meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (2) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

22 April, 2014

TORTILA WRAP PIZZA

 
 
Hye bertemu kembali...lama dah menyepi dek pura pura busy..hahaha

Minggu lepas bergembira sakan bersama sahabat handai akibat banyaknya masa lapang di malam hari.
 
Hujung minggu lepas ahad tu duduk rumah saja, awalnya nak ke gym ikut berexersice, dek kerana hujan bertapa je kat rumah tengok tv. 

Sempat juga buat simple breakfast. Dah simple tentulah menu western kan..... 
 
nak juga present atas papan pemotong...ala-ala Jamie Oliver
tak sedar papan pemotong tak cun!


Ok terusla kongsi bahan yang digunakan. Apa ada dalam peti ais kite bubuh je dalam wrap tu.

Bahan2:
  1. 2 keping Tortila wrap beli kat Giant
  2. Tomato cerry
  3. Salad
  4. Kepingan ayam ( guna yang ayam garlic, jadi dah siap perasa)
  5. Telur dadar
  6. Kewpie mayonis
  7. Sos peri nandos

Cara2:
  1. Grill kan sikit kepingan ayam dan tortila wrap (ni sebab tortila tu dah keras, simpan lama kot)
  2. Sediakan telur dadar - sebiji dah cukup, buat sinipis yang boleh
  3. Sapu kan sos nandos disebelah salah satu tortila dan satu lagi tortila dengan mayonis
  4. Letakkan salad, kepingan ayam, telur, tomato cerry diantara dua tortila
  5. Potong kepada beberapa bahagian untuk senang nak makan

Tips: gunakan minyak zaiton ye, bak kata rachel ray EVOO (extra virgin olive oil)

Last sekali boleh buat teh o panas....
Boleh plak menu western layan dengan teh o panas.

Hantam sajalah... Enjoy!

Nanti update cerita ketam gemok plak

27 March, 2014

RESTAURANT VENICIA, BUKIT IDAMAN, SELAYANG


Hye semua... Kali ni nak kongsi dengan kalian tempat makan rare sikit.

Minggu yang lalu ada sesi makan di tempat berdekatan dengan site. Untunglah kami langkah kanan. Tumpang seperut. Setibanya di sana menu dah ditempah rasanya. Kami ada dihidangkan salad mempelam. Sedap sungguh! Lain dari lain rasanya.

Tempat ni terkenal di kalangan warga selayang katanya. Terutama masa untuk makan 'besar'. Menu disajikan, memang sedap dan besar belaka bahannya. Udang besar, ikan fresh. Senang kata sendiri datang sendiri cuba. Cara masakan chinese style.

Antara menu kami order ialah daging rusa, ayam claypot, ikan kerapu stim, udang, sayur daun keledek. Kongsi gambar sikit kat sini.


Restoran terletak di kawasan perumahan kondo, ini alamatnya :
Restoran Venicia (Selayang)
1st Floor, Casa Venicia Club House
Jalan Bukit Idaman 1/3
Bukit Idaman
68100 Batu Caves
Selangor
Tel: +603-6136 2010
Business hour:
Mon - Thu 12:00p.m - 2:30p.m & 6:00p.m - 10:00p.m
Fri - Sun 12:00p.m - 2:30p.m & 5:30p.m - 10:00p.m
Cawangan ni pork free.

Adalah lebih baik, buat tempahan. Sebab ruang kecil je jadi limited. Dengarnya kebanyakan orang  suka tempat ni makan ramai-ramai. Maka makin terhad la kan.
Diingatkan juga poket kasi tebal ketika datang, sebab harga agak kencang sebab besar-besar bahannya.

Satu lagi cawangan di Bangsar Puteri Condominium. Yang ini ada hidangkan pork.

Selamat mencuba

26 March, 2014

Chicken pox sama dengan cuti panjang


Hye semua....lama dah tak kongsi cerita dengan kalian.


Sunyi seketika. Oklah, cerita sikit apa berlaku dalam minggu yang baru ni.

Alkisah bermula jumaat minggu yang lepasnya lagi. Dengan tiba-tiba, badan menjadi seram sejuk teramat sangat petang tu. Mengigil rasanya. Maka sabtu tu Mc. Doktor kata tekak infected teruk, mungkin jerebu. Tapi dah makan ubat pun, asal malam je demam. Badan panas sangat tanpa ada rasa pening. Ini sudah pelik. Memang aku jarang demam dan bila dah demam selalunya memang terlepak terus. Berhari terlantar. Tapi ni tak pening tak muntah, memang pelik. Dan tambah pelik, waktu siang aku tak demam tapi semua sendi kat badan ni rasa nak tercabut. Bisa dan sengal. Dalam sengal ni sempat menjelajah ke Mph subang parade sebab nak cari buku. Almaklum dapat baucer buku, harus gunakan sebaik mungkin.

