meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

13 February, 2014

NASI LEMAK WAK KENTUT,KULAI, JOHOR



Hye semua…

Meh update kisah nasi lemak nama pelik ni. Nasi Lemak Wak Kentut…..prot prot hehehe. Ok takda bunyi. Mana dapat nama pun tak pasti.
 

Minggu lepas balik je dari kerja kul 6petang terus bergegas berlari ke lift dan terus marathon ke kereta dan tekan minyak kuat2. Bukan apa nak kejar tempat makan sebelum tutup. Almaklum lokasi nak terjah punyalah jauh, Kulai Johor.
Tempat ni dah lama survey sebab ada kenalan review. Tambah tertarik dek nama yang pelik tu. Tambah lagi bila Wak Doyok promote kat Instagram dia.

Tekan minyak punya pasal jam 10 malam gitu kami dah bersiar2 di tepi jalan di Daerah kulai belek google map. Akhirnya sampai dan TUTUP!...hishhhhhhhhh. Dan masa on the way ternampak lagi satu tempat (cawangan) yang buka. Maka tak dapatlah tengok havoc main branch. Maka u-turn semula ke 2nd branch terletak berdekatan stesen keretapi Kulai. Kebetulan sampai tu orang tak ramai sangat dan keretapi dari mana ntah baru je sampai stesen. Pon pon…teringat zaman dulu..kenangan sungguh, merasa juga naik masa zaman sekolah teknik dulu. 13tahun lepas. Dari johor bharu ke Kluang. Untung ada kawan rajin layan impian rare ni. Tq Yana.
 

 
 
Order nasi dua, ayam dua, telur rebus dua (sebab telur goring dah habis) & air dua. Tak ingat pula berapa semua tapi dalam rm13-15 la mcam tu. Dah hujung2 je..semua banyak habis, nasi lemak bogel je dapat. Tapi nasi memang bersantan. Kalau makan pagi mahu lelap sampai ke petang.


 
Ok ni alamat cawangan utama.
Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, Kulai, Johor
Cawangan ke dua di stesen keretapi Kulai

 
SELAMAT MENCUBA
 
 

10 February, 2014

KEDAI MAKAN SELERA MURNI ( ASAM PEDAS MAK LIMAH ), BATU PAHAT


Hye..bertemu kembali....
 
Minggu ni balik kampung, masa raya cina kami perap diri je kat Subang Jaya. Tapi jejak juga ke
Rembau ke majlis pertunangan sahabat. Baru minggu ni balik sebab tak nak jem. Taktik yang berjaya!
 
Sebelum balik kampung haritu dah survey port makan asam pedas yang best kat daerah sendiri. Maka semalam sempat singgah di kedai makan selera murni. Ni antara kedai asam pedas terkenal di batu pahat.
 
 
Terletak di lorong sebelah KFC Jalan Rogayah. Berdekatan dengan bus stand Batu Pahat. Kedai ni di lorong sebelah dalam. Mungkin kalau pusing2 jalan luar memang tak perasan.
 
Sampai jam 12 diberitahu dah habis isi ikan, tinggal kepala sahaja. Rezeki la mungkin, sebab memang nak makan kepala. Orang dah habis belajar, tak pe makan kepala. Hahahaha
 
Maka kami order nasi 5 ( termasuk nasi tambah ), ikan satu dan beberapa lauk serta air. Kat sini ada dalam 8-10 jenis lauk dari pemerhatian mata ni. Ada ayam rendang, kacang panjang goreng, kobis goreng, bendi goreng, telur masin, ikan masin, tempe goreng dan lain2.
 
Masa makan memang ramai sangat orang, penuh! Mujur satu meja kosong. Melayu cina semua ada. Diperhatikan ramai juga yang bungkus.
 
Rasa sedap dan ok. Tak berbelacan sangat, pekat juga dan masam kuat sikit. Macam masam limau bukan asam jawa seluruhnya. Tapi memang ringan, tak terlampau pedas dan lazat. Segar gitu masam2.
 
 
 
Oklah sampai jumpa lagi di lain cerita.
 
Harini masih bercuti, nak g pasar cari pokok ciku la, tanam belakang rumah. Mana tahu panjang umur 5 tahun lagi dapat makan ciku sampai kembung. Tapi kena standby mercun banyak2 buat tembak monyet. Hahahaha
 
Bye..selamat mencuba.
 
 

23 January, 2014

LA GOURMET, TAMAN PELANGI, JOHOR BAHRU

Hye..
Permulaan cerita bagi korang cuci mata dulu. Tengok puas-puas ice mountain ni...yummy!!
 
google image
 
Oklah. cukup dulu & bagi peluang la cerita sikit ok. (aku dah perap lama dalam draft..hahaha)
 
Update cerita balik kampung pula la. Kami bercuti panjang masa birthday sultan Selangor haritu. Kegembiraan dimulakan dengan singgah kampung dulu hantar kucing, makan tengahari dengan banyaknya kat rumah dan potong dahan rambutan. Pakai skirt je ko potong dahan, ko hada? punyalah pemalas nak tukar baju. Dapat sebakul hantar ke Johor Bahru, buah tangan konon.
Seterusnya lawatan ke Johor Premium Outlet. Bukan apa nak cari kasut sport, kasut dah bercakap (tapak tanggal).  Dapatlah jenama so-so, asal selesa dan murah sudah!  Sapa tak pernah pergi, bolehlah buat lawatan kalau ke Johor Bahru.
Selepas itu terus ke rumah family Yan, melepak dan malamnya kami dah pakat2 nak ke La Gourmet Dessert. Kat sini menjual pelbagai dessert dan specialiy nya dessert mango mountain (tinggi menggunung) dan dessert ice yang ada buah-buahan ni. Kami beramai-ramai dengan anak-anak sedara Yan sekali diangkut ke sini.
siapa berkenan nak jadi menantu boleh book sekarang ...
Jam 8 kami dah sampai, beratur la sekejap dan order masa beratur lagi. Sebabnya 2 item disebut kat atas ni lama nak buatnya dalam 30minit. Maka tentulah order tambahan untuk suapan masa menunggu. Kami order yang di cadangkan oleh adik Yan ni.
Sementara menunggu enjoy gelagat excited meja sebelah bila mango mountain mereka tiba. Manggo mountain macam artis!...snap. klik klik!.. Tabiat kita juga tu, benda unik harus dikongsi pada semua.
Ok jom tengok gambar lah...
 
Credit : sillycat (yang ada watermark semua blogger ni punye gambar)
No.11, Jalan Kuning 2, Taman Pelangi, Johor Bahru
 
Dibuka : 12pm-1am
Boleh search mereka di facebook juga...

 
ramai kan beratur...nasib kami awal sikit
 
 
 
 
 
ni sedap....pulut hitam..bla bla..
 
ini memang tinggi ( tengok orang belakang sibuk ambil gambar)
 
 
 
 
 Lain-lain menu yang ada, pinjam gambar sillycat
 
 
 

 
Kesemuanya sedap & refreshing belaka. Paling suka yang ada pulut hitam ni. Benda ni sebenarnya macam ABC la. Beza ada perasa & buahan sebenar & tak da la sirap warna warni tu. Isi plak dalam ais buahan tu ada kacang sikit dan susu cair rasanya. Pastu kita boleh topup susu cair & pekat, bubble dan lain-lain.

Kisah bercuti yang seterusnya sambung kemudian ye (kalau rajin).

Selamat mencuba.
 
Info : memang tak da tanda halal, cuma no alcohol, no pork & no lard.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...