meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

10 December, 2012

MEDAN-DANAUTOBA TRIP 2012 - day 3 (part 2)

Trip medan 2hb – 6hb mac 2012
TUKTUK(SAMOSIR ISLAND) - KAMPUNG TOMOK - KAMPUNG AMBRITA

Ahad 4hb Mac 2012

Selesai bersarapan pagi ni, kami mulakan perjalan untuk menjelajah kawasan pulau Samosir ni. Tempat pertama yang kami pergi adalah ke Kampung Tomok, Di Kampung ada sejarah tersendiri yang cukup menarik.

Permulaan pintu masuk kampung
jual ikan kering pun ada
keychain rumah batak (harga average Rp8k-12k untuk sepuluh biji) pandai2 la menawar ye
Pelbagai barangan ole2 yang menarik
Selesai memerhati sekitar kedai2 yang ada disepanjang jalan. Tiba masa nak masuk ke tempat permakaman. Pengunjung akan diminta memakai selimpang ini sebagi tanda menghormati adat mereka. (terasa macam miss universe gitu..ha3)


Kami disarankan oleh supir supaya mengambil pencerita ini. Bayaran tak silap hanya Rp 20k. Mereka akan bercerita kisah Kampung ini. Dan tentu yang paling menarik adalah kisah Raja mereka Raja yang ke II bernama Raja Ujung Barita Naibatu Sidabutar dan tunang Anting Malela Boru Sinaga yang bertunang selama 10 tahun tapi gagal disatukan serta sejarah pemerintahannya. Boleh baca tentang cerita ini di sini & sini.

Kenapa ada 4?
Disana simbol seperti diatas ni akan kerap korang nampak. Ini adalah simbol payudara - melambangkan kesuburan orang perempuan. Masa tu perempuan pilihan adalah yang berbadan gemuk (subur katanya) dan anak2 mereka pun sangat ramai boleh jadi sepasukan bola sepak. :-) Cicak yang mengadap ke arah payudara tu adalah mengingatkan anak2 yang pergi merantau ke manapun mestilah mengingati ibu mereka.

tukang cerita
ini la patung Anting Malela (tunang raja)
makam2 yang lain
makam Raja (dikatakan rambut panjangnya sakti, sapa nak dapatkan jodoh boleh pegang  rambutnya ye)
Patung Anting Malela di belakang
Patung Tengku Moh. Said di bawah (panglima Raja)

Selesai sesi mendengar cerita kami mengambil gambar kenangan2 dan terus turun ke bahagian seterusnya. Terlalu banyak deretan kedai perlu dilawati. He3. Time to shopping!!



Sambung lagi nanti k..

09 December, 2012

SIAKAP STIM CHINESE STYLE

Nak dijadikan cerita, beberapa minggu yang lepas kami ada makan 1 kedai masakan cina. Hajat kami nak merasa ikan stim jenis yang ada sos hitam tu tapi yang sampai ke meja bersambal sikit namum tetap stim la.  Rasa memang mengancam cuma bila tanya harga masa order Rm4.50/100g. Tapi masa bayar macam jadi RM45. Kami tengok ikan tak sampai 1kg rasanya. Baru berhajat nak mencuba lain kali di kedai tu tuk makan sos hitam ni, tapi macam mahal pulak. Maka tiba masa masak sendiri je. Lebih jimat dan puas hati!!

Kami selamat dah habiskan menu ni sekelip mata. Sihat gitu, tanpa minyak dimasak kukus. Yang tak sihatnya makan nasi bertambah2 sebab sedap (sendiri masak sendiri puji. fuh!!) :-)

Diharap kalian boleh mencuba ye..simple sahaja dan ada 4 bahan je dan sedap .. Have fun!


BAHAN2:
  • ikan siakap
  • halia muda dihiris
  • daun bawang dipotong halus
  • sos soya cair (kami gunakan jenama Lee Kum Kee - seasoned soy sauce for seafood)

ada tanda halal ye
(kami beli di pasaraya Hero)

CARA2:
  • semua bahan2 dicampurkan dalam bekas, boleh tambahkan air sedikit untuk kuah sebab sos  ni agak masin.
  • kukuskan sehingga masak
  • dah boleh dihidangkan
SELAMAT MENCUBA!!

03 December, 2012

MEDAN-DANAUTOBA TRIP 2012 - day 3 (part 1)


Trip medan 2hb – 6hb mac 2012
TUKTUK(SAMOSIR ISLAND) - KAMPUNG TOMOK - KAMPUNG AMBRITA

Ahad 4hb Mac 2012

Diam tak diam sudah separuh perjalanan trip ni. Pagi ni kami bangun dengan gaya mengigil kesejukan. Selesai mandi kami terus menerjah ke ruangan laman rumah melihat tasik dan meminta kobis yang di tanam pemilik homestay. Kobis gemuk itu membuatkan kami teruja. Pagi ni kami sarapan maggi tambah kobis.

