meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

22 May, 2011

CHAR KEAW TEOW PENANG

masa pergi cari bahan kek..tetiba terpandang keawteow...terus teringat teringin nak mencuba char keawteow penang...ni akibat terngiang2 keenakkan char keaw teow kat malis setapak, juga kadang2 layan kat depan kfc seksyen 27 shah alam ni..( tahap boleh la lepaskan ketagihan)

oklah...takmo membebel lagi..mari kite tgk bahan2 nyer
setelah mengoogle dan memodified resepi...akhirnya

Bahan-bahan ( anggaran 2 org )
untuk buat paste

300 gm udang (suka udang lebih kan la yer)
200ml air (klu banyak sangat lambat kering kang paste ni)
6 ulas bawang putih ketuk2 jerk
6 sudu sos tiram (lebih sikit pun ok...lagi sodap)
2 sudu kicap pekat
3 sudu kicap manis (lemak manis pun boleh...johorian mcm kami.layan jalen!!)
1sudu petis (terlupa beli)..jadi tak pakai pun..(tp wajib ada patut..baru la menjadi!!)
serbuk pati ikan bilis / pati udang
garam & gula secukup rasa

untuk goreng mee

sebungkus kuey teow ( tak tengok plak berapa g..dalam 300g kot)
3 sudu cili boh (sapa suka pedas tambah la lagi)
kerang yang dah dikopek ( hmmm tak berapa suka yang dah siap kopek..sebab ada rasa pelik..tapi tak rajen nak beli kerang segar n rebus n kopek..so guna jerk la yang dah siap) nak bagi tak rasa pelik sangat nnt kami tunjuk caranya
sedikit taugeh
sedikit kucai ( cik liza tak suka kucai..jd kami tak letak kucai)
3 biji telur

Cara-cara
mula2 kite buat paste yer..

Rebus udang + air. Bila udang hampir masak, angkat & ditoskan airnya
simpan air rebusan jangan buang yer
Campurkan semua bahan-bahan paste tadi dengan air rebusan udang, masak sampai agak pekat. pastu biarkan paste sejuk (boleh gak simpan kat peti ais tuk kegunaan akan datang)

*rupa paste yang dah pekat

masa untuk goreng mee
1.Tumis lada boh sampai garing



(*untuk yang tak berapa suka rasa kerang yang pelik( macam hanyir2 tu)..boleh la cuba goreng dgn ciliboh di dulu..kasi garing sikit)

2.Pastu masukkan paste tadi dalam 6sudu.
3.Gaul2...masukkan udang (sapa2 yang tak kisah rasa kerang pelik tu..masukkan kerang masa ni yer..sama2 udang)


4.sesiapa suka berkuah lebih..banjir!!...letak air dlm 1/2 cwn. ikut takat kebanjiran yang diinginkan.
5.dah didih masukkan kuey teow, taugeh dengan kucai dan kacau rata.
6.rasa2 la..agak2 tawar tambah la perasa lagi/ paste tadi.
7.Pecahkan telur kat kuah yang banyak...biar lama sikit telur dah nmpk bergumpal2 sikit tu..


8.kacau dan bolehlah angkat masuk pinggan
9.ngap3..senduk....tiup2 sumbat ke mulut :-)
tapi rasanya kene ada petis gak..baru la terbaeeekkkk!! (sah2 ko hantu petis kan??)

tips:
memasak kuey teow ni sekejap jerk dalam 5 min situ tapi api mesti kuat yer.

SELAMAT MENCUBA..lagi sedap makan dengna jeruk lada besar tu...hmmm ( tak rajen nk buat)

**pasni nak gak cuba wat yang ada petis...baru ar...char keaw teow penang sebenar!!

09 May, 2011

MEE GORENG SOTONG SEKSYEN 2, SHAH ALAM

Hari ni cik yan demam. Dia ni kalau demam makin berselera, ha pelik tapi benar. Kami ni selalu boring bile makan benda sama jer bile makan luar. Bila kat umah pun masak yang pelik2 sikit. Konon biar berselera, padahal memang selalu berselera cuma boring jer dengan makanan yang sama. Balik dari kerja, cik liza terus pulang ke rumah ambik cik yan bawa pergi makan2 supaya cepat sembuh.

Destinasi kami setelah berpikir2 tetiba teringat nak cuba mee goreng sotong Seksyen 2 Shah Alam sebab haritu masa hantar cupcake ada ternampak banner kedai ni. Kiteorang selalu gak pergi seksyen 2 tu layan kedai2 peberet masa zaman belajar. " Alhamdulillah" & "wawasan 2020" wah legend tuh!!... Selalu layan nasi pataya dia yang mewah plus memang dah siap2 ada daging merah. Ditambah pulak dengan minum air MILO CINCAU!!..perghhhh gua tak kasi can.

Kali ni ada cipta kelainan sikit, cuba mee goreng sotong. Kedai dia bersebelahan KFC tu yer. Tiba dalam jam 650petang, agak ramai orang disitu. Memang rezeki kami, sampai2 ada 1 meja yang orang dah siap makan. Terus duduk. hehehe. Atas meja dah nampak menu ni, ha pe lagi terus la order. Mee goreng sotong 2+air milo cincau+air tembikai.

Sempat snap ada pamplet atas meja tu...TIPS MAKAN...bla2..ha sila tengok.

Tak lama mee goreng pun sampai, terus perah limau.

