meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

30 June, 2012

YES!!.. I'M SERIOUS!!!

happy saturday everyone!!.....
harini tak kerja!!....yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhh


tetapkan jati diri dan BE SERIOUS!!

IDEA - LIPSTIK PALETTE


hye...... 
beberapa hari lepas pergi cari box tuk letak pil kat ACE hardware. Sebab selalu terlupa, dah makan ubat ke belum. Bila ada box ni, dah siap2 label senang nak check samaada dah makan ubat ke belum. Tapi bukan pasal ubat kita nak share. Tapi tentang palette lipstik ni!!!

Oleh kerana dah membeli lagi 1 box sebab nak buat lipstik palette. Maka excited nak mulakan project...sebenarnya nak buat benda ni sebab banyak lipstik kat rumah tapi tak kan la nak hangkut semua kan time kuar2. Pastu entah letak sepah mana2 dalam beg la, beg mekap la, lalu melupakan lipstik2 tu.

Ada terbaca 1 blog tentang buat pallete ni haritu..dan memang berniat nak mencuba......
dan akhirnya berjaya buat palette sendiri....
Bahan2:
  • box pill
  • sudu
  • lilin
  • lipstik
Cara2:

  • Letakkan lipstik atas sudu dan panaskan sudu macam dalam gambar ni. (aku ada snap gambar tapi tak dapat jumpa. baru niat nak tunjuk lilin rm1.50 dapat 6 batang yang kiut miut aku beli kat ACE hardware tu.) ni pinjam gambar blog orang lain.


cara2 dengan lebih lanjut link
  •  susun lipstik nanti senang nak tulis dan label




  • kerja2 melabel di buat diopis lepas sarapan pagi kita dengan pantas print2 (bos.. minta ink kaler sikit..kat umah kita ink kaler habes)

Selesai........ senang kan???

29 June, 2012

GO GREEN!! TIPS 12

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Salam jumaat ...bertemu kembali menghijaukan bumi.....

Kali ni terjumpa idea dari beberapa gambar menarik dan kreatif di facebook group/seseorang (maaf tak dapat nak bagi credit link sebab terlupa nak copy link, masa save gambar ni)

Idea kali ni tuk sangkut anting2 or rantai2. Anda cuma perlukan frame gambar lama2 (boleh cat balik bagi cantik) dan beberapa renda yang kiut miut. 

Tapi kalau tak nak guna frame lama2 boleh guna frame cantik2 kat kedai ..tapi gagal la misi hijaukan bumi macam ni...:-(

Frame menarik macam ni rasanya boleh dapatkan kat IKEA or SSF kot.  Tak pasti ye, anda boleh survey2. Rasanya yang kayu lebih mudah. Cuma perlu lekatkan renda2 tu kat kayu tu . Mungkin perlukan stapler besar tuk mengukuhkan letakan renda tu. Dah boleh sangkut2 dah...

Lebih teratur, kemas dan menarik kan :-) comellaaaaaa


selamat mencuba

Minggu depan ada lagi tips & idea menarik...nantikan k

27 June, 2012

MUTIARA KATA 2

Short entry again in wednesday...



                           ayat terakhir yang paling berkesan!!

26 June, 2012

EDDY'S CAFE, USJ 19 CITY MALL

Kedai ni terletak di GF, Usj 19 city mall (dulu Digital mall, USJ). Selalu gak singgah sini masa lunch. Menu dia menarik dan penjaga cashier (ke owner?? tak pasti) dia memang manis muka kalau layan customer. Nampak tenang je orangnya gitu. 

Ni gambar depan kedai dan hiasan dalamannya.


kedua2 gambar dari bayclub

Banyak menu menarik kat sini. Antaranya ada foot long sosej (terkeluar2 pinggan tau!!), mushroom sup, waffle( antara yang terbaik aku pernah jumpa), mee udon & macam2 lagi la. Harga pun sangat berpatutan. Tak ketinggalan menu ni, nasi goreng kampung (feberet!!..sedap gila mesti cuba). Kalau nak lain sikit boleh try asam pedas ni. terangkat masamnya.

nasi goreng kampung & asam pedas sotong+rice

foot long sosej!! terbaik di alam semesta

chicken chop...osemmmmm!

Tak nak cerita banyak dah....mesti cuba!!

25 June, 2012

ISNIN YANG PENUH BERSEMANGAT!!

Isnin muncul kembali.....ha macam mana aktiviti hujung minggu semuanya menjadi? happy?

Sekarang dah hanpir tengahari, aku tahu korang mesti dah letih kan? mengantukkan kan?

Meh kita buat sama2.........


Ulang2 sampai hilang mengantuk & boring atau kene marah dengan bos/ senior

24 June, 2012

SUNDAY = OVERSLEEP & SWIMING DAY!

Hye geng!!.....

pagi hari ahad korang buat apa?

Aku kalau takda order atau delivery cupcake/cake 
or 
jumpa klient kerja part time dapat klient terlebih rajin ni ..payah!, suka jumpa pagi2 buta 
or 
berpiknik

Jawabnye aktiviti ni lah....


osemmmmmmmmm!!!! anak dara kan??
pastu celik2 mata tengok tv dan main2 dengan kiki lala.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Petang hari ahad korang buat apa?

