meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

27 February, 2012

Medan Trip - Preparation (fuyooooh!!)

Wah gitu tajuk, gaya macam jauh bebenonyer la aku nak pergi. Padahal seberang negara je. Kalau mereka2 tu kadang ada yang naik tongkang pun boleh tiba sini. Ok2 serius2!!

Saja layan mata aku yang tak leh nak lelap ni maka nak citer2 sikit planning kiteorang untuk trip bersama keluarga tahun ni. Tahun lepas kami ke Langkawi , kali ni kami ke Medan. Tiket booking masa promosi Air Asia la ..apa lagi kan! Masa tu rasanya RM33/person/ trip. Tambah campur tolak bahagi dalam RM105 seorang kot , lupa dah.

source: lebai google

source: lebai google
source: lebai google
Bawa2 kan diri membaca tentang Medan ye rakan2 ( tang lagenda & sejarah kemunculannya)

Demi meyakinkan diri aku yang was2 ni..(kenapa was2 ni?)..

Pagi ni persiapan pertama kteorang buat adalah ke Imigresen Shah Alam tuk puaskan hati aku ni nak semak betul ke passport aku yang hilang dapat kembali tu masih sah. Ni semua sebab kes kehilangan passport masa trip ke Gold Coast haritu. Sepatutnya Emergency Certificate (EC) tu pulang awal lepas tiba je kat LLCT. Tapi pegawai tu bagi aku semula suruh pulang kemudian dan akibat kekangan masa dan aku fikir2 mesti lama berurusan dengan Imigresen ni. Almaklum orang Malaysia ni kaya2, penuh memanjang pejabat Imigresen tu. Tak habis2 orang buat passport. kah3. (yela yang macam kes aku ni jarang bebenar kot kan!!)

Jam 8 aku dah tiba, sah2 orang dah ramai beratur. Aku dah sampai kt lift luar tu haaaaaa bertuah sungguh!!!
Beratur la tunggu giliran kat kaunter pertanyaan. Lama gak dalam 20minit. Sampai kaunter tu, aku mula buka cerita dan pegawai tu kata terus ke kaunter 4. Aku bergegas laju gile tak pandang kiri kanan dah!! lepas bercerita beriya2 maka terus pegawai tu minta i/c dan dia check2 apa ntah. 

Sebenarnya aku dah dapat info dari email yang aku query ke Imigresen. Sekarang servis mereka sangat pantas!!.. peningkatan yang bagus!! aku teruja!! ye la tak lama je aku hantar soalan dah dapat balasan. Call dan bagi info semua dikatakan passport aku masih sah sebab tak da report sebarang kehilangan kat sini. Memang aku tak da report pun kat sini. Hanya kat Gold Coast je report sebab prosedur nak dapat kan EC nak balik Malaysia. Tapi buat pengetahuan korang semua. Passport aku dijumpai semula kat sana dan kedutaan disana call, deal2,  maka mereka telah postkan semula dokumen tu ke Malaysia. 

Nak cerita pasal passport hilang ni nanti kalau aku berkesempatan aku cerita detail2 k. Buat masa ni nak update preperation nak ke Medan ni dulu. 

Oh ye.. lepas tu berbalik pada cerita tadi, aku dah melalut ke laut. Pegawai tu kata masih ok boleh guna. EC tu aku nak pulang dia kata tak payah buat pekasam dan kenangan (EC ni boleh guna 1kali je ye). 

