Subang Jaya - Cameron Highland
Setelah sekian lama mengidamkan pemandangan
menghijau di ladang teh akhirnya 6 oct 2012 kami mulakan ekspidisi ke sana. Jam
845 kami mula panaskan enjin kuda kami dah bergegas bertolak dari PutraHeight.
Rancangan awal bertolak jam 730pagi, biasa la gitu gini bersiap itu ini sudahnya
terlewat. Kami melalui NKVE dan sempat singgah di Dunkin’ Donut, ala yang kat
stesen minyak selepas exit subang jaya. Sempat sarapan croissant yang ada telur
& cheese tu..sedap tu peberet!!.. Semalaman berpikir2 nak lalu 1 lagi
laluan dari Bentong, tapi akhirnya kami ambil keputusan lalu Simpang Pulai je.
Lalu tapah? Entah la tak pernah drive lalu sana jadi banyak orang nasihatkan
baik lalu Simpang Pulai kurang selekoh dan jalan lebih selesa. Terpulang pada kalian
lalu mana, sebelum tu ada research beberapa laluan KL-Tapah- CH (210km), KL-
Simpang Pulai-CH (270km), KL-Bentong-Raub-CH (250km). Dan laluan Raub tu paling
sikit tol.
Kira2 jam 1115 kami tiba di exit Simpang
Pulai . Sebelum tu kami dah isi minyak full tank di Tapah. Kami pun meneruskan
pendakian dan lebih kurang jam 12.30 kami sampai di Tringkap. Dalam perjalanan
kami sempat contact dengan Leysa (kawan sekolah Liza) yang berhoneymoon kat CH
ni dari hari Rabu lagi. Kami ingatkan mereka dah balik KL awal. Rupanya hari
Sabtu baru nak balik, maka rezeki kami jumpa lagi lepas kami pergi wedding
mereka beberapa minggu lepas.
Share sikit gambar kahwin rakan kami...
Kami bergambar2 dan berborak dengan orang yang dah habis tawaf CH ni. Kat KL punyalah payah nak jumpa, kat CH ni la jumpa.
Selesai berborak kami pergi ke flower farm (Rose Valley) kat Tringkap ni je. Bayaran
masuk RM4. Sebenarnya kat sini banyak sangat tempat bunga/ladang
strawberry/kaktus. Ha aa…taman rama-rama & lebah pun ada.
Kami pun berposing2 sekejap. Macam2 bunga
& sesungguhnya sangat2 la cantik2. Dalam ni ada juga kaktus & merak.
Sakan berposing.....
Bunga-bungaan yag sangat2 cantik.
Aiskrim tu korang kene cuba...sedap..Rm1 sebatang. Banyak kedai2 survineir & macam2 lagi kat Tringkap ni.
Selesai bergambar2, kami pun rancang untuk
check in hotel lepas tu baru kami nak pergi lunch. Kami dah booking bilik di
Silverstar hotel kat Brincang. Beli dari Agoda.com macam biasa la kan. Pemilik
hotel ni ada buka Steamboat restaurant kat bawah tu. Tapi chinese food la kan.
Kami cuci mata je la kat situ. Masa check in tak ramai orang pun makan2 kat
situ sebab yela steamboat ni biasa makan masa dinner kan?. Rate bilik ni rm 155
tuk double dan rm197 tuk triple. Kami ambil tuk Triple dan bila dah tambah
tax bagai cecah juga la RM 230+. Ni promotion rate la yang agoda tawarkan. Kami
ambil triple sebab plan awal pergi 3 dewasa 1 kanak2. Tapi akhirnya anak buah
Yan tak dapat nak join. Dah plan nak belikan tutup telinga kiut kat dia ..hmmm
hampa. Yang ini tanpa breakfast ye. Rakan kami tinggal di RosePasadena, rupanya
berdekatan je dengan hotel kami tinggal. Bila mereka jengah bilik kami, mereka
kata agak cantik bilik ni kalau banding dengan bilik mereka, tapi bilik kami kecil sikit.
Rate hotel mereka lebih rendah sedikit rasanya, mungkin kalian boleh check di
Agoda sendiri yer.
Selesai check in kami pergi makan 1 kedai
berdekatan hotel yang telah diwar2kan sedap oleh kawan Liza tadi, Almaklum
selama beberapa hari disitu mereka memang ‘pekena’ kat situ sebab makanan2
sedap2 belaka. Kami dengan yakin singgah dalam jam 230petang.
pinjam gambar dari ultramancis |
Untuk memudahkan anda, sempat juga kami snap gambar peta ni (tq to Leysa yang bagi kami terus map ni)
Petunjuk : Bulatan Purple tu hotel kami & yang biru tu kedai makan Nik Ikan Bakar..dekat je, jalan kaki je sampai.
Order pun diambil
dan tak lama makanan pun sampai apa tunggu lagi..ngap2.
Kat sini sekejap2 hujan lebat dalam 10mint
je berhenti. Pastu nanti hujan lagi. Ikut nasib la. Yang dah bertapa dari hari
Rabu tu kata setiap hari hujan panjang tak berhenti waktu petang jam 4 – 7. Kalau tenghari tu
lebat berhenti lebat berhenti. OH ye...Harga standard kat Subang Jaya je. Set lala tu
rm 10 (tahu harga sebab masa order dah tanya harga dulu). Ikan bakar tak pasti,
sebab yang bayar bukan kami. Tapi serius memang sedap, tekak kawan Liza tak
menipu. Sangat2 direcommend gitu…
Selesai makan kami pun bersalaman2,
pasangan laki bini ni dah nak balik dah. Maka kami pun teruskan perjalanan ke
Strawberry farm. Kami pergi ke Kok Lim Strawberry farm. Harga masuk tuk 3 orang
Rm40 = 700gram strawbery. Kalau Rm50 =1kg. Boleh petik2 sendiri. Harga amat mengancam, tapi demi pengalaman kami turutkan.
Ni map tuk korang wat rujukan kalau sudi :-)
Tak puas posing..posing lagi dan lagi...ikutkan kalau letak semua gambar, muak plak korang tengok nanti.
Sekejap je pun kami dalam tu tak sampai
sejam kuar dah, sebab bakul dah penuh. Kami pun terus balik ke hotel, sebab dah
mula hujan yang agak lama tak berhenti2. Dah mula jem teruk juga ye petang2 macam ni. Sampai bilik rehat2 berdebum membadak.
Plan malam ni nak ke pasar malam berdekatan hotel jalan kaki je.
Cerita pasar sambung nanti yer...
fuyoohhh..., sonoknyer uoolss.. ehhEEe
ReplyDeleteMeme sonok.....
ReplyDelete