meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

16 September, 2012

PENANGAN UJIBAKAT 1MILLION MONEY DROP

Lama dah tak update blog, banyak benda nak cerita tapi sumpah aku tak da masa nak taip. Ok lah rajinkan diri taip something tuk bacaan korang dikala hari2 cuti ni.

Ni kisah kami ke ujibakat Money Drop kat the Garden Hotel, Midvalley. Kami naik transport awam je dari Komuter Subang Jaya. Nak save duit parking sebab sure mesti kene parking lama. Tapi tak sangka la selama ni..Nak tahu berapa lama..Nanti dipenghujung cerita cuba kira berapa lama kami tunggu. Jam 630pagi kami dah gerak dengan Komuter. Dalam 715 kami dah pun tiba kat Hotel setelah ronda2 jalan kaki cari kat mana hotel tu nyer lobi. Masa tu ingatkan kami terawal. Sekali tengok punya lah ramai orang yang dah tunggu. Ada kot 200 orang. Tapi semua masih berkumpul2 berlegar kat lobi. Dalam jam 730 kami diarahkan keluar dari pihak hotel untuk beratur kat luar. Berebut2 la beratur, akhirnya jauh ke belakang la kami.

Maka silalah beratur lama2 kat luar ye.. 

beratur panjang....

Rasanya 930pagi baru perasan ada kamera pihak 1MMD lalu, sakan la peserta2 ni melambai2 termasuk kami. JAKUN!!.. la la la..:-P



ni dah 10pagi...terang dah...boleh posing2 dengan selesa

Teruskan menunggu disamping dapat lihat lebih ramai orang yang datang nak ambik bahagian. Bayangkan kira2 jam 11 kami pun berjalan2 tengok keadaan kat barisan depan dan ke tandas. Nampak ada 1barisan lagi kat depan lagi dari pintu masuk. Ingatkan ada buka 2 kaunter rupanya...EKOR BARISAN KAMI...!! keliling hotel garden??? bayangkan ketabahan mereka. Kami pun dah hampir2 giveup. Lagikan mereka, dengan panasnya.
1230tengahari baru dapat no giliran....(mungkin mereka start dari 7000 kot)
lagi 100m ke pintu masuk

No. giliran ni diberi secara berkala, bukan la sekali diberi dapat semua dari 0-bla bla bla. Tak silap 50/trip je. Sebelum dapat no. giliran kami dah seram2 gak takut tak sempat register. Sebab register tutup jam 2petang. Gerak pun macam siput, Seksanya la nak dapat 1 Mil kan??? kite ingat semudah2 jawap soalan2 kat rancangan TV je masa siri2 lepas tu kan. Padahal saingan nak masuk rancangan ni bermula bila anda ambil keputusan nak beratur. Ini serius kalau tak tabah tu balik je lah!. 

Yang kat depan2 tu banyak yang nak potong Q, masing2 yang beratur lama mengamuk la. Korang yang lain pun biar la bersivik sikit, kot ye kemaruk nak dapat 1Mil tu kan.... Berpada2. Orang ada datang 5pagi lagi, Ko datang 10pagi nak potong Q. Mujur tak kena bunuh. Ha3.

Jam 115 tengahari, akhirnya kami pun dapat masuk ke lobi dan dibawa ke tingkat 29. 1 group ada 50 couple je. Kat atas ingatkan dah terus boleh jawab soalan, rupanya kenalah menunggu lagi untuk taklimat. Duduk je la tepi2 bilik seminar ni. 

Tak lama lepas tu kami dipanggil ikut no. giliran untuk taklimat. Ada kira2 25 couple tuk 1 room. Selesai taklimat kami di bawa masuk ke bilik exam pula. Duduk asing2 dengan partner, jawab la 20 soalan objektif superb susah. Aku yakin yang confirm betul dalam 7-10 je, lain2 hentam je. Dan yang bertambah menarik kedua2 partner kene pass 13 soalan, salah 1 gagal maka gagal lah. Selesai exam kami di bawa ke 1 lagi bilik untuk tahu result. Maka kat sini ada la postmortem soalan2 tadi. Kira2 15minit muncul la seorang coordinator bawa keputusan. Dimaklumkan hanya 1 je berjaya dari 25 couple tu. Mereka tak bagitahu siapa yang gagal. Hanya yang berjaya sahaja. Tu pun berjaya untuk kepeingkat kedua, yang mana diperingkat ni mereka akan diuji dengan format game sebenar & ada kamera. Agaknya nak tengok korang mesra camera ke tak kot, serta tengok keserasian korang.

