meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

31 July, 2012

RUMAH KUCING

Pejam celik2 dah hampir setahun la Kiki Lala tu tinggal dengan kiteorang. So far memang mereka tak banyak meragam. Pandai atur masa membuang tu, sebab bila bangun pagi je aku bagi mereka pasir & topup makanan kering (pagi2 dah bising ko!!) dan bila nak pergi kerja je aku dah kuarkan semula pasir supaya mereka tu tak le harum sangat. Balik kerja nanti bagi pasir lagi & bagi makan makanan  kering + dalam tin ( mengada nak mewah je, kalau tak dapat yang lembik2 tu menjerit tak berenti). Jadi mungkin mereka dah terbiasa dengan jadual tu, Jadi tak pernah terlepas membuang tanpa pasir. Kucing ni suka bebenar la duduk dalam pasir dia tu. Lagi2 kalau pasir baru tuang. Maybe dia rasa macam mandi buih kot.

Dan sudah tentunya aku selalu berkejar balik rumah cepat bila lepas kerja sebab nanti mereka terkencet terkucil tunggu pasir dia tu. Bila nak tidur malam aku kuarkan semula pasir. Supaya lebih luas tuk mereka berdua tu tidur dan elakkan dari tidur dalam pasir (sangkar lama 1tingkat je tapi lebar sikit je dari ni).

Tapi semenjak beberapa minggu ni, aku tak sempat nak kejar masa balik kerja terus balik rumah. Job parttime agak banyak secara tiba2, rezeki jangan ditolak. Kita kan tak ada bonus raya :-( . Kalau tak, nak tunggu sebulan 1 job pun payah. Dengan 1 minggu nak meeting dengan 2-3 klient yang date line semua hampir sama. Tak pasal2 kang Kiki Lala aku terkucil2 dan membusuk la jawabnya (tapi tak la busuk sangat pun sebab kucing kan ada enzim pencuci kat air liur dia tu, jilat2 dah wangi..hahaha enzim! ), sebab aku dah mula tinggalkan pasir terus tuk mereka kecuali malam nak tidur. Aku takut tak sempat nak singgah rumah terus pergi meeting. Diaorang ni kalau dah jumpa mahu2 3-4jam gak pokpetpokpet. Makanan aku tak risau sebab memang dah tinggalkan extra tuk mereka. Tang kebersihan je cuak sikit, nanti nak gomol tak best.

Maka dengan ini, aku belikan cage baru yang memang dah lama idamkan nak beli tuk mereka.bagi luas sikit dari yang lama. Boleh la dia main panjat2 dan aku boleh tinggal pasir tanpa memikirkan kebusukkan yang ada kat mereka nanti.


Tapi bila dah dapat rasa tak puas hati plak sebab macam comel plak. Memang 2 tingkat tapi kurang lebar sikit la dalam 4inci dari yang lama. Lepas pasang dengan gigihnya letakkan bebudak tu dalam rumah baru. Kelas ko ada carpet, aku pun menbentang badan tengok tv tak da carpet. Mula2 risau bebudak tu tak reti nak guna turunnaik tangga. Badan macam gajah yang sekor tu, melendut jugak tangga tu aku tengok. Kerja aku asyik pantau je lepas masukkan tu. Tapi tengok2 lelama mereka ok je.

Tapi aku tengah pikir2, nak beli 1 lagi yang besar, yang ni hantar kat Boboy kat kampung ataupun beli 1 lagi macam ni sambungkan. Lebih besar lagi dari beli 1 lagi yang baru besar tu. Sebab Boboy tu nak bagi sangkar yang lama guna, sangkar lama kat kampung tu dah sendat sebab dia dah gemok.

Hmmmm..boleh ke sambung2 sangkar ni. Macam boleh je. Dah buat perbandingan kalau harga rm300 pun dapat lebar 90cm je. Yang ni RM150 dapat lebar 60cm. Baik beli lagi 1 RM150 je lagi. Combine dapat lebar 120cm. Bergolek sakan la ko dalam tu yob!!.. (bermatematik! sah la ko QS semua nak jimat).. Dah gaji ni...takpe balik nanti aku ukur dulu muat ke tak, nak letak lagi 1 cage tu. Kang semangat beli tak muat pulak.

Aku mengidam nak ada rumah kucing macam ni...hmmmmmmmmm alangkah bahagianya kucing2 tu.




P/s : Moga2 murah rezeki, kalau nak macam ni harusla tinggal rumah landed..........

