meh follow kami meh ...

AH CHENG LAKSA (2) AIR HITAM (1) AISKRIM (1) AKTIVITI HUJUNG MINGGU (2) ALRAWSHA (1) ARNAB (1) ASAM PEDAS (2) ASAM PEDAS JJ MUAR (1) AUDITION (1) AYAM PANGGANG (1) AYAM PENYET (3) AYAM PENYET RIA (1) AYER HITAM (1) BABY PARK CHOY CHINESE STYLE (1) BACK 2 BACK TENGOK MUVE (2) BANGI (2) BATANG KALI WATERFALL (1) BATU PAHAT (1) BBQ (1) BENTONG PAHANG (2) BOWLING (1) BUBUR BERLAUK (2) BUKA PUASA (1) BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT (2) BURGER (4) CAFE (1) CAMERON HIGHLAND (3) CENDOL (1) CHAR KEAW TEOW PENANG (2) CHICKEN POX (1) CHICKEN WING (1) CHINESE FOOD (5) CONTEST (2) CRAB (1) CREPE (1) CUPCAKE (2) D'Arab Cafe (1) DESSERT (3) DINNER COMPANY (1) DURIAN CREPE (2) ECO DUSUN RESORT BENTONG PAHANG (2) FOODCOURT (2) GAMES (1) GO GREEN (20) GOLD COAST - AUSTRALIA (5) GREEN TEA (1) HEALTH (1) HOBI (2) HOMEMADE BURGER (1) HOTEL (1) HULU LANGAT (1) IDEA (1) IPOH (1) JAPANESE FOOD (2) JOHOR (9) JOHOR BAHRU (3) KA FEI TIAM (1) KEDAH (4) KEMAMAN (2) KEROPOK (2) KETAM (1) KOPITIAM (7) KOREAN FOOD (1) KUALA LUMPUR (3) KUANTAN (2) KUCING (10) KUEYTEOW (2) KULAI (1) LAGU2 (2) LAKSA (3) LASER TAG (1) LONTONG (1) MAMAK (1) MASAKAN CINA (4) MASAKAN JOHOR (2) MASAKAN MINANG (1) meatball ikea (1) MEDAN-DANAUTOBA TRIP (9) MEE GORENG SOTONG (1) MEE KARI (1) MEE KARI KETAM (1) MEE RACUN (1) MELAKA (1) MELAKA WONDERLAND (1) MERDEKA (1) MEXICAN FOOD (1) MUAR (1) MUTIARA KATA (7) NASI AMBANG (1) NASI ARAB (2) NASI AYAM (5) NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA (1) NASI IMPIT (1) NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE (1) NASI LEMAK (2) NYONYA (1) PAHANG (1) PAINTBALL (1) PARIT RAJA BATU PAHAT (1) PAVILION KL (1) PAVLOVA (1) PENANG (4) PENANG-KEDAH TRIP (4) PERAK (5) PERSEDIAAN TRAVEL (1) PETALING JAYA (3) PIE (1) PLANNING MAKAN SEAFOOD DI JERAM (1) PLAZA LARKIN (1) POPIAH THE BEST (1) PORMTIP THAI RESTAURANT (1) PORT DICKSON (1) PUCHONG (4) PUTRA HEIGHT (2) PUTU BAMBU (1) RAGAM (1) RAYA (1) RENDANG (1) RESEPI - DESSERT/BUBUR/KUIH (3) RESEPI - JEMPUT2 SPECIAL KAMEY (1) RESEPI GRILLED2 GORENG2 (2) RESEPI MAKANAN LAUT (1) RESEPI MELAYU (3) RESEPI PIZZA + POTATO SALAD (1) RESEPI SALAD (1) RESEPI SPAGETTI (5) RESEPI WESTERN (9) ROJAK (1) SAMBAL (1) SANDWICH (1) SARAPAN PAGI (3) SATAR (1) SEAFOOD (4) SELAMAT HARI IBU (1) SELANGOR (3) SELAYANG! CHINESE STYLE (1) SEMBANG-SEMBANG (20) SEOUL GARDEN 101 MALL (1) SETAPAK (1) SG. TEKALA WATERFALL (1) SHAH ALAM (17) SHILIN SWEET POTATO (2) SIAKAP STIM CHINESE STYLE (1) SISTER'S POPIAH (2) SKYTREX BUKIT CERAKAH SHAH ALAM (2) SNACK (2) SOTO (1) STEAMBOAT (3) SUBANG (3) SUBANG JAYA (40) SUMMIT USJ (4) SUNWAY (2) SUP (2) SURABAYA YOGYAKARTA TRIP (5) TAIWANESE FOOD (1) TERENGGANU (2) THAI FOOD (1) THEMEPARK (1) TIPS (2) ULAM (1) USJ (17) WEDDING (1) WESTERN (12) WESTERN FOOD (2) ZOO NEGARA (1)

