidentally jostles him in a crowd--a far more routine occurrence when he was carrying all that extra weight on his frame.
So how did he shed so much weight? It all started with a bet in the form of a New Years resolution. Wornick's wife, Angela, challenged him to see who could lose the highest percentage of body weight. The loser would have the winner's name tattooed on his or her stomach. Those big stakes inspired Jay to cut back on eating big steaks. He ate less meat, switched to water instead of soda, and began working out.
At the end of the first month, he'd lost 40 pounds. Inspired, he kept at it, and the weight kept coming off. It's worth noting that Jay was able to do this without a personal trainer, though he did have a lot of help from his local YMCA, which he called "a huge support system." He also consulted the Web for diet tips and found quite a few from Dr. Oz. Jay will make an appearance on the doctor's show in next few weeks.
To make good on her side of the wager, Angela plans to have Jay's name tattooed on her back sometime in the coming weeks. Jay also plans to get a tattoo--now that he's so much slenderer, his wedding ring doesn't fit his ring finger--so he plans to replace it with a ring-shaped tattoo."

Sweet kan mereka....dan part yang paling sweet adalah..."Jay also plans to get a tattoo--now that he's so much slenderer, his wedding ring doesn't fit his ring finger--so he plans to replace it with a ring-shaped tattoo" sebab yang bini harus la tunaikan janji dia, tapi si suami dia pun nak buat juga tu...

choooooomell...

aaa...ada la nak sound tu.. cara barat bertatu2 ni la ko suka ye jah!!..

opss...no no no...
jangan la pulak korang nak bertatu gak macam mereka..banyak lagi benda lain yang baik2 boleh dibuat sebagai ganjaran. Cincin emas ke sijil simpanan premium ke...(mata duitan sajo la ko jah oi!!). Bukan apa sesak2 boleh juga cairkan balik...:-) hahahalasan konon2 baikhati.

nota kaki minum petang: Ada orang tu kan janji akan belikan jeans cantik 2even semahal mana pun ( budget kaya la tuh)...tapi yang wat aku parah sizenya mesti 26!!!!....entah bile la pinggang aku ni nak mengecut sebegitu kecik yer oiiiii!!!

04 November, 2011

SELAMAT HARI RAYA QURBAN


salam aidiladha buat semua....
hati2 balik kampung yer. kami pun balik kampung juga :-)
ingatlah orang yang tersayang :-x




Nota kaki lembu (sebab nak raya qurban) :
balik kampung ni kami nak pergi mencari asam pedas muar & makanan ikan2 bakar kat "hardrock" = lorong2 City Square tu..lama dah tak kesitu ..wujud lagi ke? nanti update dengan kalian berjaya ke tak misi kami ni

PUTUS CINTA KAH?

Bak kata pepatah :-
‘bila kita sedar seseorang/sesuatu itu berubah, yang berubah sebenarnya adalah kita’

jiwa semacam je.......................kerana putus cintakah?

Selamat malam semua….haiya dah kenapa la diawal2 perbukaan kata dah ucap selamat malam?
Mungkin sebab sekarang memang ramai yang dah lelap mata termasuklah geng serumah ni. Dah lama dia berlayar, sampai ke medan kot. Aku je memang mata degil tak reti lelap.

Sebab tu la agaknya ramai kata aku burung hantu kot? siang tidur malam berjaga ( alamak dah macam lagu nenek kebayan pulak).

Sebenarnya bukan apa .. hati ni gundah gulana. Ye lah.....bila hati dah rasa lain jawapannya memang payah nak dibaiki. Ni masalah jiwa ni, kalau jumpa Dr. Fadilah Kamsah sure2 aku kena ceramah panjang ni.

Bukan kerana putus cinta ke apa ye.... yang kes2 macam tu letak jauh2 je la. Ni kes bila hati dah pikir malas nak kerja. Aku percaya ramai antara kita terasa seronoknya la duduk2 rumah tak payah kerja. Suka hati nak bangun pukul berapa nak buat apa. Ikut suka hati aku lah !!!