27 July, 2012

GO GREEN!! TIPS 16

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE


Sekejap je masa berlalu kan...kini bertemu lagi tuk tips go green seterusnya. Sapa2 yang rasa dah bosan nak letakkan gambar2 penuh memori dalam frame gambar boleh cuba idea baru ni. Gunakan balang2 kaca perlbagai saiz tuk letakkan gambar. 


info dari rikkihibbert



Bahan2:
  • balang2
  • gambar
  • pensil
  • pembaris
  • pisau/gunting
  • (dalam gambar ada spray 'DOOM' ini untuk hilangkan letak2 gam dari stiker labelkat botol)


Cara2:








  • bersihkan botol dari sebarang letak2 gam label dan sebagainya.
  • ukur ketinggian balang botol 
  • potong gambar ikut ukuran botol
  • pamirkan!! di rak2 anda....

GARENTI WALAHHHHHHHHH!!! MENARIK NI

SELAMAT MENCUBA

26 July, 2012

RESTORAN KAK MAH TOMYAM, KAMPUNG BARU, KL

Berbuka puasa hari ke 4, kami hanya buka ringan2 makan kuih je. Sebab malam tu kami dah plan nak sambung berbuka merangkap sahur kat restoran Kak Mah Tomyam, Kampung Baru.

Kami dah selalu juga layan bubur kat sini. Berkali2 dah. Ni siaran ulang tayang.

sumber : blog orang lain
posing sikit.....sementara menunggu

sumber : blog orang lain

Aku lebih suka serang dapur dia ni pilih makanan apa nak makan & boleh juga order dari meja. Ada pelbagai menu - wajib try tomyam2 nya. Semalam kami try tomyam poktek tapi tak sempat nak snap gambar.
TERBAIKKK!!! RM5 je semangkuk
Suasana kedai


lauk pauk sudah mai!
bubur tuk 3 orang makan sudah sampai
(selalu mintak tuk 2 orang, pastu nnt tambah lagi. Kali ni order siap2 je)
sayur goreng









ni Obor2
telur masin
Ada lagi tambahan tomyam poktek ( tomyam ni jernih dan pedas, selalu macam seingat2 tomyam poktek ni bersusu..entah version lain kot). Maaf tak sempat snap gambar sebab tomyam tu tiba lewat sikit. Kami dah sakan makan terlupa plak nak snap.

Total malam tadi macam murah plak. RM37 je termasuk 2 gelas teh o panas. Kat sini memang mahal sikit tapi memang berkesan la makanan dia. terngidam2. Sanggup aku datang dari Subang Jaya ke Kampung Baru ni.

heeh ...dah ada orang pasang lampu ketupat!!! raya3
Ok sebelum berakhir post ni, ni tunjuk gak gambar sebelum ni kami pernah ambik gambar lauk2 tapi tak sempat citer kat blog. ke dah pernah cerita. Lupa...
Nampak tak macam lebih jurang sama je menu pilihan kiteorang..





Dah sakan makan bubur ni, mana peduli orang ambik gambar kita kan.?? tak menyabo2. masa ni kami kena mahal sikit RM48 (mungkin jumlah pengambilan lauk2 tu aku agak tamak masa tu)


Ok kedai ni terletak depan Universiti Kuala Lumpur. Kedai dibuka setiap hari bermula jam 9pagi -3 petang. Tutup dan dibuka semula jam 6petang hingga 1 pagi hari biasa .Hujung minggu sampai 2 pagi.

Ni map tuk rujukan korang
klik unntuk tumbesaran


Semalam aku bertapa makan dari jam12malam-1.15pagi. 
Sebab layan baik punya bubur sementara tunggu kawan sampai dari Penang. 

Selamat mencuba

25 July, 2012

TOP 10 RUDE MALAYSIAN HABITS

Sekejap je dah puasa yang ke-5 kan? Aku rasa masa sekarang semakin pantas berlalu. Kebiasaannya hari rabu aku tepek gambar je, tapi hari ni nak update sikit info hot!!

Pagi tadi dengar radio, tetiba terdengar pasal Kuala Lumpur dapat hampir2 nombor tercorot untuk kesopanan . Bayangkan kedudukan 34 dari 36 buah bandar. Hish3.. kalau kita dapat tempat macam tu dalam kelas, mahu tak senang duduk mak kita kat rumah. Silap2 dapat hadiah berbilai je kat badan tu. 
Nama je kita punye rukun negara ada kesopanan dan kesusilaan. wat malu je tau!!

