meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

24 December, 2011

5 PERMAINAN TRADISIONAL YANG MENGIMBAU KENANGAN SILAM

Ahhhha haritu update pasal gadget2 zaman dulu2. Kali ni nak update yang bukan gadget plak. Sure korang tahu game2 ni tapi sekarang dah jarang yang dimainkan lagi.

Aku update start dari yang paling digemari masa zaman2 sekolah rendah dulu dengan kawan2 aku dulu.
Disebabkan kawan2 aku lebih banyak lelaki berbanding perempuan masa tu jadi kebanyakkan permainan ala2 unisex yang lebih selalu kitaorang mainkan...

antara top 5!!

1. PENUTUP BOTOL 

Aku panggil 'ceper'...jangan tanya aku kenapa? sebab aku pun tak tahu jawapannya.


Permainan ni perlukan 5 penutup botol, bekalan tak susah sebab kedai runcit mak aku tu ada jual 'air oren bodoh' ni. .Tak tahu la kenapa kat tempat aku panggil air tu macam tu, semenjak ke bandar ni baru tahu orang panggil 'LongChan'. Yang ni masa hari raya antara minuman wajib untuk tetamu aku sehingga kini.


Cara mainnya mula2 sebar, ambik 1 penutup dan selebihnya yang 4 tu perlu di jentik 1penutup ke 1penutup yang lain, maksudnya dapat la 2 kali jentik. Macam2 gaya boleh praktikkan sampai tertonggeng2 kadang semata2 tak mahu kalah. Pastu boleh timbang tuk kira markah. Timbang masa dalam gambar bawah ni bukan guna penimbang.1ceper 2 markah.


Kalau gagal mana2 part , masa jentik ke masa timbang ke kena la bagi orang lain plak main, sampai la turn ko tiba baru boleh sambung semula.
(tips masa tu, ketuk sikit bahagian kembung ceper ni..jadi masa timbang tu lebih senang. Dah tentu la boleh dapat markah banyak..hehehe).

Kadang2 masa sebar tu dapat bertenggek 2 masa tu takpayah susah2 jentik 2 kali, tarik 1 ceper je pastu terus jentik yang baki lagi 2 tak bertindih tu settle!...
Kadang rezeki mewah bertenggek 3..masa ni memang berkobar2. kiteorang kata dapat 'jamban'. sebab nantis susun yang 3 tu bertingkat dan 2 lagi tu terpulang nak jentik melambung atau leret.

(punye aku excited aku siap buat gambarajah kat paint...ho3)


Kalau jentik melambung macam dalam gambar bawah ni dapat markah 100, kalau leret tepi dapat 50. 


Ada juga bertenggek 4, selalu sebar ala kadar ni sebab nak buat sampai dapatkan 'jamban' (markah lebihhhh maaa.....) tapi padah menimpa. Ini memang merana, sebab kena susun macam keretaapi berderet.....(lagi sekali punye aku excited, aku siap buat gambarajah kat paint...)



Memang payah la..jarak tu pulak lawan kita yang tentukan..kalau memang dasar pendengki..memang rapat bebeno la disusun macam gambar atas ni ....sampaikan lebih baik tak payah main dari main...cet...
Kalau bertenggek 5..baling semula la yer...semangat sikit sebar k...ni macam tak makan jek...

Ok kita masuk pada permainan seterusnya...

2. TENG TENG


Ni lagi complikated nak cerita..

Cara mainnya melompat dengan sebelah kaki kat dalam petak-petak yang kita lukis tu. Ada peraturannya yang kita perlu berhenti, teruskan lompat atau pusing. aku ada sampai baling 'haji' ..last sekali kalau dapat baling kat kawasan separa bulat tu, nanti ko kene pusing belakang dan raba2 'gundu' tu dapat je..pusing balik ke tempat permulaan. masa ni memang heavenn!!! dapat beli rumah.. pusing belakang dan baling ke kotak tu. kalau masuk tu dikira rumah la..orang lain tak boleh pijak, ko sorang jer berhak.