Ye sotong dia tak berapa banyak seperti kami makan mee goreng sotong kat padang kota, Penang. Tapi tetap terbaik !!!...sedap. Kami suka mee goreng nya.. MEMANG POWER!!! harga nya RM4/pinggan.

ok entry kali tak berapa panjang, sebab nak layan merongmahawangsa kat astro 1st. Cik yan beli bila dia boring duduk rumah, habis dah semua siaran tv ditengoknya.

ok yer semua selamat mencuba

p/s: kawan2 teringat tak zaman layan nasi lemak kolej jati? ingat tak iku thati nak jer beli. Tapi tadi balik sempat intai , tapi takda pun :-( ......cuti sem ker?

06 May, 2011

SELAMAT HARI IBU 2011

ibu, ummi, mak, mama, mummy......

Atau apa pun panggilan untuk mereka ini bukan lah pengukur sejauh mana kasih sayang kita si anak ni pada mereka. Buat kami, panggilan yang rasanya lazim digunakan untuk semua anak2 kat malaysia ni..MAK...MAK...MAK...punya la famous mak ni..sampai ada perkataan yang selalu kite guna dan dijadikan tajuk 1 sitcom (sitcom ker?) kat tv tu ( lupa siaran mana yang siarkan)
..."ALAMAK"...
(mana da alapak..he3..golongon bapa2 jangan cemburu ye. Apapun kalian juga sama pentingnya dengan mak2 semua). Ada juga hari bapa tuk kalian2 juga kan. Jangan kecil hati ye.
Tanpa kalian berdua siapa la kami dan kamu2 juga yang membaca post ini.

Tahun lepas siap balik kampung bawak kek buatan sendiri. Tapi tahun ni tak dapat nak balik kampung atas kekangan order dan cuti kami yang dah sememangnya akan negatif..sedih gitu..
Takpe kami dah janji balik hujung bulan ni. :-)

Tahun 2011 ni rasa sedikit puas hati sebab masa raya cina haritu dapat bawa family2 kami 9 orang ke langkawi (bak kata sorang kawan kami " ala langkawi je ke? kan dah pergi banyak kali, pergi la oversea"... ni ayat dengki ke hapa..ok takpe abaikan). Takpe la itu jer yang mampu, kami bukan OKB :-). Tambah plak family cik liza belum jejak lagi langkawi. ok lah tu kan..? kita raikan mereka bukan diri kami.


(dari kiri cepat beratur ! : adik yan -ayu, cik yan, abg liza-abg ijal, abah yan, mak yan, makcik liza, mak liza, adik yan-mas)

Yang penting masa bersama + ikhlas & impian kami nak bawa mereka jalan2 dengan hasil usaha kami sendiri sejak dari mula kerja berjaya. Bila pikir2 lama tu dekat 4 tahun baru tercapai (eleh buat2 tak sedar diri, padahal banyak guna $ tuk kepentingan diri sendiri jerk)

Dan yang penting suka tengok reaksi muka diaorang gembira dan paling tak boleh tahan mak masing2 siap tanya " tahun depan nak bawak pergi mana?". Masa tu juga terus terpikir2 dan terus pikir2 sampai sekarang ni belum lagi dapat tempat menarik yang bawa diaorang tu. Walaupun mereka tak cakap mereka gembira tapi tengok muka dan kata2 mereka tahun depan nak pergi mana..maksudnya suka la tu ( ha3..sedapkan hati)..insyaAllah andai rezeki lebih ada la untuk mereka.

Nanti minta cik yan update pasal langkawi. Kesemua logistik, penginapan, aktiviti semua diuruskan oleh cik yan. cik liza bahagian jaga waktu dan fulus jek..

kenapa muncul hari ibu baru sibuk2 nak tunjuk2 sayang kat ibu?

Bukan la bermakna hanya pada hari ibu je yang nak tunjuk sayang kat ibu. Tapi bila dah ada hari khas untuk dia haruslah tunjuk extra. Dan pada yang terlupa ke merajuk ke dengan ibu2 mereka masa ni mesti teringat punya lah kat mereka.

Tak gitu?..

( kalau tak rasa apa2 tu memang ko hati batu!!!)

Harap2 tiba hari ibu nanti diizinkan tuk tepon dia.
Eleh kalau birthday boyfren boleh call n wish. Takkan hari ibu wat2 lupa kot..:-p
Pada yang dekat2 dengan ibu/tinggal dengan family. boleh la sambut sesama.

Ni dari tadi terkial2 pikir nak bagi apa kat mereka. Nak bagi kek tapi tak balik kampung, nak bagi tudung ke baju macam dah selalu, tak tahu nak bagi apa?

ada cadangan tak?

Yang boleh senang pos & tak rosak masa dipos
agak2 kalau edit gambar yang ada kami & mereka masuk frame & pos.
sure mereka meleleh geeetuu...:-)

contohnya...

* gambar masa pergi langkawi dari kiri ( cik yan - mak liza - mak yan - cik liza)
pinjam2 mak


dan tadi terlintas nak bagi ni..
tengah trend ni

MACARON!!!




sumber : google

comelkan!!!

buat semua ibu2 sedunia, rakan2 yang telah bergelar ibu..
SELAMAT HARI IBU
DIKAULAH PERMATA HATI, SI RATU DIHATIKU..

harap2 kami juga dapat merasai nikmat jadi ibu..:-)

P/s: mana tempat nak bawa mereka tahun depan + apa hadiah nak bagi ni...pening2...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...