Tapi bila baca antara punca2 top 10 tu, ternyata memang selalu berlaku. Aku yakin mesti korang pernah hadapi situasi macam tu. Kalau tak kena batang hidung sendiri, mesti pernah tengok situasi macam ni kat mana2 kan?

"Reader's Digest ranked Kuala Lumpur almost at the bottom of a list of least courteous cities, placing it at 34th place out of 36 major cities in the world." 
boleh baca lebih lanjut kat sini


Aku pernah kena no .3 tu kat IKEA, punya la tunggu lama. Tup2 dengan kencangnya kereta lain masuk. Rasa macam nak bertumbuk je kat situ. Tapi dah rupa samseng plak kalau aku buat macam tu kan?. No.1 tu selalu la aku rasa bagi driver2 kat Malaysia. Bukan kereta je wat hal, motosikal pun tak kurang hebatnya. Ada tu tetiba je motorsikal keluar simpang tak tengok (orang jawa kata menerojol je). Hish, tersirau darah. Tergesel sikit dah kita yang kena. Selalunya macam ni warga2 tua. Jadi bila drive kawasan kampung2 sikit tu. Mana ada simpang tu kenala drive perlahan2.

Kalau kereta pula tak usah dikata, memang ikut suka dia je la. Kesana kesini, cilok2. Kadang2 ada juga rasa saja je mereka nak gesel2 so boleh bertekak mintak tukar baru tempat yang sebelum selepas gesel tak da beza.



Yang no.6 tu jarang aku alami. Tapi benda lain plak, kalau dalam cinema tu. Dah la masuk lewat, siap guna spotlight kat hp ke hapa ntah suluh tempat duduk. Berpinar mata warga wayang yang lain2 tu. Potong stim je orang lain nak layan citer. Pastu dah duduk berdua tu mula la wat wayang sendiri. 1seat kongsi 2orang plak tu. Murahan sungguh. Tak tahu mata aku ni kadang2 tengok depan kadang2 tengok tepi. Ha3. Pergi la beli 'couple seat' sana. Menyibuk je. Nasib baik bukan bangsa aku. Kalau tak ada juga yang basah kat wayang tu.


Pastu No. 10 tu selalu aku hadapi, almaklum ada buat business kecik2 ni selalu la kena jumpa orang  sana, jumpa orang sini. Ada sekali tu janji dah la 11 malam, aku dah terpacak kat sana. Dia kata on the way, lagi 15minit tiba (tu pun lepas kita yang sms dia, tanya). Sejam berlalu tak muncul2 jugak. Sudahnya hanpir kul 1 pagi baru bayang dia muncul. Katanya sesat. Hish3 padahal dah selalu jumpa tempat sama dan tempat tu la yang dia pilih nak jumpa. Sabo jela, nasib baik ko bayar fee aku mahal. Kalau tak dah lama aku balik tidur. Banyak la kes2 lain, cerita 1 cukup la.


Boleh tak kalau rasa2 korang akan lewat tu inform dalam sejam awal. Jadi 1 pihak lagi boleh la uruskan benda lain dulu. Tak pun sentiasa update dengan pihak 1 lagi tu korang kat ne, bincang2 kot2 nak tukar tempat jumpa ke. Ni tak senyap je. Tup2 lewat sejam. Hampeh keduak la.


Kalau lambat datang kerja tu, tak payah nak cakap la. Boleh kata selalu la diperkatakan. Itu salah 1 benda yang tak wajar. Kita ni dibayar gaji, jadi silalah awalkan atau tepatkan masa kedatangan anda ke pejabat tu. Sekali sekali terlewat tak mengapalah sebab kadang2 ada sebab2 tak dapat nak elak. Rumah tetiba tak da air la, bangun terlewat la, kereta meragam la. Ni kalau alasan rumah jauh atau jalan jem (yang memang kawasan jem). Kalau sekali sekala jem tu boleh terima, macam selalu tak jem laluan tu tapi jadi jem sebab ada kemalangan dan sebagainya. Kita pun redha la kan. Ini sebab 2 alasan kat atas tadi tu memang tak leh pakai. Dah tahu rumah jauh dan kawasan jem sila lah keluar awal hokey!! Macam tu baik aku duduk Johor kerja Subang Jaya. Kul 8 pagi bertolak kul 1130pagi  baru masuk opis. Agak2 kalau hari2 macam tu, dan guna alasan duduk jauh. Bos ok je kot! Mimpi je la...Tak kira la kita diperingkat mana, asalkan selagi gaji ko tu orang lain yang bayar. Maka bolehla kiranya berlagak seperti pekerja, bukan seperti bos. Sekali sekala berlagak bos takpe, jangan selalu sangat. Over tu namanya, sila sedar diri. 


