meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

30 May, 2012

CHINESE STYLE SPAGETTI

Malam ni dinner spagetti....jemput tengok...hehehe


Cakap panjang pun tak guna, mari share resepi...mana tahu hujung minggu ni boleh mencuba.

Bahan2:-

  • spagetti (direbus dalam air letak garam & minyak sikit supaya tak melekat dan ditoskan)
  • udang (agak2 jela siap kupas kulit)
  • isi ayam dipotong dadu
  • kobis
  • sawi jepun/pakchoy
  • cili boh
  • sos tiram
  • paprika
  • lada hitam
  • mix herb
  • bahan perasa
  • minyak


Cara2:-

  • tumiskan cili boh, bila agak garing masukkan sos tiram, lada hitam, mix herb,paprika & bahan perasa.
  • masukkan isi ayam dah agak masak, baru masukkan isi udang dan sayur.
  • masukkan spagetti 
  • tutup api dan hidangkan.


jemput makan ye semua

26 May, 2012

BERSIAP SEDIALAH DALAM APA JUA KEADAAN - MAKLUMAT PENTING DIRI


gambar apa kabur2 ni??????? hish3

ok ni nak share tips sikit tentang info kepentingan letak maklumat diri di dalam dompet anda. Kalau in case ada apa2 berlaku mudah pihak tertentu menghubungi seseorang. Dan juga maklumat perubatan termasuk nama2 dan jenis2 ubat yang ada ambik. Kalau setakat multi vitamin ke apa tak perlulah kan.

tips:-
  • letakkan info perubatan (penyakit & ubatan yang anda ambil)
  • elergi pada ubatan/ apa2 sahaja
  • untuk maklumat no telefon untuk di hubungi ketika kecemasan, bagi la 2-3 no. letakkan nama & hubungan.

cadangan :
1) pasangan/ teman rapat/housemate
2) adik beradik / sedara mara berdekatan tempat anda tinggal sekarang ( kalau tinggal KL letakkan no sesiapa yang tinggal di KL)
3) parent/adik beradik/ sedara mara  di kampung halaman.

Sebab kadang2 kalau berlaku apa2 nak cari kat telefon tu payah. Kadang2 handphone tu entah hilang ke mana, berpasswood la, habis beteri la dan sebagaiya.

Kena pulak yang letak nama kat handphone tu mcam2 nama, hubby la, abang la, mummy la, mak la kan. Kalau kawan baik pulak mesti ada nama2 pelik yang di namakan, kueh pipi la ( sebab pipi dia macam kueh pau), elephant la (tak perlulah kan nak bagi tahu kenapa dinamakan macam tu kan? hehehe), tembikai la, besti la dan sebagainya.

Terpulang kat korang nak letak kat bahagian mana  kat dompet tu. Kalau aku lebih utamakan di kad pengenalan bahagian belakang. Taip kecik2, print, potong, tampal kat 1 keping 'maskintape' (sebab tape ni senang tanggal2 kan incase nak potostat , nak update info or apa2), pastu tutupkan sekali lagi dengan 'selotape' yang jernih tu.

K harap info ni berguna...
PESANAN TERAKHIR : HARAP2 SEGALA MAKLUMAT KAT BELAKANG TU TAK DA KENE MENGENA DENGAN INFO PASSWORD BANK2 DAN MAKLUMAT PERIBADI LAIN. KALAU TERHILANG DOMPET NAYA JE KAN. BAGI2 FREE JE PASSWORD KAT PENCURI.




k bye, nak pergi pasar borong cari lauk nak masak2 minggu depan. merayap jauh sikit harini pasar borong selangor kat seri kembangan.
chow.........

25 May, 2012

GO GREEN!! TIPS 7

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Salam jumaat....

Tengah2 cari cara nak buat ring pillow terjumpa idea ni, jadi nak share la dengan korang k.

Kali ni nak update pasal DIY project ( do it yourself )  buat bantal menggunakn t-shirt terpakai. Senang, comel dan jimat kan....

Cara2 nya sila tonton video ni k...



senang bebeno...
kalau nak ketat ikat simpul 2 kali, tapi nnt time nak basuh leceh sikit la ...nak bukak setiap 1 ikat...kalau ada budget lebih dan pandai menjahit..boleh la jahit line putih belah dalam tu letak zip ke butang ke, baru masukkan bantal...

kiut gak bantal macam ni ...tak terpikir kan...

Selamat mencuba k

21 May, 2012

SATAY AYAM GRILLED HOMEMADE

Lama dah rasanya tak update blog pasal resepi kan? kali ni share dengan korang2 resepi satay ni. Memandangkan kteorg cuba2 diet tak mo makan nasi untuk minggu ni, maka kami makan lauk2 macam ayam & ikan.

Tapi kali ni nak share lauk satay ayam grilled yang diperap sendiri ni. Sebelum tu kita hadapkan dengan gambar dulu bagi korang teruja. Teruja tak ? berharap korang2 teruja la kan..


