meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

25 December, 2013

RESEPI SHEPHERD PIE

Hye..bahagianya harini, balik je rumah dapat makan pie. Bahan ada mashed potato memang peveret la kan! Tq ye masak sedap!
Ok seperti dijanjikan kita kongsi resepi lah ye.

Bahan-bahan:
Kentang putar
1. 1kg kentang
2. Butter 1 sudu besar
3. Susu segar 1cawan
4. Garam 1 sudu kecil

Inti
1. 500g ayam kisar (dagiing pun boleh)
2. Bawang putih 5 ulas
3. Bawang besar 1 biji
4. Tomato 1 biji didadu
5. Lada bengala 1 biji didadu
6. Cendawan butang putih (white button mushroom) 200-300g ( cendawan shitake pun boleh) dihiris
7. Tomato puri 250g (setengah tin)
8. Sos spageti cendawan brand prego ( optional ), kalau pakai sos spageti tomato puri tambah dalam 2 sudu je.
9. Minyak, bahan perasa dan bekas aluminium/loyang pun boleh.
10. Telur 1 biji untuk hiasan

Cara-cara :
1. Kupas kentang, potong sederhana besar dan rebus hingga empuk.
2. Setelah empuk, toskan dan gaulkan dengan butter, susu segar dan garam. Putarkan dengan mesin tangan atau boleh pukulkan dengan tangan je. Pastikan halus.
3. Panaskan kuali dengan minyak sedikit sahaja, tumiskan bawang besar dahulu dan kemudian bawang putih sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam kisar dan gaul sehingga masak.
5. Masukkan pula tomato puri dan sos prego.
7. Masukkan tomato, lada benggala dan cendawan. Gaul sebati dan tambah perasa.
8. Lapiskan bahagian bawah acuan pembakar dengan kentang putar, tengahnya isi kan pula inti dan atas sekali lapiskan lagi dengan kentang putar.
9. Bakar selama 15-20minit pada suhu 180-200. Bergantung jenis oven ye. Bakar sehingga nampak garing lapisan kentang putar atas tu.
10. Untuk menarik, garis kan atas pie dengan garfu dan sapukan kuning telur.
11. Hidangkan

SELAMAT MENCUBA

22 December, 2013

SPAGETI BOLOGNESE FULL HERBS

Hye.. Selamat hari minggu.
Masak simple je harini sebelum hantar kucing pergi vaksin.
Apapun teruskan kongsi resepi je la ye.

Bahan-bahan:
1. Spageti 1pack
2. Bawang besar 3 biji didadu
3. Bawang putih 4 biji dicincang
4. Herba pasley, thyme, rosemary, basil,blackpaper (atau pakai je mix herbs)
5. Daging cincang 500g
6. Sos spageti kimball (peras bawang putih dan selasih)
7. Tomato puri
8. Bebola daging
9. Minyak dan perasa

Cara-cara:
1. Didihkan air dan tuangkan sedikit minyak dan tambahkan sedikit garam. Apabila mendidih masukkan spageti. Setelah madak, toskan.
2. Tuangkan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar dan 2 minit kemudian masukkan bawang putih.
3. Masukkan daging, bebola daging dan sesudu kecil setiap herba (kalau pakai mix herb letakkan dalam 2 tablespoon)
4. Masukkan sos spageti dan 3 tablespoon tomatopuri. Tambahkan sedikit air.
5. Masak sehingga sebati dan tambah perasa.
6. Boleh hidangkan

SELAMAT MENCUBA......

20 December, 2013

SUGAR MELON, SKY PARK ONE CITY, USJ

sumber: facebook sugarmelon
tapi sekumpulan yang kiri tu macam diri sendiri je...ye tak?
Ginger beef kueyteow

Hainanese chicken chop
Meehoon cantonese

Cheese cake

Meehoon sup

Blackpaper chicken chop
Hye..berpanjangan update kedai makan kat kawasan office kami je kan? Nasib la...ye. Kasi review sampai habis kedai.hahahaha
Kali ni kami beramai ramai mencuba di kedai SUGAR MELON. Juga terletak di level 1A. Kami pesan pelbagai jenis makanan. Sebelum ni saya ada juga cuba lain2 menu tapi tak sempat nak ambil gambar dulu. Yang ni pun kawan yang ambil dan minta share je la gambar. Tq shikin!
Saya pernah mencuba grill salmon, yang gemar makan salmon memang berbaloi melabur di sini. Harga RM23 kalau tak silap dapat dah salmon besar, puas! Maaflah tak ada gambar. Chicken chop rasanya baru RM 15.
Saya dan kawan seoffice suka makan di sini, sebab harga berpatutan. Contohnya untuk meehoon sup, cantonese meehoon tu dalam RM9, Ginger beef kueyteow RM 13.50, cake RM8+. Maaflah kalau tersilap ye.
Di sini memang terdapat pelbagai menu,  sedap & portion besar. Tentunya memberi nilai untuk wang anda.!
SELAMAT MENCUBA