Petang kalau free...apa lagi!! aku pergi pusat akuatik Shah Alam.
Pergi cuci 2 badan & cuci mata!! hahaha


Jom sesama... !!
Selalu kiteorg pergi 6-8pm. selalu sangat! rasa baru nak masuk 2 kali lalala
 Bayaran Rm 2.50 ( bagi yg tak expert berenang macam aku ni)
sapa expert boleh ambik kolam lagi dalam....bayaran rm3.00 je!!

23 June, 2012

BEKERJA HARI SABTU ADALAH YANG TERBAIK!

tajuk macam positif...


gambar macam hampeh
(kan best kalau waktu macam ni duduk depan tv kat rumah posing macam budak atas ni buat)
pagi2 selalu banyak cerita best kat astro.......
hmmmmmmmmmmm berangan je lah...

22 June, 2012

GO GREEN!! TIPS 11

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Salam jumaat..........jumpa lagi minggu ni dengan tips2 go green.  
Terjumpa tips ni masa tengok2 facebook rakan2 ada yang share benda ni.
Sapa ada botol2 tu boleh cuba buatpenyapu untuk kegunaan luar rumah, macam sapu2 daun ke rumput2 kering ke.

Cara2 boleh rujuk gambar ni.



Selamat mencuba dan selamatkan bumi kita...:)
Lain2 tips boleh klik sini.




21 June, 2012

SHIHLIN TAIWAN STREET SNACK

Tu dia dah mai!!!...Edisi menghabiskan entry tertunggak yang tersimpan lama dalam draft blog ni. Layan!

Kali ni nak share 1 kedai snack yang memang kami gemar makan. Kami pernah review kedai ni dulu. Ni lagi sekali review special punye..untuk sapa? ..untuk dia, untuk dia, untuk dia.....lalalala. (layan lagu najwalatif)

Sanggup tu kalau nak tengok wayang kat IOI mall Puchong beli makanan kat kedai ni pastu seludup bawa masuk tengok wayang. (staff GSC jangan tangkap saya k, kadang2 je buat...:-). 

Orang makan popcorn, aku makan XXL Crispy Chicken. Aku ada! kau ada? Kalau tak Crispy Chicken, mesti pekena seafood tempura atau pun sweet plum potato fries dari kedai ni. 

Kedai ni 1 floor dengan wayang kat IOI,  (korang berdiri menghadap wayang, pastu pusing kiri secara berkawad. Haaaakan dah nampak kedai ni) jadi senang la operasi penyeludupan. HEHEHE masih panas2 gitu NIKMATTTT.

Kalau kat Summit Usj, lepas pekena Laksa kat Ah Cheng masa lunch, selalunya akan pergi sini beli snack. Patut lah ko montel. Tak pun kalau tengok wayang mula la nak seludup. hehehe (tapi dah kuyup2 sikit la sebab dah berwap dalam beg lama dari LG nak bawak sampai tingkat 3.

Lain2 lokasi boleh klik sini. menu2 lain selain 3 diatas ni boleh la klik sini.

seafood tempura - rasanya RM 5 kot...lupa sebab selalu cik Yan yang tolong bayarkan
packagingnyer...

yum2

Lain2 menu dan harga - kalu tak nampak sila pergi kedai mereka sendiri..hehehe (boleh gitu?)

Ni ada yang set2

ini dia crispy chicken.....gile besau...XXL tak silap harga RM6 ke RM6.50

yessszzaaaa sweet potato...ni tak silap Rm4.50..(berapa banyak kali tak silap da...)

tips dari kedai ni....gunakan sudu je...lagi enjoy.

Aku belum pernah cuba menu handmade oyster mee sua ni, sebab aku tak suka oyster..hehehe

Tips kesihatan: 
Sapa2 kurang sukakan seasoning.,masa order request tak payah letak bahan perasa ni ok. 
Sebab mereka akan bubuh dengan agak banyak. Kurangkan garam dalam makanan :-)
makanan mereka tanpa perasa ni pun sudah cukup berasa.


20 June, 2012

MUTIARA KATA

Harini  malas nak update panjang2
Sebab pagi2 ada ceramah sikit tadi...
diterima dengan hati yang tenang 

dan

absolutely true......
renung2 kan dan selamat beramal....

18 June, 2012

ALI CAFE RESTORAN, USJ 10

Baru2 ni kami try tempat makan baru kat taipan, usj 10. Selama ni makan kat Old town berdekatan dengan kedai ni. Sekali tengok menu mengancam, macam2 ada. Tak percaya, cuba try tengok. Kalau dari 12 tengahari - 10 malam ada menu macam ikan 3rasa, ketam cili dan sebagainya.






Kami sempat snap dalaman kedai, selesa gitu kan......





Kami lunch haritu try Mee Rebus
 (sangat banyak ok!!)

Sorang lagi pekene lontong..
osemmmmmm!! 

