meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

08 July, 2011

RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY

Selamat tengahari yer semua…tatkala ni perut terasa tersangat la lapar sebab pagi tadi sampai opis lewat jadi tak sempat nak bersarapan.
Jadi sekarang sedang sambil2 makan jemput sambil nak update blog yang telah didraf dari malam tadi.
Nak share dgn kamu2 semua resepi cengkodok …

( betul ke bahasa cengkodok?..betul kot, sebab rasanya segala benda2 macam ni panggil cengkodok). Kami panggil jemput2.
Kali ni nak bagi nama sikit kat jemput2 ni.


‘JEMPUT2 SPECIAL KAMEY’
kenapa kamey? sbb ‘kami’ bekerjasama buat makanan ni. Jadi konon2 abadikan nama resepi ni sempena kami. Cewahhh..

Bahan2nyer:
Bawang besar warna kuning
Ikan bilis
Kentang disagat ( potong dadu pun boleh tapi sagat ni macam lagi feeling gitu masa makan ..ranggup)
Daun sup
Daun bawang
Tauge
Telur 2biji
Tepung gandum
Bahan perasa ( garam & aji atau kami guna serbuk 'maggi cukup rasa'..memang sedang2 elok getuuu rasanyer..hahaha)
Air
Minyak

Cara2 nyer:
1. Kisarkan (telur , air, bahan perasa dan sedikit ikan bilis) macam telur dipukul tapi kisar lagi senang kan. (JANGAN LUPA KISAR YER.INILAH KUNCI KERANGUPAN JEMPUT2 INI)
..cewahhhh…

2. Tuangkan bahan2 yang dikisar dalam mangkuk besar dan tambahkan bawang, kentang sagat, ikan bilis, daun sup, daun bawang, tauge tak lupa juga tepung. Adun sebati. Kalau rasa terlalu banyak bahan tambahkan tepung dan air serta bahan perasa
3. Gorengkan dalam minyak yang panas dan banyak

4. Sedia untuk dimakan - sambil layan muvee KL gangster @ astro1st


Sejemput tips tuk kalian:
Untuk buatkan jemput2 ni lebih ranggup & lazat. Simpan adunan semalaman. Buat adunan malam goreng waktu sarapan.

Selamat mencuba yer. Jemput makan jemput2 yer...:-)

05 July, 2011

ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG ~ DAY 1

Salam julai 2011. Sedar tak sedar sekejap jer rasanyer kite dah pun meninggalkan suku kedua tahun 2011 ni kan? Azam dah ada yang terlaksana ker? Buat kami setakat ni ada beberapa azam telah menjadi kenyataan, selebihnya masih perlu perbaiki prestasi diri tuk mencapai apa yang masing2 antara kami inginkan.


Qoute hari ini ' life is short , make it simple' yer rakan2.

Dalam hidup ni banyak ranjau likunya, ada yang mudah kita lalui ada yang terlalu payah kita nak tempuhi. Sedangkan orang lain punyalah mudah melepasi bara api, kita sibuk cari kasut kalis api, silap2 terpakai kasut tumit tinggi , makin rumit jadinya.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, sayangilah apa yang kita miliki. Apa yang mudah kita makin permudahkan, mana yang susah tu kita sama2 la cuba permudahkan.
Cewah..muhasabah diri jam 3pagi.

Ok lah setelah terbiar lama tak update blog ni..sementara masih bake kek tuk majlis tunang seorang kenalan. Maka rajenkan diri update blog yang bahan dan gambar lama dah terbiar dalam draf tapi tak terpublish2 sebab tak sempat nak final edit ayat2 nak membebel.

Jadi kali ni nak update cerita hampir 2bulan yang lepas kami join aktiviti sport club anjuran opis kami.1stly diumumkan mana sport kelab kami ialah “kijat birieh” apa tuh?….ha kene cari org bidayuh jadi translator..
30 april hingga 1 mei (cuti hari pekerja) ..tapi kami dikerjakan…team building di

DUSUN ECO RESORT, BENTONG, PAHANG.


Ok terus la cerita yer..jadual kami bertolak jam 7pagi..tapi terlewat sebab ada yang terlewat tiba tempat berkumpul


Ok ketibaan peserta2 dengan baju kelab

(tentu la snap picture kteorang jerk..ramai lagi geng2 tepitu..sory yer tak termasuk plak dlm pic ni)

Kami bertolak seramai 26 orang 7 kereta kira2 jam 815pagi dan akibat masing2 lapar singgah la ni genting sempah. Almaklum hari cuti ramai sungguh orang nak makan kat food court penuh. Jadi bergegas ke MCD. Tunggu order lama sebab order untuk segroup dan memang ramai juga orang kat situ.




Selesai makan kami sambung perjalanan. Dah tak jauh dah.dalam 25minit jerk tiba dah.
Ketibaan ahli2 sukan negara…. HE3

Apa nak jadi pun jadi la kami nak jugak posing2




peace yooo ( pengaruh maharaja lawak)


map kawasan sekeliling kem..opss resort


Pastu ada briefing tentang tatasusila kat resort ni. Termasuk ambil cadar dan sarung bantal sendiri, pasang sendiri nanti nak balik bukak dan letak tempat ambil juga wat sendiri.


Masuk bilik. Set2 katil ..rehat2…makan time..
yang syiok air dari bukit ke gunung belakang tu, sumpah sejuk giler, mandi time tengahari sangat la heaven. Mandi pagi....hazabbbbb!!

Dewan makan? Haa…ini baru la nama kem!!


