meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

29 April, 2013

SAMBAL HIJAU VS ULAM-ULAMAN


Lauk simple ni aku istiharkan yang memudaratkan, sebabnya aku akan makan nasi 2 pinggan. Hahaha. 

Abang aku kata kalau nampak aku makan ulam macam kambing makan rumput...
Aku pun tak boleh nak nafikan sangatla..sebab ada macam betulnya jugak
Walaupun aku kadang2 makan western tapi tetap lauk kampung la paling aku gemar. 

Ulam tu boleh cari kat pasar2. Kalau kat kawasan PutraHeight ni portnya kat pasaraya Hero. Kali ni pekena ulam raja & pegaga. Kalau berani boleh cuba peria katak, pucuk mengkudu dan daun betik (buat ubat). Kat kampung mudah cari kalau sini payah jumpa ulam2 pelik2.

Mari kongsi resepi sambal kegemaran aku ni.

BAHAN2:
  • 10 biji lada hijau
  • 5 biji lada cili hijau
  • segenggam ikan bilis
  • 1 biji bawang besar (kalau nak manis sikit bawang lebihkan)
Sebenarnya sukatan tu ikut la banyak mana nak letak ikut suka....

CARA2:
  • semua digoreng (lada tu potong 2 kalau tak mudah meletup2 nanti)
  • toskan minyak2 tu semua dan tumbuk (jangan blender..jadi berair tak sedap wo...cara tradisional lah baru best)
  • bolehlah makan dengan nasi panas dengan ulam
Aduh...perut bunyi krik3.....gara2 terliur.

Sambil menumbuk terkenang Arwah Iqbal yang bagi kiteorang lesung tumbuk ni...
Semoga rohnya dicucuri rahmat..Al-fatihah

P/s: masak nasi lebih sikit, tak pasal terpaksa berhenti makan masak nasi lagi.:-p



26 April, 2013

BAKSO & BUBUR, FOOD COURT GIANT USJ


Hohoho...seperti dijanjikan aku tayang bakso saiz GAJAH tu...

Mana nak dapat bakso biasa tambah plak bakso gajah tu harga RM 6? cuba bagi tahu mana?
Setakat ni aku jumpa kat Foodcourt Giant USJ ni je ada. Sila singgah gerai bubur tu ye baru la jumpa bakso gajah tu.

Kalau nak makan bubur nasi, nak campur ayam ke daging ke paru dan sebagainya ada kat situ. Bubur campur cuma RM5.


SELAMAT MENCUBA....

Nota kaki Gajah:-
Sebelah tu ada gerai Uncle Jack, sapa suka makan nugget MCD. Pergilah situ ye, harga lebih murah dan aku sangat2 gerentti!! (confident habis) rasanya memang sama. Boleh test dulu kalu tak percaya.
Kalau nak beli banyak pergi pasaraya Giant (pasaraya lain rasanya tak pernah jumpa) ada jual nugget jenama Uncle Jack tu. Confirm korang berpuas hati.
Kitaorang selalu lah makan nugget MCD di rumah...hahaha..cuma yang kurang tak da sos BBq tu.. :-0


24 April, 2013

AYAM PENYET, FOOD COURT GIANT USJ

HA.........kami jumpa port makan best punyer...sanggup promote beriya kat FB.


Giant baru dah buka dan foodcourtnya sangat best dan yang paling best sebab ada menu ferebet dan harga murah dan berbaloi2.


ni ayam penyet RM7 kot..lupa
ni ayam bbq ke hapa
Yang paling teruja sekali...gado2 yang pedas RM 5...pinggan besar kapal.




Ada ikan, tempe, daging dan macam2 lagi la...harga memang murah. Harap berterusanlah sampai bila2. 

Kualiti ada, kuantiti mantap & harga cun...tentu la customer repeat banyak kali.

SELAMAT MENCUBA

P/S:- Nanti kita upload yang kedai jiran2nya pula ye. Jumaat nanti aku tunjuk bakso saiz gajah!!

22 April, 2013

MEE RACUN, TAMAN SRI JAYA, BATU PAHAT

Mari kita sambung cerita balik kampung minggu2 lepas....

Awalnya Orang JB tu nak ke Parit Raja naik bas je, dah siap beli tiket bas dah ni. Tup2 family dia nak meronda2 ke Batu Pahat katanya. Aku plak dari hari Sabtu sibuk google2 lokasi sebab katanya ahad tutup.

Jam 4 petang kami bergerak ke lokasi 2 kereta gitu, sebab nak serang Mee racun. Jalan nak ke lokasi takda masalah sebab abang aku tu selalu merayap2 kat situ. Kami dah plan kalau kat situ tak buka try tengok tempat lain dan kalau tutup jugak nak layan Nasi Briyani Power kat Taman Soga ke mana tu lupa dah.