16 December, 2013

OTAKO, SKY PARK ONE CITY, USJ

 
 
 
 
takoyaki
 
oyako don
 
seafood yakidon
 
Hye semua...bertemu kembali
Kali ni nk kongsi stall japanese food kat building office kami ni. Balik kerja dah lewat, maka malas nal keluar cari makan. Maka turun ke level 1A hendak mencuba makanan jepun.
Kami order takoyaki ada 6pcs rm 12.90. Sesiapa yang dah biasa makan takoyaki di jusco, mungkin boleh buat perbezaan. Harga di sini memang mengaum, tapi saiznya memang besar dan ada isi octopus yang besar. Cuma ianya tak sepadat takoyaki jusco.

Selain tu, order juga seafood yakidon rm 13.90. Ianya mee yang ada campuran sos masam sikit gitu. Hmm bukan selera diri ni. Ni besar juga portionnya.

Satu lagi oyako don rm 11.90, ianya nasi basah2 sikit ada telur dan ayam. Yang ni portion agak kecil tapi lebih sedap berbanding mee tu.

Selamat mencuba..

P/s haritu stall ni tak terima kupon office kami, setelah aduan kini terima berapa pun..bagus!

07 December, 2013

POPILLA, SKY PARK ONE CITY, USJ

 
 
Buritto
 
Nachos & mashed potato yang super yummy
 
Taco chicken
Nachos big hot
Hye..berjumpa kembali....
Kali ni saya teruskan dengan update kedai di office saya yang seterusnya. Almaklum gambar makanan dalam tab saya lebih banyak dari gambar sendiri posing. Kalau mood rajin tiba eloklah update je. Walaupun kemasan update guna tab ni tak seperti guna pc or laptop. Tak mengapalah..asalkan info makanan tiba ke pembaca... Tak gitu?

POPILLA juga terletak di level mazenine 1A. Kedai merah ni menyerlah, jadi dari jauh lagi sudah nampak. Menu semua mexican la. Ada banyak banyak keju. Layanan mesra je...terbaik

Saya dan rakan office dan mencuba nachos, buritto, mashed potato, mexican rice dan air pina colada. Air ni betul menyegarkan. Makanan sedap dan harga berbaloi. Dan paling saya gemari setakat ni mashed potato. Dan yang pasti ada banyak lagi menu di kedai ni yang belum dicuba. Tak pe next week cuba yang lain plak..
See you...
 

06 December, 2013

ENAKBITE, SKY PARK ONE CITY, USJ

Soto
 
Lama sangat rasanya tak berupdate blog ni. Terkini dah pindah office baru. Office kat shopping mall memang panjang langkah la nak menjamu mata dan selera di kedai makan yang tersedia. Tambah pula untuk 3 bulan ni pihak management bagi kupon makan tuk semua staff. Apa lagi, jangan salahkan penimbang kalau berat mwningkat akibat manfaat kupon. Memang digunakan sebaik mungkin. Sapa rasa tak guna sangat kupon tu meh pass kat saya.
 
Ok lah taknak bebel panjang, kali ni review kedai yang satu ni dulu. Kedai ENAKBITE ni terletak di tingkat mazenine level 1A. Ada dihidang pelbagai menu. Antara uang kami dah cuba adalah soto ni. Harga rm 7.90/plate. Kalau ambil set dengan air tambah rm1 je. Sedap! Cuma bagi diri yg gemarkan sedikit pedas rasanya kurang umph. Ada manis sikit. Apa pun selera masing2 kan. Kalaulah ada sambal kicap pedas, sure power habis.
 
Sebelum ni mencuba tahu brontak rm 4 je satu set. Ini sedap jilat jari. Sambal kicap sesedap rasa di cecah dengan tahu ni. Ia boleh dikira snack lah. Macam cucur tapi disumbat dalam tahu. Recommended! Tapi sory tak da gambar plak. Tak sempat snap dah hilang dari bekas. Takpe nanti ada kesempatan, upload special tuk kamu orang k.
 
selamat mencuba
 
P/s lepas makan soto tapau plak tahu brontak..makan sambil tengok drawing..hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...