meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

31 March, 2012

STRAWBERRY FIELD CAFE, USJ 10 TAIPAN

Bila dah gaji wajib la bagi treatment kat tekak sendiri kan? jadi jelajah kami awalnya ke Sunway Pyramid. Tapi gagal mencari tempat sesuai dek orang berduyyyyyyuuuuunn tiba (ala2 lagu juliana banos). 
Akhirnya dalam perjalanan balik teringatkan petai...petai???? ye petai...(kecik2 dulu pun siap ada gelaran minah petai wooo)
  

Dan bagi yang minat makan petai dan mencari2 nasi goreng petai...sini tempatnyer (baca nada johan "ini makan dia"). 

Kafe Strawberry Fields26, Ground Floor, Jalan USJ 10/1B,
46720 Subang Jaya
Tel: 03 - 5635 9252
   


yang menarik tentula harganyer....
Menunyer tersangat la banyakkkkkkk.......mahu2 20 minit nak pilih makan apa..antaranyer...


ha kannnn...dah kata murah...masuk paper lagi...:-)


Tapi tak bestnyer....petai habissssss....memang ramai sangat orang malam tadi. Dapat meja tepi dinding je..yg meja kecik. Tengah2 nak order nampak orang dah habis makan, cepat2 pindah meja yang selesa sikit.

Jadi kami pilih.....
green curry chicken rice...dapppp wooo
kam heong chicken rice

pelengkap menu...cewah...tambah butter prown medium...
udang dia guna kang gemok2 kepala besar tu...puas..
Total pembahaman malam tadi Rm 40+


K...selamat mencuba ..
nak g wedding kawan kat keramat....daaaaaaaaaa

27 March, 2012

WONG SOLO, BANDAR BARU BANGI

Minggu ini aku semangat nak habiskan review tentang tempat makan yang kiteorang cuba (mana yang aku masih ingat la gambar2 tu semua aku simpan kat mana.hahaha...bersepah2 dengan folder kerja..kerja tengah bertimbun..time kerja bertimbun la niat nak makan macam2 timbul. Selera membuak2 kata orang...tension konon...halasannnnnnnnnnnn :-p). Ada dah ramai tertunggu2 aku review medan trip, Serius takda masa nak update cite panjang2 tu. Harap2 aku rajen la yer beberapa hari mendatang ni..

Beberapa hari lepas kami ke Bangi. Mulanya kami planing nak mencuba Wong Solo yang di Shah Alam saje. Tapi dek kerana mencari bahan cupcake untuk tempahan esok harinya takda kat subang, kami terpaksa la merantau ke Bangi. Alang2 dah ke Bangi apa lagi terus teringat kat Bangi pun ada Wong Solo ni. Google punye google, sah bin konfem memang ada. Lepas kami siap2 borong bahan cupcake kami ke kedai di tuju itu.

Berdasarkan landmark yang di google, maka kami tiba la destinasi dituju. Ramai juga dah orang kat kedai ni.
Kedai ni di bahagian barisan belakang kawasan bank RHB islamic & old town (seksyen 9, bangi). Kawasan ni memang banyak kedai makan. Menjajar je mata memburu...hahaha

sumber google image

ada tempat duduk makan bersila geetuuu...
 gambar2 bersumberkan : google
jus alpukat tu glamour...nak cuba tapi dah habis..
jus poligami ni tak leh cuba,...bahayaaaaaaaa....kah3
(sapa2  bawak suami gie makan sini jangan bagi order ni...keh3)
Kami order teh o ais & soda gembira (air bandung) je.....cehhhhhhhhhhhh

Sementara menunggu order sempat snap pic posing2 dulu..
disebabkan duduk meja depan cashier..ha tengok2 berderet sibuk2 beratur membayar....dapat free kah?
Tak lama yang diorder pun tiba... SERIUSSSS....sama rasa macam masa makan kat Medan.

