meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

13 March, 2013

ANA IKAN BAKAR PETAI, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN

Minggu lepas kami menghadirkan diri ke Kuantan untuk majlis perkahwinan sahabat kami. Hari Sabtu selepas majlis kami sepakat untuk makan di Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur. Kedai ni di sini sahaja ada 3 kedai, dan ada juga cawangan di Bangi. Kami bertiga tiba kira2 jam 8malam. Dan rakan kami tiba sejam selepas tu. Masa kami tiba, orang masih belum begitu padat. Kami terus mencari tempat yang ada dan terus ke tempat pemilihan ikan & seafood2 yang lain untuk sajian dinner kami. 

Ada pelbagai pilihan dan dari segi harga diperhatikan jauh lebih murah dari di Selangor ni. Mungkin faktor tempat berdekatan dengan tempat mudah dapat bekalan. Jenis masakan yang wajib cuba tentulah bakar petai.

Kalau anda berkunjung ke kawasan ni, jangan terkejut sepanjang2 kawasan ni sangat banyak kedai makan. Ikutkan kami nak pergi petang betul2 lepas majlis, boleh tengok kawasan sekitar. Tapi dek keletihan maka berehat2 di bilik dahulu, malam baru kami keluar. Tak mengapa la mungkin bila datang semula lagi nanti akan pastikan untuk sampai awal (petang) untuk melihat permandangan sekitar. Mari layan gambar...

suasana kedai
sotong goreng tepung (2ekor besar)
terbaik!!
dan kami siap tambah lagi 2 ekor extra!! dek kesedapan gorengannya
ketam cili (3ekor)
lala halia (dalam 500g mungkin)
kailan goreng (2orang makan)
ikan siakap stim
(mula nak cuba ikan bakar petai..tapi kami nak makan stim jadi tukar yang bakar ke menu yang lain)
udang bakar petai
(3ekor besar2 belaka udang ni....ada sejengkal)
sakan penuh meja.....
Total RM140 termasuk air...
Terima kasih banyak pada sahabat yang belanja kami...mudahan bertambah murah rezeki di tempat kerja baru ye...

Selamat mencuba..


nota kaki bersemut2: bila ni nak repeat...nak pergi tido Cherating pulak...


11 March, 2013

BBQ LAND & STEAMBOAT BUFFET, SEKSYEN 28 SHAH ALAM

Minggu ni birthday Cik yan, maka sesi belanja makan akan berleluasa. Kali ni kami mencuba steamboat & bbq di satu tempat yang dah lama kami tinjau2 tapi tak berkesempatan nak mencuba, walaupun dekat dengan rumah dan akhirnya kami singgah mencuba. 

BBQ land ini bertempat di Bazar Rakyat Seksyan 28, Shah Alam berdekatan dengan pertronas. Kami yakin ramai yang kurang tahu dengan tempat ni sebab lokasinya agak kedalam sedikit.

Kami berkunjung kira2 jam 740malam dan hanya kami berdua je yang ada, mungkin hari bekerja. Kami pernah lihat kalau weekend agak ramai yang makan2 di sini.

Anda boleh singgah ke BBQ LAND untuk maklumat lanjut. Cawangan utama mereka di Sungai Buloh.

Harga amat berpatutan dengan bahan2 steamboat yang disediakan iaitu dewasa Rm22/person, warga emas ada diskaun tak silap Rm16 sahaja, kanak2 Rm10 kanak2 (maaf kalau silap) dan bawah 5tahun percuma.

Ada nasi putih dan air sirap & sarsi percuma. Air2 jus boleh order dengan harga RM2.50. ada aiskrim juga ye...

Yang kami rasa terbaik adalah perapan daging2& ayam tu...macam makan satay...sedap! 

bukan main lagi layan tomyam
Gambar2 berikut dari Fb Selangor food fiesta
antara bahan2 steamboat yang ada...



Selamat mencuba......

08 March, 2013

MILLE CREPE BY VANILA CAKES, SS15 SUBANG JAYA

Mari perkenalkan makanan baru 2013....(rasanya taun lepas lagi dah muncul, tapi kami yang ketinggalan).

Masih ingat lagi bulan lepas ada ternampak rakan facebook kami upload gambar mille crepe ni. Nampak sedap sungguh!. Dah agaknya rezeki kami, masa kami ke SS15 untuk ambil bunga2 segar untuk wedding rakan kami kami terperasan kedai ni.

Terus pergi sergah...nampak sedap..harga pun masing2 sedap2 belaka...(mahal la tu..hehehe). Kami mencuba 2 jenis mille crepe; Bamboo Charcoal & Vanila.

Mille Crepe ini ialah dalam bahasa french yang maknanya thousand layer cake. Lebih detail lagi, Mille maksudnya 1000 dan Crepe lapisan pancake/lempeng. 

Kalau korang rasa dia macam lapisan-lapisan lempeng nipis2 yang diselangselikan dengan whipping cream.

Info lanjut boleh ke FB Vanila CakesKalau nak lihat pelbagai pilihan yang ada boleh klik link fb mereka ni.



(Rm8.50/slice)


Terdapat 3 cawangan :
Paradigm Mall, 1, Jalan SS7/26A, Kelana Jaya, Petaling Jaya 
Subang Jaya  No.17-G,jalan ss15/4,47500 Subang Jaya, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. 
Kajang  No.36, Jalan Tun abdul Aziz, 43000 kajang. Selangor.

Selamat mencuba


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...