meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

25 January, 2012

TRIP PENANG - KEDAH 2012 - part 1

Trip yang pertama untuk 2012
PENANG - KEDAH
21jan-24jan 2012

Sabtu 21 jan 2012

Walaupun cuti sambung tuk raya cina kami dibekukan dek kerana benda2 yang rasanya macam dipropagadakan, kami tetap meneruskan plan jelajah Penang - Kedah yang kami dah rancang. Kami terpaksa membatalkan program balik ke Johor. Sebenarnya tujuan utama untuk ke utara ni nak ke majlis perkahwinan rakan kami di Alor Star, dah alang2 pergi ke Utara tu apa salahnya panjangkan langkah kan?

Yang paling menyesakkan adalah perjalanan yang terlalu panjang...Kalah jem balik ke Johor

Subang-Parit Buntar-Penang ......10jam!! leper punggung duduk dalam kereta!!

Jem teruk dari exit Subang Jaya NKVE sampai la ke RNR Tanjung Malim ..memang menderita...12tengahari bertolak 5petang setakat Tanjung Malim je. Paling laju  20km...perghhhh!!!. memang kejang. Banyak dah orang berhenti tepi2 jalan . Kawasan lapang dijadikan RNR. Lelaki senang la urusan, orang perempuan kepit la ko sampai jumpa RNR.

Punca jem dikesan adalah sebab ramai sangat berenti kat RNR Tanjung Malim tu sampai terpaksa parking keluar dari RNR, sampaikan di laluan kiri highway kira2 panjang 300m jugak kot. Maka jalan tinggal 1-2lane je. Kami tak berhenti di situ sebab tengok kadar kereta yang berhenti dah boleh agak dah berapa jauh nak kene kepit lagi menahan , seksa tu lagi2 dah tahu ada toilet dah depan mata tu. Jadi kami berhenti di RNR Behrang. Sempat lepaskan hajat apa yang patut dan masa tu juga la kami makan bekalan yang di bawa.

Kadar kelaparan dah maksimum. Menu nasi putih, ayam sambal + ikan kering sepat menjadi sesedap sedapnya. Dah la lapar, hujan pulak tu. Apa nak jadi pun jadi la kami bersantap sentap dalam kereta je la. Nak dapatkan port kat RNR time sesak macam ni tinggal mimpi je la kan.  Kira2 45 minit lepas berhenti kami teruskan perjalanan . Ada jauh lagi jarak sebelum tiba. Dalam gerimis dan jem2 yang kurang teruk di beberapa tempat lepas RNR ni, macam kat naik bukit lepas Jelapang tu akhirnya jam 9malam kami tiba di Parit Buntar. Kami menjemput rakan kami a.k.a tourist guide kami...geeeeeeeeeeetuu.

Selepas itu kami bergerak ke Seberang Jaya dan dalam perjalanan itu lah kami dibawa ke tempat makan yang cukup menarik ni. Sebelum trip ni bermula lagi, rakan kami ni sudah pun mencadangkan lokasi makan ni beberapa hari sebelum tu. Menu yang pelbagai membuatkan perut rasa selapang padang bola..ha3

Kira jam 10 kami tiba di lokasi dimaksudkan, jalannya jauh kedalam. Sebenarnya ianya adalah ladang ternakan. Datang malam kan? rugi sikitla tak nampak keseluruhan persekitaran tu. Tapi yang pasti sebelum pintu masuk kawasan tu ada kandang kambing kat tepi tu. Maka tentu2 lah kedatangan anda disambut dengan haruman kambing. 

Parking yang luas!! senang je..turun kereta jalan la jauh sikit je pun sambil boleh tengok2 angsa2 tak tepi jalan tu. Masuk je kawasan tu ...melopong!!!!

WAH!!! meriah dan TERBAIK!! happening wehhh... suprise hakkakkkk

Lokasi:-
info lanjut klik sini
Sempat jugak nak posing kat signboard
Laluan masuk...happening


Belek menu pun paling kurang 5 minit...banyak betul pilihan...rambang mata!! MACAM2 HADDDAAA
Sementara yang di order tiba...kami sempat posing2 dulu

Suasana tempat makan...boleh juga bersila...banyak tempat2 duduk bersila2 ni...tapi ramai orang ..kami tak dapat tempat dah.

Sana sini ada orang..memang pack tempat ni

Chinese new year sensation!! rusa panggang
nasi briyani & kari ayam kampung
jus roselle + aiskrim
jus cinta (asam boi)
mix grill ( kambing, arnab, ostrich & rusa)
roti arab & gulai ayam kampung
cendawan mutiara
lamb chop....berasap!! good presentation!!
arnab grill
bersepah2!!


boleh bayar dengan kredit kad lagi tau...senang gitu!!
Berbaloi dan best kami beborak sampai ke pagi! tak reti penat agaknya.. jam 1 pagi kami tiba di Seberang Jaya nak check in hotel yang kami dah booking online awal2 ni. Sampai je ..mandi2 bedebum tido.

Yang ni highlyyyyyyyyy recommended hotel ..dah la murah!! selesa kooo!!! 
Hotel ni review next entry okey?


nota kaki :
PENANG WE Fall in love with U
AKU MAHU PINDAH PENANG!!!!
Harap2 kami sempat la sambung update cerita trip penang ni nanti... :-)

17 January, 2012

AL-MUNAWARRAH, USJ 9, UEP SUBANG JAYA (PART II)

Bila stress bekerja, balik lewat je 2minggu ni. Makanya perut terasa ingin dibelai oleh makanan yang lazat2.
Kali ni tempat yang pernah dituju dulu.  Dek makanan yang lazat, kedai ini berjaya menawan hati kami.