Kami gelarkan rasa 'indon'...ayam dia sedap!! tapi sedap lagi ayam kat Restoran Garuda, Medan...hahaha ( sah2  la lain kan :-P)
set ayam bakar (set ni ada sekali air mineral botol comel)
rm10.90 tak silap..
Kami order sorang 1
menu tambahan...ayam penyet rm 6.90 kot
gado2
gado2....rm 7+
sambal gado2nya  pedas & manis2...
(aku suka lagi gado2 ayam penyet ria...hehehehe)
total pembedalan masa ni : hampir RM50+..yum2 ...kopak poket

SELAMAT MENCUBA

26 March, 2012

PAK LI RECIPES

Kali ni nak review tentang 1 kedai makan kat Summit USJ, tempat kami selalu hangout ( almaklum dekat dengan tempat kerja & rumah :-)..) iaitu PAK LI RECIPES..

Lokasi kedai ni  di level LG berdekatan escalator hujung yang ada watson & elianto tu ( bukan yang area wayang GSC tu yer). 
sumber google
Menunya macam2 ada..menarik..konsep ala kopitiam & ada pelbagai pilihan makanan, melayu ada, chinese ada..macam2 la..

cendol pun hadoooooo!!

meleleh hidung makan cendol (ni sejuk ke pedas?? he3)

ha...order set sotong asam..set lengkap semua ada
close up sikit plzzz

haaaaaaa ni set tomyam dia...
tomyam nya sedap ala thai..pedas2 manis...
siap datang dalam claypot..ada api lagi bawah tu bagi lauk hangat sentiasa...
SELAMAT MENCUBA..
(maaf lupa harga dah...but memang harga sangat berpatutan)

25 March, 2012

MEE KARI KETAM KUALA LUMPUR, SHAH ALAM

Baru2 ni kami intai 1 kedai makan yang wajib dicuba kat Shah Alam ni. Tambah plak peminat2 ketam macam aku ni kan. Memang terkinja-kinja nak merasa.

gambar sumbagan dari fb mee ketam kl
(tengah shooting gitu...)
kedai ni masuk JJCM tau...
Kami bertolak dari rumah agak lewat, sampai sana jam 10malam kedai dah nak tutup rupanya. Sebab orang agak ramai kami ingatkan masih dibuka. Terus tiba main duduk je. Rupanya kedai dah nak tutup, menu banyak dah habis. Hanya 2 menu kat gambar bawah ni je yang ada lagi.

Bila disogokkan dengan ketam nipah, memang tak tolak punya lah. Kite dijemput ke kaunter pilih ketam dan udang yang ada, cari2 betina dah habis. Ada jantan je, ok je lah sebab sentap dengan sepit ketam nipah yang besauuuuu tuh!!

Mereka akan timbang dan kirakan tuk kita sekali berapa harga nak kene tambah harga mee ..hehehe..
ok in the budget!!

Tak lama tu nampak dah mereke tengah sediakan mangkuk2 kami..yeahhh!!! tak sabarrrrr wooo..
Sekali tiba, sempat snap2 sebab memang niat mencanak2 nak share tempat ni dengan korang2 kan. Harus la ada bukti gambar yang sahih & jelas sebelum terusik!!

Dah tiba tentula kene makan...sekali makan........hmmmmmmmmmmmmmmm

SEDAPPPPP WOOOOO!!! puas hati.. dah la makanan sedap, pekerja pun ramah. Walaupun kami sampai tepat kedai dah nak tutup tapi mereka tetap layan kami. 

Meh layan gambar..
mee kari ketam + ketam nipah
harganya mee rm4 + ketam nipah rm13.10 (rm5/100g)  

mee kari udang galah
harganya mee rm4 + udang galah rm9.10 (rm7/100g) 

Ha....teruja la tuh tengok sepit mengancam. Walaupun camera aku cabuk tetap bersungguh nak ambik tang sepit tu..sengaja bagi korang terliur..hehehehe.