Sekarang waktu makan tengahari, makan berhidang yer. Ini mengajar kita sama2 berbagi apa yang kita ada. Konsep ala2 asrama, tak cukup lauk jangan malu2 tuk ke dapur mintak dengan tukang masak. Meja telah ditetapkan untuk kami, ikut kumpulan pengungjung2. Pinggan pun kena basuh sendiri, lap dan letak tempat asal di meja kita. Sebab tuk sesi makan seterusnya kita akan gunakan pinggan yang kita guna tadi. So kemmmm...:-)

Lepas makan, rehat, solat zuhur berkumpul untuk aktiviti seterusnya.

(patutnya dijadualkan petang ni rafting, tapi kene tukar dengan aktiviti rentas halangan sebab clash dengan ramai pengunjung2 resort ni)
Taklimat diberikan dan mulakan aktiviti dalam jam 2.30petang…

macam2 ragam dan halangan, penat tapi happy wooo

Ada jugak yang memang hobi suka menyakat orang


Habis aktiviti dalam sejam kemudian..masa untuk berendam plak…mandi2 dan main bola tampar air…takda tiang gol? Tanda jerk port gol tu sendiri…seronok woooo…




Tengah syok2 main bola nampak ada sekumpulan pengunjung buat flying fox...terjerit2...best woooo.
Bos next time nak wat aktiviti ni plak kan


Selepas penat main bola&air. Kami berehat2, mandi, solat asar dan minum petang.


yang depan baju hitam ni mmg suka posing kat mana2 pun


Lepas minum petang, kami mulakan aktiviti membuat banner kat luar. Berharap lagi meriah dapat menikmati udara segar.


Akhirnya buat dalam dewan sebab hujan gerimis tetiba turun



Aktiviti banner berakhir. Siap sudah, kami bergembira dan bekerjasama buat banner...teamwork!!!

ada juga makhluk lain yang nak bekerjsama


"ulat gonggok hutan"...besar woooooooo

Lepas je marghib,semua kumpul2 malam ni ada BBQ dinner. Kita snap gambar dulu k.


Dengan petai pun nak bergambar :-)


Menu2 ada macam2 nasi, mee ,ikan, sosej, nugget, bebola dan macam2 lagi, termasuk petai yang bergambar tadi..hahaha



Makan time dah berlalu, masa untuk karok & berhibur


Ada gak yang main pingpong

Haaa..hambik ko kepenatan2 pun layan gak sampai jam berapa ntah mereka karok dan lawan pingpong. Kul 11 kteorang dah surrender, balik bilik rehat2 kemas2 tido…

jumpa lagi esok yer ~DAY2

04 July, 2011

MENU PATAH HATI - D'Arab Cafe, Seksyen 7, Shah Alam

Menu patah hati... pengubat hati luka...boleh makan banyak2.


Orang kata kalau sedih tak selera makan, tapi ada juga yang selera membuak2. Kami la tu kot?? hmmm tak mengaku konon...kenapa ini terjadi pada kami? kenapa???

Hhmm ianya adalah kerana company trip dan rerakan trip jatuh minggu yang sama. Jadi terpaksa la korbankan salah 1. Kenapa la nasib kami begini...sob3. Sudah lama menanam niat bercuti bersama rakan sekerja di tempat jauh sikit. Tak kesampaian... Sedihhhhh tau

Demi mengubat hati luka. Kami nak sajikan jamuan hati dan mata tahap meruntun jiwa. Kami membawa diri melayan nasi arab di Shah Alam. Dekat sikit, selalu ke Cyberjaya layan Saba'.


Tempat dimaksudkan adalah :
D'Arab Cafe
Lot 3, Kompleks Anjung 7
Jalan Zikron B 7/B
Section 7
Shah Alam

ada gak tempahan delivery & katering..cuba call :-)
Tel: 017-6821700/019-3375959


Setelah mencari2 kedai ni ,akhirnya jumpa. Agak susah juga bukan apa, jalan nyer di sebelah dalam, bukan main road bagi kami yang tak familiar area sini agak terpusing2. ni map yer...khas buat kalian..sure pasni mudah la kalian ke sana.



(klik untuk tumbesaran)

Kedai ni berada di area food court Anjung 7. Ada 1 bangunan kat anak panah merah tu, sila park di situ dan masuk ke dalam food court ala-ala lengang ni.






Setelah habis mentelaah tempat makanan, suasana. Makan time, masa untuk order makanan. Kami order air teh arab ( teh,mint,pelaga,cengkih) rm1.50/gelas panas dan RM2/gelas sejuk.


Kabsah Chicken (RM10)


RC chicken (RM10)


Bagi kami yang pernah mencuba nasi arab di Saba' ternyata di sini lebih memberi nilai tuk duit anda. Boleh tahan harga pun murah, mungkin kerana suasana kedai yang sederhana. Jadi harga makanan pun kenalah sederhana. Baru la kami dan kalian2 yang lain datang lagi dan lagi dan lagi. Hidangannya ada sedikit ala melayu rasanya kami la, sebab ada tomato, timun n sebagainya tu.


Apa pun berbaloi..total baru RM23.50 tuk 2 orang. Ada gak set famili dan student. Lebih berbaloi2.


Last sekali snap pic bukti kami dah terjah tempat ni.



Masa snap pic ni sempat cik yan wat lawak ayat dia " login FB hari2 dapat rm100"


selamat mencuba


...........................................


cop3


p/s: boleh tak kamu2 tolong berdoa2 bersama kami supaya trip company tunda minggu akhir oktober...he3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...