meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

31 December, 2012

SUSHI KING, IOI MALL PUCHONG

Selamat akhir tahun 2012..
sekejap je masa berlalu, umur pun makin bertambah..
Apa azam tahun baru ni?
Kitaorang pun ada beberapa azam untuk tahun baru ni..harap tercapai. Kena berusaha keras lagi dari tahun 2012 ni.

Ok, kita tinggalkan dulu tentang azam tu. Kami nak cerita tentang makanan jepun ni. Rasanya bermula tahun ni kami agak kerap mencari2 makanan jepun. Dan sebenarnya sudah beberapa kali juga kami mencuba beberapa tempat makan yang ada menyediakan makanan jepun. Antaranya Shogun (sunway pyramid), Jogoya (starhill), Sakae (Subang Parade & IOI Mall puchong) dan yang paling femes rasanya tentulah Sushi King(kami pergi di IOI Mall Puchong).

Dan untuk kali ni kami review SK dulu ye.Menu ada pelbagai dan yang paling cik liza digemari  shasimi salmon :-). cik Yan pula unagi & octopus. Selalu kami makan di Sakae dan baru2 ni mencuba SK. Sudah 2 kali. Pertama kali makan kami terus jadi member masa membayar dan dapat kupon RM20 untuk member. Dan kali kedua tentulah masa nak gunakan kupon tu. Siap tanya kat kaunter boleh dapat extra diskaun tak sebab member & nak guna kupon. Sah2 boleh. Apa lagi teruslah order dan menjamu selera. Tepi meja makan kita ada 1 trai yg membawa makanan2 lain. Kalau berkenan silalah sambar. Harga ikut warna plate. Tapi kalau nak menu besar2 kena order kat waiters, sebab kat trail cuma yang kecil2 sahaja. Dan setiap kali makan sushi ni kami biasa akan order air green tea panas, nak kata sedap kalau Cik Liza tu memang feberet dia. Tapi rasanya lebih 'jepun' gitu bila makan makanan jepun ni minum air green tea.

salmon yum2....
salmon crap agak mahal..rm9.90 tuk 5pcs..geram je nak tambah
ni pingan 1st time kami makan.
tak ingat berapa kena dalam rm50-60
 Sudahnya kekenyangan...Alhamdulillah..
Bagi kami antara Sakae & SK. Kami lebih menggemari Sakae sebab pilihan macam lebih banyak. Harga?...hmmm macam lebih kurang je.

bil 2nd time makan...
ngam2 je. tolak diskaun 10% tolak kupon...ngam2 RM30.50
boeh guna duit plastik (credit card)
Berangan nak makan Sushi time belum gaji memang gini rupanya!!.
Nanti kami update yang lain pula..setakat ni yang terbaik pernah kami cuba di Jogoya, Starhill. Kami bergi berempat masa buka puasa dulu. Sebab promosi...kalau tak Rm100+/seorang. Pengsan!! Tapi memang puas hati !!...dapat bonus la  kot2 boleh mintak Cik Yan belanja...hahaha

29 December, 2012

RESEPI SPAGETI MUSHROOM CARBONARA


bahan2:

  • Sos spageti carbonara (tak kira la jenama apa..kami guna prego)
  • sumber : google image
  • cendawan dalam tin  dihiris( kalau nak fresh guna cendawan tiram)
  • lada benggala dihiris
  • bawang besar kuning dadu
  • bawang putih dicincang
  • bahan perasa
  • minyak
  • serbuk basil atau herba-herba western (thyme,oregano etc) + lada hitam sedikit
  • spageti
  • keju parmesan
 cara2:
  • rebus spageti bersama sedikit minyak untuk elakkan melekat. sesudah masak gsegera toskan.
  • tumiskan bawang besar sehingga layu ( penggunaan minyak sedikit sahaja digalakkan gunakan olive oil ye)
  • gaul sebati dan masukkan bawang putih (diimasukkan lewat kerana bawang putih lebih cepat hangus berbanding bawang besar) - ( kalau nak tambah isi ayam boleh masukkan masa ni)
  • masukkan sos spageti, cendawan & lada benggala 
  • tambahkan bahan perasa dan serbuk basil/herba western dan lada hitam. gaul sebati...
  • Siap untuk dihidangkan dengan meletakkan spageti dan siramkan kuah carbonara. Dan taburkan keju..
SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERHUJUNG MINGGU....