28 April, 2011

MERANCANG2 MAHU CUBA SEAFOOD DI JERAM, KUALA SELANGOR

Wekend ni 30/4 dan 1/5 kami ke Bentong, Pahang. Ada aktiviti anjuran opis kami. Katanyer ada aktiviti Water Rafting.. yesss!! cuak gak tu tapi tetap mahu mencuba.

Balik dari Bentong, 2/5 pulak kami plan nak ke Jeram. Katanya ada port makan seafood disana.
Tambahan pula dah book sorang co-pilot (fendi jangan buat2 lupa kteorang dah book ko 2/5). he3.Berkobar2 mahu pergi ni. Harap2 menjadi.

Best kah? boleh la cadangkan tempat/kedai makan yang best kat sana..

geng meh la join kalau nak :-)

NASI BUNGKUS APARTMENT SRI MUTIARA + BABY PARK CHOY + TERUBUK MASIN DARI SABAH

Kami sudah pergi ke sabah minggu lepas. Cuma tak sempat nk update blog. Dan sebelum2 tu pun lama tak update blog sebab cable hp hilang. Semua gambar dalam tu tak dapat transfer. Kebetulan memorycard sama saiz jadi dapatla update guna hp cik yan tuk transfer gambar.

Sekian terima kasih untuk penerangan lama tak update blog.


ok kali ni kami nk share resepi plak la. Simple jerk. (resepi simple pun nk share!!). tak pe la kan sharing is caring.

Kali ni masak baby park choy ala chinese style.


Bahan2:


1.baby parkchoy - lerai2 kan kelopaknya

2.halia muda - hiris panjang2 nipis2

3.bawang putih -hiris panjang2 nipis2

4.cili - hiris

5.tepung jagung+air

6.sos tiram

7.serbuk perasa (kali ni pakai maggi cukup rasa - suka jenama maggi sebab mak recommend katanyer lebih sedap dari 1 lagi brand tu)

8.garam secukupnya (tak guna garam langsung sebab dah guna serbuk maggi)

9.air (kalau nak kuah banyak tambah la banyak2 air)

10.minyak


Cara2:


1.Panaskan minyak, gorengkan halia, bawang putih dan cili sampai naik bau. (minyak sikit jerk ye sebab tu guna kuali ni tak hangus, padahal malas nak basuh kuali bekas wat roti telur..he3)


*Grill pan ni bagus ( beli kat IKEA). harga rm 70 gak tak silap. Akibat kemaruk nak main masak2 grill2 kat rumah ( jeles tgk chef AFC-license to grill main bakar2)

2. Bubuh serbuk maggi/garam/serbuk perasa dan sos tiram ( lebih sikit baru terasa manis2nya). Kacau2


3. Masukkan sayur , agak2 layu sikit . Masukkan air




4. Masukkan tepung jagung yang dah di bancuh dengan air.

* jangan masukkan tepung tu terus dalam kuali, bergumpal2 nanti






5. Dah sebati, rasa sikit .."ok sedap dah" dan kuah dah pekat. Angkat!! jangan lama2 sangat nanti terlebih masak. tak kriuk2 dah masa kunyah. tak best!!

