Salam julai 2011. Sedar tak sedar sekejap jer rasanyer kite dah pun meninggalkan suku kedua tahun 2011 ni kan? Azam dah ada yang terlaksana ker? Buat kami setakat ni ada beberapa azam telah menjadi kenyataan, selebihnya masih perlu perbaiki prestasi diri tuk mencapai apa yang masing2 antara kami inginkan.
Qoute hari ini ' life is short , make it simple' yer rakan2.
Qoute hari ini ' life is short , make it simple' yer rakan2.
Dalam hidup ni banyak ranjau likunya, ada yang mudah kita lalui ada yang terlalu payah kita nak tempuhi. Sedangkan orang lain punyalah mudah melepasi bara api, kita sibuk cari kasut kalis api, silap2 terpakai kasut tumit tinggi , makin rumit jadinya.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, sayangilah apa yang kita miliki. Apa yang mudah kita makin permudahkan, mana yang susah tu kita sama2 la cuba permudahkan.
Cewah..muhasabah diri jam 3pagi.
Ok lah setelah terbiar lama tak update blog ni..sementara masih bake kek tuk majlis tunang seorang kenalan. Maka rajenkan diri update blog yang bahan dan gambar lama dah terbiar dalam draf tapi tak terpublish2 sebab tak sempat nak final edit ayat2 nak membebel.
Jadi kali ni nak update cerita hampir 2bulan yang lepas kami join aktiviti sport club anjuran opis kami.1stly diumumkan mana sport kelab kami ialah “kijat birieh” apa tuh?….ha kene cari org bidayuh jadi translator..
30 april hingga 1 mei (cuti hari pekerja) ..tapi kami dikerjakan…team building di
DUSUN ECO RESORT, BENTONG, PAHANG.
Ok terus la cerita yer..jadual kami bertolak jam 7pagi..tapi terlewat sebab ada yang terlewat tiba tempat berkumpul
Ok ketibaan peserta2 dengan baju kelab
(tentu la snap picture kteorang jerk..ramai lagi geng2 tepitu..sory yer tak termasuk plak dlm pic ni)
Kami bertolak seramai 26 orang 7 kereta kira2 jam 815pagi dan akibat masing2 lapar singgah la ni genting sempah. Almaklum hari cuti ramai sungguh orang nak makan kat food court penuh. Jadi bergegas ke MCD. Tunggu order lama sebab order untuk segroup dan memang ramai juga orang kat situ.
Selesai makan kami sambung perjalanan. Dah tak jauh dah.dalam 25minit jerk tiba dah.
Ketibaan ahli2 sukan negara…. HE3
Apa nak jadi pun jadi la kami nak jugak posing2
peace yooo ( pengaruh maharaja lawak)
map kawasan sekeliling kem..opss resort
Pastu ada briefing tentang tatasusila kat resort ni. Termasuk ambil cadar dan sarung bantal sendiri, pasang sendiri nanti nak balik bukak dan letak tempat ambil juga wat sendiri.
Masuk bilik. Set2 katil ..rehat2…makan time..
yang syiok air dari bukit ke gunung belakang tu, sumpah sejuk giler, mandi time tengahari sangat la heaven. Mandi pagi....hazabbbbb!!
Dewan makan? Haa…ini baru la nama kem!!
Sekarang waktu makan tengahari, makan berhidang yer. Ini mengajar kita sama2 berbagi apa yang kita ada. Konsep ala2 asrama, tak cukup lauk jangan malu2 tuk ke dapur mintak dengan tukang masak. Meja telah ditetapkan untuk kami, ikut kumpulan pengungjung2. Pinggan pun kena basuh sendiri, lap dan letak tempat asal di meja kita. Sebab tuk sesi makan seterusnya kita akan gunakan pinggan yang kita guna tadi. So kemmmm...:-)
(patutnya dijadualkan petang ni rafting, tapi kene tukar dengan aktiviti rentas halangan sebab clash dengan ramai pengunjung2 resort ni)
Taklimat diberikan dan mulakan aktiviti dalam jam 2.30petang…
Ada jugak yang memang hobi suka menyakat orang
Habis aktiviti dalam sejam kemudian..masa untuk berendam plak…mandi2 dan main bola tampar air…takda tiang gol? Tanda jerk port gol tu sendiri…seronok woooo…
Tengah syok2 main bola nampak ada sekumpulan pengunjung buat flying fox...terjerit2...best woooo.
Bos next time nak wat aktiviti ni plak kan
Selepas penat main bola&air. Kami berehat2, mandi, solat asar dan minum petang.
yang depan baju hitam ni mmg suka posing kat mana2 pun
Lepas minum petang, kami mulakan aktiviti membuat banner kat luar. Berharap lagi meriah dapat menikmati udara segar.
Akhirnya buat dalam dewan sebab hujan gerimis tetiba turun
Aktiviti banner berakhir. Siap sudah, kami bergembira dan bekerjasama buat banner...teamwork!!!
ada juga makhluk lain yang nak bekerjsama
"ulat gonggok hutan"...besar woooooooo
Lepas je marghib,semua kumpul2 malam ni ada BBQ dinner. Kita snap gambar dulu k.
Dengan petai pun nak bergambar :-)
Menu2 ada macam2 nasi, mee ,ikan, sosej, nugget, bebola dan macam2 lagi, termasuk petai yang bergambar tadi..hahaha
Makan time dah berlalu, masa untuk karok & berhibur
Ada gak yang main pingpong
Haaa..hambik ko kepenatan2 pun layan gak sampai jam berapa ntah mereka karok dan lawan pingpong. Kul 11 kteorang dah surrender, balik bilik rehat2 kemas2 tido…
jumpa lagi esok yer ~DAY2
No comments:
Post a Comment