20 December, 2012

BERCUTI DI KAMPUNG DAN KISAH PEKAN AIR HITAM

Minggu lepas kebanyakkan waktu dihabiskan di Johor. Tapi tetap tinggalkan korang dengan update cerita trip Medan Danau Toba yang basi tu. Harap cerita basi tu cepat habis. Disebabkan malas nak berulang alik Batu Pahat – Subang Jaya, maka aku berseorangan bercuti panjang dari Selasa sampai la ke Ahad. Siap sedia la untuk pemotongan gaji..Orang dapat bonus ko kena potong gaji…sadis. Ni kes meraikan pengantin baru la ni terpaksa cuti panjang di hujung tahun diwaktu cuti telah pun habis.. Apapun waktu bersama keluarga lebih bernilai dari pemotongan gaji (sob3… ikat perut seminggu). Tanggal 12.12.12 maka selesailah ijab kabul satu-satunya abang aku. Adik beradik dua ketul, maka bersiap sedialah dengan jawapan kepada soalan mencabar minda.. “ Bila pulak adiknya?”…jeng3 

Tapi bukan itu je nak diceritakan. Sepanjang bercuti sempat menjahit set tilam baby, almaklum dari rabu lepas majlis nikah sampai ke majlis belah perempuan 16.12.12 tak da la banyak sangat kerja. Kecuali jadi supir mak, kehulu kehilir cari barang utnuk persiapan majlis belah keluarga kami pula bulan depan ni. Time dah suntuk ni la la baru hegeh2 cari. Sempat juga siapkan sireh junjung untuk dijadikan hantaran. (sapa nak tempah boleh cari saya…sempat lagi iklan) 
in progress...
Siap...ada 4 pasang semuanyer
sireh junjung...artificial flower
layan sikit gambar pengantin
Malam sebelum majlis nikah, kami adakan kenduri doa selamat & jamuan tentu nasi ambeng!… maaf tak sempat nak ambil gambar. 

Dan malam sebelum majlis belah perempuan. Kami sempat ke Pekan Air Hitam, dekat je dengan rumah dalam 15minit je. Dah lama betul tak pergi sini. Selalu singgah waktu siang dan tak da sangat benda nak dicari. Cik Yan yang baru tiba dari Shah Alam petang tadi, dan sepupu dari Jb aku angkut ke sana. Saja jalan2 sebab nak cari bekas garam & baju. Dan ingatkan ada pasar malam. Rupanya salah malam, sepatutnya malam Isnin yang ada pasar malam, bukan malam ahad. Meh bagi map sikit kat kalian.

Maaf tak jumpa yang rasmi....terpaksa buatkan untuk kalian peta yang kiut miut ni
Apapun kami merayap sekitar pekan lama (area kotak kuning). Banyak patung2, macam2 patung ada. Hasil kraf pun banyak. Kerepek dan buah2 pun ada. Tak lupa ada 1 stall jual telur pindang.

antara perhiasan atau boleh juga dijadikan 'doorgift'
bekal menjadi bekas garam di dapur kami
pelbagai tabung...kami sempat sambar 2 ketul
bungkus..jangan tak bungkus
pelbagai barangan lain
sempat bergaya topi koboi!
masuk kedai lain plak...ada tabung TONG GAS, AYAM, ARNAB...macam2 lagi la
itu dia telur pindang
(sumber gambar google)
pelbagai anak patung, bantal, beg dan lain2
(sumber gambar google)
Dari kedai ke kedai kami jalan. Perbagai barangan ada. Kedai kraf tu je tak sempat nak ambik gambar. Akhirnya jumpa kedai menarik yang dalam tu ada barangan Hello Kitty dan macam2 lagi barangan menarik ( juga di kawasan kotak kuning peta diatas). Maaf lupa pula kedai tu. Tapi besar dan di bangunan bukan yang tepi jalan tu. Rasa macam umur 8 tahun pun ada geram tengok barang2 yang kiutmiut kat situ. 

teddy bear besar2 ni wo.....
mesin kira hello kitty
ada orang tu siap beli sebab comel

antara barangan hello kitty yang ada
macam dapat award
pencil tekan2 ala2 picagari...
unik habesss
Nampak macam biasa..
tapi saiz sebenar adalah sangat besar..
ada ni 4 kaki-5kaki tinggi agaknya
Selesai shoping2 kami singgah depan kampung beli burger. Yum Yum Yum

Oh ya lupa nak bagi tahu kat Air Hitam (bahagian pembangunan baru) ni glamour juga dengan barangan hantaran & perkahwinan macam kat Nilai3 tu. Cuma masih dalam skala kecil. Dan haritu survey, barangan lagi murah…Cuma mungkin pilihan agak terhad sikit.