( orang jawa kata 'lonyot'/ 'lodoh' = overcook, lembik sudah)


Di hidangkan bersama ikan terubuk masin cecah kicap, limau dan cili


Bersama2 pucuk keledek di celur dan sambal asam ( asam jawa, cili, gula, air -blend jerk)

malas masak nasi..he3 . Almaklum balik kerja gatal nak makan sayur2 banyak tambahan plak cik yan dah kemaruk makan pucuk keledek).

Masak lauk jerk.

Cik yan plak beli nasi bungkus kat depan apartment kiteorang yang superb best.

Ada kuah kari, sambal sikit, sayur sikit yang penting nasi dia superb banyak. Kami yang kuat makan pun senak nak habiskan .

Lauk boleh pilih. Macam2 ada (tapi recomended ayam goreng)

Cam kat bawah ni RM 3.50 ( ayam dia besar hokeyyy!!)

Sumpah ayam goreng dia sampai aku naik lift pun boleh bau. Terpanggil2 jerk nak beli kat akak yang jual ni setiap kali balik kerja.
(kedai akak ni beroperasi 6pm ke atas kot. tutup bile habis takd a apa lagi nak jual la kot)






selamat mencuba yer :-)

*sharing is caring


special tuk kalian..

3 keping jerk la dulu yer. gambar bukti kami ke Sabah!!


mount kinabalu tuhhh!!! nampak tak belakang tu(kene bangun awal pagi baru leh nampak puncak. kalau tak lupakan jerk la hasrat nak tengok. Penuh kabus)








lastly...







....

aksi perasan superhero!!


13 April, 2011

UKUR JALAN SAMBIL LAYAN NASI KUKUS AYAM PANGGANG WATIE BEACH CAFE - COWBOY STYLE

Entry kali ni buatkan kami membara....

Membara kenapa plak ni? Marah ker?

Bukan marah tapi kepanasan akibat terkenang2 keadaan pergi mengukur jalan kat PD untuk projek pembangunan (terror gak aku berbahasa melayu yer.. selama ni dok sibuk sangat sebut development2....budget dah omputeh sangat la tuh…menyampah mak!!…).

Lokasinyer betul2 kat depan roundabout PD – teluk kemang square tuh (tahu ada nama square ni sebab aku dah godeh2 wikimapia…hehehe)

8.4.2011 Kami berdua ke site di PD…alkisahnyer kali ni bukan bermandi mandi tapi ukur jalan…hambik ko…


ha kan dah kata lokasinyer betul2 depan roundabout tu

ok nak gak bubuh gambar ni...apa korang nak kata pun kata lah...( pic blur la wei!!)..

hahaha.."aku setinggi pintu??..oh no no..tidak sama sekali..tapi pintu tu yang sememangnyer setinggi aku..


ada gaya tauke kontraktor tak?..haha..yang kiri mungkin ada..yang kanan tidak sama sekali

L to the E to the G to the A to the M = LEGAM

( abaikan tangan yang super legam tu..kami tak kisah dah sebab seminggu akan datang ni sure legam lagi teruk akibat jemuran di sabah)

perghhh...walaupun penat + agak legam . Buat aku yang dah sedia agak2 malap ni memang terserlah la legamnyer..berbelang tangan aku…ha tu la bijak sangat dah tahu nak ukur jalan ko sibuk nak pakai lengan pendek yer…padan muka ko!!) cik yan untung sikit sebab cerah sikit..jd tak la legam sangat.

* minggu depan nnt insyaAllah kami update pergi sabah..

tak pun maybe kawan kami mekjimah yang akan update dulu dari kami) ..dia sungguh pantas update picture&blog.

mekjimah kami sesama bertanya " bile mau beli kamera macam kat blog kamu tuh?"

___________________________________________________

Tapi bukan kisah ukur2 jalan ni yang buat kami membara..

paling membara adalah ini haaaaaaaaa!!

Nasi kukus ayam panggang…sedap!! ni belum curah2 kuah lagi nih..dah curah...perghhhh!!