Oh tidak!!..walaupun hati memang la suka, indah sungguh!! Tapi percaya la paling lama korang suka tu 2 minggu je!! Pastu sure2 macam orang gila la nak mencari kerja. Kerja apa2 pun boleh la, tak kisah dah. Pastu mula la korang konon2 rajin basuh kereta..almaklum CARI KERJA…!! Dah tak da kerja sangat la tuhhhh...

Eleh macam aku tahu je rasa menganggur tu…tentu la tahu…dulukan ahkak ni tanam anggur sebulan lebih zaman2 poyo nak prepare wat business kecil2 cupcake tu.

Meh citer sikit pengalaman ni…ala2 selinggan iklan geetuu…
Masa tu budget 2 minggu jer la kan tanam anggur sambil settlekan apa2 keperluan business sekali lepas settle semua, tunggu punya tunggu….lama pulak rezeki tu datang. Akhirnya muncul rezeki tu selepas sebulan setengah tanam anggur, diterima juga kerja yang jauh berbatu2 ulang alik sehari dekat 100km.. bak kata kawan aku “tua kat jalan jer la ko liza!!”. Sebelum tu bukan takda offer langsung, ada tapi sebab jauh dari rumah, pikir banyak kali la jadinya. Ala bukan tak ada orang kerja ulangalik jauh2, ada je. Tapi untuk diri aku ni yang memang malas nak hadap jalan raya lelama dalam erti kata lain tak sanggup bangun awal sangat la weh…kalau boleh rumah kat tingkat atas, opis kat bawah tu..itu memang khayalan aku semata2 je la kan…hahaha.
Setelah ulang alik 3bulan dan terpikir tentang business parttime kami berdua tu mula nak burn je la dan tinggal jauh2. Tapi nak menangis juga la pikir usaha bergolok bergadai la orang kata nak dapatkan equipment dan mulakan business tu , tak kan rebah mengalah macam tu je. Bertahan dan bertahan, akhirnya cik yan dapat offer kerja tempat sama sebab kebetulan bos nak cari lagi seorang tuk bantu dia. Maka kami seopis la, senang la hati kami...pencarian rumah yang sederhana harga & tentunya ‘dekat!!’ dengan opis diutamakan. Selepas sebulan semuanya selesai, kami berpindah ke subang jaya dari wangsamaju. Business parttime kami masih berjalan seperti biasa sampai sekarang...Alhamdulillah....

Ok sekian cerita pasal tanam anggur dan nak dapat kerja..rezeki masing2 la tu. Ada cepat ada lambat.

Tapi aku serik tak nak ulangi lagi…sumpah !!! bosan gila plus seksa fulus menipis. Kalau orang yang berkepok2 duit yang tak reti nak surut tu tak pa la kot…macam2 benda boleh buat. Walau setinggi mana pun duit tu kalau dah hari2 kikis habis juga kan? Lagi2 aku yang tahap tak berkepok2 ni, memang kene bergerak pantas la terima kerja baru. disanping duit tu yang lebih utama adalah rasa kebosanan terlampau, mungkin aku ni jenis pura2 rajin kerja la kot. Tak reti duduk diam, ada je gatal tangan nak buat itu ini. Tu jadi bosan tu kalau diam2 je. suka nak sibuk2, termasuk la sibuk hal orang. Hahaha..



Berbalik pada masalah utama yang mendilemakan aku sekarang ni............apa nak buat?


Nak buka mata pagi2 pergi kerja malas. Mula dialog rutin ni terpancul dalam hati “jup la tambah lagi 5minit tidur boleh tak??awal lagi ni” Melengah2 kan masa. Tup2 dah terlajak 10minit.....dalam tengah mandi ke kat bilik termenung ke sempat lagi pikir...pikiran rutin waktu pagi gak la tu.....“ macam mana la orang2 atas2 aku tu ( berumur2 tu 40an-50an tu) boleh tahan hari2 pergi kerja??? Aku yang baru beberapa tahun kerja ni pun dah bosan”. Mula la sambil tu mengira berapa tahun lagi nak cecah 50tahun tu….hmmmm…….rasanya kalau seminggu tu tak pikir benda2 ni tak sah…(korang macam tu jugak ker? Ke aku je sorang mental disorder macam tu??)