1 lagi tempat yang femes zaman kanak2 dulu adalah Tropical Village. Terletak tak jauh dari pusat AirHitam ni menghala ke Johor. rasanya last pergi sana umur 10 ke 11 tahun. Ni ala2 mini dunia. Ala2 legoland simen.....ha3. Dulu ini la tempat yang fun kiteorang selalu pergi. Sekarang dah lama tak pergi tak tahu dah apa jadi. Tadi google2 gambar pekan Air Hitam ternampak gambar ni. Ada menara KLCC dah... dalam gambar ni nampak tak ada menara condong tu. Dulu ada Taj Mahal, Tembok Besar China, Eiffel tower pun ada tau. Besar kawasannya. Ada rezeki nak jengah tempat ni nanti.

Tropical Village(sumber gambar google)
P/s:
Kalau korang berkesempatan ke sini boleh la shopping sakan. Kot2 boleh survey sekali TropicalVillage ni, nanti leh share apa ada kat situ..

14 December, 2012

MEDAN-DANAUTOBA TRIP 2012 - day 3 (part 4)

Trip medan 2hb – 6hb mac 2012
TUKTUK(SAMOSIR ISLAND) - KAMPUNG TOMOK - KAMPUNG AMBRITA

Ahad 4hb Mac 2012

Ok kita sambung cerita hari ke3 kami di Medan, hari ni memang banyak aktiviti. Selesai di Kampung Ambrita, kami bergerak mencari kedai makan. Seperti di maklumkan kat sini agak susah nak mencari tempat makan yang halal. Syukur supir kami muslim dan sudah biasa membawa pelancong muslim. Jadi dia dah ada port2 nak mengisi perut. Kami singgah di satu kedai makan yang agak jauh juga ye berpusing di pulau tu. Sempat kami jumpa port cantik untuk diambil gambar. Supir berhentikan kami untuk aksi melompat2. Ha3



Selesai bergambar kami meneruskan perjalanan untuk mencari tempat makan di maksudkan. 




Kami makan tak silap namanaya 'risol'. Risol ni macam popia la. Almaklum lapar, letak je habis, letak je habis. Tengok tu pinggan dan kosong, termenung la pe lagi sementara menunggu makanan sampai.

Dan akhirnya order kami pun sampai. Seperti biasa harga nya memang mengagumkan!! tanjat boboi!! Rp 400k lebih kurang Rm 140 untuk 7 orang yang makan tahap sederhana banyak. Tapi apapun memang mahal. Bersiap sedialah kalian ye kalau ke sana.
Antara yang diorder

Setelah aktiviti makan dalam jam 2 kami pun balik ke homestay. Supir ada menawarkan sekiranya nak berbasikal di waktu petang nanti. Kami pun memang semangat nak ronda kampung. Kadar sewaan Rp 8k per basikal. Ternayata bila petang angin sangat nyaman. Cuacanya cerah...setelah melepak2 di depan tasik kami menruskan aktiviti berbasikal. Selepas hampir 14tahun tak naik basikal tambah plak basikal bergear. Aku lah yang paling tak reti handle. Nak tergolek2 naik. Akhirnya berjaya. Sumpah penat giler berbasikal. Bukannya jalan rata semata, tapi berbukit2. 





Dan yang pastinya setelah berbasikal sempat singgah ke kedai runcit beli pisang untuk buat cenkodok pisang dan juga beli air untuk legakan tekak yang haus dan kepenatan. Selesai berbasikal kami makan2 cenkodok di depan rumah sambil menikmati panorama pemandangan terindah Tasik ni.





Malam nya kami tak ada kemana pun hanya melepak dirumah, masak2 dan rehatkan diri. Tak lupa kemas2 barang sebab esok nak bertolak dah ke Medan semula. Dan yang paling menarik malam ni aktiviti mandikan birthday girl air tepung. Yes!!! lakonan adik yan menjadi dan akhirnya.............happy hari tua geng!

buttercup powerpufgirl kegemaran dia!!
Sambung lagi citer hari ke 4 nanti k

p/s : bercuti panjang dikampung adalah terbaik!!

