meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

20 September, 2012

BURGER BAKAR KAW KAW, LOKAS MAKANA PUCHONG

Hye...ingat lagi tak post masa kami kemaruk nak makan burger bakar kaw kaw, tapi dek keglamouran BBKK ni maka kami buat sendiri patty sebab tak sanggup nak tunggu beratur lama.

HAAAAAA...ahkirnya tercapai impian setelah sekian lama mengidam burger bakar. Minggu lepas kami sempat singgah ke Lokas Makana kat Puchong untuk merasa burger bakar. Ini sekali bawak adik Yan meronda port2 makan yang ada kat sini.

oh ye terus ke topik utama, tentunya lokasi burger bakar kaw kaw yang glamour ni terletak di 3 tempat sahaja (merujuk kepada website mereka) iaitu di :-

Seksyen 2, Wangsa Maju
Jalan 4A/27A, Seksyen 2 Wangsa Maju, 53100 Kuala Lumpur
Puchong
Lokas Makana Food Court, No 15A, Jln. PU 13/2, Tmn Puchong Utama, 47140 Puchong, Selangor
Arena Cafe, Seksyen 5, Wangsa Maju
No. 32, Jalan 1/27F, Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSC), 53300, Setapak, Kuala Lumpur

boleh follow facebook mereka di sini


info :

Operation hour 6:45PM - 2AM (bergantung kepada keberadaan patty2 di kedai mereka).
mereka tutup pada hari isnin (wangsamaju sahaja)
mereka juga tidak menerima sebarang tempahan melalui sms/ call ( jangan budget2 mereka nak ada servise delivery pulak ye yob!!). Anda memang kena datang order kat kiosk2 mereka sahaja.

ini map yang kat puchong kat LOKAS MAKANA ( unik nama tempat ni , agak2nya mesti nak letak lokasi makanan kan?..tp hilang 1 2 huruf baru unik )
klik untuk tumbesaran sihat :-)

gerai burger kaw kaw..depan sekali...senang nk cari


LOKAS MAKANA ....banyak gerai2 kat situ. Next time boleh cuba yang lain2 plak

MENU??? ni tak payah cakap la memang banyak la dan dah tentu la fokusnya burger kan? Sila usha2 kat sini

masa ni aku pergi bertiga, dengan lupa nak kuarkan duit dah atm pun dah mula tutup ( dah lepas midnight), maka apa yang ada dalam purse kite korek kasi habis!!

kami order burger beef biasa untuk adik yan, dan kami order single beef baconizer ( ada tambah bacon) 

dan single beef turkeynizer ( tambah kepingan turkey lah tu ).
Masa ni memang la tengah lapar,  tahan je tak payah makan malam lepas pergi wedding dan open house di rumah kawan. Memang terus nak hadap ni je niat dari tadi. Kami sampai dah tak ramai dah, terus boleh order ( teringat zaman hot! awal2 bugerni orang beratur sakan nak makan burger bakar kat Wangsamaju tu, sekarang masih macam tu ker??)

Tak lama pas order, dapat dah...terus ngap. sedap memang sedap...tapi macam kurang panas je...kecewa sikit. kalau panas2 mesti lagi mantap mantop meletop kan? hmmm.. rasa macam nak jadi cerewet mintak panaskan semula, tapi macam demanding sangat je.. baham je lah..

Ada orang tu siap tambah roti telur 1 sebab kata macam tak cukup, sah2 la kuat makan :-)

Ada masa nanti nak try plak menu2 / kedai2 lain kat lokas makana ni...macam menarik je! korang sapa tak pernah pergi lagi, cuba2 la cuci mata kat port makan baru ni.

19 September, 2012

wordless wednesday


funny???

16 September, 2012

PENANGAN UJIBAKAT 1MILLION MONEY DROP

Lama dah tak update blog, banyak benda nak cerita tapi sumpah aku tak da masa nak taip. Ok lah rajinkan diri taip something tuk bacaan korang dikala hari2 cuti ni.

Ni kisah kami ke ujibakat Money Drop kat the Garden Hotel, Midvalley. Kami naik transport awam je dari Komuter Subang Jaya. Nak save duit parking sebab sure mesti kene parking lama. Tapi tak sangka la selama ni..Nak tahu berapa lama..Nanti dipenghujung cerita cuba kira berapa lama kami tunggu. Jam 630pagi kami dah gerak dengan Komuter. Dalam 715 kami dah pun tiba kat Hotel setelah ronda2 jalan kaki cari kat mana hotel tu nyer lobi. Masa tu ingatkan kami terawal. Sekali tengok punya lah ramai orang yang dah tunggu. Ada kot 200 orang. Tapi semua masih berkumpul2 berlegar kat lobi. Dalam jam 730 kami diarahkan keluar dari pihak hotel untuk beratur kat luar. Berebut2 la beratur, akhirnya jauh ke belakang la kami.

Maka silalah beratur lama2 kat luar ye.. 

beratur panjang....