Memang terbaik lah...kami suka...
Total pembedalan ialah RM34.50 (termasuk air teh o ais 2)

Silalah berkunjung ke:-
No 11, kompleks Anjung 7, 
jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam (Belakang UNiSEL) 
Dibuka :
selase-ahad : 12:30tgh - 10:00mlm 
Jumaat 5pm-10pm 
Isnin CUTI 
Hubungi : Usamah :019-2346388 & Ubai: 0192496054 

Oh ye bagi tips sikit : kalau nak ketam banyak isi pilih la yang betina.
(kalau minat makan ketam tak tahu jantan betina...fail la tuh :-P...)
ok bezanya tengok kat perut ketam tu...ha bagi gambar la senang kan. Godeh2 dalam google jumpa gambar ni. Ha.....terang lagi bersuluh...ini dia.(macam mana nak ingat mana satu jantan betina..pandai2 la imagine sendiri....kah3)
betina
jantan
SELAMAT MENCUBA..

16 March, 2012

HOMEMADE BURGER BAM BAM BOM!!

Beberapa hari lepas sahabat seopis suggest 1 kedai makan kat wangsa maju, kedai burger kaw kaw. Kami teruja ingat nak makan hujung minggu ni. 

Tapi kes tak sabar nak merasa punye pasal maka kami merancang nak masak burger homemade patties....pe barang beli yang dah siap!!!....hahahaha

ahhhhhhhhhhhhhhhhhaaaaaaaaaaa...terliur la tuh!...

Meh kiteorang share resepi burger BAM BAM BOM!!...
(kenapa bam bam bom? chef kata tengok la tukang masaknya :-).....)

Bahan2:

Bahan A
daging kisar 1kg (cari yang fresh tu..jangan yang pack macam yang ada2 jenama tu..
ni bg contoh gambar la senang rupanya guane..
sumber :lebai google

bawang bsr kuning 1biji potong halus
bawang putih 3ulas potong halus

pepper
seasoning
breadcrumbs (kiteorang guna roti burger tu juga 2 biji,hiris,sapu butter & bakar garing2.. ambik bahagian tengah jela..tepi tu keras & hitam sangat nanti)
telur 1biji
rosemary,black pepper,thyme (beli yang mix tu pun ok)

sumber :lebai google jugak
yang lebih kurang macam ni la...


Bahan B : 
kepingan cheese (cis bedebahhhhh kalori2!!!) 
roti burger
sos
timun 
salad
tomato

Cara2 :
campur semua bahan A
bentukkan patties tu ikut selera..kami punye gumuk2
panaskan kuali minyak sikit
goreng api perlahan & balik2kan

pastu buatla rutin macam biasa buat burger lah gunakan bahan B tu...
roti, lapisan salad, timun, sos,tomato, patties,cheese bedebah & roti...(ikut korang la nak susun mana dulu)


selamat mencuba!!!


p/s: nanti kalau kami dah mencuba kami review kedai tu plak k

02 March, 2012

PADAH CUBA2 BERKAWAN DENGAN ROBOT!!

NI LA PADAH BILA KAWAN DAH TIDO..TAPI KO TERKEBIL2 SORANG....!!





KURANG HASAMMMM PUNYE CLEVERBOT..
menyakitkan hati boleh jadi giler layan ko!!