Ko bayang kan kalau dah 3 kotak yang bawah tu rumah orang lain bukan rumah ko...tak ke koyak kaki nak lompat ke petak 4&5 tu...hahaha..

Permainan seterusnya.....

3. LOMPAT GETAH

Getah gelang tu disambung2 jadi macam ni...


Pastu lompat2.. ada tahap dari kaki sampai la ke kepala..lebih kepala pun ada.. yang kalau tak boleh lompat tu..boleh lompat bintang pusing macam ni....
Atau pun 'berenang'...yang ni susah nak tunjuk dan explain..tapi pergi kat getah tu buat selamba je pusing2 buat gaya depa tangan pastu pusing2 getah tu gaya berenang pastu tarik getah yang depan tu letak ke belakang kepala, pastu pusing2 balik lepaskan diri dari getah tu..sedar2 korang dah kat depan lepas getah tu (nasib korang la kalau tak paham...boleh jumpa aku nanti aku tunjuk)
Ini hanya diguna pakai pada tahap2 tertinggi macam paras bahu, telinga, kepala..macam main tipu pun ye jugak..ha3

Pastu ada tahap getah tu dipusing2.ko lompat2 kat tengah ...ada lagu dia...aku dah lupa...
ada juga paras pinggang dan lutut yang kene belit2 kaki dengan getah tu sambil lompat2 dan ada kiraan..tu pun aku dah lupa tahap mana.

Pokok cerita main getah ni rumit juga.

seterusnya..

4. BALING TIN

Aku panggil ' tuju selipar' sebab main pakai selipar tuk baling2 tu. Kalau kene yang jenama "TatSeng" tu tebal tu hambik...sakitnya!! Ada juga yang pakai bola kot.

Cara main biasa 2 kumpulan kalau ramai la, 1 baling 1 kejar...kalau tak ramai sorang je akan jaga tin. Susun tin pastu baling dengan selipar kat tin tu. Bila dah berderai apa lagi lariiii....nanti group 1/orang jaga tin tu akan kejar dengan selipar sambil yang group 1 baling tin tadi tu susun semula tin tu jadi macam bentuk asal....

Memang letih main ni...tp bestttt gilerrr!!...

Cuba tengok gambar bawah ni....kalau la aku ada gambar macam ni masa dengan geng2 dulu kan nostalgia tuh!!



permainan terakhir tuk harini ...

5. GULI
Yang ni peveret juga...dulu masing2 berbalang stok guli.
Di mainkan oleh beberapa pemain dan mulakan dengan membuat bulatan tuk rumah guli masukkan beberapa guli dalam tu jadi taruhan. Pastu leret/baling guli kite ikut turn ke dalam umah guli tu, kalau kene guli dalam rumah tu dan terkeluar..guli tu jadi hak kita...hahaha aku kaya GULI!!




Budak2 sekarang mana ada nak main benda macam ni...mesti korang tak faham bertapa seronok dan bahagianya tatkala main benda2 ni semua..................

Aku percaya lain tempat mesti ada sedikit sebanyak perbezaan cara main tuk setiap permainan ni kan?....
korang punyer cara macam mana?

note kaki main 'ceper' : wokeh...permainan yang lain aku update kat entry lain k....

23 December, 2011

GADGET GAME ZAMAN KANAK2 DULU2? SEKARANG JUMPA? NON HADO!!

Entah macam mana tetiba jer aku teringatkan permainan zaman dolu2 yang rasanya sekarang dah hampir pupus. Budak2 moden sekarang rasanya dah tak main kot permainan macam ni. Aku kalau balik kampung pun tak nampak dah budak2 kecil main permainan2 tradisional ni. Semua duduk memerap kat rumah, pergi tusyen, tak pun hadap dan kelek laptop ke hulu kehilir layan facebook, ym dan sebagainya. Kalau lagi advance main PS3, tak main dah game2 kotak macam dulu. Dulu kalau rumah ko ada permainan ni kira ko la paling mantap sekali di kalangan rakan2 yang lain.

Aku tak tahu apa nama game tu yang sambung kat tv tu (kawan aku kata micro genius game), tapi macam ni rupanya....