Dengarnya tahun ni dinaik kan markah lulus ke 13 berbanding last year cuma 11, dan soalan disusahkan. Maka yang lepas stage 1 tu betul2 genius la gitu!.

Kami harap je serasi baju sama, tapi gagal. Belum cukup genius dan berpengetahuan luas.

Apapun aku puas hati sebab dapat pengalaman macam ne rupa orang beratur berejam2 nak ujibakat + lega sangat2 sebab ada 1 couple tu agak menyerlah berbanding yang lain, dengan dress-up nya dan overnya. Study dari beratur sampai la ke dewan taklimat. tu aku relex lagi. Lagi panas hati boleh plak datang kul 10pg. Tup2 tanya2 orang kat depan2 aku tu pasal2 borang la apa lah...terus je potong Q. Terubat duka bila tengok dia pun gagal...hahahaha...sapa suruh potong Q. Kot2 kalau tak potong, mungkin ada rezeki anda berjaya... cewah!!

Jam 230petang, kami turun dari Lift nak keluar, tengok kat loby ramai sangat orang mengamuk2 dengan pihak 1MMD sebab mereka dah beratur lama tapi tak dapat no. giliran. Mereka nak no harini untuk datang semula esok. Tapi dengarnya tak dapat, sebab tak adil untuk mereka yan gmemang plan nak datang keesokkan harinya. Bertekak2, aku yang kecewa dan lapar ni terus membawa diri ke GardenMall. Tak tahu la kesudahannya macam mana. Mungkin pihak 1MMD pun perlu ambil langkah2 lebih efektif dalam mengendalikan ujibakat besar macam ni, exam hanya 10minit je, tapi masa menunggu makan masa yang terlalu lama.

Kami ubati kekecewaan dengan makan di Tony Romas, sebab foodcourt ramai gila orang dan hati melonjak2 nak makan Kicking shrimp tu dari hariu lagi..mengidam orang tak mengandung ni lagi payah nak dilayan!. Selain tu, kami order half onion loaf, soup of the day dan Shrimp & salmon Piccata. Liza gilerkan ikan2 & seafood berbanding ayam2 / daging2. Yan memang sukakan daging2 &  ayam2.  Gitu gini jam 430 kami tiba di rumah, malam tu kami sambung beraya ke Bangi, gosip2 pulak. :-)

sumber: google

Tahun depan panjang umur, kot2 ada lagi insyaAllah boleh cuba lagi, kot2 berjaya boleh la kami buka kedai makan :-)

emmmm...ada rasa teringin nak makan burger bakar kawkaw la pulak. Kot2 nanti jup lagi leh pergi mencuba , boleh bawa adik Yan sementara dia datang rumah ni. Ni tengah lapar ni..

Dapat kira tak berapa jam kami menunggu???????


3 comments:

  1. Uiiii.... dah mcm org bekeje half day plak ha... dari pagi smpai tghari smpai ke ptg. Peh! Akak aku pun ade gak ajak aku pegi cuba nasib utk money drop ni. Tapi aku balik kg, so tak dpt la kami nak pegi. Hehehehe...

    psst.... hapdet la pls kenduri kawen kawan kita tu... ;)

    ReplyDelete
  2. klu ko g mesti leh terjumpa ko gak kan... :-)
    insyaAllah nnt aku update..sebebnarnya malas nk taip pnjg2 tu la masalahnyer...but i will try

    ReplyDelete
  3. klw dah ramai2 tu aku x sure la kita bole terjumpa ke tak. tapi kemungkinan tu ade la kot kan ek. hehehee

    takpe wa, aku paham. sbb aku pun bila kemalasan dah melanda mmg bersawang je la blog tu ha. huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...