Demam berterusan di kala malam dan awal pagi. Isnin aku pergi kerja, tapi memang berpeluh teruk tak tentu hala. Diri ni dah mula rasa takut, risau denggi. Sebabnya kat badan ada beberapa spot yang berair tapi adalah dalam 2-3 biji je. Selasa pagi bangun tidur, rasa badan panas sangat dan plan nk Mc lagi. Dan tetiba tengok badan berbintik merah. Terus ke klinik, doktor kata ruam hama! Atau suspek salah antibiotik. Aku sengaja tanya bukan denggi, campak ke chicken pox. Dia sahkan bukan sebab bentuk bulatan berlainan. Balik rumah aku tukar cadar, sembur dettol semua. Almaklum, hama! Tapi macam mustahil, namun tetap aku buat pembasmian. Aku teruskan makan ubat demam sampai 4 kali sehari, sebab panas badan sangat teruk. Keesokkannya, aku tak puas hati sebab nampak air gelembung dalam bintik. Makin seram muka dah penuh bintik. Aku ke klinik yang up sikit. Klinik Medivron di Giant, putra height. Orang tegur suruh beli barang, aku wat dek je terus menuju ke klinik. Nak drive pun tak larat, maka bestfriend lah tolong hantar masa waktu lunch. Selebet dan selekeh sungguh rasa diri ini. Selepas tunjuk je bintik kat doktor, doktor teruskan kata... Awak kena chicken pox ni. Glup! Memang sah dah tua gini baru ko nak muncul kan bintik. Hishhhh! Kerja tinggal aku tak kisah sangat, sebab bukan waktu puncak buat payment subkontraktor. Tapi kelas yang berpanjangan aku tinggal. Memang mengerikan.

Ohye bab ubat pula, doktor syorkan ambil antiviral sebab bintik baru je sehari dua ni keluar. Maka sempat kawal dengan antiviral. Kos dia rm210!!!! Pucat aku dengar. Habis stock medical claim aku macam ni. Kalau lambat ambil, baik tak payah terus sebab memang efektif waktu baru kena sahaja. Lastly, ambil je lah. Makan sehari 5kali selama seminggu. Walaupun waktu siang aku tak rasa demam, tapi bila check suhu sangat tinggi. Maka makanlah ubat demam 4 kali sehari. Masuk hari ke 3 lepas bintik keluar rancak tu. Demam dah reda. Kat lidah dan tekak pun ada tumbuh. Seksanya nak makan minum terkulat tergeliat lidah. Selera memang kelaut. Perut rasa lapar, tapi tak ingin langsung nak makan. Tengok tv channel afc, orang makan burger besar daging banyak. Aku rasa nak muntah! Kalau tak rasa menitis air liur.

Isu mandi tak mandi, air kelapa semua aku tanya doktor. Dia bagitahu tak kisah, mandi je la dan minum je la. Bukan apa pernah dengar, nak kuar semua minum air kelapa. Aku minum sekali waktu hari pertama confirm chicken pox. Tapi bila ada terbaca yang kalau minum nanti kuar banyak, sedangkan antiviral untuk elakkan virus duplicate. Maka aku stop, sehari je minum air kelapa. Selebihnya memang antiviral semata. Lagipun ada orang kata air kelapa ni musnahkan fungsi ubat, aku pun tak tahu apakah betul ke tidak. Sebabnya doktor kata tak kisah pun. Tapi dek was was, dan dek antiviral mahal. Kang tak berkesan rugi plak. Maka seali tu jela aku minum. Mandi pula aku berselang hari. Mandi dengan air daun semambu. Terima kasih la sahabat yang carikan kat kuil kat site tu. Mujurla masa ronda site haritu, macam terperasan pokok tu. Maka senang sikit nak mendapatkannya. Rebus dan airnya buat mandi. Air memang pahit sangat, tapi memang membantu mengeringkan bintik. Ubat sapu dah 4 tube aku pakai, nasib badan la. Satu tiub rm 15, terbang melayang lagi duit. Ada juga aku buat tradisional masker. Daun semambu, beras direndam dan ibu kunyit. Di blender saja dan tepek kat bintik. Setakat ni pakai kat muka je sekali, sebab bersepah2 benda tu. Nanti rajin pakai lagi.

Isnin lepas Mc dah habis, dan pergi jumpa doktor lagi untuk check kualiti bintik. Maka doktor kata masih banyak tapi progress sangat bagus. Sambung lagi Mc seminggu. Harini aku masih lagi Mc. Minggu depan baru kerja InsyaAllah. Hari ni dah mula kering dengan kadar cemerlang, tapi bekas memang setimbun. Bersabar je. Ingat nak balik kampung, tapi banyak benda nak uruskan dalam minggu ni. Maka cancel balik kampung, minggu akan datang je la balik. Tak nak bagi yang kat kampung plak jangkit. Bab makan, memang pantang. Masakan semua takda yang goreng atau bertumis. Ada tu kata tak boleh memasak langsung dalam umah. Sebab tak boleh menumis tu, nanti gelembung meletop macam masakan tu. Hmmm... No komen. Pantang larang orang lama. Aku masak je kat umah tapi memang takda goreng atau tumis, sebab kena kurangkan makanan berminyak. Tapi selamba haritu aku masak tomyam ikan merah dan sayur tu aku tumis sikit pakai butter. Nasib laaa.... Hahaha. Paling banyak memasak, cik yan la si bestfriend. Lagi masa demam teruk. Dia la yang jaga. Terima kasih ye....Engkau la sahabat sejati.

Oklah, tu je cerita bintik minggu ini. Harap cepatla sembuh, jemu dah makan makanan pantang dan tanggung kegatalan ni. Harap juga cepatlah bekas hilang, buruk rasa diri ini...huahuahua....

Sampai berjumpa lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...