Masa tu memang panggil geng2 main benda ni...game yang hot masa tu...super mario & street fighter.
Ni masa umur 8-12tahun ( tahun 1992-1996). Tak lama  tu kuar yang ada pistol plak..boleh main tembak2 itik..kalau ko tak cukup itik yang mati dalam 1level tu nanti ada anjing gelakkan ko....ha ingat tak? ingat tak?


Dalam zaman kegemilangan tu muncul lagi 1 game guna bateri..BRICK GAME!!!...yeah..ni mahu siang malam pagi petang nak main, mula bergaduh sebab berebut dengan adik beradik.


Ha agaknya ini la perintis ke pada game boy....

Pasni aku nak update pasal permainan tradisional plak!! semangat!! kot2 kat mana ada sukanneka game2 lama ni best jugak join...lagi2 tang main lompat getah!!...kot2 kene paras pinggang pun kalau lepas minah oi!!...

nota kaki: kalau la angry bird ada dalam bentuk macam ni syok jugak..tak da la habis bateri hp...lalala

CHINESE MUSLIM FOOD PARADISE, USJ 9

Sesiapa tercari2 makanan chinese di sekitar USJ tu mungkin boleh mencuba CHINESE MUSLIM FOOD PARADISE, USJ 9 ni. Memang asli chinese style. ianya berdekatan dengan 1 lagi kedai makanan chinese iaitu Al - Munawarrah, juga di USJ 9.

Restoren ini jarang direview oleh blogger2 makanan kerana mungkin ramai yang tidak perasan kehadiran kedai ini, mungkin sebab kedai ni bukan sebaris dengan kedai2 makan yang glamour2 & banyak di usj 9 ni. 


Masa kami tiba digerai ni masa kire jam 4petang, memang tak ramai sebab kata mereka banyak customer datang waktu dinner around 7pm. Hanya kami berdua je masa tu (bagus jugak...cepat sikit makanan aku sampai ni..hehehe)

Suasana kedai..sempoi jerk!!

Banyak menu2 menarik nak cuba ni. Banyak yang menarik, dan akhirnya kami order..
(dapat upload gambar je...sebab kebanyakkan nama menu kami dah lupa.sebab dah lama juga pergi baru nak update entry tentang tempat ni.) tapi kelazatan masakannya & rasanya kami tak lupa. he3


Ha....ayam goreng ni sedap...isi lembut je ( tengok gambar ni yang buat nak repeat ni..hishhh cepatla gaji!!!)

Tauhu ni agak pedasss!! 

Sup ni lemak2..bagi balance rasa pedas tadi..fuhh selamat 

AHHhaaaa...ketam ni rangup..kulit2 kaki tu boleh kunyah2 juga

Jumlah keseluruhan persantapan kami pada masa itu dengan 1 teko green tea & 3 pau dibawa balik ke rumah ..+- RM70.

info lanjut & map boleh juga klik sini

Address :
28, Jalan USJ 9/5P, 47620 Subang Jaya, Selangor D. E.


Contact Number:
Tel: 03-8023 6751


Business Hour:
11.00am - 10.30pm setiap hari

22 December, 2011

D'JOHO, GERAI MAKAN USJ 7

Siapa sini rindukan masakan Johor?

Ha... kami jumpa port kalau nak lepas rindu makan makanan Johor. Memang inila tempatnya!!
GERAI MAKAN USJ 7 (kami panggil METRO, sebab berdekatan deretan gerai2 ni ada pitstop bengkel untuk bas2 METRO).
Kalau SUMMIT USJ sebelah kiri anda di persiaran kewajipan tu, maka terus je sehingga nampak tempat banyak2 bas sebelah kiri anda. Masuk ke simpang kiri tu dan anda dah boleh jumpa deretan gerai2 ni. (boleh rujuk map di bawah)

Ini dia gerainya...D'JOHO. Memang asli makanan Johor..tidak dinafikan lagi memang pioorrrrrrr!!! 