Kali ni layan nasi putih +lauk pauk+ air kedondong yang super lazat...

chapchai
Ayam manten ( agaknya ..lupa namanya)..tapi boleh tanya mamat ambik order tu. Dia yang suggest kat kami...lazat ni...ayam goreng bersalut2 bahan sos ala2 perapan...
Ini semua tahu.............butter prawn!!
Memang sedap makanan disini...terasa nak singgah selalu...tp makanan chinese ni faham2 la harganya kan. Kalau ada budget lebih apa salahnya.

Untuk map dan info lanjut, boleh juga singgah review kami disini. 

Selamat singgah...

16 January, 2012

SUP UTARA POWER, SEKSYEN 18 SHAH ALAM

Sesiapa teringin nak melayan sup2 dan  nasi ayam boleh ke seksyen 18, Shah  Alam.
SUP UTARA POWER!!


kedua2 gambar sumbangan : google image

Ada perlbagai menu sup2 dan juga nasi ayam. Kami order sup special (ada tulang,daging,perut &paru) tapi masa makan ada gak terjumpa ekor seketul. RM10 semangkuk memang banyak sesuai tuk 2 orang makan. Minta nasi putih dapat set biasa la makan sup kan...telur masin +timun+sambal belacan. Nasi ayam pun ada.

Kami sediakan map tuk permudahkan pengembaraan anda mencari kedai ni.



SELAMAT SINGGAH YEA...

10 January, 2012

Dilema awal 2012 ?

2012 dah muncul!!! Apa azam tahun baru korang? ada plan nak g jalan2 makan2 kat mana tuh?

Buat kami pulak, mood kelaut....ha3
Konon nak berbadminton, raket dah beli...sudahnya kelaut
Konon nak buat persiapan booking hotel & buat itenarary ke penang/kedah trip..sudahnya kelaut
Konon nak bercuti CNY nak cuti lama nak ke Singapore atau bercuti panjang dengan family..sudahnya sampai sekarang habuk pun tarak!!

Seingat aku last blog ni berupdate kira2 2 minggu lepas....fuh!!...Lama sungguh rasanya tak update blog ni..

Kami sangat2 sibuk dengan kerja opis yang berlambak2, nak kejar masa siapkan kire benda yang dah banyak kali kire, nak check2 la hapa lah... 2 projek punya costing nak siapkan kire sebelum hujung bulan ni. Dateline memang tak menyempat2. Dengan tempahan cuppacakepalace, dengan kerja parttime yang suam2 kuku ni, dengan nak melayan kerenah orang yang macam2 perangainya ni (sakit hati aku!!)..sampai kadang tak da mood nak tegur orang ataupun contact sesiapa pun. Bayangkan hp tu bunyi call atau sms pun dari customer, kadang rakan2 muncul borak2 sikit, selebihnya family kat kampung yang sibuk nak bertanya khabar. Diri ni langsung tak da mood nak contact orang. Kadang hp tu letak kat mana pun lupa...sadisssssss sungguh!!

Maaflah kalau ada yang rasa aku lupakan korang2 yer..serius!! bulan ni (harap2 bulan Jan ni jerk) mood aku memang ke laut. Muka pun seposen jerk!!. Sampaikan Annual Dinner company pun pergi dengan rasa yang tak berapa semangat, nak pergi jalan2 tegur orang sambil bergambar2 pun malas...ha3. 

Bangun pagi lagilah tak usah cerita..jalan dengan mata pejam tu la pergi kandang kucing tengok kikilala buat apa, melayan diaorang nak makan dengan nak melabur tu..pagi tengok muka KikiLala la konon, kot2 bagi tenang sikit pagi2 tu...

Entah kenapa rasa tak bersemangat langsung, pergi kerja, buat kerja, nak mengular2 pun tak sempat..ha3. Balik kerja pulak makan, tengok TV layankan cik Yan tengok Animal planet pastu tak lama tu tido..Jadi kalau blog ni sepi, harap2 faham2 jela. (Bertuah la blog ni, kalau aku terrajin nak update yer nanti)

Aku berharap sangat lah dapat cuti lama raya cina nanti .. banyak dah planning bersusun menanti nak di kemaskini dan dilaksanakan.  Habis kacau bilau plan bercuti aku...hishhhhhhhh merunggut lagi.

Oh yer.......setakat ni yang kami dah confirm nak pergi adalah Medan bulan Mac nanti. 
Disebabkan kami pergi nanti kira2 15orang family & kanak2 3orang, berkemungkinan kami akan bermalam di Samosir Island dan akan tinggal disini........

HORAS FAMILY HOME

Siapa pernah stay kat sini? Apa komen anda? Best ke? Kot2 sempat lagi nak tukar tempat lain.

wokeh la...nak sambung kerja dengan harapan kerja cepat siap dan dapat cuti panjang...bye2

nota penuh harapan:

Harap tahun ni Bulan Jan ni je wat aku tak semangat!! syohhhhhh mood tak baik..

'wahai mood positif come to mamaaaaaah..'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...