Ha ni aku tepek email aku tuk  info tel. no mereka. Kalau kat website ada 1 je, tapi masa aku call tu tak dapat2 apa lagi aku naik hantu dan email la. Cepat plak mereka balas, surut sikit mood aku nak jadi hantu..ha3. 

soklan aku bahasa protokol sungguh!! paling tak leh blah ayat......
"atas sebab tertentu EC tersebut masih di tangan saya."..LOL

oh ya kalau kat Malaysia report polis dapat copy kan, kat GC tak da dapat copy, ada online dalam sistem mereka je. Mereka hanya bagi no. report tuk rujukan semua pihak. No report pun aku dah tak simpan. Hahaha
HAA!!! aku call yang 1501 tu...department yang tepat
Ha tengok tu dari 3/2 baru harini aku nak pergi  ke Imigresen. Masa aku call 1501 tu pegawai tu kata tak pe tak perlu pulang EC tu, kalau nak pulang kene kat Putrajaya. Harusla aku pilih tak payah pulangkan!!. Tapi lagi nak sedapkan hati aku sanggup hadap Imigresen Shah Alam pagi2 buta. Apa kes!!..

Akhirnya semua settle, harap2 lepasla aku nak naik flight nanti. Dan kes hilang passport luput dalam agenda aku kemana sahaja aku pergi.

Selesai berjalan2 semua settle je dokumen perjalanan aku ok, aku dah rasa puas hati. Sempat shoping barang keperluan nak ke Medan sikit2. Balik je, kemas rumah dari petang sampai ke malam. Baju pun dan siap2 packing, ada la beberapa lagi belum, tapi major2 semua dah settle. Aku dah siap2 buat list berapa helai nak bawak semua sebab selalu aku dan Cik Yan ni suka bawa barang banyak2 konon2 fikir nanti nak pakai dah ada. Sudahnya berat je lebih, silap2 kene tambah KG kargo. Naya!

Citer sikit pasal trip ni, asalnya 12 dewasa 3 kanak2, setelah bermacam2 hal berlaku kemungkinan yang jadi pergi hanya 7 orang sahaja.
Semua kami dah book siap2 tinggal airport transfer kat Medan je belum. 

Planning kami :-
2/3 - Kami akan tiba di Medan malam (bermalam di Medan)
(kami dah book di Swiss BelIin a.k.a My Dream Hotel @rate tak silap rm99/night, lama dah survey2 hotel ni macam best dan selesa je. Harap2 begitu la)
3/3 - Medan - Berastagi - Parapat - TukTuk(samosir island) (bermalam di Horas Indah)
(transport ke Danau Toba aku dah book dengan owner Horas Indah sendiri, dia dealkan semua dari ambil kat Medan-Tuk2 -trip Samosir Island - balik ke Medan semula , kami naik KIA PREGIO (10seater) untuk Rp. 2.9MIL, yela masa tu plan tuk semua ahli rombongan. Nak ubah2 saat akhir ni payah la)
(Horas Indah tu dapat Rp1.25MIL/night, aku dah review kat tripadvisor semua yang pernah pergi kata ok. harap2 betullah kan)
4/3 - Samosir Island Trip (masih bermalam di Horas Indah)
5/3 - Bertolak ke Medan (bermalam di Medan,di Swiss BelIin juga)
6/3 - Balik Malaysia

Harap semuanya berjalan lancar.
Xcited nak tengok tasik ni time sunrise & sunset...:-)
nanti deal trip aku update kemudian, nak update sekarang tipu sangat la kan.
Sebab belum pergi lagi. Ha3

25 February, 2012

TRIP PENANG - KEDAH 2012 - part 4(last episode)

Trip yang pertama untuk 2012
PENANG - KEDAH
21jan-24jan 2012

Selasa 24 jan 2012

Harini hari terakhir kami di Penang dan semalam kami ke Bukit Bendera. Jam 11 kami bersiap2 untuk check out. Dan seperti di rancang kami nak ulang ke salah satu tempat syurga makanan kat Penang ni yang kami jumpa masa ke Penang tahun lepas iaitu............

93, Lebuh Chulia, Georgetown, Penang.
Source: google
kapitan briyani claypot...memang terbaek RM7 ke RM8 kot...lupa dah harga sebenar
siap buat aksi lagi tu
licin.....
Selesai bersantap kami ke Chowrasta. 