Sebenarnya nak kata kerja tu terlalu membebankan takda la sangat. Suam2 kuku, ikut masa dateline kalau nak cepat memang usung la kerja tu hulu hilir ke rumah ke opis buat. Kalau biasa2 je sempat juga la kat opis tu curi2 tengok facebook or update blog. tapi ada je rasa tak kena dan rasa kosong je gitu...kenapa ye? mood nak kerj tu macam tak semangat je.

Mungkin betul la kot hati ni yang dah berubah tu yang rasa macam semua benda asyik tak kena je. Ada terpikir bila la nak kerja sendiri. Boleh buat apa kita suka. Aku tahu kerja sendiri bukan mudah, tapi cabaran itu la kot yang aku suka. Ye la semua benda ada kebaikan dan keburukannya. Kalau makan gaji, kerja je la cukup bulan gaji masuk. Bak kata business2 man "kurang risiko kurang la ‘masuknya’".
Tapi aku pulak rasa kalau kerja sendiri ni bukan yang ‘masuk yang masyuuuukk’ tu yang utama. Tapi kepuasan dapat hadapi cabaran2 tu yang memberi kepuasan. Pernah la rasa kepuasan tu walaupun business parttime kami kecil2lan je. Untung pun tak seberapa tapi hati puas tu lain rasanya….siapa yang ada business sendiri mungkin lebih faham apa yang dimaksudkan…kalau masyyyyuk lagi la tak terbayang puasnya.

oh ya..geng aku yang dah tidur ni pernah cerita. Ada 1 client dia masa kerja di consultant dulu kata pada dia..
" kalau ko bangun pagi berkobar2 nak pergi kerja atau buat sesuatu tu, bermakna ko dah jumpa la tempat yang betul dan ko dah pilih jalan yang betul. Selagi ko tak rasa macam tu, bermakna belum tepat la tu...."


korang ada rasa berkobar2 macam tu ke sekarang? tahniah!!!


kalau belum...sama2 la kita mencari jalan tu...
Apa nak buat.? ADA CADANGAN?
Setakat ni aku mampu bersabar dan berusaha tuk kearah itu serta bersyukur la apa yang dimiliki sekarang ni. Target ada lagi 3tahun untuk itu semua…sempat kah? Harap2 berjaya la …amin…doa2kan yer...:-)

nota kaki badak:

harap2 bonus ok, jadi dapat la bercuti2 lagi ( sila kerja rajin2!!) nanti boleh share sama kalian2.
ok lah nak g cari info pasal trip medan - lake toba untuk next year...aku rasa 4malam tu tak cukup je...perlu ke extend ?

02 November, 2011

KERANA KASUT AKU DIPENJARA...?

Hello2 milo…............

apa kena mengena kasut wedges ni dengan dipenjara?


sumber:google


teruskan membaca......yer......

Pagi ni semangat nak update blog disebabkan rancangan2 menarik yang kami bersama tonton dalam minggu ni.
Bukan drama bukan filem tapi isu yang kami rasakan sangat2 pentingnya bila kita selalu melancong ke luar2 negara.
Aku sama cik yan menonton national geographic channel ada siri baru ‘locked up abroad’

Yang memaparkan cerita2 tentang mereka2 yang ditahan di luar negara. Walaupun rancangan ni banyak mengutarakan kisah2 tentang orang putih bukan Malaysia, tapi kita tetap boleh ambil iktibar dan pengajaran tentang apa yang perlu kita buat dan berhati2 masa nak keluar dari negara kita sendiri.

Kisah pertama yang kami tengok tentang seorang lelaki ni mencetak wang palsu dan membeli barangan terkawal di negara jiran. Pertama berjaya lepas masuk ke 3 gagal tapi gagal bukan masa beli barang terkawal tapi beli rokok di kedai runcit je. Kena tangkap dan penjara di luar negara. Ok… kisah ni aku tak nak cerita sangat sebab memang salah dia.