12 December, 2012

MEDAN-DANAUTOBA TRIP 2012 - day 3 (part 3)

Trip medan 2hb – 6hb mac 2012
TUKTUK(SAMOSIR ISLAND) - KAMPUNG TOMOK - KAMPUNG AMBRITA

Ahad 4hb Mac 2012

Selesai sesi menambah ilmu dan mengosongkan dompet di Kampung Tomok, kami meneruskan perjalanan ke tempat tarian gale2. Dekat je kiranya turun dari tempat shopping2 tu akan jumpa tempat ni. Tarian ini tentang si anak yang tewas dalam peperangan dan bapanya jatuh sakit akibat rindukan anaknya. Maka dukun penasihat usulkan dibuatkan patung serupa anaknya dan lama kelamaan bapanya kembali sihat. Ikuti serba sedikit kisah selanjutnya di sini. Masa kami tiba persembahan dah habis, dah mula tarian suka2 je sambil diiringi lagu Si Gale2. Sesiapa ingin mencuba boleh lah turut serta.

rumah batak....ada yang dah beratus tahun...
ada orang tinggal tau dalam ni
ini la si gale2...boneka ni boleh bergerak2 tau...
tapi kena ada yang mainkan/gerakkan dia la

sakan tu mencuba...




Selesai di Kampung Tomok, kami bergerak ke Kampung Ambrita. Tak jauh pun dalam 10 ke 15 minit je jarak perjalanan. Diberitahu disini ada beberapa kampung dan dahulunya antara kampung2 ini selalu berperang, dalam kata lainnya setiap warga kampung mempunyai wilayah masing2. Tak boleh suka2 masuk kampung yang lain. Namun kini semuanya telah berubah. Semua dah mesra2 belaka.

Dikampung ni kami pun mengambil pencerita (upah sekitar Rp 20k) untuk mengetahui cerita sejarah kampung ni. Di kampung ni ada rumah2 batak, kami ingatkan ianya hanya pameran. Rupanya semua ada penghuni kecuali 1 rumah ni yang memang di sediakan kosong supaya kita boleh tengok2 bahagian dalam rumah.

pintu masuk kampung
(ada sumber bacaan mengatakan pintu ini hanya selebar badan lembu/ kerbau) *kurang pasti
rumah batak yang boleh dimasukki untuk melihat susun atur dalam rumah
depan rumah pun ada 4 butir :-P
bahagian dalam rumah
Rumah ni bertangga dan berpintu rendah (direka supaya setiap yang masuk rumah akan menundukkan kepala sebagai tanda hormat kepada tuan rumah), bahagian dapur di tengah rumah, ampaian kain di tepi rumah. Dan didalam rumah yang berbumbung tinggi ini di bahagian atas untuk ruang simpanan barang2. Tidur di lantai saja.

Seterusnya kami didedahkan dengan cerita cara2 hukuman pesalah dijatuhkan. Dan biasanya akan dibincangkan segala masalah dan dijatuhkan hukuman di tempat ini. Di kawasan kerusi batu inilah mereka akan bersidang. Kerusi ni ada pelbagai saiz dan yang paling kecik adalah tempat pesalah.




Selesai perbincangan dan hukuman telah diputuskan, pesalah akan di bawa ke bahagian hukuman dilaksanakan. Selalunya memang hukuman bunuh. Di maklumkan juga yang kaum batak ini terkenal dengan ilmu hitam yang kuat  demi menjaga kekebalan mereka. Oleh itu segala bomoh2 handal akan dipanggil untuk menghilangkan kekuasaan ilmu pesalah dengan mantera dan alatan2 kepercayaan mereka. Sesudah hilangnya kekebalan pesalah maka hukuman pun dijatuhkan dimulakan dengan mengelar2 badan pesalah. Ritual ini untuk memastikan yang pesalah betul2 telah hilang kekebalannya bila pesalah lut dimakan senjata. Setelah itu barulah hukuman yang sebenar dijalankan.




Yang ketawa sakan tu bila kami tergelak besar bila si anak pencerita menjerit ' arghhhhhhhhhh arghhh '  sebab aksi kelar dan dipukul. Pandai betul berlakon ye kau...dah hari2 training jadi pelakon kan :-)


selesai penerangan kami bergambar bersama di tempat hukuman

tak silap ini adalah kubur
nampak tak cicak dan payudara itu...payudara 4 :-P
  
selesai je penerangan dan bergambar kami dijemput ke kedai souvenier...macam2 ada kat situ
banyak kedai dan barangan kraf
ada 1 tu rumah batak harga Rp 30.tawar2 last2 tak beli..
menyesal sungguh!!
besar tau kraf rumah tu dalam 15cm tinggi..
sapa ada pergi sana? nak kirim pleaseeee
Sambung lagi nanti ye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...