Medan Trip - CheckList

Simple check list :-

Baggage
  • passport (CHECK STATUS SENARAI HITAM awal2 k, elakkan sebarang kemungkinan tak lepas nak ke luar negara)/purse/segala dokumen penting macam itinerary flight, resit2 booking, contact2 no hotel, driver & kedutaan
  • tukar duit (minggu ni tukar dapat 1juta = RM 337 & RM 335). aku bawa juga RM sikit kot2 terover budget ..boleh la tukar kat sana je.(almaklum airport tax nak kene bayar masa nak fly balik tu..Rp75k/person)
source : google
masa tukar semua dapat yang atas kiri tu je..Rp 100k
(dengar kata jangan pecah2 sangat kat sana, sebab bile duit tu kecik2 sangat balik sini tak leh tukar balik, tak tahu la betul ke tak. Masa ke Gold Coast dulu gitu. Syiling2 tu banyak, diaorang tak nak. Aku wat collection, yang selebihnya nak bagi ganti kat kawan yang nak gie sana tak lama lagi...selamat2)
  • siap2 packing duit asing2 dalam envelope  dan labelkan macam tuk bayar transportation/hotel/airport tax/airport transfer & etc (senang time nak bayar tinggal kuarkan dari envelope2 tu kira semua (recheck) dan hulur dan sile wat muka sedih.$$$ terbang..Ha3
  • baju bajan ( buat list ikut hari, kemana pergi dan apa nak pakai, jadi tak perlu bawa lebih2) kalau hotel atau homestay ada sediakan towel, tak payah la bawak dah..jimat ruang. 
  • toiletries, makeup ke hapa2 losen semua yang biasa anda guna
  • first aid - ubat2 standard ( pil sakit perut, panadol, minyak angin aku suka yoko2, plaster luka dan sebagainya
  • laptop& charger, hp & charge, camera & charge, kabel2 yang patut bawa
  • CALCULATOR !! ( senang ko nak kira convert2 duit diaorg dengan RM kita, check berbaloi tak nak shoping ke hapa... kan senang tak payah nak pening2 congak..hahaha..(ni aku suka!! boleh la rehatkan otak dari kerja mengira2 yang selama ni aku buat sepanjang masa almaklum kerja aku ni hari2 hadap excel...muntah)
  • pen & buku nota ( senang nak catat info)..macam kteorang ada file siap tuk isi itinerary & semua info kat sana. Kot2 nak guna senang tinggal selak2. ha...termasuk senarai makanan yang nak di bawa/ dibeli kat sana..(halamak.....oh tidak! aku terlupa nak beli perencah nasi goreng adabi..haiya...esok kene cari)
Pet
  • Dah booking awal kat area Saujana Putra, esok petang dalam kul 3 boleh hantarkan budak 2 ekor tu. bye2 tinggal kejap jep, jangan meragam2 k. (jangan lupa bg contact no. tapi kalau ke oversea nanti mesti tak guna no. malaysia kan? jadi tinggalkan email anda juga). Mudah dihubungi andai apa2 berlaku pada pet anda.
Rumah & Kereta
  • pastikan semua plug yang patut dah off & dicabut (astro ke hapa semua nyer..kecuali peti ais lahhh :-)...)
  • cabut kepala gas dari tong gas tu (ni amalan sejagat..wajib aku buat..baru hati lega)
  • kunci pintu & tingkap2 anda
  • tutup pili2 air (dan lagi senang tutup sekali meter kat luar rumah tu)
  • buang air siap2 dari mesin basuh & sidai baju ( yg ni peringatan sebab selalu time nak travel ni la sibuk basuh baju kan??? sbb tak cukup nak bawa.. tup2 terlupa nak bilas ke hapa ke..balik2 kang rumah harummmmmmm bau baju terperap)
  • Sila buang sampah!!!! ( ko takda kat rumah kang, ulat yang gemok tengah makan kuaci yang tengok tv ko nanti !!)
  • kunci kereta (dan kalau boleh cuba cari tempat parking kat2 tepi2 guard/tempat mudah orang nampak dan lalu lalang...terbantut sikit kot niat jahat sesetengah orang tu)
Apa lagi yang aku lupa ....cecuba korang remindkan aku segera sebelum terlambat


k chow dulu, nak babap...settle dah aku deko cupcake (selalu macam ni lah, time nak travel nak close kedai on9 ni, banyak plak order, dah orang sudi order kite kena la sudi buatkan..customer perlu disayangi :-)...)
sementara tunggu air masak nak rendam bahan2 sisa2 berkrim tu sempat share cite kat korang jup. good night..eh good morning...eh good night..mana2 lah..zz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...