Yang aku nak cerita pasal kisah kedua yang kami tengok. “Locked up abroad – heroin sting”

Perempuan ini pergi ke sebuah negara yang glamour dengan percutian pulau yang cantik dan mewah tu. Dia dihantar oleh kekasihnya (bf). Sebelum itu perempuan ini diberi sepasang kasut baru. Kasut wedges jenis yang besar tapak tu (rujuk gambar kasut kat atas tu)

Semasa di imigresen negaranya lepas. Tetapi bila sampai di lokasi tempat dia turun dia ditahan. Sebelum tu memang dia dah rasa kurang selesa dengan kasut tu sebab bf dia dah kata nanti sampai sana ada orang akan telepon dia dan tunggu dia tuk dapatkan kasut tu. siap bagi simcard lagi. Dan perempuan ni sudah tahu yang kemungkinan dia bawa sesuatu yang terlarang.

Sampai di imigresen tempat dia turun dia ternampak ada orang perhatikan dia. Kita kalau dah rasa cuak muka pun berubah kan? jadi dia pergi ke toilet nak tenangkan diri dan berniat nak periksa apa dalam kasut tu. Tapi sebab takut dengan bf dia sebab bf dia tahu segala maklumat dan tempat tinggal dia, maka biarkan je. Akhirnya dia di tahan atas kesalahan membawa masuk 1KG heroin!!!.. ( mak ai .....1 kg heroin dibubuh dalam kasut!!)

Kemudian polis bagi pilihan bantu tangkap orang yang akan terima kasut tu atau terus dihukum penjara dan dia pilih untuk membantu polis. Dipendekkan cerita, misi gagal sebab orang tu perasan kehadiran polis masa tu dan dapat melarikan diri dan buang kasut tu sekali (bahan bukti).

Ada sebahagian tu aku rasa kurang logik. Ada ke patut buat misi polis tunggu dalam lobi hotel tu je . Dah la tempat perempuan ni jumpa orang yag nak ambik kasut tu punya la jauh dari hotel tu. Mungkin dalam 20meter kot paling dekat. Sah2 la kalau lelaki perasan senang2 je dia larikan diri sebab dia datang dengan kereta. Pendapat kami sepatutnya polis tu tunggu la dalam kereta (menyamar gitu), sebab polis tu memang menyamar bawa teksi bukan kereta polis. Misi gagal dan perempuan tu ditahan di lokap. Tidak berapa lama pastu dia perlu buat kawat cam sebab polis ada suspek. Malam sebelum kawat cam ada orang datang ugut kalau cam sekali pun jangan cam. Perempuan ni pun buntu nak buat macammana (kalau aku pun sama .. nak pilih mati ke penjara 45tahun?..kalau korang pilih mana?)
(pelik gak macam mana orang tu boleh masuk kat situ ugut2 gitu…entah la)

1lagi, kalau kita selalu tengok buat kawat cam kan kita dibalik cermin yang orang yang nak dicam tak nampak kita. Kes ni perempuan ni kena masuk dalam kawasan terbuka ( macam tengok kat tv tu kawasan kat penjara masa diaorg beriadah lepak2 tu..ramai2 kumpul kat situ waktu free) tak ke seram!!!…orang semua tengok konak cam orang dan akhirnya dia tak cam siapa2.

Tiba di koridor dia ada nampak 2 lelaki, polis tu tanya lagi orang itu ke yang dia nampak malam tu? perempuan ni tak cam juga. Dia dibawa turun ke pejabat dan 2lelaki tadi pun masuk sama. Rupanya dia la suspek dan peguamnya. Lelaki tu kenyit mata dan senyum. Baru dia terperasan dia la lelaki malam tu sebab ada gigi emas. Maka lelaki tu terlepaslah hukuman 45tahun tu tapi perempuan ni yang kena penjara.

(kami yang tengok ni terpikir gak samada memang perempuan tu tak cam atau dia dah pilih tuk kene penjara 45tahun dari mati kalau dia cam…takda jawapan)

Akhirnya…..di penjara 45 tahun. Dalam penjara dapat tahu ada lebih kurang 5orang yang sama nasib macam dia dan ditipu oleh orang yang sama. BF dia tu).naya2 jerk hidup….