Nampak je kereta parking sepanjang jalan maka memang rezeki kami. Buka lah!! 

Kedai ni terletak di TL1, Jalan Rotan Tunggal, Taman Sri Jaya, 83000, Batu Pahat, Johor. Masuk JJCM ni..


ada satay jugak ..secucuk 50sen...
mak aku siap tapau...
hahaha...terkena candid snap...masing2 muka tunggu excited nak tengok rupa mee racun.
kami sempat posing sakan

Yan  & brader & kakak ipar..sorry tak termasuk frame...hahaha

Yesza.......... watak utama sudah tiba....

Mee racun 1 ( bermaksud 1 tulang) RM6
Mee ni macam mee bandung tapi lebih tomato & takda kacang2




SUMBER
Kalau yang biasa RM 3.50, kalau tambah 1 gearbox RM6 kalau tambah 2 gearbox RM7..sila buat percaturan untuk penjimatan...hehehe

Kat sini ada je menu2 lain goreng2 tu, satay  & roti canai pun ada.. 

Habis tudung aku merecik2 kuah..patut la abang aku order nasi goreng je...sebab dia pakai baju putih rupanya. Ceh...

Cara nak ke lokasi..kalau dari bandar Batu Pahat menghala ke Kluang (melalui Jalan kluang) akan nampak MK Curtain sebelah kiri. Masuk simpang tu terus je . Landmark seterusnya dalam 400m akan nampak kedai bakery Family belah kiri & sebelah kanan ada lorong. Ha kedai tu kat corner lorong tu.

SELAMAT MENCUBA..

19 April, 2013

KETAM GORENG BERCILI PAPRIK

Lama rasanya tak kongsi resepi dengan kalian kan?. 
Mari cuba menu baru ni, baru lah sangat kan..:-)

Selalu dah buat cuma kali ni ala-ala paprik gitu




BAHAN2:
  • 1kg ketam (elok pilih ketam betina sebab lebih isi)
  • 1 pek 200g cili boh
  • sedikit belacan
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai di potong2 kasar
  • sedikit daun limau purut
  • 1 biji telur
  • bahan perasa

CARA2:
  • bersihkan ketam
  • kisarkan ciliboh, bawang besar, bawang putih & belacan
  • tumiskan bawah kisar hingga naik bau
  • masukkan ketam dan kacau sebati 
  • selepas 5minit masukkan serai & daun limau purut
  • masukkan bahan perasa & kacau2 sehingga masak
  • akhir sekali masukkan telur dan kacau rata (tambahkan air kalau nak berkuah)
  • sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENCUBA.................




17 April, 2013

FISH MANHATTAN - groupon

Haaaaa.....selalu godeh2 PC tengok Groupon.
Semalam beli set Fish Manhattan ni........sebab murah dari Rm111+ dapat RM 49 je, murah kan...

Kami lepas kerja terpikir nak makan kat area Taipan tapi gagal nak mencari tempat yang menarik nak dicuba. Akhirnya kami ke Setia City Mall gadaikan kupon kami yang baru dibeli lunch tadi.

Sampai kat sana tengok ramai orang, kami masuk2 je terus waiters kata nak guna Groupon ye sebab nampak kami pegang kertas. Angguk2, senyum2, duduk dan tunggu je makanan sampai. Kami dapat 1 salad, 2 air - cala, 1 mussle garlic bread & 1 platter gala.

Selesai makan je....cabut....! :-)






P/s:-
Antara FM & Fish & Co. Kami prefer Fish & Co. lebih value dan lebih kena dengan selera kami. Tapi FM pun sedap juga.

15 April, 2013

BERSARAPAN MEWAH DI PLAZA LARKIN

Jumaat lepas update makan malam, harini update sarapan pagi pula. Aku ni suka sarapan2 melayu jawa. Roti2 bakar western2 letak tepi dulu..agak kureng. Malam tu dah plan dan esok nak pergi cari sarapan best bagi mengubati luka semalam. Sedih bebeno gayanya.

maka jam 10 pagi kami bergerak ke Larkin dan mencari Plaza Larkin. kami ke kawasan foodcourt "SELERA JOHOR".

Mari tengok2 bangunan, foodcourt & gerai2 yang ada.....
sumber
1
sumber
3A

sumber
Meja kami......kira si kawasan spot kerusi merah dalam gambar atas ni... Kami berlima membedal macam 7 orang....