Menu2 ada Mee kari Kluang, soto (bihun,mee ataupun nasi impit) , laksa Johor, mee bandung Muuuooor, mee rebus.


Walaupun kami warga johor tapi kami lebih gemarkan Laksa penang...tapi Laksa Johor dia memang sedap terbaikkkkk (seriusssss...sambil angkat tangan gaya bersumpah gitu). Makanan dia memang sedap2 dan paling menarik portion memang banyak...puas makan. Semua hanya RM 5 sehidangan. Siap ada sambal kicap...truelyyyy JOHOR


LAKSA JOHOR

SOTO BIHUN

 SOTO NASI IMPIT 

Ada juga dibuka untuk tempahan


Map...klik untuk tumbesaran :-)



Selamat mencuba.........

18 December, 2011

RAGAM KUCING & HERO

funny........
bedebuk bunyi dia nak bergolek kat lantai....

maka nya nak exersice...
lagi lawak gile wat air mata kuar meleleh2

yang ni lagi wat air mata melelehhhhhhhhhh....:-(
Bulan lepas ada masuk tv kan...
tq pada papa HERO yang berhati mulia tu...

ha ni papa HERO (anda memang hero)....manja sungguh HERO tu...

Lastly, kalau meowww ni pun reti flush toilet lepas guna. 
Kalau orang plak tak reti..tak tahu dah nak kata apa...


happy weekend!!

17 December, 2011

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT ~ DAY 2

sambungan dari Day 1

Harini seperti dirancang nak berendam, cuaca pun nampak nya sangat2 la baik. Kami bersiap, dan apa2 pun kami alas perut dulu dengan lebihan nasi impit semalam dan cecah roti dengan kuah kari daging..fuh!! nikmat. Kami terus check out kire jam 11pagi. Siap2 pakai baju renang dah dalam pakaian luaran tu. Nanti tinggal bukak2 terus terjun...


Nampak tu deretan hotel kat belah kanan gambar bawah ni...ni la Kampung Air. Rate semalam boleh tengok kat website BMLTR ni. ( tak silap ni la tempat citer yang ada Elisuryati& Umi Aida  berlakon tu apa tajuk tu...Dalam Hati Ada Cinta ke hapa...sah2 lupa)...

Cantik sangat la kalau dapat tido situ tapi budget kami tak sampai ke situ...melepas...

Pintu masuk themepark

Sapa pakaikan tag aku ketat sangat ni weh....

Harga tiket..

Kedai cenderamata ( makcik ni marah kot .. ingat aku snap gambar dia....)

Oh yer ada foodcourt gak dalam ni.

Yeahhhhhh posing2 poyo dulu 

Cik Yan dah tak sabo nak berendam...tak mo gambar dah, terus nak beratur masuk themepark

 Apa2 kite check in dulu..

Ok kami segera buka apa patut, bawa duit sikit dalam plastik tuk makan2 kalau lapar nanti (takkan nak pusing balik dan buka locker lagi..jadi jimat2)..tips simpan duit boleh tengok kat sini

Kami sewa 2 boya double, dan main slide, manakala Cik Yan & Liza try naik slide Boomerang..Laju giler seram...naik sorang2 plak tu. Tahniah Cik Yan berjaya kuatkan semangat diri naik. Rakan kami lagi 2 orang belum ada kekuatan itu. Takpe ada rezeki next time kite boleh pergi lagi dan korang boleh naik slide ni kalau mahu...giler gugur jantung!!! tapi ni la yang selalu aku excited nak naik. Pastu kami main Lazy river & berendam kat beach.

Ha masa ni la hangin sebadan..bile ada couple yang wat aktiviti tak sihat kiss2 kat tempat awam. Bawa2 insaf la...wat la tempat privasi sikit, ramai orang & budak2 dalam pool ni weh...(jangan jadi macam spesis benda yang tengah gayut kat sudut kanan atas gambar bawah ni, benda ni pun jangan2 tahu malu. Ni mesti belum kawin ni, kalau orang dah kawen tak gitu gaya kot. Cuba la jadi orang sikit.....suka ko la nak wat per..asal jangan sakitkan mata orang lain, spoil permandangan wooo!!)