Last sekali, ni gambar kat apartment aku haritu. Menyirap je, buang pampers dari tingkap atas, tersangkut kat pokok. Ada pernah baik punya bertepek kat kereta aku. Nasib baik bergumpal. Kalau terpampang tak ke 1 kerja plak aku usung kehulu kehilir benda alah tu nak cari carwash. Ni golongan kesedaran sivic rendah, jangan2 tak da langsung sivic. Bila mengadu kat maintenance department, mereka mencari2. Orang tu boleh plak salah kan orang asing. Mana la ada orang asing beranak2. Kemungkinan tu ada tapi sangat2la jarang kan? Lastly mereka dah dapat spot dah rumah mana. Semenjak tu aku tengok bersih dah pokok tu. Tak tahu kalau lepas ni menjadi lagi. Kalau buang sampah kat corner2 tangga atau depan rumah dekat tangga tu pun 1 lagi masalah. Sampai dah berulat bertambah hangin depan rumah aku la. Pelbagai inisiatif la pihak maintenance ni buat letak sofa la, selalu berkawal la nak tangkap siapa kan. Akhirnya berkesan sejak kebelakangan ni dah tak da. Tak tahu la kalau nanti penyakit sivic rendah mereka tu datang balik. Buang la sampah kat tempat yang disediakan. Sama2 la kita menjaga alam sekitar.




Salam Ramadan buat semua, aku nak pergi isi borang cuti raya. Yeah!!

23 July, 2012

PAINTBALL BATTLEFIELD GAME 2012 - BUKIT CERAKAH SHAH ALAM

Ramadhan telah tiba. Selamat berpuasa semua.............jangan puasa yang yuk, pagi2 buka periuk k..

Update  sikit aktiviti hujung minggu yang lepas..

Tanggal 15.7.2012, hujung minggu yang lepas kami berkesempatan pergi bermain paintball. Memang seronok weh!! tambah seronok pula bila ianya free. Bawak badan je, lain2 company bayar. Dipendekkan cerita, sepatutnya game mula jam 930pagi dan lebih kurang 50peserta. Akhirnya dek itu ini maka muncul 36peserta dan game mula lebih kurang 11pagi. 

Kami naik bas dari bawah (pondok bas dalam taman bukit cerakah ni menuju ke tempat paintball). Kami masih ingat masa kami berjalan2 kaki bulan lepas di Bukit Cerakah ni (boleh klik sini, kalau nak tahu cerita jalan2 tu). Agak jauh gak la kalau nak berjalan kaki rasa2 ambil masa dalam 40minit ke 1 jam dari bawah nak sampai ke tempat ni.Almaklum berbukit Jadi naik bas je la...hehehe..nanti habis tenaga. Alasan!!

Kadar bayaran RM 80/200pellet, RM100/500pellet. (ni harga masa aku dan geng survey masa jalan2 kaki haritu) Bila ramai dapat la diskaunkan. Dan boleh juga ambil pakej ada makan tengahari sekali. Harga tak pasti, sebab AJK sport club uruskan, kitaorang datang tembak je.keh3

Sampai je, kami diberi penerangan cara bermain, kiraan markah dan bahagikan kumpulan. Kami dapat 1 kumpulan. Yaribba!! (memang dah awal2 dibahagi kumpulan cuma diolah2 sikit2 sebab ada yang tak hadir)

Ok ni alatan game paintball ni (gambar dah bersepah sebab dah round keberapa baru tangkap gambar). Ada facemask (wajib pakai bila dalam kawasan netting, banyak kali brother kat situ ingatkan). Kita pulak rimas dengan benda bau hasem ni. Almaklum bertukar pakai & bau peluh. Ha3. Pakai je la, Kang mata tertembak mana nak cari sparepart kan? Yang senapang tu namanya marker (sebab tu hanya guna nak tandakan bukan bunuh orang). pastu perlu la ada pellet (peluru) dan juga guard untuk lapik dada dan belakang badan (kang tertembak dada naya...jatuh saham...hahaha)




Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan dijadualkan bermain 4game dan kira markah untuk tentukan siapa pemenang. Kami bermain dalam kawasan hutan dan agak luas. Setiap 1 round ada 3 perlawanan.