Kesimpulannya yang sempat kami buat:
Kesilapan dia : percayakan bf dia dan tak periksa kasut tu walaupun dah syak sesuatu
Kesilapan polis: jalankan penyamaran tanpa perancangan yang rapi & kawat cam yang menyeramkan siap kene ugut lagi
Hukuman penjara : 45tahun dikurangkan menjadi 7tahun.

***********************************************************************************

Dan pagi ni kami sempat menonton MHI di TV3 menjemput seorang peguam membincangkan isu ditahan di luar negara. Aku tak sempat nak tengok dari awal sibuk layan kucing aku tu, dan tak pasti sama ada memang ada kesinambungan siri2 terbaru NGC ni atau ada kes2 rakyat Malaysia ditahan di luar negara ketika ni. Tu la padahnya jarang tengok berita. He3.

Melalui perbincangan mereka tadi, yang dapat kami simpulkan adalah :-
1. Negara kita tidak akan dapat membantu sekiranya anda ditahan diluar negara bagi menghormati hukuman2 dan undang2 negara tersebut kecuali negara tersebut memang ada memberi peluang untuk kes ini dibicarakan dengan bantuan peguam dari negara kita sendiri. Anda perlu mendapatkan peguam untuk kes anda dari Malaysia dan juga di luar negara. Bermakna perlu membayar peguam di kedua buah negara tu. Dan selalunya memang tak berjaya.
2. Alasan2 seperti ini bukan barang saya, ini bukan beg saya atau ada orang yang minta bawakan beg ini untuk di beri pada seseorang. Semua ini tidak akan diterima pakai. Selagi beg tersebut di isytiharkan anda sebagai pembawa, bahan bukti ada bersama anda. MAKA ANDALAH YANG BERSALAH!!
3. BELUM ADA KES MENGUNAKAN ALASAN DIANIAYA MEMBAWA BAHAN2 LARANGAN AKAN TERLEPAS. (bak kata peguam tu, alasan ini terlalu biasa didengar sampai kami memang akan buat tak endah dengan alasan itu)
4. Anda sewajibnya menjaga “MEMERHATI” bagasi2 anda semasa berada dimana saja sepanjang perjalanan anda untuk keluar dan kedalam negara.
5. Perlulah anda menjadi orang yang pentingkan diri sendiri apabila anda checkin bagasi anda, sekiranya ada lebih lagi berat dari yang anda beli dan orang di belakang anda atau sebelah anda minta tolong untuk letak bagasi dia. Jangan sesekali terima. (contoh : anda beli 20kg beg anda hanya 10kg sahaja) lebihan 10kg tu biarlah kosong dari anda membantu tapi kesudahannya anda yang tertangkap kerana setiap beg itu akan didaftarkan atas nama anda bukan yang meminta tolong.
6. Bilangan “keldai dadah” adalah lebih ramai wanita berbanding lelaki. Samada yang memerangkap itu adalah adik beradik, suami, saudara dan sebagainya. Seperti kes kedua diatas dalam NGC tu adalah kekasihnya.
Kekasih??? Ye itu adalah yang paling banyak dalam istilah lain DITIPU KEKASIH.
7. Ada sebilangannya pula sudah tahu yang mereka membawa barang tersebut tetapi dek desakan imbuhan yang lumayan mereka terima. JANGAN TAMAK!!
TIDAK ADA SEBARANG KERJA MUDAH DIDUNIA NI UNTUK DAPAT BAYARAN YANG LUMAYAN.
8. Dapatkan beg yang lebih berkualiti dan kunci bagasi anda. Kerana beg yang kurang berkualiti boleh dicungkil dan dimasukkan barang2 terlarang tu dengan mudah.

sama2 la kita cari lagi maklumat dan kongsi2 tentang isu2 sebegini sebagai langkah berjaga2.
p/s: mana nak cari beg berkualiti tu....hmmmmmmmmm.....duit lagi :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...