Bahan2:
  • ayam bahagian dada (isi ayam) +_400g
  • bawang putih 3 ulas
  • bawang besar 1biji
  • halia sebesar ibu jari
  • kunyit sikit
  • lengkuas sikit
  • serai 3 batang
  • daun limau purut 3helai
  • cili api +-5biji
  • bahan perasa
  • lidi satay
  • minyak olive oil

Cara2:
  • Campak semua bahan2 diatas kecuali ayam & lidi  & minyak ke dalam blender & kisar dengan air yang sederhana (asal mesin tu bergerak je cukup)
  • Ayam terlebih dahulu dipotong2 dadu dan ditoskan (elakkan ayam banyak air nanti bahan perapan jadi cair, tak kaw kaw lah kan)
  • Perap (semalaman kalau boleh barulah menyerap) bahan2 dikisar dengan ayam tadi masuk peti ais (jangan yang beku tu yang biasa je)
  • Selepas diperap, cucuk2 ayam tu dengan lidi satay ( sapa tak da lidi satay, buat je cara goreng ayam. Campak je dalam kuali)
  • Tuangkan minyak sedikit ke kuali (kalau boleh gunakan kuali yang grill tu jadi tak melekat sangat) dan susunkan ayam yang dicuuck tadi cun-cun dalam kuali.
  • Masak dalam 10-15minit ( nak garing2 ? masak la lebih lama, hangus padan muka korang..yeah!!)
  • Angkat & siap untuk dihidangkan


Selamat mencuba

18 May, 2012

GO GREEN!! TIPS 6

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE

Salam jumaat....

Haaaaaa!!! yang ni sure korang boleh buat punyer kan?
Balik ni sila bongkar2 laci2, box2 bawah katil ke hapa ke?kot jumpa disket ni.


Pastu kita boleh buat benda ni sama2 k.
Kalau susun banyak2 boleh la kita bina macam almari letakkan mengiring. Usaha tangga kejayaan.

Senang je yang diperlukan disket, gunting dan ties ni.

Cantum2 kan disket dengan ties ni dan gunting lebihan ties. jadi dah...

Yang lebih OOOOSEEEEMMMM... macam2 boleh buat dengan disket ni!!!
beg kerja!!
boleh wat tanam kaktus???letak water proof sheet ke dalam tu
note book
sumber : http://www.etsy.com

Menarik kan????

Jumpa lagi minggu depan k. Tuk idea2 menarik macam ni.

11 May, 2012

GO GREEN!! TIPS 5

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE
Salam jumaat....

Seperti jumaat2 yang lalu..untuk projek weekend ni. Sila cari bathup cast iron.

Ianya sangat la cantik. 

Memang aku percaya ianya agak sukar nak direalisasikan, tapi mana tahu ada dikalangan pembaca ni memiliki bahan2 ni. Boleh la cuba.

SANGAT2 CANTIK KAN??


sumber dari ; -http://bhousedesain.com/
Update jumpa lagi minggu depan,

p/s ; yang minggu depan ni besar kemungkinan anda boleh buat punya.(aku tahu sebab aku dah siap2 update dah)

04 May, 2012

GO GREEN!! TIPS 4

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE
Salam jumaat.......

Ini memang aku impress!!!!!....bahagian bawah botol dijadikan tirai, pagar & sebagainya.
Potong bahagian bawah botol & sambung2kan. Boleh jadi tirai cantik dah...

CANTIK KAN?????? KREATIF KAN????






Jumpa jumaat depan untuk tips lain2 yer.

02 May, 2012

RESEPI BLACKPAPER SALMON & POTATO GRILLED

Selamat bekerja kembali....selepas semalam sama2 kita melepak2 cuti hari buruhkan?

Korang buat apa je cuti2? aku main masak2 tadi, ni update blog dan jup lagi nak pergi kuar cari dessert mewah sikit. Almaklum dah gaji kan?   nampak sangat la ni post scheduled

Kali ni nak share resepi western percubaan pertama masak salmon. Dah lama salmon ni bertapa dalam peti ais, patut minggu lepas lagi dah jadi santpan tapi tergendala. Akhirnya harini berjaya!!

Kasi korang layan mata dulu tengok hasil, pasni baru aku bagi resepi.



Bahan2:

  • 1 keping salmon
  • 5 biji potato australia ( ni agak sweet dibandingkan dengan potato biasa)
  • sos lada hitam
  • bahan perasa (lada hitam lada sulah & garam)
  • daun basil ( lebihan aku buat salad haritu)


Cara2:
  • grillkan (aku beli pan grill ni kat ikea..sangat bagus) ikan yang diletakkan bahan perasa dengan kentang sekali dengan minyak yang sedikit lebih kurang 10 minit (aku takut salmon tu mentah dan berasa pelik jadi panggang lama sikit, ada orang suka fresh2 kan. Aku kacuk jawa nak jugak letak kacuk tuh! tak reti sangat ikan2 mentah ni..hahaha)
  • Angkat ikan dan kentang.
  • tuangkan sos lada hitam & bahan perasa sedikit sahaja ke dalam kuali bekas ikan & kentang tadi malas aku nak cuci2 lagipun nak bagi berasa terbakar2 gitu.
  • Tuangkan hasil sos tadi ke atas ikan & hidangkan & ngap2...


Yes berjaya!! sedap dan tak hanyir!!

Selamat mencuba!!

01 May, 2012

RESEPI JELI KELAPA


selamat hari buruh
tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi politik opis!! yeah


Hari ni bersama2 lah kita buat jeli kelapa, kalau beli 1 bekas kecik tu dah rm1.20 tak puas makan. Makanya buat sendiri. Orang tamak selalu rugi untung lah!!

Bahan2:

  • 2 biji kelapa muda dicampur dengan air menjadikan 3liter
  • 1 peket serbuk jeli kelapa
  • gula secukup rasa (200g)

sumber google : ada cop halal k

Cara2:

  • Masak air kelapa dan air tadi sehingga mendidih.
  • Tambahkan gula dan serbuk jeli.
  • Selepas mendidih, masukan kedalam bekas dan sejukkan.
Selamat mencuba...

p/s; 
aku buat 1 biji kelapa + air dalam 1liter je + serbuk tu setengah paket je...dapat la 5 bekas tu.
tak sabar ni nak tunggu sejuk dan menjadi...hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...