Rasanya 930pagi baru perasan ada kamera pihak 1MMD lalu, sakan la peserta2 ni melambai2 termasuk kami. JAKUN!!.. la la la..:-P



ni dah 10pagi...terang dah...boleh posing2 dengan selesa

Teruskan menunggu disamping dapat lihat lebih ramai orang yang datang nak ambik bahagian. Bayangkan kira2 jam 11 kami pun berjalan2 tengok keadaan kat barisan depan dan ke tandas. Nampak ada 1barisan lagi kat depan lagi dari pintu masuk. Ingatkan ada buka 2 kaunter rupanya...EKOR BARISAN KAMI...!! keliling hotel garden??? bayangkan ketabahan mereka. Kami pun dah hampir2 giveup. Lagikan mereka, dengan panasnya.
1230tengahari baru dapat no giliran....(mungkin mereka start dari 7000 kot)
lagi 100m ke pintu masuk

No. giliran ni diberi secara berkala, bukan la sekali diberi dapat semua dari 0-bla bla bla. Tak silap 50/trip je. Sebelum dapat no. giliran kami dah seram2 gak takut tak sempat register. Sebab register tutup jam 2petang. Gerak pun macam siput, Seksanya la nak dapat 1 Mil kan??? kite ingat semudah2 jawap soalan2 kat rancangan TV je masa siri2 lepas tu kan. Padahal saingan nak masuk rancangan ni bermula bila anda ambil keputusan nak beratur. Ini serius kalau tak tabah tu balik je lah!. 

Yang kat depan2 tu banyak yang nak potong Q, masing2 yang beratur lama mengamuk la. Korang yang lain pun biar la bersivik sikit, kot ye kemaruk nak dapat 1Mil tu kan.... Berpada2. Orang ada datang 5pagi lagi, Ko datang 10pagi nak potong Q. Mujur tak kena bunuh. Ha3.

Jam 115 tengahari, akhirnya kami pun dapat masuk ke lobi dan dibawa ke tingkat 29. 1 group ada 50 couple je. Kat atas ingatkan dah terus boleh jawab soalan, rupanya kenalah menunggu lagi untuk taklimat. Duduk je la tepi2 bilik seminar ni. 

Tak lama lepas tu kami dipanggil ikut no. giliran untuk taklimat. Ada kira2 25 couple tuk 1 room. Selesai taklimat kami di bawa masuk ke bilik exam pula. Duduk asing2 dengan partner, jawab la 20 soalan objektif superb susah. Aku yakin yang confirm betul dalam 7-10 je, lain2 hentam je. Dan yang bertambah menarik kedua2 partner kene pass 13 soalan, salah 1 gagal maka gagal lah. Selesai exam kami di bawa ke 1 lagi bilik untuk tahu result. Maka kat sini ada la postmortem soalan2 tadi. Kira2 15minit muncul la seorang coordinator bawa keputusan. Dimaklumkan hanya 1 je berjaya dari 25 couple tu. Mereka tak bagitahu siapa yang gagal. Hanya yang berjaya sahaja. Tu pun berjaya untuk kepeingkat kedua, yang mana diperingkat ni mereka akan diuji dengan format game sebenar & ada kamera. Agaknya nak tengok korang mesra camera ke tak kot, serta tengok keserasian korang.

Dengarnya tahun ni dinaik kan markah lulus ke 13 berbanding last year cuma 11, dan soalan disusahkan. Maka yang lepas stage 1 tu betul2 genius la gitu!.

Kami harap je serasi baju sama, tapi gagal. Belum cukup genius dan berpengetahuan luas.

Apapun aku puas hati sebab dapat pengalaman macam ne rupa orang beratur berejam2 nak ujibakat + lega sangat2 sebab ada 1 couple tu agak menyerlah berbanding yang lain, dengan dress-up nya dan overnya. Study dari beratur sampai la ke dewan taklimat. tu aku relex lagi. Lagi panas hati boleh plak datang kul 10pg. Tup2 tanya2 orang kat depan2 aku tu pasal2 borang la apa lah...terus je potong Q. Terubat duka bila tengok dia pun gagal...hahahaha...sapa suruh potong Q. Kot2 kalau tak potong, mungkin ada rezeki anda berjaya... cewah!!

Jam 230petang, kami turun dari Lift nak keluar, tengok kat loby ramai sangat orang mengamuk2 dengan pihak 1MMD sebab mereka dah beratur lama tapi tak dapat no. giliran. Mereka nak no harini untuk datang semula esok. Tapi dengarnya tak dapat, sebab tak adil untuk mereka yan gmemang plan nak datang keesokkan harinya. Bertekak2, aku yang kecewa dan lapar ni terus membawa diri ke GardenMall. Tak tahu la kesudahannya macam mana. Mungkin pihak 1MMD pun perlu ambil langkah2 lebih efektif dalam mengendalikan ujibakat besar macam ni, exam hanya 10minit je, tapi masa menunggu makan masa yang terlalu lama.

Kami ubati kekecewaan dengan makan di Tony Romas, sebab foodcourt ramai gila orang dan hati melonjak2 nak makan Kicking shrimp tu dari hariu lagi..mengidam orang tak mengandung ni lagi payah nak dilayan!. Selain tu, kami order half onion loaf, soup of the day dan Shrimp & salmon Piccata. Liza gilerkan ikan2 & seafood berbanding ayam2 / daging2. Yan memang sukakan daging2 &  ayam2.  Gitu gini jam 430 kami tiba di rumah, malam tu kami sambung beraya ke Bangi, gosip2 pulak. :-)

sumber: google

Tahun depan panjang umur, kot2 ada lagi insyaAllah boleh cuba lagi, kot2 berjaya boleh la kami buka kedai makan :-)

emmmm...ada rasa teringin nak makan burger bakar kawkaw la pulak. Kot2 nanti jup lagi leh pergi mencuba , boleh bawa adik Yan sementara dia datang rumah ni. Ni tengah lapar ni..

Dapat kira tak berapa jam kami menunggu???????


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...