Lepas dah penat ukur2 jalan geng kami yang jaga site tu kata ada ayam bakar sedap kat tempat ni. Dah di offer nak cuba tak… Kami bab makan..never say never!!

Mula mintak orang indon kat site ni belikan..tapi disebabkan geng site kami offer kiteorang pergi beli sendiri drive pinjam kerete dia..memang aku n cik yan cepat jerk..dapat jerk kunci terus zassss jalan2 ..senang jerk lah..nanti kat bawah ni kiteorang bagi direction k

Kedai ni bukan restoran memahal tu, tapi ha tengok ni..


akibat lupa nak snap gambar ayam yang sedang menyalai2 diri mereka. Maka lepas digoogle2 jumpa pic ni..ni memang rupa ayam kat kedai tu yer..bukan kedai2 lain


sumber : google


Lupa nak snap dia punyer pelayan2 semua cowboy2 bagai..unik tau!! ( ha nampak sikit tu sipi2 jerk)



Ada macam2 selain ayam sekor2 tu dipanggang, ada gak hati, bahagian2 kepak n macam2 lagi..


Kami tapau jerk sebab kenangkan geng site tu nak jugak + dia yang belanja..harus la kenang budi kan… Lepas beli kami ke pergi cari ABC + CENDOL. Jauh gak pergi cari..lastnyer jumpa kat center Bandar PD dalam 15minit jek dari kedai ayam tu. Balik2 jerk site terus cuci tangan..tuang2 kuah bagai..snap2 gambar tuk tatapan kamu2 semua. Aku jerk excited snap..cik yan tak sesabar dah ngap dulu dah…



Perghhh!! Lahap nyer..hish2 sahabat sapa la ni..



*sile abaikan beza warna tangan muka k


Ok last2 kul 5 kteorang pun gerak balik ke subang jaya. 1 hari yang memenatkan tapi menyeronokkan..+ dapat makan nasi kukus ayam panggang yang best!!..


mesti korang dah berkobar2 nak tahu tempatnyer…dah2 la membebel cepat la bg direction …ok dari highway seremban – PD tu..roundabout tu..ambik kiri menghala ke temple tu.. pastu depan lagi nampak temple belah kiri tu kan..pastu nampak PMU tu..depan sikit ada gerai berasap2 belah kanan korang..sila zasss menghala ke kedai tu..ada parking kat belakang kedai..


senang kata ni la map nyer.. (klik untuk sedap mata memandang yer)


yang dot purple tu katanyer next coming diaorang akan berada kat lokasi tu.. shop lot depan round about tu..a.k.a tempat kami ukur2 jalan tuh..hahaha ( ku bilang katanya..tak sure betulke tak yer? Sebab belum pindah lagi kan..he3 (<--statement selamatkan diri)


Selamat mencuba.


P/S: Tapi kat PD ni rasanyer agak susah nak cari tempat seafood yang best ( tak mau la yang ala2 thai tu kat KL pun ada) nak yang ala2 chinese tu…+ HALAL..banyak kedai2 cina jerk kan ? kan? kan? Sapa tahu..bagi cadangan yer?

04 April, 2011

BACK 2 BACK TENGOK MUVE

Pernah dengar orang buat tgk 2-3 muve straight tanpa henti…tapi kami belum cuba…

Nak di jadikan cerite…ce citer ce citer….weekend yang lepas sabtu tu hari kami tak bekerja + cik lieza demam kure2 + ada order red velvet cake..

Sapa nak buat lawatan cuci mata tengok red velvet cupcake boleh klik sini..nak order boleh sms 0127512724 atau isikan jerk order form tu…(sempat plak ko promote yek!!)

Lepas order dah di pickup + kemas2 umah sikit…rehat2..tetiba keboringan terlampau menjelma…penyakit kebosanan duduk umah lama2 mula menyerang..(patut la ada orang kata ko ni memang tak reti duduk umah diam2 kan nk merayap jerk kerjanyer) ala bukan selalu…tp hari2…keh3…ala kalau boring cari le hiburang…entertainmeng gituh!!…awat cakap pelik plak ni..