Aku try benda baru. Mee sup ikan susu
Rasa dia masam2, ada isi ikan goreng, mee dia macam glass noodle.
Menarik & sangat2 lain rasa dia


Oh ye 1st time makan sini, bos dia bagi rasa kek hokkaido ni free. Akibat sedap kami memborong 6pcs.
Kek ni macam kek span tapi dalam dia ada filling macam krim dalam creampuff tu..sedap wooo



Meh kite cuba merasa sama2 yer....

15 June, 2012

GO GREEN!! TIPS 10

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Sedaya upaya untuk teruskan mengupdate info untuk go green. Kali ni nak share benda menarik & super osemmm. Sapa ada anak2 tu kalau buat benda ni letak kat bilik tidur diaorang mesti menaik. Sapa takda anak lagi boleh cuba letakkan kat meja ruang tamu/ bilik tidur. Sambil layan2 mata nak tidur tu boleh tengok keindahan buatan tangan sendiri ni bila matikan lampu kan.

sapa banyak balang2 kaca kat rumah boleh la mencuba ye...

JAR GLOW IN THE DARK!


Cantik kan???

bahan2: 
  • balang
  • stick glow in the dark ( boleh cari kan kedai2 party)
  • gunting
  • gloves getah (elakkan tangan dari terkena bahan berwarna2)
  • cermin mata keselamatan (cecair glow in the dark tu mungkin merbahaya (ada kaca katanya) . Kami pun tak pasti. Yang penting elakkan kena mata yeee) 


cara2:  boleh rujuk dari sini : blog orang lain






SELAMAT MENCUBA

14 June, 2012

RESEPI - POPIA GULUNGAN MESRA

Ahad minggu lepas sementara nak pergi bayar duit mesin jahit kat Giant Putra Height, sempat menyinggah ke Secret Recepies. Saja2 nak basah tekak melepak2. Tetiba terorder popia seafood. Sedap tapi kecik cetoet je 7ketul Rm7. Mula la rasa tak puas makan kan. sah2 la ko ni jenis selera besar.

Malam tu terus bergegas ke pasar borong Selangor kat Seri Kembangan nak cari udang nak jadikan isi popia. Tapi gagal sampai sana dah lenggang pasar basah. Ada sayur2 je. Jadi tanpa buang masa beli je la apa yang dijual.

Maka hari isnin lepas balik kerja kami pun bertungkus lumus dalam keadaan lapar tu membuat popia tanpa udang idaman tu. Tak pe janji lazat!!

Sorang masak inti sorang gulung2, sorng maintain gulung sorang lagi dah menggoreng yang dah digulung. Siap je goreng 2-2 sibuk makan dulu, agak2 kenyang baru sambung gulung. Hehehe tak menyabo-yabo.

Ok masa tuk share resepi. Nama resepi mengancam habesss!! hahaha...suka hati la kan nak nama kan apa. Almaklum demam selebriti chef melanda....

Bahan2:

A) Popia
  • Kacang panjang (dipotong halus)
  • Lobak –2 biji (disagat kasar)
  • Tauge – dalam 30sen
  • Daging kisar – 1 pek  500g
  • Bawang besar – dipotong dadu
  • Bawang putih – dipotong dadu
  • Bahan perasa
  • Herb ( basil ) & lada hitam – ini tak semestinya, saja try & error. Lain sikit rasanya
  • Kulit popia ( beli ready made je kat mart, giant dan sebagainya)
  • Minyak (tuk goreng)

 B) Sos
  • Sos cili agak2 5sudu
  • Gula – 1 sudu makan
  • Minyak bijan – ½ sudu makan
Cara2:

  • Gorengkan bawang2, dah agak garing masukkan daging.
  • Bila daging dah masak masukkan herb, gaul2 dan masukkan bahan perasa dan sayur yang dibasuh & ditoskan.
  • Angkat (jangan goreng sayur lama2 nanti tak ranggup dah)
  • Sejukkan dan macam biasa la gulung2 popia (sambil2 sejukkan, sambil2 la curi2 masukkan ke mulut. Macam tak biasa plak)

  • Goreng & sediakan sos (kacaukan ketiga2 bahan sos) dan dah boleh masuk mulut dah.


Amaran : lepas goreng tu popia sangat panas, jangan sampai melecur mulut plak. Bawak2 bersabo.

Hari selasa berbekalkan popia ke opis…yeah…

Selamat mencuba yer




08 June, 2012

GO GREEN!! TIPS 9

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Salam jumaat..........kali ni tak nak qada' post dah. Ada kelapangan sikit masa ni jadi nak share dengan korang 1 lagi tips 3R ni.

Terjumpa idea ni masa survey2 cara nak DIY beg. Tapi yang ini memang gilerrr senang.

Cara tak payah cerita panjang la....tengok kat gambar tu ok.

Ni sapa ada scarf2 tudung2 ala2 corak kat gambar bawah ni mesti cantik wat beg ni.

Selamat mencuba k.

nota kaki bengkak jalan kaki keliling bukit cerakah :
Aku pun nak buat (weekend ni nak bongkar kotak2 lama).
Tambah plak aku semangat membeli mesin jahit (mood cari idea buat beg & baju dari kain2/tudung2 terpakai berkotak2 kat umah tu)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...