Ha naik tangga tu...dan sila singgah ke kedai buku kat atas tu.



Sumpah banyak giler timbunan buku. Dari novel, majalah, buku pelajaran macam2 ada....tak percaya? ha tengok ni...!!




Antaranya...sapa traveler mesti suka buku2 ni...
ini pun ada jugak!!
Turun dari kedai buku , kami lalu pasar2 basah dah terus ke kedai2 jeruk. Kalau ke Penang tak beli jeruk tak sah kan. Sini banyak kedai, jadi pandai2 la survey dan tawar2 (tips : kedai kat dalam2 lebih murah berbanding diluar2 tu)
macam2 ada...sila jamu mata dan tekak
Selesai beli jeruk kami ke sekitar situ je. Ada deretan kedai2, mula la menyoping kain batik, kain pelekat wat ole2. Kat sini Sejadah dia cantek2. Sampai yang tak nak beli apa2 pun akhirnya terbeli..hahaha..
Proses memilih dan tawar menawar
Selesai bersoping sakan, kami dibawa ke tepi pantai tuk berphotsutt! kali terakhir. Bertuah la kami ada potografer tak berbayar ni yang sudi melayan kerenah kami berposing2.




 



Pelbagai aksi...mungkin haritu Penang berlaku gegaran sikit kot.hahaha
Last sekali best shot la konon!!


Jam 4 lebih kurang kami ke Parit Buntar, lepas mamak dan bertolak kira2 jam 8malam. Kami tiba di Subang  kira2 1pagi, tak jem bagusnya. Extra 1 jam tu sebab melepak kat RnR bergosip2.

Tuk trip kali ni memang antara yang terbaik, Penang ada makanan BEST!!! tapi kami terlepas nak repeat Nasi kandar Line clear & mee udang Sg. 2. Takpe, ada rezeki ke sana lagi.

Dengan ini berakhir la episod trip ke Penang- Kedah kami selama 4 hari ni.

Minggu depan kami ke Medan-Lake Toba, InsyaAllah. Banyak lagi tak settle termasuklah nak sahkan passport aku yang di kirimkan dari Australia (hilang masa trip GC haritu) tu sah lagi ke tak? hahaha. 
Nanti balik dari sana, kami cuba update2 la cerita kami disana. Trip kali ni dirancangpergi beramai-ramai ada 12 dewasa 3 kanak2, Harap2 semua ok2 je dan tak hilang passport lagi.

Jumpa Lagi...:-)

20 February, 2012

MARKET PLACE, SUBANG PARADE FOOD COURT

Selalunya bila ke Subang Parade, time nak makan hanya terpandang kedai2 makan kat luar2 tu je kan? Tak terperasan kedai2 makan kat food court ni. Minggu lepas kami menjelajah ke dalam2 tu.

Food court ni kat LG, berdekatan Parkson. Nak masuk ke kawasan foodcourt ni cari MARKET PLACE.


Dalam ni ada beberapa kedai makan, macam2 juga la dan yang glamour2 ada JM BARIANI, SISTER's dan lain2. Kami macam biasa nak makan popia SISTER's. Masa nak order ternampak ada menu bubur. Cik Liza pun order la Bubur Seafood. Cik Yan plak pergi order nasi goreng thai kat Thai stall tu.

Kedai SISTER's
BUBUR SEAFOOD ..bubur yang licin dan sedap wooo.. RM10
mangkuk besar giler..
(suruh cik yan teka harga dia kata RM16 kot! ha kan nmpk tak bertapa besar portionnya) 
macam biasa crispy popia
air teh dia memang sedap rasa lain sikit wanggiiiii gitu
Lupa harga tapi popia +-RM6 kot
Nasi goreng thai..simple je nampak...
siap di bagi free dengan tomyam
RM8.90
selamat mencuba...

p/s: nak cuba tomyam plak next time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...