 
Mee rebus RM3
Laksa Johor RM3 - 4 lupa dah....(kedai laksa johor)
Mee Goreng RM3 .(kedai laksa johor)
laichikang suam.....RM?? lupa
Nasi Lemak Ayam Goreng RM5 (sekedai dengan lontong)
Mee Kari RM4 .(kedai laksa johor)
Lontong RM3 (kedai ni sebaris dengan tempat duduk kami...sebaris kedai laksa johor)
Keseluruhan memang teramatlah puas hati...harga murah, layanan terbaik & kualiti makanan pun sedap2 belaka..Balik kampung ko Cik Yan, aku nak repeat...nak lontong kering & nasi ambeng plak......

Update blog sambil lap2 air liur meleleh......


12 April, 2013

HUTAN BANDAR BISTRO - CHICKEN CHOP RM5

Minggu lepas kami balik ke kampung, maka malam tu dah pakat nak layan chicken chop RM5 yang dikatakan glamour tu. Sampai je rumah Cik Yan lepak2 sekejap dan terus bawa adik, mak & ayah Cik Yan ke tempat nak dituju. Kami menuju ke cawangan ke 2 HUTAN BANDAR BISTRO ni, terletak di Jalan Yahya Awal (berdekatan TNB JB). Cawangan utamanya di Hutan Bandar.

maaf la yer..gambar macam kelabu asap
(seiring hati aku yang berasap masa tu kot)


Datang malam dan kawasan ramai orang, malas nak ambil gambar...2 gambar ni dari google. Masa kami datang ramai sangat bebudak remaja lepak kat luar tu, jadi kami sekeluarga decide nak makan kat dalam je. Cuaca agak panas & dilihat meja & kerusi agak bersepah2. Meja tak berlap..ok harap ini bukan la petanda buruk.





Menu kami order 4 chicken chop grill (RM7.50) & 1 chicken chop biasa yang glamour (RM5). Tapi yang tak bestnya order 5 air, setengah jam kemudian 2 je yang sampai. tu pun dah mula makan dah. Bila minta check semula order sampai ke sudahnya tak dapat. Kalau makanan lambat aku leh terima tapi air lambat! maaf susah nak terima. Lagi2 nampak air dah beratur tersedia tapi tak da orang yang hantar. 

Lastnya kami blah je tanpa tunggu air, bayar yang mana kami makan&minum sahaja. Bagi kami layanan sangat mengecewakan dan tidak menghormati warga tua. 

Ha...kan ..tak semua yang kami cuba tu ok. Kalau tak ok memang kami akan komen (kot2 kalau owner terbaca boleh la perbaiki).

Makanan keseluruhannya sedap dan berpuas hati. Kecuali yang otak2 dan pepes yang diletak2 kat meja tu. Kenapa rasa macam dah banyak kali bakar?? isi dah tak merah? lebam je aku tengok!.. Dalam lebam2 tu habis juga sebab agak lama tunggu makanan apatah lagi minuman.


Pesanan pada owner kedai, sila la perbaiki mutu layanan anda, waktu menunggu & kebersihan kedai. Berikan layanan yang menarik seiring dengan rasa makanan anda. Makanan dah boleh market tu, sayang kalau faktor layanan tu buat kami dan pelanggan2 lain taubat tak datang lagi....Murah bukan segalanya......

10 April, 2013

ENTRI SAPU SAWANG.......

Hye....semua yang kaki jalan & kaki makan yang comel2 dan ceria2......
(ayat bodek...sebab dah terkantoi lama tak update blog...ampun :-)......

Cita2 update berterusan setiap jam 8.30pagi pada hari Isnin, Rabu & Jumaat setiap minggu nampaknya gagal diteruskan bila tiba bulan April ni. Maka selepas post yang lepas baru harini muncul semula. Ternyata selepas bercuti sangat2 la sibuk dengan kerja di office, kerja tepi2 dan sakan balik kampung agih harta yang dapat dari percutian yang lepas.

Dan harini  poskad yang kami post 2 minggu lepas pun dah tiba. Aku memang gemar bebeno lah beli poskad sebab suka gambarnya cantik2 tapi tak pernah pos pun. Selalunya beli dan bawa balik je. Kali ni gatal nak pos bagai kot2 budget ada bau minyak kapal terbang ke...kalau takpun bau laut..hahaha.
(ke korang nak ole2 poskad plak pas ni??)



Aku berharap sangat laptop kat umah ni cepat sihat, (Laptop problem tu yang payah nak update, bercinta tul nak on PC kat umah ni....sob3) sebab ada port2 makan best yang baru kami cuba beberapa harini.

Tambah pula ada banyak cerita tertunggak tak habis2 termasuklah cerita Medan trip yang basi sangat2 tu. Jangan yang Surabaya & yogya basi jugak dah la..(cross fingers!)

Jumpa lagi Jumaat ni....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...