Dan2 terus mintak cik yan godeh2 tenet…plan nak tengok wayang..(pagi tu tengok nasi lemak kopi o promo pasal sucker punch..malam semalam nyer plak tengok promo just go with it)..jadi belek2…jom tengok back 2 back la..nak book by phone macam tak best…terus siap2…kul 815 gerak..sekejap jerk berdezuppp tiba ioi mall..terus dengan pantas beratur & beli tiker..mentang2 ko dah tengok showtime kul berapa..lancar jerk la ko sebut citer n waktu ye cik yan..bab pilih seat..serahkan kat aku….sure terbaik..TENGAH & BELAKANG sikit…tapi sucker punch ramai orang..so dapat tepi..ok jerk la..dah kemaruk sangat..

beli2 *jajan ( jajan tu hape? orang johor kata jajan =cekedes...apa2 cekedes la bukan yang jenama cekedes tu jerk..macam kite kata nak beli colgate..tapi nanti kite pilih jenama darlie..contoh aku yang sangat berkesan+bernas..kah3)…

ok...terus masuk…seat tepi n tengah ni harus masuk awal..cik yan elergik bagi orang tengok punggung dia..padahal dalam hati cuak tak muat nak lalu..hahaha..padahal aku pun sama..elergik…aku selalu kene bile sanggul aku terasa seperti di tarik sampai ke seat sebelah bile orang lalu belakang seat aku..rasa macam nak hempuk jerk!!…orang tu mesti kata..padan muka ko sanggul ko terlebih sangat..kah3

Kuar dari citer sucker punch…dah 11.20pm. cepat2 pergi buang pe yang patut & bile lalu depan tu..nampak redbox + kerusi urut…rest & go…apa lagi.!! Aku memang suke kerusi tu..keh3…terus duduk masuk rm5..joget2 15minit..manyak syiok !!.. cik yan kata orang tu tengok ko…eleh mesti kata lemak aku banyakkan tu bergegar2 banyak.(huh!! pedulik apa aku..aku tahu korang jeles kan tengok muka aku syiok di urut2..keh3) ayat sedapkan hati dan2 cik yan tetiba kata "eh nk tengok harga kat redbox la"..(almaklum sekali terkene penangan karok konon2 nyer excited la tuh..nnt kiteorang update entry karok tuk kami yang 1st mencuba…sure banyak aksi jakun dalam entry tu nanti)..ha g la ambik flyers..hasilnyer..



Selesai cik liza layan urut2 tan…eh dah 1135 ..jom…dah seterusnyer kami layan muve JUST GO WITH IT..best citer ni..gelak memanjang!!..komedi cinta gitu!!..


Habis muve cik yan lapar..g la layan mamak pelita sebelah tu.. then balik zzzzz…dan2 balik umah..aku wat lawak ambik bantal bawak ke sofa niat nk sambung tengok tv dengan ayat “eh macam nak demam balik la..keh3” cik yan mengamuk “ ahhh..ko mengada2…!! Dah g tido sana!!” " jawapan aku " keh3...baik lah..." sambil wat aksi seret bantal ke bilik.


Kesimpulannyer..memang best !! layan muve berterusan..kali ni 2 muve..ataukah mungkin kite wat 3-5 muve back 2 back…hahaha.. lebam!!

Deal kiteorang dengan kawan2 bulan mei ni tengok beramai2 muve KONGSI ( abg sazy cem ku memang anugerah bintang popular 2010…we luv u…cayalah!! cewahh!!)..

Nak request BACK 2 BACK la..sekali dengan PIRATES OF CARRIBEAN..boleh ker? nanti kte set time k

Apa yang pasti (harap2 betul2 pasti)…esok malam kami bersama geng2 opis nak layan FLAMING STEAMBOAT!!

Dan harini yang pasti adalah…cuti kami ke sabah sudah approved!!…YAHOOO sekian terima kaseh….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...