Nampak pemilik homestay dan pembantunya baru balik dari menangkap ikan. Sungguh la best..depan rumah ada tasik terus2 boleh tangkap ikan. Diberitahu kalau hasil lebih mereka akan masukkan dalam kolam mereka. Mereka ada bela arnab juga. Comel2 semuanya. Pemilik ni pasangan suami isteri, si suami orang putih isterinya orang indonesia. Pemilik memang sangat2 baik dan senang nak deal apa2 pun. Ada juga sampan/boat kalau korang jenis memancing tu boleh la bincang dengan pemilik. Rasanya percuma juga.

Mari tengok kawasan homestay ni.


Bilik ada 2 
 satu di tingkat bawah (bertutup) gambar 5
 satu lagi di tingkat atas (terbuka) gambar 8

ada library kecil buku2 novel - gambar 1
ruang bilik tingkat atas - gambar 3
sayur kobis sebesar sinki - gambar 9 

laman bersayur (boleh ambik termasuk pakej..tapi jangan la tapau bawak balik malaysia pulak) & kolam ikan
arnab2 dan kebun bunga
itu homestay sebelah. Memang serupa rumah batak. Harga memang murah, katanya banyak pelancong omputeh tinggal situ. Sebab biasanya mereka tinggal lama sampai berbulan2. - gambar 5
apartment di belakang rumah besar- gambar 9
_______________________________________

Kawasan rumah ni ada 1 rumah besar dan aparment di bahagian belakangnya. Kami dah deal awal dengan owner bulan November 2011 lagi walaupun nak pergi Mac 2012. Seperti ketahui kami booking untuk 12 orang namun yang jadi pergi hanya 7. Pemilik homestay beri kami apartment belakang itu percuma sebab kami dah sewa rumah besar. Harga ikut berapa orang rasanya, Kami dapat Rp 1.25 Juta semalam, masa tu untuk 12orang berbaloi!!...Kini disebabkan cuma 7 orang kami ambil rumah besar je. Ternyata pemilik baik hati masa proses membayar siap bagi diskaun lagi sebab cuma 7 orang dia bagi Rp. 1 juta je untuk semalam...lebih kurang Rm 350 dapat sewa sebiji rumah depan ada tasik!!

Ini website HORAS FAMILY HOME. Korang boleh mula deal awal dengan pemilik tempat ni. Mereka boleh cadangkan route trip tuk korang. Macam kami dia la cadangkan perjalanan dari Medan - Samosir trip - Medan kami. Semua diuruskan.

aksi melepak lepas Samosir trip pagi tadi
Ada internet cafe la..situ banyak omputeh lepak2

Ok ni kitaorang sertakan plan dan kos trip kami yang diuruskan pemilik homestay. Ni tahun 2012 ye.. Biasanya banyak yang datang dari arah Permantang Siantar - Parapat. Sebab tu diberitahu banyak pelancong menginap di Parapat dan masuk ke Samosir Island tu sehari je untuk berjalan2 dan balik semula ke Parapat. Kami pula memang plan untuk tidur di pulau. Kat sini agak sukar nak cari makanan halal, tapi ada kedai runcit yang boleh la kami beli2 barang keperluan tambahan (kebanyakkan kami dah beli di Medan).

Transportation with KIA PREGIO 

Day 1. Medan - Berastagi - Si Piso Piso - Tiga Ras - Simanindo - Tuk Tuk. 
One KIA PREGIO at Rp 900.000,
plus cost car ferry Tiga Ras - Simanindo Rp 150.000,
total of Rp 1.050.000,--

Bergerak dari Medan seawal 8pagi untuk sampai ke Samosir dalam jam 6petang


Day 2. Samosir Trip. With the same KIA PREGIO at Rp 700.000,--


Day 3. Tuk Tuk - Tomok - Parapat - Siantar - Medan. Plus time permitting short Medan City Tour (ronda Medan sampai jam 8malam).
One KIA PREGIO at Rp 800.000,
plus cost car ferry Tomok to Parapat Rp 150.000,
total of Rp 950.000,-- 
Bergerak awal dari Horas dalam 630pagi sebab nak sampai tempat ferry kat Tomok jam 7pagi

Total Transportation  Rp 2.700.000


Nanti Samosir Trip kita cerita post akan datang k

P/s : bila la dapat pergi lagi ...Lagi2 kalau dapat tinggal tempat seaman itu....Korang pergi la baru korang tahu macam mana rasanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...