Apa pun kita posing2 dulu sebelum game bermula.




Over posing orang kat bawah ni....



Game pertama kami kalah. Tetiba dengan debaran sakan (1st time main memang menakutkan) cik Liza dapat tembak 10 peluru je kot. Pastu stuck tak leh tembak. Wajib la sorok je. Takkan nak serah diri bagi kena tembak kan. Cik yan berjaya ada peluru sampai ke hujung game, tapi tetap kumpulan kami kalah sebab bendera lawan dah bawa sampai ke tempat kami (kira kena tawan la macam tu). Game ke-2 kami menang. (rasanya tempat game tu juga mempengaruhi) sebab siapa di belah 1 lagi tu mesti menang. Andaian aku je kot.

Aksi2 masa game dan selepas game...Cerita kena lebat...:-)




Kira2 jam 1 tengahari kami telah pun habiskan 2 round. Kami menjamu selera terlebih dahulu. Lauk sedap tapi tak dapat tambah..sob3 (ayam kicap blackpaper tu sedap wo..tambah plak ada ulam & sambal belacan..perghhhh)

Lepas itu kami sambung round 3 dan 4 dengan perut yang kenyang di padang baru. Agak kecil dan lebih banyak tempat menyorok. Diakhir game kami main tembak2 suka2 .. 36orang dibahagi 2 kumpulan dan dilepaskan dalam 1 kawasan hutan yang lebih rapat pokok2 nya. Siap tergolek dok cik Liza dalam tu. Dan kene tembak 2 kali. Dalam game betul 4 game tu tak kene tembak plak. Tapi dalam ni tak selamat sebab kaki krem sebab jatuh tu ciss!!. Tapi tetap gak tu nak main jugak.

Habis peluru baru keluar. Dan lastly dalam kul 4 petang kami pun adakan aktiviti posing dan bagi hadiah. Pastu masing2 tunggu bas kat depan tempat paintball ni. Naik bas harum je…hu3. Nasib la yang sama2 naik tu.

Majlis penyampaian hadiah! 

2nd winner
tak sabo2
the champion!!!
semua berposing sakan
group gegirl...sorang je boboy (bagi can sebab dia dapat medal best injured)
Lastly..........poyo nak tunjuk hadiah
 


Lepas tu kami terus balik. Ingat petang tu nak pergi berenang plak. Tapi kaki krem lagi sebelah masa dalam perjalanan balik dan lebih teruk dari jatuh dalam hutan tu. Maka cancel berenang.

P/s: kalau nak main game ni pakai la baju tebal sikit dan lengan panjang untuk elakkan kecederaan agak parah kalau kena sharp & kawasan tak berlapik tu. 


Kalau berlapik, ada lebam juga sikit macam kena lovebite gitu kata orang...(kami tak tahu apa itu lovebite..he3)

20 July, 2012

GO GREEN!! TIPS 15

GO GREEN - SAVE THE PLANET - REDUCE, REUSE & RECYCLE


Haritu ada review buat sarung bantal dari t-shirt kan, kali ni buat beg plak. Mana2 baju2 sendat ke longgar ke yang ada tersimpan tu, boleh la kite praktikkan idea ni k.

Mari kita mulakan buat begpack dari t-shirt !!!



idea dari familyfun.go

Bahan
  • T-shirt
  • gunting
  • jarum & benang
  • safety pin besar
  • Clothesline cord atau tali - ukuran 6 kali lebar t-shirt
  • 7/16-inch eyelet 
Cara2:





terbalikkan t-shirt & potong t-shirt (di bahagian ketiak tu)


Jahit dalam setengah inci bahagian atas t-shirt (akan bahagian bawah beg)

bahagian bawah baju t-shirt kan selalu memang dah ada lipatan kan. 
Buat lubang sikit bahagian tengah (rujuk gambar atas sekali nampak tak tali putih tu kedudkan keluar dari beg kat mana? haaaaa kita buat macam tu k.
Pastu masukkan tali (gunakan safety pin yang di pin di tali dan masukkan dalam lipatan, macam pasang langsir tu) 


Buat eyelet di bahagian bawah beg (kiri dan kanan)


ikatkan hujung tali tadi kedua2 eyelet ni.

Dah boleh digayakan dah...

Nak buat 1 la..boleh wat isi air & dompet masa jalan2 sambil joging kat bukit cerakah.

SELAMAT MENCUBA.........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...