Ada beberapa minit dalam tu kami lapar, tunggu ombak tak da pun dari tadi...apa lagi usung la boya kuar pool nak g beli makanan. Kami beli burger ayam, standard harga themepark hammmbik RM5 seketul. Nasib baik aku berpuashati dengan burger tu, daging tebal bukan jenis daging tipis roti hampeh. Jadi tak da la mood nak maki sangat kan, boleh dikatakan bersesuaian la dengan harga kat themepark.

Lepas tu kami sambung lagi berendam sampai la tiba ombak2 ..semua dalam pool excited giler...
Tetiba kami ternampak ada mamat yang ambik2 gambar, dengan semangatnya kami panggil tuk ambik gambar kiteorang. Dia dengan baik hati semangat snap banyak kali.

Dan bila dah puas berendam dalam kul 3 petang kami pun akhiri permandian kami. Banyak la tempat2 permainan lain....tapi rasanya lebih pada tuk kanak2. Kalau kami kanak2 mahu sampai kul 7 petang tak reti nak balik. Kami bersiap2 nak balik dah, tetiba nampak toilet penuh semacam. Rupanya kat luar hujan lebat jadi semua orang pun behenti mandi dan mula bersiap nak balik la.

Lalu jalan kuar terus ke tempat tengok gambar. Orang kaunter tu terus klik gambar kami...Wah camtu punya bagus mata dia screening muka kami tak payah sebut kul berapa agak2 waktu gamabr diambil dah terpampang muka kami kat skrin komputer tu. Tengok2 banyak yang kami berkenan, kalau print sekeping RM30, kalau ambik CD RM50. Pikir2 pakat2 kami ambik CD lebih jimat. Ada 7 gambar dalam tu. Kalau tahu tadi giler kuasa punye posing..agak2 10 keping lagi puas hati..hahaha. Jadi kalau pergi sana nampak mamat tu ha posing puas2 sikit k..tapi agak2 la jangan sampai orang lain tak dapat bergambar ko sorang je 50 keping!!

Maka hasil nya.. 
(ohhh tu la benda bergayut tu yer...hahaha hambik ko)

Gambar selam2...


 Ko sorang jerk kiut Yan dalam pic ni...lain2 fail...lagi2 Liza..hahaha

Last sekali kami bergerak kuar themepark dalam hujan2 tu perut mula lapar. Sebelum kuar tol kami sempat singgah gerai makan  betul2 kat simpang sebelum tol tu...apa lagi niat kalu bukan nak isi perut.
Yang ada menu sebelum kul 4 ni nasi ayam & pasembur & goreng2 cucur2. Lain2 menu lepas kul 4.

Apa lagi terus order nasi ayam 4, Cik yan pilih2 cucur udang & tahu..



tak sampai 5 minit
Sah2 lapar sungguh!!

Akak gerai tu lama bebeno siapkan nasi ayam kami, lupa kot..ikut hati nak je pergi ambik sendiri..Lepas 2 kali remind dan sebelum meja tu terbalik!! ganas!!!...nasi sampai...


 Sesi makan2...

15minit kemudian... 



On the way balik kami ke Sg. Perak, driver tidur jap sementara yang lain bertempiaran cari2 buahan2 segar kat sana...Sedar2 Cik Yan dah bawakan ciku...perggggggggghhhh punye manis tak payah citer la...

Kira2 jam 8 kami tiba di SubangJaya..Esoknya cuti...jadi boleh rehat2.

Jumlah Peliburan kali ni lebih kurang:
Theme Park : RM 80
Hotel : RM 150
Minyak : RM90
Tol : RM84
karok : RM48
Loker 2 : RM8
Boya 2 : RM 30 (deposit RM10)
CD gambar : RM50
Makan: +-RM 90
Dalam RM630 bahagi 4 = sorang dalam RM158.. berbaloi2!!!


Nota kaki:
Ada hajat nak habiskan trip themepark kat Malaysia ni..rasa tinggal Gambang, Pahang & The Carnival, Alor Star
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...